CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: cik.meow

RUMAH AKU ADA PENGHUNI LAIN KA ?????

[Copy link]
Post time 9-7-2015 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap pasal kena himpit ni... aku selalu kene himpit..ceritanya macam ni:

Aku selalu kene himpit sejak kakak aku kawin. Sebelum ini aku sebilik ngan kakak aku tu tetapi jaranglah kene himpit. Klau kene himpit takde lah teruk sgt. Sejak kakak aku kahwin dan pindah rumah , aku selalu tido bukak lampu sbb boleh dikatakan setiap minggu mesti aku kene himpit...kadang2 tu 2 minggu sekali kene himpit. Sebenarnya bilik aku ni mmg ada benda pon. Kakak aku yg kahwin tu de sixsense . Dia kata de perempuan kat bilik tu pakai baju putih dan cantik..tp kakak aku tu ignore je lah.

Sorry panjang pula intronya. Ceritanya macam ni aku ni jenis tido mmg buka lampu n tak pakai selimut. Entah macam mana aku terjaga sebab kaki aku rasa sejuk sgt. Aku nak tariklah selimut. Tengah mamai2 nak cari selimut kat hujung katil tu, lampu bilik aku tak terpasang dan aku nampak ada perempuan pakai baju putih duduk kat hujung kaki aku ( macam mana aku boleh nampak sbb bilik aku ni dekat ngan tangga. Tangga tu mmg pasang lampu jd bilik ak tu takdelah gelap sgt). Tapi aku tak nampak muka dia sebab rambut dia tutup muka dia. Rambut dia lurus n panjang. Aku ingat lepas ternampak tu nak pura2 tidur tp tak jadilah sbb aku teringat cerita kakak aku mase kat asrama dia yang hantu nenak kebayan ni cakap aha cucu tak tido lagi ye dan macam2 lagi lah aku fikir.
Last2 aku bangun dan tolak hantu tu dan terus keluar gi bilik angah aku. Mse aku tolak tu aku tengok hantu macam jadi asap je. Korang faham tak? Korang penah tengok asap rokok tak..ha macam tu lah.......sikit2 cik pon tu bertukar menjadi asap putih.. aku terus terjah bilik angah aku sampai satu rumah terjaga sbb ingatkan pencuri...hihihi...aku ceritalah kat mak dan angah aku. Lepas tu elok jer aku sambung tido kat bilik angah tp angah aku pulak yang tak boleh tido.   Sebenarnya de sebab kenapa cikpon ni munculkan diri. Sehari sebelum kejadian itu, aku kene himpit . Aku bacalah surah n ayat kursi.. last2 macam mana badan aku dapat gerak dan tangan aku dapat pegang pinggang yang mengimpit aku tu...Lepas tu aku geleteklah benda tu. Entah macam mana aku terpikir nak geletek pon aku tak taw lah.hihihi... Mase aku geletek benda tu , aku dengarlah dia tahan ketawa.. Lepas tu, aku terus terjaga dan sambung tido balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2015 11:08 AM | Show all posts
ellejo replied at 27-6-2015 05:59 AM
nak cite dalam bilik tidur jugak.
bilik tidur I blja dulu kwn2 I suka gantung telekong. bila kene  ...

scary gila..kalau saya dh takut nk guna telekung tu balik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2015 11:10 AM | Show all posts
d_anne04 replied at 7-7-2015 01:28 PM
weii...menakutkan la citer cik meow...

sblm tdo tu..

slalu sebelum tidur saya solat kt sebelah katil tu..maybe masa tu dia nk uji kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2015 11:11 AM | Show all posts
amieranna replied at 9-7-2015 11:08 PM
Cakap pasal kena himpit ni... aku selalu kene himpit..ceritanya macam ni:

Aku selalu kene himpit  ...

hahaha ni lawak..berani btl amieranna ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 09:57 AM | Show all posts
iznanaziz replied at 9-7-2015 10:32 AM
masa makhluk tu menangis terbakar, ko sorang je ke yg nampak?

bkn terbakar real2 la...

tapi antara kita tido n jaga tu....

denga suara dia nangis2...

saya aje yang denga n nampak....

husband da tido...xbrani nak kejut sampai la sok pagi...

saya assume memang dia terbaka sebab saya baca yassin hari2...minta pada Allah agar jauh dpd benda2 tu

alhamdulillah....memang x ada lah sampai sekarang ni....n hope berkekalan sampai bila2

jangan lah ada benda2 mcm tu lagi

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Org2 tua kata katil tido jangan menghadap tingkat dan cermin..
X baik
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-7-2015 09:14 AM | Show all posts
cik meow ada satu cerita..kalau korang nak tahu dulu masa cik meow form one cik meow duduk asrama..setahun je..masuk form two cik meow duduk umah balik..lagipun umah dengan sekolah xjauh..saja cik meow nak rasa duduk asrama..asik homesick je mak ayah pun keluarkan dari asrama

kisah ni berlaku masa cik meow duduk asrama..tapi bukan cik meow yang alami..akak senior satu bilik yang kena..akak tu dengan cik meow memang agak rapat..dia la yang cerita..

BLACKOUT

ni cik meow nak terangkan keadaan asrama nya dulu..asrama aspuri aku ni 4 tingkat..aspura pulak 3 tingkat..aspura dan aspuri berdepan asrama nya..kira kalau jalan kat balkoni tu boleh nampak la budak2 aspura yang jalan2 kat balkoni dorang..kat tengah-tengah asrama aspuri and aspuri ni dipisahkan oleh dewan makan kat bahagian depan n dewan study kat belakang..kiranya dewan makan dan dewan study ni memanjang la..paham tak..maafla cik meow tak pandai nak terangkan..

dorm cik meow pulak kat tingkat 4..dalam satu dorm ad 16 orang..katil pulak double decker n disusun dua baris tiap baris ad 4 katil..aku pulak duduk katil atas katil yang ketiga..


cerita nya macam ni..satu hari asrama aspura aspuri ni blackout..rasanya satu pekan blackout sebab perumahan sebelah tu gelap..so nak tido memalam panas..so kite orang satu dorm ambik keputusan nak tido bukak semua tingkap and pintu kasi angin masuk..so malam tu kite orang tido la dalam keadaan pintu n tingkap semua terbukak..ak tak adala alami apa-apa yang pelik..tapi dalam tengah malam macamtu aku terjaga..ak tengok elektrik mati lagi dengan orang-orang dalam dorm tu sekali tido mati..nak dijadikan cerita, ada akak dorm ni pergi gantung telekung dekat tingkap sebelah pintu..ak yang duduk katil atas ni terjaga and nampak macam telekung tu bergerak-gerak and macam ada muka kat telekung tu..dalam keadaan mamai tu otak aku tak terfikir tu telekung..disebabkan nak tahu apa benda nya ak pn turun katil and pergi kat telekung tu..pegang-pegang macam kain..dah konfem tu telekung aku pun panjat katil balik and tido..

esok nya akak yang duduk katil bawah tu cerita..malam tu dia tak boleh tido..masa dia dah  tido tu dia denga ada orang jalan kat luar dorm..dia pn tak ambik pusing la sebab maybe ad budak dorm sebelah belum tido lagi..akak ni katil dia betul2 kat tepi pintu..cuma tak selari dengan pintu je..malam tu dia tido mengiring membelakangi pintu..so lepas dia denga ada orang jalan dia nak sambung la tido balik..tapi tiba2 dia rasa tilam belah yang dia belakangi tu ada orang duduk..
kan kita boleh rasa macam tenggelam sikit cmtu..dtak cukup dengan tu dia rasa rambut dia di belai-belai..dia dah rasa seram sejuk dah..tak kn la budak dorm lain..kalo ye pon budak2 dorm lain apa kejadah nya dia g belai-belai rambut akak tu..and yang syok nya sambil dia belai-belai rambut akak tu dia menyanyi-nyanyi kecil..tapi tak jelas..kira macam mumming la..HmmmmmHmmmmm..akak tu dah kejung membatu atas katil dia..last-last dia tertidur sebab dah penat sangat membatu mungkin..nasib baik benda tu tak ikut tido sebelah..kekeke..

yang buat aku takut nasib baik masa aku g cek telekung tu benda tu tak ada lagi..kalau tak memang tumbang la aku kat depan pintu..bila dipikir-pikir balik salah kita orang gak..yang mengada-ngada g tido bukak pintu tingkap semua buat apa..seronok la benda tu datang mengacau..macam sengaja je kite orang kasi chance..tapi nak buat cmna..bila blackout memang panas..tawakal je la..huhu

tu je cerita cik meow..tak seram kan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 12:25 PM | Show all posts
tumpang tanya
kat rumah tt ada simpan ape2 brg lama yg dianggap pusaka?
atau pape brg lama jumpa tepi jalan pastu bawa balik?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2015 06:18 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 14-7-2015 12:25 PM
tumpang tanya
kat rumah tt ada simpan ape2 brg lama yg dianggap pusaka?
atau pape brg lama jumpa t ...

tak ada..kata ayah dari dia kecik memang benda2 tu ada..klo barang yang paling lama yg ada kt umah tu bantal arwah nenek tt dengan cermin arwah nenek tt..semua tu ad kt dalam bilik tt..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.087639 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list