CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ridha

Kisah benar - Aku bomoh_finished ( kene tegur - updated)

[Copy link]
Post time 10-12-2015 04:19 PM | Show all posts


ok. mahal pengalaman tt...mahal jugak bayarannya...
sila terus bercerita

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2015 04:35 PM | Show all posts
Edited by ridha at 10-12-2015 04:41 PM

part 9

ini agak menarik. mesti korang ingt lagi kan ayahsin, dia la bnyk tolong, ajar aku and family aku selama ni. time aku tngh2 peak belajar tu,
keluarga dia ditimpa musibah. biasa la ujian tuhan. xde spe2 dapat mengelak. so mcm ni cerita nya. ayahsin ni ada beberapa orang anak. yang first aku rasa kot, kita
panggil kak F la senang. kak f ni dia kije dekat kl time tu. cantik. umo baru 20 lebih. wife ayahsin ni kacukan chinesse. bayangkan anak2 diorg putih melepak smua.
biasa la kalau dah cantik tu, rmai la orang suka. tak kira bangsa melayu cina india. so masa kak f ni kije, dia pengsan, ni cerita aku dengar masa dekat rumah ayahsin la.
so bila dah sedar tu, dia meracau pulak. so kawan2 dia tak tahu mana nk bergantung, ayahsin suruh bawak kak f ni balik kampung, agak jauh jugak la dari kl tu. 7-8 jam gak la.
so ayahsin hntr la 'someone' untuk jaga dia sementara smpai dekat kampung tu. so bila dah smpai kampung, ayahsin berubat la kakf tu, tapi tak jalan. degil sangat. bayangkan la
ayahsin tu ustaz/bomoh power dah tu. smpai ke serata nusantara org mintak tolong dia. tapi anak dia sndri tak dapat dia nk tolong. so dia panggil la kawan2 dia yang sealiran dengan dia,
termasuklah aku ngn ayah. tapi mak time tu ayah tak kasi pegi. sbb agak teruk jugak kakf tu kene.

sesampai aku ngn ayah dkt rumah dia, jalan kaki je pun. 2 minit pun tak smpai. selang 4-5 bijik rumah je. terkejut aku tngk orng ramai dekat rumah dia. ada sorang ustaz ni dijemput naik.
dia pakaikan kakf satu cincin then dia suruh kakf masuk bilik. ustaz tu baca, aku yakin la kakf tu tak dengar sbb bilik agak jauh sikit then ustaz tu baca perlahan. peghh.. dia punya detum detum dalam bilik
tu mcm ada org tngh bersilat. lama laa sesi tu berlaku. time tu betul2 lepas mghrib aku pegi rumah ayahsin. takut gila aku tngk keadaan mcm tu. ye ah. selalu yang biasa2 je. tak sangka time ni kene laawan boss pulak.
so, dekat 15minit ustaz tu baca makin lama makin slow dalam bilik tu. then lama2 senyap. ayahsin masuk, kakf dah terbaring dah. penat agaknya. aku tak tau apa jadi dalam bilik tu. kakf meracau ke ada 'orang' tengah bertumbuk dengan dia ke,
tapi mmg menakutkan. so, bila kakf dah sedar, ibu dia kasi minum air.. sekejap je lepas tu kene balik. ini aku rasa paling cepat orang kene rasuk. tak smpai 10 minit okay. ustaz tu baca lagi tapi kali ni senyap je.
kakf tu gelak. peghh. sekali dia cakap, cakap india.. mana tah dia belajar india aku pun tak tau. lepas je dia ckp india tu, aku dengan tetiba rasa xsedap. rasa mcm aku nk mengubat orang, tapi kali ni bukan rasa tenang, tapi rasa rimas. myabe kuat sngt kot.
entah la. time tu naik  pulak sorang lagi usazah, orang panggil dia bonda. dia naik cakap menjerit2 dekat kakf tu tadi. pegh. mcm bertengkar. tah la. bonda tu paham ke apa y kakf tu duk ckp. dia ckp india kot. lama jugak la. tak settle2 gak.
aku rasa ada dalam 4-5 org ustaz/ustazah/bomoh mlm tu. tak termasuk aku ngn aayh la. sbb level ktorg bukan level ustaz/bomoh lagi. byk la cara nk buat benda tu hilang, smua tak jadi. ada sorang tu orang panggil bomoh angin. mcm mana entah. tapi yang menarik, dia tarik
benda tu dari jarak jauh je. mula2 dia bukak silat, then dia buat tngn mcm tarik benda tu dari kepala. tapi jarak jauh la. time tu kakf dah meronta2 dah. bayangkan dah brpe hri dia mcm tu, meracau tak kira masa. bdan dia dah penat sngt dah time tu.

kluar kejap, masuk balik jin india tu. last2 semua orang penat. pastu time last2 tu kakf gelak, dia ckp abang misai ada jugak. tunjuk2 dekat ayah. haha (ayah misai mmg tebal) hahahahahah.. smpt lagi bergurau tu.
tpi suara kakf tu garau gila la. tapi ayah mcm baca2 then mcm biasa la benda tu keluar masuk. yang paling aku heran, bila part ayah je aku mcm nmpk benda ni kluar masuk dari badan kakf.. korang tahu tak apa yang aku nmpk? dewa orang india.
lupe tah apa nama dia. dan2 pulak time ayah duk baca2 tu aku ehh datang balik ke. hahah. tercakap kuat lak.. senyap satu rumah. pastu kakf ni pun padang tajam dekat aku. bayangkan aku nmpk tu ada tngn 8. wwalaualam apa y aku nmpk tu betul ke illusion aku je.
tapi punya la kuat benda tu. dia ckp ngn aku kenapa aku nmpk dia, aku ckp la aku tak tau. hahahha. nk ckp apa lagi kan. ayah pun bila dia nmpk aku tngh ckp ngn kakf/dewa india tu, dia pun passkan dekat aku. hahah. aku nk buat apa tah. so, aku ketuk lantai rumah dia.
mcm buat music la. peghh menari2 dia tu sebijik mcm org india. tak tau la dia penah amek kelas menari ke apa ke. then, lama aku layan dia, dia pun bersuara, cakap ada org tengah puja gambar kakf ni. org tu amek gmbr, pegi jumpa bomoh india, then bomoh tu buat tangkal sangkut dekat
leher dewa diorg ( mybe dewa jahat, aku tak tau la ), bila jin tu sakit kene tarah ngn ustaz2 tu, dia puja balik. punya la teruk. dia siap ckp kalau dia tak dpt kakf ni, jgn harap org lain bole dpt dia. jahat gila. so, aku ni sengal gak time tu. pegi pegang imaginary tngn dia. salah satu dari 8 tu.
bole lak aku mcm patahkan tngn tu. time tu action aku, aku x control. dia spontanous. meraung kakf tu. padahal bukan physically tngn dia pun aku pegang. ckp aku kurang ajar main2 mcm tu. bole tahan gak la jin ni bergurau.

lepas tu layan, dan sesi soal jawab dari semua org dalam rumah tu, tetiba, badan aku mcm ringan. kepala dah tersengguk kebawah,mata tertutup, mulut dah terkumat kamit dah. tanda tu selalu panglima nk dtang. so, aku biarkan je tanpa keraskan badan aku. panglima datang, dia pun detailskan apa yang tengah jadi.
tpi ni paling extreme. smpai satu part tu panglima dah marah dekat hantu india tu, tetiba badan aku rebah, kakf pun rebah. aku tak tau la dia sedar ke tak. aku tengah sedar. tp dia mcm ko jadi co driver time drive kete. kawan ko driver. perasaan dia time tu
macam kawan ko takde, ko dekat sebelah takleh buat pape. mcm xleh gerak nk control kete. haa. mcm tu la aku rasa. xleh control badan sendri dan terus rebah. kakf pun sama. lama jugak la.. aku rasa dlm 10-15 minit. time ni aku cuak ya allahh punya la takut. kot2 apa2 jadi kan. rupa2nya panglima bawak jin tu pegi
gaduh dekat mana tah. bila dia datang balik, dia bagi salam untuk kluar je. tetiba.. bayangkan tengah rebah jatuh tu, dia mintak izin nk balik/kluar. so, org pun terkejut la.. tapi kene bagi dia pergi. bila dia dah pergi tu, kakf tu dah sedar. sama sedar ngn aku. aku pun tnya la ayah kot2 ada pape aku miss ke.
y ayah cite smua tu aku nmpk. kakf sober paling lama la mlm tu. 1jam lebih kot. tpi aku xbalik lagi. sorang dua je baru balik time tu. penat gamaknya. tpi lepas sejam tu aku nmpk lagi benda terbang masuk dalam kakf tu balik. peghh. degil gila. kali ni ayahsin dah naik angin, dia wrestling betul2 anak dia. kesian aku tngk.
tpi nk buat mcm mana. nk bagi anak dia okay. wrestling smpai anak dia sesak nafas. bila dah keadaan teruk sngt, ayahsin dah terduduk, nmpk la dia tngh kesat air mata tu. kakf pun dah sesak nfs sngt smpai kene panggil ambulance. panggil ambulance tu aku dah balik dah. time tu dah dkt kul 12.

esok tu, aku dngr2 cite la ayahsin la y cite, mlm tu staff hospital nmpk ada harimau masuk dalam ward dkt kakf. entah la apa kaitan rimau ngn jin india. bila anak dia dah okay dari hostpital, ayhsin bawak balik untuk final treatment. org kampung panggil 'pasak'. bawak kakf pegi hutan/kubur, pasakkn kayu then pelepaskan jin tu dekat situ.
untuk y tu aku tak pegi. sbb ayahsin ckp mcm private kot. faham je sbb anak dia tu perempuan, jaga aurat smua tu la kot.

pengajaran dekat sni, tolong la wahai kawan2 perempuan, kalau tak suka laki jangan la melayan. cakap je taksuka. ni kadang2 bagi harapan la apa la. kita tak tau laki tu jahat ke baik kan. so elakkan benda2 tu. satu lagi pasal gambar, kadang2 benda ni agak remeh, tp dengan sekeping gmbr kita, sehelai rambut,
orang bole santau or bomohkan.


tambahan: kakf skrg ni pun dah kawin and ada anak sorang ke dua tah.

next cite lak pasal aku dah start masuk uni.  
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 05:33 PM | Show all posts
abis dah baca..
menarik..
jgn lupa smbg ye tt
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 06:09 PM | Show all posts
park disini dulu sesiap... citer anda menarik tt... kipidap...dongibab....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2015 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
nuril86 replied at 10-12-2015 06:09 PM
park disini dulu sesiap... citer anda menarik tt... kipidap...dongibab....

Park park. Nnti aku pendekkan then bagi smpai hujung. Then aku cerita minor2 kes
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2015 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
aleesyasofia replied at 10-12-2015 05:33 PM
abis dah baca..
menarik..
jgn lupa smbg ye tt

Insyallah klau ada kesempatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2015 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik tt...nanti sambung lagi ye kalau free..
Malam ni ke.. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Malam ini malam jumaat....sunat tu......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2015 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat jugak hantu india ni ye... Teringat dulu2 zaman cari hantu smpai ke kubur india... Huhu seram tp kepala tgh gila gila time tu agaknya haha..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
ridha replied at 10-12-2015 11:22 AM
part 6

okay seperti yang dijanjikan. warna kuning. korang masih ingt lagi tak pasal bilik aku war ...

Tt ko mesej aku tmpt ko jumpa ustazah telur tu ,nak bawak suami berubat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 07:49 AM | Show all posts
alestorm replied at 10-12-2015 10:10 PM
Kuat jugak hantu india ni ye... Teringat dulu2 zaman cari hantu smpai ke kubur india... Huhu seram t ...

tpi kalau ikutkan orang ckp, jin yang dipuja ni kuat. xkira la india ke siam ke, asal dia buat tangkal je mesti merepek2 jin dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 08:06 AM | Show all posts
https://www.youtube.com/watch?v=Q6n3Y5iuqZU


ni satu link kalau korang nk tngk sndri mcm mana sembelih jin tu. tapi video ni xde kaitan ngn saya. hehe. just dapatkan gmbaran mcm mana nk buat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 09:24 AM | Show all posts
ridha replied at 11-12-2015 08:06 AM
https://www.youtube.com/watch?v=Q6n3Y5iuqZU

sambungan tt...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 09:32 AM | Show all posts
keep it up tt....makin menarik cerite ko ni....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 10:00 AM | Show all posts
makin menarik.. tak sabar nak tunggu update  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 10:31 AM | Show all posts
part 10


so setelah hampir setahun aku kene bnda ni, so lepas SPM tu aku agak active la mengubat orang. tapi kecik2 je. time tu agak gembira la
kadang2 ada orang hulur rm10 rm20. so, ada la duit nk lepak2 mkn luar smua. aku tak penah letak harga fix, and aku xpenah mintak bayaran.
so yang hulur2 tu insyallh sedekah kot. budak2 lagi time tu. dpt duit tu seronok la. baru dapat lesen kete lak tu lepas SPM.

berubat2 ni aku dah tag team ngn ayah n mak. tp alhdmlh la mak dah tak mcm dlu. dia just bole rsa je n benda2 tu tak kacau sngt dah dia.
dlu masa tngh panas, time ayah nk balik dari sekolah je mak terus gelabah, xleh duduk rumah. mcm panas kalau mak ayah jumpa. gaduh2 tu relex je.hhaha
so alhdmlh la lepas spm tu dengan bntuan ayhsin, ayh sndri, aku keadaan agak terkawal la. tpi terkawal je bukan habis ye.. time tu aku dah mcm matang gila.hahaha
bnyk sngt mslh pelik2 yang aku kene. sepatut nya remaja2 mcm aku dlu tu enjoy je dlu. haha. tapi takkpe. at least aku ada pengalaman tolong orang. so by the time aku
dah bnyk tolong orang, panglima pun dah kurang sngt dtg. kadang2 ayah suruh panggil jugak sbb nk kuatkan semangat. mcm tu la. tapi xde la setiap kali berubat, kene panggil dia.
so proses memangil panglima time ni aku rasa agak pelik. sbb dlu mcm ringn jee sekejap jee dia datang. ni mcm susah la. mcm ada benda tak betul. oh. time ni aku dengan kain kuning dah slow dah.
klau berubat dah xde kuning sngt dah. lama jugak aku memikirkan kenapa jadi pelik bila panglima nk datang. last2 aku consult ayahsin jugak, aku admit. smyg aku kelaut. keikhlasan dlm smyg tu takde. smyg tu still smyg.
aku dah kurang beramal. dah ada lesen, mlm2 mmbr ajk klua makan la smua. tp nasib baik la negeri ak tu tak bnyk benda2 melalaikan. so, lepas dari warning ayahsin tu, aku usaha jaga balik semua amalan2 tu.
time ni gak la aku dapat kes paling besar/lama.

sedara ayah. kene ilmu hitam dari laki dia smpai lumpuh. dah 30 tahun dia lumpuh. kes dia ni la menguji aku tahap paling tinggi aku rasa. bersiri2 aku pegi melawat dia. penah dlu masuk paper laki dia nk ceraikan dia sbb dia lumpuh.
ramai dah ustaz dtg tolong dia. smua tak dapat. org ckap benda tu dah masuk sendi2 dia tu yang smpai lumpuh tu. first time aku pegi rumah dia, tngk dia ( bila aku dh bole tolong2 orang mcm ni ), seram toksah citee la. dia lumpuh,
dia teerbaring dekat ruang tamu je. aku tak ingt brpe tahun dia kene mcm tu tapi lebih kurang 20-30 tahun la. bila aku smpai tu, first benda yang aku nmpk, rimau dekat tepi rumah dia. rumah dia ni mcm tersorok sikit. kiri tu hutan lagi, kanan tu rumah anak2 sedara dia/anak dia.
dia ada anak 3-4 orang rasanya dlu sebelum lumpuh tu. pastu ayah tegur, ko nmpk pape eh ngah. ( ayah panggil aku angah ) sebab bulu roma ayah dah meremang gila dah. aku ckp la aku nmpk rimau, pesakit tu terus pandang aku. dia lumpuh satu badan,
mata je dia dapat gerak. bila aku ckp tu, anak mata dia terus pandang aku mcm nk terkam aku. dasat woo keadaan time tu. rumah kampung rumah kayu kn, dengn duk tepi hutan, depan tu ada sungai. mmg betul2 mcm cite hantu. aku ni jenis yang tak mudah nk salahkan setan/jin kalau benda2 ni jadi.
bnyk jugak la aku baca2 buku/articles pasal mengubat2 orang ni. kita kene percaya dari sains dan batin. takleh bila orang tu demam sebab main hujan ke apa ke,kita salahkan jin. itu dah tak betul dah tu.
berbalik cite pesakit ni, bila dia tenung aku, aku rasa lain macam dah. teruknya ya allah azab yang dia tanggung. so, aku strt la baca2. kalau korang follow cite ni, korang akan tahu mcm mana aku bole baca2 tu.
bila aku baca tu tergerak lak aku nk pegang tngn dia. bila aku tersentuh kulit dia. mcm terbakar jari aku. punya la dah sebati dalam badan dia. mak dia time tu ada lagi. dah nenek sngt dah time tu. dia usap2 kepala pesakit tu elok je. ayah pgg dia pun elok je.
bila part aku je, terus aku tarik tngn. fuh. ada few series aku melawat dia ni aku bawak mmbr aku. diorg siap rakam lagi. ada lagi kot recording tu.

aku ckp ngn ayah ni teruk sngt ni, mcm kuat sngt. even bila aku nk try tngk/scan badan dia,aku tak nmpk pape. mcm sekujur tubuh hitam je. ni baru first time aku kene macam ni. selalu bila ngubat orang, at least aku nmpk apa
yang tngh kacau. so ayah tnya bole ke tak nk ubatkan, aku ckp insyallhh bole dengan izin tuhan tapi bukan mlm ni la.. haha. cuak betul. dah la kebanykan aku mengubat orng, semua malam.
okay then ayah ckp suruh aku urut2kan tngn dia kasi sendi2 dia betul sikit. aku pun pegang la lagi. panas tu aku tahan jee. urut2 sikit2/slow2.. then aku ckp dah. sbb lama karang jadi pape lak sbb dia takde response. kot2 aku terkuat smpai patah ke.
time tu dia dah kurus kering sgt dah. so bila aku angkat jari aku dari tngn dia, ada mcm kesan terbakar. mungkin betul2 terbakar ataupun lebam sebab aku tekan kuat. wallaualm takde sape tahu kesan apa sebenarnya tu. ujian aku paling kuat time ni la.
malam aku balik tu, terus penunggu/rimau tu dtg serang aku. pegh. besar dia toksah cite la. lebam tangn aku. mungkin tak cukup zat ataupun sbb rimau tu. takde sape tahu.

second time aku melawat dia ni, lagi bnyk benda mengarut jadi. tapi time ni aku just dpt discover apa ilmu yang kene dekat dia ni. anak kerak. anak kerak ni jin paling power la.
nk dapat anak kerak ni bukan senang. ko kene bunuh anak sulung dalam kandungan. syarat dia malam selasa dann mak ayah mesti sulung jugak. mak pesakit ni cite la dlu masa duk ngn laki dia,
ada satu bilik tu mmg orang tak leh masuk. laki dia sorang je bole access. penah sekali mak dia ni pegi masuk, dia cite ada bnyk keris dan mcm2 lagi la benda untuk memuja ilmu hitam. dulu laki dia pakai untuk ilmu kebal kot. besa la orang kampung yang kije dekat siam sane.
anak yang dibunuh tadi tu perlu disalai atas zink, then smpai dia kecut. bila kecut tu baru puja. ni yang ayahsin btau aku la. minyak dari bby tadi pulak bole simpan untuk minyak pengasih/minyak dagu.
so, pesakit ni dah mmg dihantar anak kerak tu tuk kacau dia. motif utama dia sbb harta. mak pesakit ni org bnyk tanah la. then laki pesakit ni nk tanah, tp dia ni taik judi n samseng, so diorg tanak kasi. disihirnya pulak keluarga diorg.
so bnyk lah benda2 misteri jadi dalam rumah ni. panjang sngt lak nk cite. ahha. nk lepak faace to face jom. aku ada dekat taman melati gombak je. f2f bnyk sikit bole cite.hahah

so rawatan pesakit tu makan bulan. smpai la aku masuk uni kt KL ni ha. asal ada cuti je aku balik kampung tolong pesakit tu. tapi time tu hati aku dah berubah. ada benda tak kene lepas aku belajar kt KL . huh
tp tu nti aku cite part lain pulak. panjang sngt dah ni. hahhaha..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2015 11:04 AM | Show all posts
tt.. sambung pasal sedara tu k.. nak tahu apa kesudahan tt ubatkan sedara tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 11:15 AM | Show all posts
check in lagi harini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 11:25 AM | Show all posts
part 11.

ni la starting ending cite aku ni. so aku dpt offer buat diploma dekat KL ni. 3 taun gak diploma aku. so memula datang kl tu besa2 la budak kampung kn.
jalan situ jalan sini. lepak situ lepak sni. masa aku tngh bljr ni dah tak bnyk aku tolong orang. kes pun dah tak bnyk mcm dekat kampung. mungkin mentaliti org bandaq ni
depa tak takut/percaya hantu. so tak bnyk kes la.. tapi ada gak yang kene dekat aku sndri. meremang. hahahhaa. okay aku ceritakan sikit masa aku belajar. bila dah smpai KL, aku
xpenah cite dekat sape2 yang aku bole tolong orang. takde org tahu pun. ye la.. kalau cite kan sape nk caya. silap2 cakap aku gila lagi mcm kengkawan sekolah aku dlu.
so aku senyap laa smpai ada satu kes ni. ktorg first sem kene duk asrama, asrama dekat bangsar. so, masa masuk tu terpilih la aku duk ngn kawan senegeri. random je.
time tu 4 orang sebilik. 3 dari sama negeri, sorang budak selayang. pastu ktorg lak satu course. mmg melekat la. lepak situ lepak sni. tak disangka2 mmbr aku sorang tu ada saka.
ini saka baik punya. hahahah. dia meracau kalau petang dia tdo, miss solat, pastu mandi time maghrib. mlm tu mmg kene sampuk. mcam2 betul. so, ada sekali ni, aku tngh duk layan movie. dah mlm time
tu. dah lights off kot. tetiba mendengus. makaih. makin lama makin kuat.

aku ni jenis y cepat geram/marah. aku marah la benda tu asek nk kacau jee kije. sekali aku bukak lampu aku tngh mmbr aku tu dah bergayut terbalik mcm kelawar tdo. peghh.. impossible kalau normal human nk buat mcm tu.
tapi cepat2 aku tampar kepala dia. ahha. oh satu lagi aku jenis kalau org kene rasuk, aku xsuka nk kepit pensil dekat ibu jari kaki dia. susah la. tips dia, kalau ada org kene sampuk, ko kene kasi dia sakit. baru dia sedar.
so aku tampar la kepala mmbr aku ni. tak jalan beb. makin mengamuk ada la. time tu aku tak tau npe hostel u mcm senyap. dah malam sngt kot. budak selayang tu balik rumah rasanya.
then aku pun mcm okay la. kunci pintu then kejutkan mmbr aku lagi sorang tu. time tu la kitorg wrestling dia. hahahah. maksud aku berubat la. lama gak melawan, sejam kot. aku tak ckp bnyk, sbb penat kot. aku terus tdo.
esok pagi tu baru sesi Q&A ngn mmbr aku tu. dia pun cite la ada saka follow dia dari kecik lagi. saka atuk dia kot. tapi alhmdlh la sbb dia sebilik ngn aku, ada pape aku tampokan aje jin tu. hahah
satu sem dia duk ngn aku. sem dua dia masuk rumah sewa ngn kawan2 dia. ada gak cite2 dia meracau memalam. tp tu budak2 rumah sewa dia tolong la. sbb rumah sewa aku dah jauh time tu.

pastu, bila dah sem 2 aku strt lalai dah. dah ada niat mengorat2 aweks. smyg tunggang terbalik. kadang2 terlepas. apa nk jadi la dengan aku time tu.melepak smpai pagi la apa la. mcam2 lagi la. dlu kalau rasa hanyut sikit, ada ayahsin ngn ayah tolong
nasihatkan. ni bila dah hnyut, makin hnyut. time balik cuti sem je, bila ada org call nk mintak tolong berubat, aku jadi marah. entah kenapa. jadi mlas nk tolong, jadi tak senang.mcm2 lagi la. so bnyk la aku decline. korang ingt lagi tak dalam part awal2 tu aku ada mention benda ni xleh decline.
satu hari tu aku rasa dah jauh sngt aku hnyut kot, aku mimpi panglima. tp time tu mimpi bukn nk ajar aku pape mcm mimpi2 sebelum ni. aku dah takut time tu. aku consult ayah ngn ayahsin lagi. ayahsin ckp jalan terbaik untuk aku, tangguh dlu benda ni.
tangguh dlu ilmu berubat aku ni. time tu bnyk aku persoalkan kenapa. tapi time tu aku pun rasa tu yang terbaik kot. karang terus tak dapat berubat org, ssh la orang mintak tolong. so, ada la satu mlm tu aku rasa dah sem 5 ke 4 cmtu la.aku balik kampung
g rumah ayahsin, mintak panglima datang sbb nk ckap benda ni la kan. mcm mana nk tangguh ke apa ke kan. punya la susah panglima tu nk datang, dekt sejam kot aku duk panggil2. last2 dia datang. dia cakp la terbaik untuk aku time tu tangguh dlu. sampai umor aku ckup nnti dia datang balik. tapi y buat aku sedih bila dia ckap.
'mungkin' insyallah. baru la aku sedar kesilapan aku time tu. dengan solat ke laut, amalan takde sangat, asek duk enjoy je dekat kl tu. menyesal pun dah xde guna. Allah pinjamkan aje kebolehan tu untuk tolong orang, mungkin dia sedar aku kearah riak, sombong, dia tarik balik.
tah la. masih ada ke tak tah ilmu aku tu nnti kalau smpai masa dia. walauallam. takde sape tahu smpai skrg. ayah mak pun dah jarang sebut pasal ni. aku pun balik kepada normal. tapi setiap kali balik kampung, aku melawat ayahsin lagi. kadang2 dia bacakan doa bagi semangat aku okay balik. sedih dan terkejut jugak la. disebabkan solat tak jaga,
pergaulan tak jaga, tu la akibat dia atas dunia ni. baru atas dunia. hidup2 lagi Tuhan tarik balik. lepas je diorg dh tak datang, alhmdlh fmly aku betul2 sembuh. mak ayah dah tak sakit. tapi kdang2 tu tolong mengurut jugak la. orang tua kita kan. tpi dah xde dah aku nk tolong2 orang.
dah tak rasa pape dah. so lepas je bnda ni, perasaan takut aku tu datang balik. ini paling aku tak suka. hahahah. bayangkan aku ni penakut mcm hape. tngk hantu kak limah pun xleh sbb terbayang muka kak limah dekat tangga rumah bertenggek tu. smpai la sekarang aku penakut. kalau mlm jgn harap la aku nk tulis cite ni. hahahahahha..
after sem 5, aku praktikal dkt KL jugak la.
time ni adik aku masuk form 4 dekat asrama. haaaa.. ada ceritaa adik aku pulak... jeng jeng jengg. okay cite adik aku ni aku cite kan nnti, so lepas dari aku xleh berubat orng tu, aku pun dah jalani kehidupan normal. focus on belajar, fmly dah okay, aku sndri dah okay.
alhdmlh la result aku okay then aku fly pegi satu negara ni dekat europe. masa aku pegi sane, dah totally takde dah ilmu2 aku ni. tp aku jenis suka tnya/siasat.
ad cerita aku dengar psl hantu mat saleh. nnti aku cite. so back to normall.

pengajaran aku dalam semua cite ni,jaga la solat. penting mcm mana sekalipun kije ko, letak la solat tu paling ats. aku akui aku penah tak solat bertahun. last2 aku sedar benda tu.
menyesal pun xde guna. qada balik pun tak tau brpe lagi tinggal. ingtlah, tak logik mcm mana sekali pun, ada jawapan dia. ada ayt quran/hadith/ajaran yang support all the details dia. bnykkn membaca. fikiran kita jangan kecik sngt, asal sakit je terus jin yang buat.
refer hospital, ustaz/bomoh xleh nk ubatkan org kencing manis. kene ngn hospital jugak. jgn terjebak dengan ilmu hitam/kebal/penunduk. ada cerita gak ni.. tpi aku endkn dlu cite aku ni, nnti ada masa aku cerita yang sampingan tu.
jangan senang kita percaya dekat orang yang baru kita kenal. satu lgi dan ni penting gak, ilmu hitam/jin ni bukan je datang dari bomoh. kdag2 dari diri kita jugak. bila dah kita terumbang ambing, benda2 mcm tu senang nk berdamping. contoh. A ni suka dekat B, tapi A tak penah jumpa bomoh nk sihirkan B, tapi B sakit. bila jumpa ustaz, ustaz ckp A yang buat.
sebab dia bila jin dah ada dengan kita, senang je dia nk pegi dekat org kita tak suka.. last2 kita pun percaya dekat jin tu bila benda y kita nk kita dapat. tak solat, kaya tu dari mana? dari jin la. makin jauh kita terlalai, makin bnyk bnda dia nk kasi.



haaa.. bole tulis buku dah aku ni. hahaha.. nnti cerita sampingan aku update nti. xde la korang tertunggu2 ending cite aku. ahha.
so, next aku citekan pasal ada sorang brader tahfiz ni belajar ilmu kebal ngn ilmu penunduk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
bunga_lestari replied at 11-12-2015 11:04 AM
tt.. sambung pasal sedara tu k.. nak tahu apa kesudahan tt ubatkan sedara tu..

Sedara saya tu lepas dah lama berubat, lumpuh dia tu xleh elok. Tpi alhmdlh la rumah dia aman sikit. Tapi tak lama la sebelum dia meninggal. Inalillah. Org ckp bila benda dah sebati dengan badan kita, kalau kita kluarkan dia, tak lama dah bole hidup. Wallaualam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.157614 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list