CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AbukRokok

[Tempatan] Dinding Flat Tercabut Kerana ribut

[Copy link]
 Author| Post time 13-10-2014 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
chickenwing posted on 13-10-2014 10:31 AM
see....sapa kata org kaya je leh dpt view cantik....org2 mishkin KL pun leh view cantekkk punya....
...

robphkan buat condo 400-600k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
bellaa posted on 13-10-2014 11:07 AM
review anda sangat bagos.. saya suka membaca nya.

Hehehhehe.. tq
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 01:12 PM | Show all posts
Antara flat yang paling lama di KL memang dindingnya dibuat dari kayu.  Ada2 kerja mengecat semula dindingnya tu tak lama dulu.  Mungkin sebab tu tak ramai yang perasan dindingnya diperbuat dari kayu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 02:14 PM | Show all posts
seramnyaaa, tp cam best leh tgk view dr ats tmpat tinggi cmni...

jelesnya i..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 02:43 PM | Show all posts
fuhh...skerinye
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 03:28 PM | Show all posts
takutnye.. hopefuly xkne sape2 serpihan plywood tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2014 03:50 PM | Show all posts
ohmaii ngerinya
aku bayangkan klu ada yg tdo golek2 atas lantai
tergolek kebawah terus
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 04:22 PM | Show all posts
skeri la kalau ada anak kecik lagi skeri .. ish ish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 04:59 PM | Show all posts
itu tingkap zaman bila
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 05:03 PM | Show all posts

"Sekelip mata dinding tercabut" - penghuni rumah pangsa Loke Yew

KUALA LUMPUR: "Ia bagaikan puting beliung kecil, saya terpaksa berpaut pada dinding rumah... badan saya menggigil dan cuma Allah saja yang tahu ketika itu," kata Sunita Rosti, 35, penghuni rumah pangsa Loke Yew, di sini.

Beliau mengimbas detik cemas dan menakutkan ketika kejadian ribut yang mencabut dinding kayu rumahnya di tingkat 10, petang semalam.

Ibu tunggal kepada empat orang anak itu berkata, ribut kuat yang menghala ke rumah pangsa Jalan Loke Yew itu di tengah ibu negara itu kira-kira jam 5.45 petang berlaku cukup pantas iaitu kurang seminit.

"Ketika itu saya seorang diri di ruang tamu, saya tak sangka angin tiup begitu kencang. Saya terkejut, lantas bergegas ke dapur untuk selamatkan diri... ia berlaku sekali lalu dan tak sampai seminit.

"Mujurlah tidak banyak barangan diletakkan di bilik berkenaan," katanya ketika ditemui hari ini.

Sunita tetap bersyukur kerana ketika kejadian keempat-empat anaknya tidak berada di dalam rumah dan kebetulan tinggal rumah ibunya di Klang.

Dalam kejadian itu, dua lagi rumah di tingkat 13 dan 18 pada blok turut tercabut dinding pada bilik tidur rumah yang kebetulan penghuninya tiada di rumah.

Sehingga pagi tadi, Sunita berkata, Timbalan Pengarah (Penyelenggaraan) Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Mohd Zin Omar ada meninjau keadaan rumahnya.

"Beliau menasihatkan kami berpindah ke Dewan Orang Ramai di bawah blok ini buat sementara waktu sehingga dinding bilik rumah saya dibaiki," katanya.

Rumah pangsa Jalan Loke Yew adalah kediaman tiga bilik yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dibina sekitar tahun 70-an.

Tinjauan BH Online mendapati dinding bilik rumah pangsa berkenaan yang diperbuat daripada kayu berada dalam keadaan uzur serta boleh mendatangkan bahaya kepada penghuninya.

Malah, ruang kediaman yang sempit ditambah persekitaran blok rumah pangsa yang menjijikkan serta struktur bangunan terlalu lama tidak lagi sesuai dengan peranannya bagi menyediakan kediaman yang selesa kepada warga kota.

Bagi penduduk rumah pangsa, Fauziah Harun, 54, meminta DBKL menambah baik setiap unit kediaman di rumah pangsa Jalan Loke Yew, termasuk menggantikan dinding bilik dengan dengan batu-bata.

"Rumah pangsa ini sudah lebih 30 tahun, ada dindingnya mula reput dan bangunannya terlalu uzur. Akhir tahun lalu ada dinding rumah juga diterbangkan angin.

"Saya harap DBKL dapat menambah baik kemudahan sedia ada bagi mengelakkan perkara sama tidak berulang.

"Sebelum ini ada perancangan untuk memindahkan penduduk ke kawasan lebih baik tapi tidak dilaksanakan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 06:37 PM | Show all posts
R2D2 posted on 13-10-2014 05:03 PM
"Sekelip mata dinding tercabut" - penghuni rumah pangsa Loke Yew

KUALA LUMPUR: "Ia bagaikan put ...

dinding kayu betul rupa nya....ingat kan simen/konkrit...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 06:39 PM | Show all posts
revolusi_30 posted on 13-10-2014 10:42 AM
Nape unit ne je yg kene ...mesti ada maksiat yg berlaku ...!!!

suh ketua pengganas ISIS porem CARI pi check....mana tau dia bley guna dana dari kolipah islek dia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 06:41 PM | Show all posts
dubuk posted on 13-10-2014 04:59 PM
itu tingkap zaman bila

bukan tingkap je bang.. mashalahnya, dengan dinding2 sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 06:49 PM | Show all posts
wah bole la pefeeling mcm bideo klip all saints


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 07:18 PM | Show all posts
buat bangunan janji siap,kualiti dan keselamatan tolak ketepi asal jangan runtuh dah la
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:19 PM | Show all posts
dani-rox posted on 13-10-2014 06:49 PM
wah bole la pefeeling mcm bideo klip all saints

haha kelakar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 08:39 PM | Show all posts
wds posted on 13-10-2014 12:52 AM
Jangan runtuh satu bangunan sudaaaa... Bahaya nih... Kalo aku baik pindah je terus. Tak tergila aku  ...

ntah,,hari ni runtuh dinding,seksok runtuh pa pulak,,last sekali tinggal tapak je,,takot bin gayat dibuatnya,,cabuutt
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghhhh...cm cerita 2012 plak...
Seram tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:51 PM | Show all posts
Harap lps ni..
jgn la ade bdk2 ke org tua ke..
yg tinggal kat flat ni..
main2 rempuh dinding..
mcm rancangan zizang..
Kalau terbolos... ke bawah terus kau nnti..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengah tidur bangun bangun nampak klcc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.083185 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list