naina posted on 20-5-2014 07:53 AM
takziah rita..ayah kandung dia ada g x
Bapa kandung Rita meninggal akibat barahKuala Lumpur: Pelakon Rita Rudaini menerima berita sedih semalam apabila bapa kandungnya, Mokhtar Omar yang menetap di Kuala Terengganu meninggal dunia akibat barah hati. “Berita itu diberitahu oleh abang saya kira-kira jam 4 petang semalam ketika saya sedang menjalani penggambaran drama Kerana Sarah,” kata Rita ketika dihubungi semalam. Menurut Rita, dia berpisah dengan bapanya ketika berusia kira-kira dua tahun selepas kedua-dua ibu bapanya bercerai. Rita yang masih terbabit dengan penggambaran drama itu sejak seminggu lalu diberi kebenaran oleh pengarah, Murali Abdullah untuk berehat seketika tenangkan fikiran.
Sementara itu, Murali berkata, sikap Rita di lokasi penggambaran semalam tetap dijalankan secara profesional. Menurut Murali, Rita menghabiskan lakonannya terlebih dulu sebelum beredar meninggalkan lokasi penggambaran untuk balik ke pangkuan keluarganya.
“Sepatutnya, esok (hari ini) saya masih mempunyai penggambaran tetapi ditangguh kepada hari lain. Penggambaran tetap diteruskan dengan diganti adegan lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.
sumber : http://mobile.hmetro.com.my/myMe ... rah/mobile/mArticle
kalau tak silap, ayah kandung dia meninggal 24/1/2013.
|