CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: mrsLucky

[Tempatan] Lelaki berjiwa wanita dah boleh berpakaian wanita tanpa sekatan?

[Copy link]
Post time 11-11-2014 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Acong posted on 11-11-2014 01:24 AM
suami puan, @spiderman80  tak tolong puan tukar pad? puan nie dah meracau... dah kena keracunan to ...

Pad Puan Botakchinpeng dah abis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2014 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
1. Lelaki berjiwa wanita boleh pakai baju perempuan,,. So, masuk toilet nanti kemungkinan besar masuk toilet perempuan,,. Org perempuan masuk toilet, mesti nak betulkan baju, tudung.., sejauh mana aurat kita terjaga..

2. Kemungkinan besar juga lelaki maskulin menyamar dengna berpakaian wanita, masuk toilet perempuan dan ada niat yang tak betul,..

Hmm..sight,,
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 03:06 AM | Show all posts
ini kes ni based on Penganalisis Undang Undang

Prof Salleh Buang

Kejutan Mahkamah Rayuan

Prof. Salleh Buang  |  09 November 2014 1:24 AM
72  5 Google +2

Pada petang Jumaat 7 November 2014 lalu, saya dimaklumkan menerusi satu pesanan ringkas dari seorang sahabat tentang satu keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada hari itu yang me­nge­jutkan. Dalam keputusan yang dimaksudkan itu, Mahkamah Rayuan telah menyatakan bahawa seksyen 66 Enakmen Jenayah Sya­riah Negeri Sembilan 1992 adalah tidak sah dan batal kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 66 itu, yang mempunyai tajuk bidai “Lelaki berlagak seperti perempuan” menyatakan – “Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.” Seksyen 66 ini tidak melarang seorang wanita berpakaian seperti lelaki. Mengikut fakta kes berkenaan, pada 2 Februari 2012, tiga orang lelaki Muslim bernama Muhamad Juzaili Mohamad Khamis,26, Syukor Jani,28 dan Wan Fairol Wan Ismail,30 telah mencabar kesahan peruntukan terbabit di Mahkamah Tinggi (Sivil) Seremban.


Mereka menghujah peruntukan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan itu tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia merupakan satu diskriminiasi kepada insan seperti mereka. Dalam kes mereka yang difailkan di Mahkamah Tinggi (Sivil) Seremban, mereka telah menamakan empat responden, iaitu Kerajaan Negeri Negeri Sembilan, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, Pengarah Penguatkuasa Syariah Negeri, dan Ketua Pendakwa Syariah Negeri. Mereka telah memohon perintah larangan untuk menghalang mereka ditahan dan didakwa di Mahkamah Syariah.

Kuasa perundangan negeri

Enakmen 1992 itu dibuat oleh Kerajaan Negeri Sembilan selaras dengan kehendak dan maksud Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa bidang kuasa perundangan negeri meliputi, antara lain “pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu…”
Enakmen 1992 itu mewujudkan beberapa kesalahan takzir, di mana hukumannya tidak boleh melebihi hukuman maksimum yang ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan, iaitu hukuman 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebat (ringkasnya, formula 3:5:6). Perlu disebutkan bahawa segala prosiding jenayah di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan adalah tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah syariah negeri, bukan mahkamah sivil. Oleh yang demikian, implikasi keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu itu amat besar sekali dimensinya.


Prosiding di Mahkamah Tinggi Seremban

Persoalan penting yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi (Sivil) Seremban (yang mendengar permohonan tiga lelaki Muslim itu) adalah sama ada mahkamah sivil ada bidang kuasa menghalang mahkamah syariah negeri menjalankan kuasanya seperti yang dinyatakan secara jelas dalam undang-undang negeri?

Atau dalam bahasa mudah, apakah mahkamah sivil masih ada kuasa untuk campur tangan dalam urusan mahkamah syariah di negara ini? Apakah kedudukan mahkamah sivil lebih tinggi daripada kedudukan mahkamah syariah negeri? Setelah mendengar permohonan tiga lelaki itu, Mahkamah Tinggi (Sivil) Seremban memutuskan bahawa mereka kesemuanya dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mematuhi undang-undang negeri serta ajaran agama Islam. Permohonan mereka ditolak. Terkilan dengan penolakan Mahkamah Tinggi Seremban inilah ketiga-tiga pemohon lelaki Islam ini telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan.


Prosiding di Mahkamah Rayuan Putrajaya

Pada akhir prosidingnya pada Jumaat lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan (dianggotai Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan) memutuskan bahawa seksyen 66 Enakmen itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu terbatal. Keputusan disampaikan oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin. Keputusan Mahkamah Rayuan itu “disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah. Seperti dijangka, keputusan Mahkamah Rayuan itu diberi liputan meluas oleh semua akhbar tempatan.



Apa selepas ini? Saya kira kesemua empat responden dalam kes ini tidak akan berdiam diri. Pastinya mereka akan mendapatkan nasihat untuk mengatur dan merancang tindakan selanjutnya, iaitu memohon (leave) untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Ramai menjangka izin akan diberi.

Isu perundangan dan hukum

Keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu menimbulkan banyak persoalan undang-undang dan hukum. Dari sudut hukum, pastinya kita masih ingat hadis sahih yang berbunyi “Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” (hadis riwayat Al-Bukhari) dan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki” (riwayat Abu Daud).

Setiap umat Islam di negara ini pastinya merasakan bahawa hadis tersebut merupakan antara nas dan landasan kepada kesalahan takzir yang diperundangkan dalam seksyen 66 itu. Soalnya dari segi hukum, apakah wajar seksyen 66 itu menyebut “kecualian” bagi lelaki yang terbukti mengalami masalah kecelaruan identiti jantina (GID)? Dalam Islam, apakah kelompok GID boleh diberi 'pengecualian'? Hanya mereka yang arif dan pakar dalam hukum-hakam Islam boleh menjawab soalan ini.
Dari sudut undang-undang Perlembagaan, apakah keputusan ini bermakna Perlembagaan mengatasi hukum syarak? Kita perlu ingat bahawa ada perbezaan antara hukum syarak (yang berlandaskan al-Quran, Sunnah, dan sumber-sumber lain) yang tidak tertakluk kepada undang-undang buatan manusia termasuk Perlembagaan Persekutuan dengan perundangan bertulis buatan manusia yang dizahirkan dalam bentuk akta dan enakmen (yang tertakluk kepada ketinggian Perlembagaan Persekutuan). Ditinjau dari sudut hierarki perudangan negara ini, Enakmen Jenayah ini tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.

Apakah keputusan Mahkamah Rayuan ini bermakna sesuatu pro­siding yang berjalan di mahkamah syariah negeri boleh sentiasa di­per­soal oleh mahkamah sivil menerusi semakan kehakiman? Apakah pindaan tahun 1988 kepada Perkara 121 Perlembagaan, yang mewujudkan Fasal (1A) itu sudah tidak ada kesan lagi? Kalau Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu hanya melihat kes ini dari sudut Perkara 5, 8, 9 dan 10, apakah ini bermakna peruntukan-peruntukan ini mengatasi kehendak dan maksud Jadual Kesembilan Senarai II yang memberi kuasa perundangan kepada Kerajaan Negeri mewujudkan kesalahan takzir bagi umt Islam di negeri itu. Apakah kaedah pentafsiran yang wajar digunakan oleh mahkamah apabila Perlembagaan Persekutuan sendiri mengandungi peruntukan yang berkonflik atau bertentangan antara satu sama lain?

Sebab tu dalam konteks Malaysia org yg sayanh akan teras teras membentuk negara bangsa Malaysia kena sayang ALLAH , jadilah manusia bermaklumat , dan kelemahan kita ialah bila musuh musuh gunakan undang  undang dan kita tak tahu apa satu pun pasal perlembagaan Malysia sebab tak ada inisiatif nak buka dan belik article 153, 181. perkara 2, 3.
jadi ketika dahulu orang persoal kontrak sosial dengan melampaunya di portal media kita tak pun kisah.

Ingat kata Saidina Ali : kebatilan yg Dirancang boleh Mengalahkan Al HAQ yg tidak terancang

but then i am more of the opinion

they plan , Allah also plans ...so ...who is teh best Planner



lagi satu isu GID - gender dysphoria ni

golongan agama  now sesiapa  from JAKIM take note dan equipped yourself with KNOWLEDGE based
problem lah you lots have no knowledge on thsi issue sometimes dijadikan scapegoat oleh  org  yg hanya gunakan alasan GID

okay know in psychiatry  term ni : gender dysphoria
cross dresser
transgender

tahu konsep gender identity sebab pada barat diluaskan konsep ini sampai kompleks semata semat memenuhi al haq dan kebenaran ikut logik mereka

kesan pada instutusi masyarakat , keluarga

dan ...juga apa yg dijuangkan di geneva...oleh ....yg disuarakan dalam thread berkaitan..

* PENULIS ialah penganalisis undang-undang.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/kejutan-mahkamah-rayuan-1.22467#sthash.N5RCuSXB.dpuf Last edited by mbhcsf on 11-11-2014 03:25 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 03:24 AM | Show all posts
i cuma nak tanya siapa pakar psychiatry yg layak bercakap soal GID ni

kalaula  depa ada medico - legal background boleh dissect lagi ni  tang

diagnosis  GID ni

berapa kali pi kaunseling, ade ke sejarah pi jumpa psychiatrist , ade INITIATIVE usaha  yg depa ni pi buat self help?

takut dok guna term ni je  but without proper dissection of the core actual issues.



Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 08:40 AM | Show all posts
Acong posted on 11-11-2014 01:24 AM
suami puan, @spiderman80  tak tolong puan tukar pad? puan nie dah meracau... dah kena keracunan to ...

Lantak korang la nak tukar pad sendiri ka, sesama sendiri ka. Aku ludah saja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.039122 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list