CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] {6} `Kami jumpa serpihan MH370' GeoResonance!

[Copy link]
Post time 29-4-2014 10:03 PM | Show all posts
Laporan juga sudah dihantar kepada pihak berkuasa ketika kotak hitam masih mempunyai jangka hayat selama dua minggu lagi.



LAPORAN DAH DIHANTAR SBLM JANGKA HAYAT KOTAK HITAM HABIS....KENAPA BARU NEWS NI KELUA?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2014 10:16 PM | Show all posts
yasinfi posted on 29-4-2014 10:03 PM
LAPORAN DAH DIHANTAR SBLM JANGKA HAYAT KOTAK HITAM HABIS....KENAPA BARU NEWS NI KELUA?????

Agaknya sebab ada yg terlalu yakin dgn info Inmarsat tu kut.. Aku pun pelik juga kenapa takdak followup langsung masa tu.. mungkin sebab mereka fikir ini merepek kut, sebab dah terlalu yakin (over-confident) yg kapalterbang tu jatuh kat lautan hindi (selatan) berdasarkan kekuatan signal ping.. Atau pun, fail tu hilang dalam timbunan ke.. masuk tong sampah ke...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 10:19 PM | Show all posts
k_a_a posted on 29-4-2014 10:16 PM
Agaknya sebab ada yg terlalu yakin dgn info Inmarsat tu kut.. Aku pun pelik juga kenapa takdak fol ...

BUKANKA DEPA KATA AKAN SIASAT SEGALA KEMUNGKINAN....IS'T JST A WORDING
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 10:22 PM | Show all posts
nashrudean posted on 29-4-2014 08:05 PM
kelas makcik..jarak 7 batu dr udara, dia boleh nmpak objek jelas di bumi

makcik juga kata dia nampak kapal2 laut sebelum tu, kalau dari udara setinggi 7 batu boleh nampak, kapal2 dagang yg berdekatan situ tak nampak apa2 ke atau apa2 serpihan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 10:31 PM | Show all posts
yasinfi posted on 29-4-2014 10:19 PM
BUKANKA DEPA KATA AKAN SIASAT SEGALA KEMUNGKINAN....IS'T JST A WORDING

Betul tu.. kdg2 officer2 yg duk kerja dgn gomen tu mungkin tak peduli report tu.. sebab depa dah start cari kat selatan lautan hindi.. atau mungkin dalam kesibukan tu, buat2 tak tau.. mcm dlm PC tu la yg wartawan tv3 tanya pasal report makcik balik umrah tu, hishamudin kata esok dia bawak ketua polis utk jawab, esok nya polis jawab dlm PC "masih dalam siasatan", abis takat tu jer, takat jadi laporan je... pastu mcm seolah2 communication break down,  takdak link antara polis dgn SAR team, sebab polis cuma nak kaji dari segi jenayah, benda2 "sightings" mcm ni dia tak layan kut.. pastu team SAR pula mungkin tak disalurkan dgn maklumat tu sebab masa wartawan tv3 tu tanya, hishamudin pun tak tahu, sebab tu dia ckp esok dia bawak ketua polis utk jawab... aku rasa polis atau pihak SAR team takdak followup dgn makcik tu pun.. cer tanya makcik tu, ada ke depa dtg interview betul2 makcik tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 10:38 PM | Show all posts
Memetik satu respon kat blog mana tah.. tentang berita dari GeoResonance ni..

Kalau ini memang benar, tentera India yang mengatakan tiada kapal terbang komersial melalui atau berhampiran dengan ruang udara mereka, telah membuat kesilapan besar dan memalukan. India pada hari tersebut menegaskan sekeras-kerasnya rada yang kuasa tinggi dan canggih kepunyaan tenteranya sudah pasti boleh mengesan MH370 sekiranya ia berada dalam lingkungan udara mereka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2014 10:54 PM | Show all posts
1.kanan atas-titanium
2.kiri atas-aluminium
3.kanan bawah-nikel/iron/chromium
4.kiri bawah-copper

ioll ttarik dgn yg dkt kanan atas..kapal terbang selalunya dibuat oleh titanium sbb light weight..kalau dekat teluk bengal..data tak match dgn segala ping pang pung..but i believe this data is more credible somehow..bbnding pang ping pung yg hanya bdasarkn calculation semata..calculation tu mungkin tak silap..tp sbb dlm real world system tdpt byk parameter2 lain yg kena dpertimbangkn..jd kdg2 what we get in the real system takkan sama dgn lab..sbb parameter2 lain tu..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2014 04:56 AM | Show all posts
Pencarian di lokasi salah

Adelaide, 30 April : Sebuah syarikat pencarian yang berpangkalan di Adelaide, Australia yakin mereka sudah mengesan lokasi sebenar bangkai pesawat MH370 iaitu terletak 5,000 kilometer dari lokasi pencarian diadakan sekarang.

Syarikat GeoResonance mendakwa pencarian dan penyelidikan pihaknya mengesan beberapa elemen di dasar laut yang konsisten dengan bahan buatan milik pesawat itu di Teluk Benggala dan bukannya di Lautan Hindi.

Jurucakap GeoResonance, David Pope berkata, kegagalan operasi mencari serpihan pesawat MH370 sejak enam minggu lalu di Lautan Hindi adalah disebabkan kesilapan lokasi sebenar pencarian.

Menurutnya, pihak GeoResonance percaya pihak berkuasa sedang mencari pesawat MH370 di kawasan yang salah.

“Pihak kami melakukan pencarian MH370 dengan inisiatif sendiri sejak 10 Mac lalu.

Teknologi yang kami gunakan sebenarnya direka untuk mencari objek perang nuklear, kapal selam dan sebagainya di dasar laut.

“Syarikat itu sudah menganalisis 2,000,000 kilometer persegi kawasan yang dipercayai lokasi pesawat MH370 terhempas menggunakan imej yang diperoleh dari satelit dan pesawat,” katanya.

Beliau berkata, saintis mereka memberi fokus pencarian di utara lokasi terakhir pesawat MH370 dikesan menggunakan lebih 20 peralatan berteknologi tinggi.

“Kami bagai tidak percaya apa yang kami temui di Teluk Benggala.

Pasukan kami teruja selepas menemui sesuatu yang dipercayai bangkai pesawat komersial itu,” katanya.

Sementara itu, Pavel Kursa dari syarikat yang sama memberitahu stesen televisyen tempatan bahawa mereka mengesan elemen kimia dan bahan membuat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, gangsa, besi aloi dan bahan logam lain.

Laporan juga sudah dihantar kepada pihak berkuasa ketika kotak hitam masih mempunyai jangka hayat selama dua minggu lagi.

Pasukan itu turut mengesahkan penemuan itu dengan membuat analisis perbezaan imej di kawasan berkenaan pada 5 Mac, iaitu tiga hari sebelum pesawat itu hilang.

“Laporan lengkap sudah diserahkan kepada pihak berkuasa pada 15 April lalu.


Kami tidak mengatakan ia sah adalah MH370 tetapi kami berpendapat ia adalah petunjuk yang patut diberi perhatian,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2014 05:14 AM | Show all posts
kelana36 posted on 29-4-2014 10:00 PM
ni jalan udara yang biasa digunakan untuk penerbangan dari Jeddah ke KL. Melalui India, Bay of B ...

Sedap2 name2 die.nilam mekar igogu

adekah meka tak siasat pun ape yg makcik delaila tu claimed sblm ni
bile ditanye asek dalam siasatan
skrg timbul balek kesah kat area sini pulak

sblm ni dah berkobar2 dgn isyarat ping yg dorang detect
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 06:15 AM | Show all posts
masih menunggu laporan terbaru dari tok moh 1 malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 06:46 AM | Show all posts
azharfcsit posted on 30-4-2014 06:15 AM
masih menunggu laporan terbaru dari tok moh 1 malaysia

Nanti dia cakap puaka laut bawak kapalterbang tu kesana drp selatan lautan hindi.. cover line sebab dia pun cakap nak pi Perth aritu (bermakna dia setuju kpl terbang tu ada kat selatan lautan hindi)...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 06:47 AM | Show all posts






  Ini laluan yang dikira melalaui doppler effect dari sattelite immarsats..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2014 09:15 AM | Show all posts
ida88 posted on 30-4-2014 05:14 AM
Sedap2 name2 die.nilam mekar igogu

adekah meka tak siasat pun ape yg makcik delaila tu claimed  ...



nama apa tuh?

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:51 AM | Show all posts
Ptutnya siasat semua kemungkinan
Calculation aritu pon agak2 kelajuan dan minyak smp abes kan
Pakai yakin aircraft tu xde prob bole terbang terus
Klu dah mmg jatuh awal manala tau
Bkn yg makcik tu je, yg georesonan pon dah btau awal rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 10:00 AM | Show all posts
semua dah penat menunggu tambahan pula masih banyak tanda tanya yang tak terjawab.
harap kali ni semua betul...
kesian ahli keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 10:18 AM | Show all posts
Aku rasa nanti lagi la waris2 org China tu mengamuk sebab GeoResonance bgtau dia dah bg report pd authority Australia pd 15 Mac, masa tu kotak hitam ada 2 minggu hayat lagi.. tapi takdak sapa pun peduli.. mcm tak betul je kata2 "we take all leads seriously"... itu lah persoalannya.. kenapa tak check pun? sama la dgn report polis makcik umrah tu, tinggal jadi report saja la, team SAR tak peduli pun, polis pula cakap "masih dalam siasatan" .. pe kebenda.. buat org panas je cara depa buat kerja ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2014 10:50 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 30-4-2014 04:56 AM
Pencarian di lokasi salah

Adelaide, 30 April : Sebuah syarikat pencarian yang berpangkalan di Ade ...

Stressnya bacaaaaaaaaaaa. Lepas sebulan baru dpt tahu salah tempat apehal??? Marah btl aku!
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 10:54 AM | Show all posts
Agak2nya kan kalau btl la jumpa bangkai pesawat tu kt Benggal Bay ni, pemimpin kita nk buat apa ye? Nak x pergi minta maaf kat waris especially China yg da ngamuk2 tu sbb cri kat tmpt yg salah? Ke buat bodoh xde perasaan bersalah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 11:14 AM | Show all posts
ni the latest info..


MH370: Australia tolak dakwaan GeoResonance

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia menolak dakwaan sebuah syarikat penerokaan marin bahawa bahan yang ditemui di Teluk Benggala mungkin daripada pesawat MH370 yang hilang.

GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide dilaporkan media Malaysia dan Channel Seven Australia bahawa ia mengesan kemungkinan serpihan daripada pesawat berkenaan di loaksi 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang.

Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau akan mengesahkan maklumat itu dengan Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia yangmengetuai operasi mencari itu.  

“Lokasi MH370 yang dicadangkan laporan GeoResonance itu (di Teluk Benggala) bukan dalam zon mencari dan menyelamat Australia," kata seorang jurucakap kerajaan Australia kepada AFP.

“Operasi mencari yang diketuai Australia bergantung kepada maklumat daripada satelit bagi menentukan lokasi pesawat yang hilang itu. Lokasi yang dinyatakan laporan GeoResonance itu bukan dalam lengkung pencarian yang dirumuskan daripada data berkenaan."

“Pasukan mencari antarabangsa berpuas hati bahawa lokasi pesawat itu berakhir ialah di bahagian selatan lengkung pencarian itu," katanya. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 11:33 AM | Show all posts
olaklempit posted on 29-4-2014 07:55 PM
makcik umrah claim nampak kat teluk andaman, bukan teluk benggal.

sebelah sebelah je pun...mungkin dah dibawa arus..yelah dah sebulan lebih kan...wallahualam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051350 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list