Saya tiada niat menghina Wan Azizah,’ kata Khairy
KAJANG: Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak berniat untuk menghina ketika menyebut perkataan “boneka’ semasa menggambarkan mengenai calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Menteri Belia dan Sukan itu berkata kenyataan yang dibuatnya pada Isnin lepas itu tidak mempunyai maksud negatif, malah lebih kepada gambaran bahawa Presiden PKR itu hanya sebagai calon saat akhir selepas ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh bertanding. “Ingin ditegaskan di sini saya tiada niat menghina, cuma saya kata dia (Wan Azizah) pengganti saat akhir kepada Anwar Ibrahim…dan memang betul pun, itu sahaja saya nak sampaikan bukannya nak menghina,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program santai sarapan pagi bersama pengundi di Sungai Jelok di sini, hari ini. sepenuh: http://www.freemalaysiatoday.com/
tak apo kj ...tukar alamat ke ...
|