CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Jenayah] Remaja Disyaki Diculik Belum Ditemui!#833 THE END

[Copy link]
Post time 30-12-2015 05:38 PM | Show all posts
boleh plak dia cakap panjang2 yer
mushkil la...
tp jgn risau la
pihak polis cekap
nanti dapat la tau location nombor tu
polis ada secret system utk kesan..
trust me....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 05:42 PM | Show all posts
Changa replied at 30-12-2015 05:36 PM
share location nanti kantoi la pula sis
kalau dah ada no ponsel...telco pun boleh kesan gen ...

ye la..dr die dok call akak die smpi 3 min nangis2..baik die antr short msg kt akak die n share location..mne tau blh diselamatkan...

aah kan..dlu telco kan blh trace location kan..skrg ni x tau la function lg ke x..act kte pn blh gne google+ utk set kan location supaya org tau among fmy circle la..aku ade buat ngn fmly members...sng if ape2 hal blh detect location..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 05:45 PM | Show all posts
bodoh la penculik culik budak pastu tak cek ada hp ke tak...bukan tu first2 kena buat ke? rampas hp dulu..no point la culik org biar je hp kat tgn budak tu..
ke mmg bodoh?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak boleh bukak bideo tu jadi tak tau la nak caya ke tak..... tapi kalo ikut mesej tu aku rejek jer..... sgt drama tamil... sempat mesej tolong tolong kesusahan gitu ?  

Skrip bebudak skolah sgt.... van putih..... pengsan.... ramai gegel lain dlm tu..... dejavu sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 05:46 PM | Show all posts
pichee replied at 30-12-2015 05:42 PM
ye la..dr die dok call akak die smpi 3 min nangis2..baik die antr short msg kt akak die n share lo ...

kalau kakak yang acah2 privacy konon bahaya la pulojk share location sedangkan mereka yang bimbo tak tahu boleh setting privacy setiap apa yang kita share kan ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 05:47 PM | Show all posts
abangbeca replied at 30-12-2015 05:46 PM
Aku tak boleh bukak bideo tu jadi tak tau la nak caya ke tak..... tapi kalo ikut mesej tu aku rejek  ...

so drama yusof haslam sangat kan skrip nya...

aku di timpa kesusahan pelbagai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2015 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 30-12-2015 04:44 PM
kakak dah pakai tudung fareeda iya!

Haha...bukan kak changa pakai tudung labuh ke smasa kita jumpa dulu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 05:52 PM | Show all posts
Changa replied at 30-12-2015 05:46 PM
kalau kakak yang acah2 privacy konon bahaya la pulojk share location sedangkan mereka yang bimbo t ...

hahaha....

ala utk family members nk privacy ape nye..tp klu ade gak fmly members tu nk stalk2..xyah la masuk kan die dlm loop..kan sng...benda sume blh setting...

mcm i..buat ngn fmly i sng ckit nk detect diorg kt mne2...mcm gps ler..hihi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 30-12-2015 04:04 PM
bohsia2 lain yang lari ikut jantan pun semua masuk news kat tiwi... nothing new pun.

Mengimbau misteri villa nabila. Setelah segala pawang bomoh mengesan, rupanue bdk yg hilang tu lari rumah kawan.


Apa2 pun semoga adik ni selamat dan kembali kpd keluarga pon dgn selamat. Insyaallah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 05:54 PM | Show all posts
mat_arof replied at 30-12-2015 05:25 PM
masalahnya sekrang ni...banyak je kes culik sana sini

dahulu masa zaman aku sekolah di tahun 80an ...

zaman ni manusia dlm kesesakan. zaman dulu jual petai, zaman skrg jual org.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2015 05:55 PM | Show all posts
PETALING JAYA: “Tolong aku, aku nak balik, diorang culik aku, diorang nak jual aku,” kata seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang mendakwa diculik menggunakan van putih.

Nor Amira Atirah Abdul Majid memberitahu perkara itu ketika menelefon salah seorang ahli keluarga bagi meminta pertolongan sebelum perbualan itu terputus.
Rakaman perbualan selama 3 minit 43 saat itu menjadi viral di media sosial apabila ahli keluarga mangsa meminta bantuan orang ramai.

Nor Amira Atirah dipercayai diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang pada petang Selasa.

Berdasarkan rakaman perbualan itu, mangsa mendedahkan dia telah diculik oleh penculik menggunakan sebuah van berwarna putih namun tidak sempat melihat nombor pendaftaran kenderaan apabila kepala ditutup dengan kain.

Malah mangsa hanya tersedar apabila dia hanya ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru .

Menurut Amira, dia tidak keseorangan diculik, apabila mendakwa ramai lagi gadis lain turut berada dalam tahanan yang dipercayai untuk dijual.

Sebuah portal pula melaporkan, ibu mangsa menyedari anak perempuannya itu tidak berada di rumah kira-kira jam 10 malam, seterusnya bertindak menghubungi mangsa namun tidak berjaya.

Pihak Polis Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya sedang mengumpul maklumat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.-FMT
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 30-12-2015 05:23 PM

Tak dapat bukak... ada link lain tak huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:02 PM | Show all posts
aku nak tengok dulu apa kesudahannya
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:05 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 30-12-2015 06:02 PM
aku nak tengok dulu apa kesudahannya

kakak pun dah tak sabar nak tahu kesudahan nya
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:25 PM | Show all posts
misteri van putih..

pas ni jpj haramkan la van berwarna putih..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:27 PM | Show all posts
Misteri villa nabila part 2 kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2015 06:27 PM | Show all posts
abangbeca replied at 30-12-2015 10:02 AM
Tak dapat bukak... ada link lain tak huhu...

cuba buka mynewshub dalam tu ada
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:29 PM | Show all posts
tagas replied at 30-12-2015 06:27 PM
Misteri villa nabila part 2 kot

aku pun syak macam tu jangan jadi kisah pengembala kambing sudah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:40 PM | Show all posts
aku dulu pernah dok area ni..tahun 90an sampai 2003 cam tu...kawasan ni banyak warga asing...sebab situ kawasan perindustrian...macam2 kilang ada..dekat dngan port..segala macam mak nenek bangsa ada..kawasan budak ni tinggal maaf lah aku kata memang peel dari mak pak anak beranak memang tak semenggah..senang kata kawasan PPRT...cakap pesen jerit2..maki2..macam2 hal..takat budak2 lelaki perempuan lepak2 sampai malam biasa je tuu...jiran2 gaduh..malas aku nak kata banyak..aku sendiri ada anak perempuan umur2 camtu... harap budak ni dari keluarga yg baik2..aku doakan  semoga dia selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mek_molek at 30-12-2015 06:55 PM

#Info dr fb pdrm
PENJELASAN SEBARAN VIRAL BERKAITAN KEJADIAN REMAJA BERUMUR 14 TAHUN DILARIKAN OLEH VAN PUTIH.

1. Polis Kontinjen Selangor dengan ini mengesahkan ada menerima laporan polis mengenai kehilangan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di kawasan Klang Utara pada 28.12.2015 jam 8.20 malam, yang telah tersebar viral dalam laman media sosial Facebook.

2. Pada 28/12/2015 lebih kurang jam 8.20 malam, pihak polis telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh ibu (pengadu) remaja perempuan tersebut bersabit kehilangan anaknya itu. Pengadu menyedari ketiadaan anaknya itu sejak 27/12/2015 lebih kurang jam 2.30 petang dan anaknya itu dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat. Walaubagaimanapun, pada peringkat awalnya, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya (pengadu) menerusi telefon bimbit dimana anaknya itu memaklumkan bahawa beliau telah keluar untuk berjumpa rakannya.

3. Siasatan awal oleh pihak polis menerusi seorang saksi iaitu adik kepada remaja perempuan tersebut, mengesahkan bahawa kali terakhir beliau dilihat adalah bersama seorang lelaki Cina, yang di percayai teman lelakinya iaitu pada 27/12/2015 lebih kurang jam 7.00 malam di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

4. Siasatan polis selanjutnya mendapati remaja perempuan tersebut memang sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya. Beliau juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri dari rumah dan beliau tidak mempunyai masalah serius dengan ahli keluarganya.

5. Namun, pada 29/10/2015 lebih kurang jam 7.30 malam, ibu remaja berkenaan (pengadu) telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa beliau telah dilarikan oleh 2 orang lelaki India yang tidak dikenali semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah.Remaja tersebut juga memberitahu bahawa beliau telah dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van warna putih.

6. Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menjejak dan mengesan lokasi remaja tersebut.Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan siasatan serta operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis.

7. Justeru, pihak polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut.Orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Polis Klang Utara, ASP Burhanuddin bin Mustafa ditalian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Insp.Ahmad Tarmizi bin Umar di talian no 013-3430150.

CP Dato Abdul Samah bin Hj.Mat.
KETUA POLIS SELANGOR.
30 December 2015.

Sumber: Polis Selangor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Era baru Indonesia
maklukpenggodaEra baru Indonesia
Views : 28879 Replies : 12
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 87989 Replies : 3393
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37251 Replies : 22
Civil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal  menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang
YgBenarCivil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, be
Views : 62950 Replies : 16
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 38888 Replies : 154
Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”...Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat
YgBenarJangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman
Views : 7930 Replies : 52
Abah Hayat terlepas tali gantung, kes bunuh kerat lapan 23 tahun lalu
AbahmungAbah Hayat terlepas tali gantung, kes bu
Views : 45485 Replies : 95
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31501 Replies : 76
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109343 Replies : 6698
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72719 Replies : 659

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.055958 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list