Tampar Imam Masjid Negara 0
0 0 Google +0
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz Kuala Lumpur: Imam Masjid Negara Mohd Zuhairee Mohd Yatim ditampar dipercayai oleh lelaki Arab ketika sedang mengimamkan Solat Jumaat kira-kira 1.45 tengah hari tadi.
Menurut sumber Masjid Negara, kejadian berlaku ketika Mohd Zuhairee sedang mengimamkan solat Jumaat pada rakaat pertama sebelum lelaki terbabit datang dari arah belakang barisan makmum dan menolak mangsa.
Bagaimanapun kejadian berkenaan tidak terhenti setakat itu apabila suspek bertindak menampar muka Mohd Zuhairee dan menyebabkan imam berusia 37 tahun tersungkur.
"Ekoran kejadian itu suspek terus ditahan pegawai keselamatan Masjid Negara sebelum dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak polis," kata sumber berkenaan.
Sumber itu memberitahu, solat Jumaat terbabit bagaimanapun disambung semula oleh Mohd Zuhairee daripada awal rakaat pertama sehingga selesai.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2015 @ 3:44 PM
« »
LELAKI dipercayai berbangsa Arab ditangkap selepas tiba-tiba menyerang dan menampar Imam Masjid Negara. FOTO Asyraf Hamzah
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/78505#sthash.tiUUdeAL.dpuf
|