CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-LTS

[Tempatan] 74% Penuntut Universiti Kebuluran, Fakta Atau Auta?

[Copy link]
Post time 19-1-2016 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
This is bool chit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Standard je kot dulu beli makanan sekali sehari. Life student mana nak mewah2. Haih la
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 02:52 PM | Show all posts
aku tengok sepupu aku student Uni elok ja pi breakfast/kunch/dinner kat kedai hipters ni...byk ja duit....mana ada kedai hipters rege 2-3 hengget..plg murah air kosong kot....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by komkom_2 at 22-1-2016 07:11 PM

Fakta...
Tp bile ujung sem je..mase awal2 sem dpt biasiswa dpt ptptn x reti nak jimat..dh tau nak bayo umah sewa segala bapak bil yg awal2 g tgk wayang nape..
Aku dulu siap bagi mak aku lagi duit...aku dpt ptptn 2500 1 sem..ngan umah sewa 650..blom lagi bil air letrik yg melambung...blom lagi ngan mini projek sane sini...x de lak aku smpi pecah usus...
Mase awal2 dpt duit x menyedor..
Aku baca kat confession2 tu rase menyampah...kate kalo pki ip x semesti nye kaye??
X semestinye kepala hotak...ip tu harga 1.50 ke smpi ko bole beli...ms aku praktikal org lain sebok beli hp baru bagai...aku x beli langsung..dgn duit gaji je aku tampung hidup...duit ptptn aku bg mak aku ngan tolong adik aku sbb die pun ngah belajar..
Student skang ni mengada je lebih..1 sem dpt 5000 pun tetal x ckup kalo gaye hidup mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 07:22 PM | Show all posts
Kebulur ke? kalau ai bertembung kat luar, remaja muda belia hp masing2 canggih. Mengalahkan orang bekerja
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 08:16 PM | Show all posts
harap-harap ada student yang baca artikel ni. dipetik dari blog gilahartanah.com

Masa penulis kat universiti dulu, ada banyak jenis makanan yang boleh jimatkan perbelanjaan.

Kalau boleh, elakkan makan maggi atau makan segera lain secara kerap. Makanan jenis ini akan berikan kesan yang tak bagus kat kesihatan untuk jangka masa panjang.
harap-harap ada la student yang baca artikel ni. Dipetik dari blog gilahartanah.com

Kadang-kala, boleh lagi diterima. Tapi, lebih baik kurangkan melainkan terpaksa.

Yang penting, kita sendiri kena latih perut untuk kurangkan makan. Supaya tak mudah terikut nafsu makan itu.

Kat bawah ini, penulis ada senaraikan makanan yang jimat serta tak mahal (dan ia banyak bantu jimatkan perbelanjaan penulis masa kat universiti dulu).

Makanan #1: Roti keping.

Kalau kita tengok kat rak kedai runcit, ada banyak pilihan jenama roti seperti Gardenia dan Massimo.

Dengan harga yang tak sampai RM3 (untuk pek besar), korang boleh beli roti keping ini untuk dibuat sebagai sandwich, atau dimakan dengan makanan yang lain.

Roti keping bekalkan kandungan karbohidrat, pottasium, fiber, dan pelbagai lagi nutrien penting untuk tubuh badan. Dan ia juga buatkan kita kenyang.

Ada peti sejuk kat asrama atau rumah sewa? Kalau ada, lebih banyak makanan yang korang boleh buat.

Korang boleh gabung makanan ini dengan roti keping:

kaya,
jem,
margerin, atau sebagainya.
Paling kurang pun, roti boleh dicecah dengan milo (dan ia masih sedap dan mengenyangkan).

Makanan #2: Roti canai.

Tak dapat nafi lagi. Menu ini adalah pilihan utama kat kedai mamak kalau nak berjimat.

Rata-rata kedai mamak sekarang letakkan harga RM1 untuk setiap keping roti canai.

Kalau ada bajet lebih, boleh minta roti telur atau roti tampal. Nak lagi best? Minta mamak tu potong roti canai dan letak kuah banjir. Yummy!

Makanan #3: Nasi lemak.

Takut kena bayar mahal kalau ambil nasi berlauk? Ini salah satu pilihan terbaik untuk korang.

Ramai peniaga letakkan harga sebanyak RM2 hingga RM5 untuk sebungkus nasi lemak. Ada yang dijual dengan harga yang lebih murah (siap dengan lauk lagi), tapi ia bergantung kat kawasan.

Kalau beli nasi lemak biasa kat kedai mamak, biasanya akan telan belanja sebanyak RM2.50.

Nasi lemak ini pula ada ikan bilis, telur rebus, kacang dan timun. Cukup untuk makan seorang dan bagi kenyang.

Ada juga yang suka beli kat gerai tepi jalan. Harga sebungkus nasi lemak hanya sekitar RM1 hingga RM1.50. Dapat beli 2 bungkus pun dah cukup mengenyangkan.

Makanan #4: Telur.

Ada dapur memasak? Hidangan telur adalah makanan yang mampu mengalas perut korang.

Nak lagi mudah pun boleh. Buat telur separuh masak sebagai sarapan pagi sebelum ke kelas.

Telur dah terbukti secara saintifik yang ia ada banyak khasiat yang sihatkan badan. Antara kandungan nutrien dalam telur adalah:

protein,
lemak,
mineral,
garam,
dan vitamin.
Ini ada beberapa cadangan jenis hidangan yang gunakan telur ayam (dan semua hidangan ni sedap tau, walaupun ringkas dan simpel):

telur goreng (boleh dimakan bersama roti sebagai sandwich),
telur goreng hancur (pun boleh dimakan bersama roti, atau digaul dengan sedikit kicap untuk rasa),
telur separuh masak (menu terbaik dan mudah untuk sarapan pagi),
roti telur (celup permukaan roti dengan telur, kemudian goreng kat kuali).
Makanan #5: Coleslaw.

Korang ada peti ais? Boleh beli kobis dan mayonis untuk dibuat hidangan coleslaw.

Nak hidangkan pun mudah. Cincang kobis itu menjadi kecil, kemudian gaul bersama mayonis.

Coleslaw yang dah siap boleh dimakan dengan begitu sahaja. Atau nak lebih menarik, cecah dengan roti atau letak kat burger yang korang baru masak.

Dan yang pasti, ia hidangan yang sihat serta mengenyangkan.

Hidangan ini sesuai untuk mereka yang ada niat nak berdiet, tapi tak nak terlalu lapar.

Makanan #6: Semua jenis makanan sejuk beku.

Ini pula sesuai untuk pelajar yang ada kemudahan peti ais.

Makanan sejuk beku memang terkenal untuk jimatkan perbelanjaan. Sebab ia boleh disimpan untuk tempoh masa yang lama, dan ia mudah untuk kita masak.

Bahkan, korang boleh simpan makanan seperti ikan atau ayam yang dah siap diperap (marinate) dan sedia untuk digoreng dalam minyak panas.

Dengan ini, tak perlu lagi korang nak kena start enjin kereta atau motor untuk ke kedai makan. Capai saja makanan ini dalam peti sejuk dan goreng segera. Mudah kan?

Kalau pandai buat kuah seperti kari atau sardin, lagi ohsem. Resepi pula banyak yang boleh dicari guna bantuan Google.

Makanan #7: Pelbagai jenis biskut.

Dengan harga lebih kurang RM4, korang boleh dapatkan pelbagai jenis biskut dalam tin.

Jenama seperti Hup Seng atau lain-lain boleh dibuat sebagai stok makanan ringan. Ia lebih baik berbanding mengunyah keropok kentang bersalut garam yang tak sihat itu.

Makanan ini sesuai dicecah dengan air milo atau kopi panas (syok makan macam ini masa hujan).

Nota tambahan: Biskut Hup Seng adalah antara makanan Malaysia yang dapat pingat pengiktirafan kualiti makanan terbaik antarabangsa. Klik sini untuk lihat.

Makanan #8: Sardin dalam tin.

Ini antara salah satu makanan yang menjimatkan, dengan harga yang murah.

Untuk satu tin, biasanya akan ada 3 ketul ikan sardin. Ia boleh kita gunakan untuk 2 atau 3 kali makan. Yang tak pakai lagi, boleh simpan dalam peti sejuk supaya lebih tahan lama.

Kalau teringin nak makan sedap, boleh tumis sardin itu dengan bawang dan cili untuk naikkan rasa.

Ada macam-macam lagi resepi hidangan yang gunakan sardin, yang sedap-sedap belaka. Tak rugi anda cuba.

Hidangan ini sesuai dimakan dengan nasi, roti keping, roti canai, atau dengan maggi.

Makanan #9: Sosej, atau daging burger.

Semurah RM2.50 hingga Rm5.00, korang boleh beli sebungkus sosej atau daging burger sejuk beku.

Makan seperti ini boleh digoreng dan dimakan begitu saja. Atau nak lebih menarik, boleh dihidang sekali dengan sos atau mayonis, nasi atau maggi (mengikut selera masing-masing).

Namun, kurangkan pengambilan makanan ini. Sebab ia kurang bekalan khasiat dan ia mampu beri penyakit kalau makan secara tak terkawal.

Makanan #10: Nasi + kicap manis + telur goreng.

Ini makanan yang menggamit nostalgia ramai orang. Dan ramai yang suka makanan simpel ini untuk isi perut mereka.

Penulis suka makanan ini masa beliau masih kecil. Nak ikutkan, ia cukup memadai untuk kenyangkan perut kita.

Makanan yang mudah dimasak dan simpel seperti ini sesuai untuk pelajar yang tersepit dengan bajet makanan yang ketat. Nak pilihan lain? Nasi bujang pun dah cukup buatkan kita kenyang.

Makanan #11: Makanan kat pasar malam.

Rasanya, ramai yang dah tahu tentang ini.

Ini adalah tempat terbaik bagi mereka yang nak berjimat tentang bab makanan. Pasar malam kat negara kita ini memang cukup terkenal dengan pelbagai pilihan makanan yang murah.

Dengan harga serendah RM1 (harga bergantung kat kawasan pasar malam), kita boleh dapat beli nasi goreng, kuey tiow, burger serta lain-lain makanan dengan harga yang tak cekik darah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2016 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak naikkan loan ptptn? Yg sedia ada pun mcm nak terberak bayar kemudian hari. Nak tambah. Mcm mampus je kalau makan roti gardenia tu. Mampos kau la #mahasiswalapar pe lanchauu.
Pondan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Manja sangat....lapar sikit dah terkoyak usus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2016 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada jah budak meskin tapi kalau lebih 50% menipu lahanat jah sis..di uni saya budak2 boleh spent rm10+- untuk caramel machiato pelbagai on daily basis..ramai plak tuh..saya sundri xsangup sis nk bazirin duit sebegitu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 04:19 PM | Show all posts
Kalau diberi pilihan utk menderma kat mana2 org kebuluran, ai lg rela derma kat org afrika sinun....itu baru genuine konsep kebulurannya
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 07:15 PM | Show all posts
1) Buat kerja sambilan, contoh guru tuition. Kalau pandai mengaji boleh mengajar mengaji. Kerja camni tak mengganggu pengajian sebab kita boleh buat schedule.

2) Pakat ramai2 kalau kawan2 ada transport, (malam2 kebanyakan fast food macam dunkin donut contohnya,akan buang makanan yang tak habis sebab they sell fresh stuff jer kesokan harinya) , gi mintak free jer... correct me if im wrong... info ni kawan saya yg kerja kat fast food yg beritahu,years ago ,sekarang tak tau still macam tu ke tak.

Bersabarlah dan tabah. Ini dugaan,kita semua dlm kesusahan, spend on what u need not on what u want.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni lah sisi buruk media sosial masa kini.. Jadi tempat para bbnu merempan meraih perhatian.. Mahasiswa kebulur adalah perkara normal.. Aku sendiri pun pernah tapi bukan jenis suka mengadu.. Tak pernah cerita kat mak ayah apatah lagi adik bradik..boleh makan nasi dengan telur pun nak bising?  Ni first time nak share zaman aku dulu pernah minum air kosong je pun.. Budak2 sekarang memang manja sangat.. Benda mcm tu pun tak tahan macamana nak hadap benda lain dlm hidup..  Fikir balik tu lah sebahagian kenangan dalam hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 03:31 PM | Show all posts
nak tengok berlapar ke tak...tengok handset.....tak kata semuanya kaya.....ada yang sederhana.....memacam hal....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 03:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Syah punn bakal penuntut universiti . Rasa gugup jugak nak masuk U ni . Tp ramai kawan-ii Syah buat Bisnes Online untuk cari duit blnja . So maybe tkda kot yang kebuluran
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 student skrg ada duit dbuatnya beli reload atau hengpon. Hengpon pun byk lg canggih dr org yg bkerja
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
susah sekarang ni beban ekonomi semasa dan yuran pengajian yg tidak lagi mampu ditampung oleh kerajaan. Lumrah masa belajar kena berkorban dan berjimat mana yg sepatutnya .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2016 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepnjang wana belajar U
Amat jatang makan kat kafe hipster bagai
First, xkena dengan tekak.. Lepas tu harga mahal. Baikla makan kat cafe u, murah pun murah.. Dah murah janganla drmand bebanyak yer doo
Sepanjang belajar kat U dr degree sampai la nak abes, memang dapat hostel.
Duit yuran dan asrana dah settle awal sem. Walaupun duit cukup, wana memang sediakan stok makanan kering like maggi ker sebagai emergency.. Yelah kita xtahukan.. Lepas tu, wana suka masak secara harom kat hostel.. Sampai blackout la wing kita otang sebab over guna elektri.. Dengan muka xbersalah wana dan kawan keluar je bilik tp dah sempat siap masak wana pun pernah jadi cikgu tuisyen..
Dah masuk U dik.. Guna apa yg kamu ada utk cari duit.. Xkan 24hr nak merengek.. Bukan semua xmasuk u.. Xtahu life u dik.. Semua pernah rasa susah, kerja part time nak cari duit lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 01:05 AM | Show all posts
Tak boleh nengok la bideo tu

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 01:19 AM | Show all posts
74% kebulur ?

aman2 sahaja dulu
cuma tak boleh la nak ikut kengkawan yang berduit , hp canggih segala bagai
kena tau cari duit lebih
-bagi tuition
-jual kek lapis

Makan pun kat cafe U
Gardenia dengan megi kari memang peneman setia
Takde la sampai tahap kebulur




Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
ALDRIN replied at 18-1-2016 11:24 PM
cer survey bebudak cha ya nun alif Tar College, Sunway, Taylor's....ramai je dtg dr kampung n luar K ...

Khenn.. dgan yuran mahal bagai.. ummah meleis dan mentaliti low class berpisah tiada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.061970 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list