Bina sistem data penerbangan [size=0.9em]Kuala Lumpur: Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) perlu membangunkan sistem tercanggih untuk memudahkan penghantaran data penerbangan dalam masa nyata susulan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. [size=0.9em]Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan percaya data daripada pesawat termasuk daripada kotak hitam boleh dihantar secara berterusan dan disimpan di pusat data di bumi. [size=0.9em]“Saya gesa ITU bekerjasama dengan industri berkaitan untuk membangunkan sistem yang lebih maju dan berkesan untuk memantau data penerbangan dan memantau apa yang berlaku dalam kokpit,” kata beliau pada perasmian Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia di Dubai, menurut laman web ITU www.itu.int, kelmarin. [size=0.9em]Ahmad Shabery menarik perhatian ekoran kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sekarang, penggerak utama bidang itu seharusnya dapat mengambil dan menganalisis data ini tanpa perlu untuk mencari kotak hitam. [size=0.9em]“Saya percaya perubahan semudah ini mungkin boleh menghasilkan perubahan yang berbeza sekarang. [size=0.9em]“Dalam konteks ini, saya ingin menegaskan walaupun teknologi komunikasi sudah bergerak pantas sejak lima tahun lalu, tetapi teknologi kotak hitam tetap tidak berubah sejak 30 tahun lalu,” kata Ahmad Shabery. [size=0.9em]Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac lalu setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.41 tengah malam.
[size=0.9em]Ia sepatutnya mendarat di Beijing jam 6.30 pagi hari yang sama. [size=0.9em]Sementara itu, Setiausaha Agung ITU Hamadoun I Toure berkata, ITU mesti memastikan bahawa penerbangan MH370 dapat dikesan dalam masa nyata agar insiden tragik dan belum pernah berlaku sebelum ini tidak berulang.-BERNAMA
|