CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Perkarangan PWTC kembali ceria dan meriah

[Copy link]
Post time 4-12-2013 11:21 AM | Show all posts
ibu_haritz posted on 4-12-2013 11:15 AM
diorg kalau bole tetiap bln nk brsidang....

kesahhhnyaaaaaaaaaaaa..
jom muntah berjamaah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2013 12:29 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 12:36 PM | Show all posts
kesian yang banjir kat kuantan/pantai timur nun...
kenapa le tak fokus untuk bantu diorang
daripada menjerit Hidup Melayu! je
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 01:00 PM | Show all posts
polis trafik saman ke kereta yang parking ditepi jalan menyebabkan jalam jem...ke perwakilan umno dikecualikan
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 01:01 PM | Show all posts
Umno Selamanya Jadi Penyelamat Melayu, Perisai Islam - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Umno, sebagai parti payung kaum Melayu dan Bumiputera yang kini berusia lebih enam dekad, akan terus membela nasib mereka serta berjuang mempertahankan Islam tanpa mengetepikan hak dan kepentingan kaum lain.

Timbalan Perdana Menteri sekali gus menekankan bahawa Umno tidak akan sekali-kali berkompromi dengan sebarang cubaan untuk mengancam akidah umat Islam di negara ini, ketika wujud cubaan tersusun untuk merungkai institusi dan asas-asas Islam di negara ini.

"Kerana itu Umno sebagai benteng Islam mengambil pendirian tegas menolak sekeras-kerasnya segala tuntutan yang bertentangan dengan hukum Islam, " katanya ketika berucap pada majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam Selasa.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, secara sinis turut menempelak golongan yang sering menuduh kononnya kerajaan tidak mengamalkan prinsip kesamarataan dalam soal agama yang menjadi perkara asas dalam sebuah masyarakat yang demokratik.

Ini termasuk tindakan Coalition of Malaysian NGOs (Comango) yang melobi negara-negara asing supaya mendesak Malaysia mematuhi prinsip hak asasi tanpa batas dalam laporan yang dikemukakan untuk diteliti dalam Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland baru-baru ini.

"Kononnya atas nama globalisasi, hak asasi dan demokrasi, umat Islam dipaksa menerima konsep kebebasan individu tanpa batas, mengiktiraf perkahwinan sejenis, perkahwinan berlainan agama, hak untuk murtad, amalan ajaran sesat, gaya hidup gay dan lesbian serta pelbagai budaya songsang yang lain," kata Muhyiddin.

Beliau berkata desakan seumpama itu adalah contoh jelas kewujudan gerakan menyebarkan dakyah songsang atas nama kebebasan tanpa batas di negara ini.

"Saya nak tanya saudara-saudari yang ada di dalam dewan ini. Adakah kita rela pihak asing memaksa kita menerima konsep kebebasan yang bercanggah dengan agama kita? Adakah kita rela kebebasan tanpa batas yang sebegini rupa diamalkan di negara kita? Adakah kita mahu akidah umat Islam dipesongkan oleh mereka? Tentu sekali tidak," tegasnya.

Justeru, beliau menyarankan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat dijadikan dasar utama negara kerana percaya benteng akidah Islam akan lebih kukuh jika umat Islam mendapat pendidikan agama yang sempurna.

Dalam melaksanakan perkara itu, beliau mencadangkan kerajaan pusat dan majlis-majlis agama Islam negeri berbincang untuk menubuhkan pusat-pusat pengajian Islam di peringkat komuniti yang memberi peluang kepada masyarakat Islam mendalami ilmu agama dengan sempurna.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk terlibat menjayakan inisiatif itu dalam usaha memberi pencerahan kepada umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenar, sekali gus membentengi mereka daripada pelbagai dakyah songsang yang menjejaskan akidah.

Mengenai agenda memperkasa kaum Melayu dan Bumiputera, Muhyiddin menegaskan tugas besar itu akan terus didokong Umno selagi parti itu mendapat sokongan rakyat sebagai bukti komitmen parti untuk terus membela orang Melayu dan Bumiputera.

"Perjuangan membela nasib Melayu dan Bumiputera masih belum selesai. Justeru, kepada mereka yang meragui ketegasan Umno mempertahankan agenda Bumiputera, katakan kepada mereka Umno bukan parti picisan yang mudah tenggelam dalam arus perubahan," katanya.

Muhyiddin menarik perhatian bahawa berkat perjuangan Umno selama ini, taraf ekonomi orang Melayu dan Bumiputera telah berjaya ditingkatkan dan ini boleh dilihat melalui penurunan kadar kemiskinan Bumiputera daripada 64.8 peratus pada 1970 kepada 2.2 peratus pada 2012.

Katanya, insiden kemiskinan tegar Bumiputera juga telah menurun daripada 9.9 peratus pada 1970 kepada 0.3 peratus tahun lepas. Dalam tempoh sama, purata pendapatan kasar bulanan isi rumah Bumiputera telah meningkat daripada RM172 kepada RM4,457, manakala pemilikan ekuiti Bumiputera telah bertambah daripada 2.4 peratus kepada 23.5 peratus. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 01:03 PM | Show all posts
dah ada org nangis lum? tampal la gmbr kalau ada..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2013 01:50 PM | Show all posts
sapp73 posted on 4-12-2013 01:00 PM
polis trafik saman ke kereta yang parking ditepi jalan menyebabkan jalam jem...ke perwakilan umno di ...

petang semalam tgk abg polis trafik kasi 'surat cinta' kat keta yg diletakkan d tepi jln
tapi.......xtau ler itu keta perwakilan atau golongan shopping
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 01:53 PM | Show all posts
norrien7678 posted on 4-12-2013 01:50 PM
petang semalam tgk abg polis trafik kasi 'surat cinta' kat keta yg diletakkan d tepi jln
tapi.... ...

dapat juga ye...baguslah kalau macam tu...diorang parking kat situ menganggu kelancaran lalu lintas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2013 01:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 03:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 07:45 AM | Show all posts
bestnya PWTC tak banjir...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Persidangan umno = persidangan utk melobi tender
Lagi lantang bersuara = lagi besar nilai tender  
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 08:09 AM | Show all posts
dulu aku boleh tahan lagi la nak dengar atau baca dalam paper pasal perkara ni TAPI kini semua sudah tak releven lagi..aku harap penggulingan akan berlaku...negara dah nak bankrup dibuatnya..so tekan rakyat..adoi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 09:04 PM | Show all posts
Gambar-Gambar Menarik Sekitar Perhimpunan Agung Umno 2013

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2013 bermula Khamis dengan acara perasmian oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Najib yang tiba pada pukul 9 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin Umno lain.
Berikut merupakan gambar-gambar menarik sekitar majlis berlangsung yang sempat dirakamkan oleh jurugambar THE STAR, Faihan Ghani, Azman Ghani, Azhar Mahfof, Glenn Guan dan Raja Faisal Hishan.


Reaksi salah seorang perwakilan ketika mendengar perbahasan.

Gelagat salah seorang perwakilan ketika mengambil beberapa foto dengan telefon bimbitnya.

Salah seorang ahli Umno membuat persiapan terakhir sebelum majlis menaikkan bendera.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut menghadiri majlis pembukaan.

Khairy sempat mengambil gambar Presiden Umno ketika sedang menyampaikan ucapan pembukaan.

Najib bersama ketua-ketua sayap parti sebelum upacara menaikkan bendera Umno.

Ahli Umno bersemangat menyanyikan lagu parti.

Najib sempat melihat telefon pintar sebelum menyampaikan ucapan perasmian beliau.

Suasana di bahagian dalam PWTC pada majlis pembukaan.

Orang Kelainan Upaya (OKU) Muhammad Haziq Samrat, 18, kelihatan berminat dengan kek yang direka sempena Perhimpunan Agung Umno ke-64.


Last edited by putr@polo on 5-12-2013 09:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 10:34 AM | Show all posts
norrien7678 posted on 3-12-2013 05:50 PM
petang semalam tgk abg polis trafik kasi 'surat cinta' kat keta yg diletakkan d tepi jln
tapi.... ...

mlm semlm npk trak tunda....xtau la nak tarik kete tepi jalan tu ke ape...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.440383 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list