|
Sambungan...
Dulu pernah ceritakan sebelum saya mengenal dunia ruqyah, saya sudah berkecimpung lama dengan dunia ghaib sejak zaman sekolah lagi malah sejak masih kecil. Saya membesar bersama 'kelebihan' ini. Ada memanggil saya 'Harry Potter' gara-gara ia.
Ia sebenarnya bukanlah kelebihan, tetapi permulaan rintis bagi seseorang itu menjadi dukun apabila dewasa kelak. Kebanyakan menyangka, menjadi dukun ini kena belajar dan menuntut di sekian orang serta tempat. Padahal dukun telah dilatih sejak zaman kanak-kanak lagi.
Orang seperti kami ini dipanggil sebagai 'Manusia Indigo'. Sama seperti watak Harry Potter, dengan usia dari kecil hingga ke remaja dilatih menjadi ahli sihir. Cuma bezanya, bukan manusia yang melatih kami sebaliknya jin.
Maka sebab itu, saya kenal selok belok, tipu daya dan sebagainya berkenaan kehidupan ahli sihir dan peranan makhluk ghaib mendukunkan orang.
Copas fb Halim Abdurrahman Al-Athari |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tt boleh cuba hubungi peruqyah diatas melalui whatsapp. Nombornya ada dalam fb beliau. Jangan bimbang tentang bayaran, peruqyah yang mengikut sunnah tidak menetapkan bayaran/upah insyaallah.
Walaubagaimanapun saudara Halim mungkin agak sibuk sebab sedang melanjutkan pelajaran.
|
|
|
|
|
|
|
|
X tau nak kata ko ni terbuka hijab ke x, atau benda tu sengaja menjelmakan diri depan ko, klu terbuka sepenuhnya even ko pegi mana2 ko akan nampak, tgh makan @ dalam tandas, luar rumah, sbb jumlah benda tu lagi banyak dari manusia, klu xsilap aku, 1 manusia 9 ekor jin .
Klu org yg terbuka sepenuhnya biasanya lama2 dia xtakut, dh biasa. Amal & hubungan dgn tuhan kena jaga. |
|
|
|
|
|
|
|
ad_hoc79 replied at 28-1-2016 02:58 PM
budak2 ni kalau nampak, nanti dah besar akan hilang sendiri ke?
sbb ada yg aku kenal budak perempua ...
Kawan (lelaki) hilang sendiri ability third eye ni bila dah dewasa.
Masa kecik selalu pengsan atau histeria bila nampak mahkluk halus. Paling takleh lupa kata dia, masa umur 6 tahun. Dia dok sorang kat rumah. Pastu tiba2 kepala rasa sakit macam kena pukul (dia kata tu tanda hijab dia nak terbuka - tu antara penyebab dia pengsan sebab sakit plus terkejut bila dah nampak). Kawan ni tertengok la cermin kat dinding masa tu. Amekaw dia nampak punya la ramai 'manusia' sedang lalu lalang, seolah2 meka berjalan di belakang dia jah. Heol menjerit, terus pengsan.
Mak dia pun ada third eye juga. Mak dia la yang mati2 ikhtihar bawa dia berubat ke sana ke mari. Last2 hilang camtu jah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by chazey at 31-1-2016 03:33 PM
turboturtle replied at 30-1-2016 11:18 PM
X tau nak kata ko ni terbuka hijab ke x, atau benda tu sengaja menjelmakan diri depan ko, klu terbuk ...
Rasanya dia bukan jenis boleh nampak 24 jam. Hantu tahu dia penakut, zets y meka suka kacau. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by chazey at 31-1-2016 03:35 PM
Students aku ada a few la juga boleh nampak benda halus. Sekolah aku angker, dalam hutan, so macam2 la boleh nampak. Tapi meka rilek jah aku tengok walau takut.
Antara yang lawak aku rasa cerita sorang ex student. Sheol biasa nampak antu. Masa sheol fom 5, sheol rasa nak terkencing di tengah malam buta. Sheol pi la tandas sensorang. Tetiba sheol nampak cik ponti elok jah berdiri tepi pintu tandas. Celake, nak pi ke tak ni, tapi aku dah nak terkucil nih. Aku pi ja la, kencing lagi penting dari pontianak kata student aku. So sheol pun selambadek lalu tepi cik ponti, masuk dalam tandas, kincin, pahtu blah. Masa sheol kuar cik ponti ala2 guard la pula masih berdiri di situ. Tapi baiknya cik ponti ni dia tak kacau student aku pun. Student aku lak, cepat2 jalan balik bilik.
Ko tak takut ka masa lalu tepi ponti tu? Tanya aku pada student tu. Takut, tapi saya dah rasa nak terkencing sangat masa tu cikgu jadi saya beranikan diri jah, jawab sheol. Kool kan sheol. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seramnye... Kalau aku la yg hijab terbuka ni.. Memang xtaula ape jadi.. Dala penakut.. Seb baik hijab tertutup..
Aku pernahla handle budak kene rasuk@histeria ni.. Memang penat.. Ape tah lagi yg sendiri histeria...
Bertabahla TT.. Semoga ade hikmah diesebalik ape yg berlaku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-1-2016 04:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
chazey replied at 31-1-2016 01:57 PM
Rasanya dia bukan jenis boleh nampak 24 jam. Hantu tahu dia penakut, zets y meka suka kacau. :lo ...
Mase kecik2 24 jam nampak kat rumah. Sampai menyampah. Kat sekolaseekor pun takde..kat sekolah menengah..time kat rumah dan sekolah..24 jam nampak lepas nampak seketul terbang bergumbira.dah meningkat matrik..x nampak dah. Cume selalu kena ganggu..lepas berubat alhmdulillah..x nampak n tenang gila..xtau nak kate takut ke x..lepas x nampak batu jadi penakut..xtau nak konklusikan mcm mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Jin ni mmg suka menjelma depan org yg lemah semangat, member turbo pernah kena..tapi dia ni bukan jenis boleh nampak mcm TT ni, balik rumah aku ambik barang jap dlm pukul 1 pagi, member ni x pollow duk kat luar pagar rumah, kereta plak aku lock, tercegat dia kat situ sensorang, bila dh settle sekali time aku dh sampai kat pagar rumah, aku tgk dia duk nyorok tepi kereta, dia cakap eh ko tak nampak apa2 ke, aku masuk je dlm kete pastu sambung pg ngeteh spai pkul 3 pagi, dlm perjalanan tu dia bgtau nampak ada benda putih mendarat pastu mengilai ke mnyeringai klu x silap kat depan rmh ( dalam pagar jiran depan ).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la tt dah gi berubat, xde yg best pun kalo terbuka hijab ni dek..mula2 tu cam eksaited juga, ye lah sebab kita bole nampak yg org lain x bole nampak tapi lama2 naik menyampah ada. Sebab asek2 menatang yg sama jah..koser nak melayan..kalo ensem ker cantik jelita xpe juga. Ini dgn muka x siap..hampes.. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin akan hilang.. dna mungkin juga x... mcm aku, masa bebudak selalu nampak.. sampai tahap, kalo blk kg naik keta tgh2 mlm2 tu, aku menyorok je bwh selimut.. bukannya apa, ada yg rajin dtg menjenguk kat tingkap.. x kira yg menyanyi dalam hutan getah lagi (keta xde aircond, so abah aku buka je tingkap keta).. masa tu bukannya ada highway lagi kalo nak blk ke utara... lalu ikut hutan getah n kelapa sawit tgh2 mlm.. bila pi camping, spesies ni mengekor je ikut tepi aku.. aku jalan ikut denai, diorg bjln tepi aku dlm belukar tebal tu.. bising sembang apa ntah dlm bhs diorg ni.. serius x paham bahasa diorg ni.. time menyewa dgn kekwn, kekwn aku sampai dah paham sgt kalo aku tetiba ajak balik masa melepak di tmn depan umah kitorg time mlm2.. kwn aku siap tanya ko nampak kat mana tadi??
tp semua tu slowly hilang bila dah nak dkt umur 21 thn.. n adik staf aku yg umurnya dah 20 thn lebih still boleh nampak.. kalo dtg ofis aku, menunduk je jln... esp kalo di ruang lobi tu... katanya tu port spesies yg x diundang tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tt,ke hijab tt tbukak bila mental state tt x brape stabil?ada kawan tu dia kalau letih mulalah dia terasa benda pelik2.mohon tt doa pd Allah kurangkan beban yg tt alami ni.hanya Allah yg boleh pulihkan semangat tt. |
|
|
|
|
|
|
|
mak budak tu pun cakap... nanti akan hilang sendiri. so, dia xbwk lah berubat.
memula dia dapat kesan...
1) masa jalan kat jejantas (kot) anaknye tarik maknye suro ketepi. kenapa langgar nak orang kat tgh jln tu? (padahal xde org langsung kat tgh jln)
2) kat rumah. tetiba anaknya cakap. marah2... jangan kacaulah. nak main (anak main sorg2)
3) kat rumah. anak nangis.. cakap hantu tu muka takut.(mungkin hodoh)
dan lain2 yang aku pun dah lupa.
harap boleh hilang dengan sendiri lah. makciknye pulak cakap, xpayah berubat sebab tu satu kelebihan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-2-2016 12:42 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sori lama sangat tinggal thread. Tq kepada semua yang kongsi nasihat dan pengalaman. InsyaAllah bg yang nasihat tu aku cuba.
Sambungan cerita. Tak lama beberapa bulan selepas matrik. Aku masuk universiti. Kat u serius aku xpernah nampak yang bebukan. Alhamdulillah. Yeah macam yang orang cakap dia pandai hilang sendiri. . Tapi. Haaa ade tapi la pulak. Selalu kena ushar kalau sorang2. Takde angin tiba2 tuala libas muka la..tiup2 telinga lah. Takkan kipas laju sangat nak bagi tuala tu sental muka aku ha. Tapi aku mungkin dah lali kot..jadi malas layan. Kalo malas layan. Start la ehem2 lah batok lah..suara lelaki pulak tu. Fuhhh..kuss jugak semangat sebab emangnya aku takde roomate. Dah mencicit lari gi tumpang bilik member kat sebelah.menyempit tido sane. Aku ringkaskan lah cerita. Kan aku penah cite aku kuat makan kan? Sangat kuat. Pagi 4 bungkus nasi lemak..sebelum jam 7pg. Sarapan 3 bungkus lagi..pastu sebelum lunch..makan nasi penuh pinggan..kuih2 aku ratah..lunch..haaa dua pinggan..sebelum petang makan lagi 3 bijik beger..4 nasi lemak..magrib..makan lagi repeat menda sama..dan dua tiga kali repeat makan smpai midnight. Pokai jugak lah aku. Tapi aku lapa kot.kalo tak makan. Perut aku sakit. Macam nak nangis tak dapat makan. Setiap lepas waktu subuh sampai zohor. Hulu hati aku sakit. Start dah time tu aku selalu lemah2 pucat mcm blood low pressure. Selalu pening kepala. Bab mimpi tak yah cerita. Takpernah dapat mimpi indah2. Selalu setiap hari mimpi kne kejar nak kena bunuh..berbual dengan ular..ular kejar ramai2, kena ulit dengan labah2 hitam yang banyak, kena kejar dengan bayi pelik dua ekor, kena kejar pempuan yang mcm ade kuase naruto tiba2 laju dekat kat muka. Bapak ah. Kalau ngaji selalu tiba2 nangis mcm sedihhh sngat2. Kejap nangis kejap tak..aih..pastu aku bagitau makayah aku. Dorang pelik jugak. Jumpa doktor. Doktor bagi ubat je.
Masa cuti sem aku balik umah. Mak aku ajak pergi berubat. Aku was2 gak. Aik syaitonirrojim kan kena ikat kan? Boleh ke?. Tapi aku pergi jugak. Aku baru baik demam mase nak pergi berubat tu. Masuk je rumah ustaz tu. Anak mata aku berat tak boleh nak pandang ustaz tu. Jantung berdegup mcm ketakutan. Tapi aku istighfar banyak2. Batuk tiba2 macam teruk tak berhenti2 sampai keluar2 air liur tersembur2 kaw2 ha. Tapi aku tak fikir bukan2 sebab baru baik demam..standard la batuk2. Ustaz ajak aku, mak aku, ayah aku dengan adik aku masuk satu bilik yang ade sejadah menghadap kiblat. Ustaz tu pesan kalau boleh jawab. Jawab kalau kena tanya. Kalau tak boleh ikt baca. Usaha bace dalam hati. Dia letak kain atas kepala aku lepas dia suruh lunjurkan kaki kearah kiblat. Dia letakkan tangan dan start baca doa2 asas. Alah surah2 pendek je. Tiba2 zuppppp darah menggelegak kat leher aku. Kejang berketar2 leher aku. Kepala macam kena renjatan letrik. Panas kepala aku ha. Air mata mencurah2 keluar. Aku sedar tapi bukan aku yang nangis mendayu2 dan menjerit2 tak tentu hala. Badan aku kaku yang aku rase. Tapi pergerakan aku tak dapat kawal. Aku dengar semua percakapan ustaz dan jin yang kacau aku. Susah jugak nak bagi keluar. Sampai 2 minggu baru boleh.tu pun dipaksa. Penat takyah cite. Sakit jugak lah sampai darah kuar dari perut. Eh bukan ustaz tu cucuk perut aku. Darah tu keluar sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-2-2016 01:05 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Lepas berubat tu alhamdulillah rase kosong perut. Ringan hepi dan paling penting. Takde dah mimpi bebukan. Pastu pemakanan terkawal dan aku tak lagi penakut ya hampun bila gelap2 ni. Hidup aku ceria je lepas tu. Tapi tak lama pun. Masa aku tahun ke tiga universiti. Its back. Hmm. Aku dapat mimpi jelas nyata. Sebelum ni dalam mimpi aku semua watak 2 kabur muka. Kali ni jelas. Dia senyum dan say hi kat aku. Muka dia penuh urat berselirat timbul2. Mata dy penuh hitam xde anak mata. Gigi karat. Dia senyum. Dia lelaki. Dan satu lagi mimpi perempuan. Dia duduk jauh kat sudut dinding. Tengah ushar aku time aku solat. Dalam mimpi lah. Aku risau lah.aku g jumpe ustaz darussyifa. Dia nasihat aku lah macam2. Dan aku usaha lah ikut. Dia tak ruqyahkan aku pun. Sebab aku cakap aku ade berubat. Cuma ustaz tu pesan. Hati2. Pastikan tak putus zikir. Sebab kalau kita pernah ditumpang. Tak mustahil ditumpang lagi kalau bocor perlindungan. Damn. Aku habis u bagai aku kerja la. Sekali tempat dengan sepupu aku. Satu hari tu dia ajak pergi darussyifa. Aku ikut lah. Berpeluh2 aku depan darusyifa mcm x tenang. Tapi peduli lah. Perasaan kot. Masuk tenang. Aku daftar nama semua sebab saja nak mintak perawat ruqyahkan aku. Masa menunggu tu aku perasan kejap sakit tangan aku..kejap perut..kebas..kejap sebelah tangan lagi tak boleh angkat. Mata panas. Ahhh sudah. Ok nama aku kena panggil dah. Aku masuk. Aku cerita ja lah ape aku alami. Ustaz tu angguk2. Dia tak tahu nak conclude ape tapi ikhtiar je lah. Awal ruqyah ade respon negatif. Jerit2 nangis2 semua ada. Cuma ade beza sikit. Yang sebelum ni aku berubat banyak cakap. Yang ini bila ustaz tu tanya bibir aku terketap sendiri sampai berdarah. Mata pejam habis2an. Memang mogok menda tu taknak jawap. Sampai kali kedua aku berubat dengan ustaz tu masih sama. Sampai ustaz tu pelik kenapa taknak bercakap. Tengah jerit2 nangis beriya. Bila tanya soalan otometik krik3. Muntah takyah cite. Muntah sikit hamis dia. Fehh..hamis gila. Walaupun aku dah makan nasi sebelum pergi berubat. Tapi takde sebutir nasi pun keluar. Semua lendir2 air liur je. Kali ke tiga berubat dengan ustazah. Kali kaw2 aku kena. Ustazah tu baca doa ape tah. Terus mulut yang taknak jawap terkatup tu terbukak luas tak boleh tutup. Tapi mata terpejam lah. Masih taknak jawap walaupun kena torture dengan ayat2 quran. Siap ketawa2 kan lagi bila ustazah tu benti tanya. Pastu ustazah tu keraskan skit. Baru terhegeh2 menda tu jawap. Itu pun angguk geleng. Suara taknak keluar. Dan masih taknak blah dari badan aku. Dia jawap soalan ustazah tu yang dia jantan dan dia kafir. Bila tanya suruh masuk islam dia senyap. Dan setiap kali lepas aku berubat. Aku mimpi lelaki yang sama. Dia marah2 aku dia cakap " kenapa kau bagitau dia?kau nak aku bunuh kau macam aku bunuh dia ke?". Aku cite dengan perawat. Dia kata kekalkan amalan. Allah yang berkuasa bukan makhluk durjana tu. Dan dia takboleh bunuh manusia melainkan ada perantaraan manusia
Sampai lah sekarang aku masih berubat. Mandi bidara. Ruqyah sendirian berhad. Aku pernah paksa diri berturutan ruqyah selang ayat quran yang lain. Tiba2 pernafasan tersekat. Nasib baik ade orang berdekatan. Lama jugak nak bernafas balik. Letih sangat pun tak boleh. Penat ke. Sakit2 badan aku tak pedulik dah.
Baru2 ni masih lagi buat ruqyah dan respon masih sama walaupun tak seteruk dulu masa awal2 start ruqyah sendiri. Masa tu lidah terpusing2. Mata pun sama. Badan tergeliat. Badan lemah tiba2. Tangan tak dapat pegang alquran. Pastu certain2 ayat memang suara jadi lain mcm kesakitan. Sampai sekarang terngiang2 sebab hari2 buat. Muntah dah jarang. Sembuh ke tak. Aku ikhtiar je lah. Ni badan aku bukan badan kau makhluk.: wish me goodluck untuk mengharap kesembuhan ini.tak best hari2 dengar suara tanpa jasad. Panggil2 nama lah ape lah. Tak best.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada sorang kwn yg mcm ni, dari kecik lg dah blh nmpk mcm2. Ada penjaga kot. Tp xda lah stress mcm TT. Sbb dah dri kecik blh nmpk, alah bisa tegal biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
speckygirl63 replied at 31-1-2016 04:19 PM
Mase kecik2 24 jam nampak kat rumah. Sampai menyampah. Kat sekolaseekor pun takde..kat sekolah men ...
Ertinya masa kecik ko terberani sebab selalu nampak tapi bila dah tak nampak ko jadi penakut bila sekali sekala nampak.
Kesimpulannya, ko penakut sekarang. Sebab tu ko asek dikacau. Aku penah baca teori yang mengatakan antus boleh sense getaran yang kita hasilkan-dengan cara tu la meka tau kita dekat dengan meka sebab macam kita, antus ni pun bukan 24 jam nampak kita. Kan berada di dimensi berbeda katanya. Zets y meka tahu2 saja sapa yang meka nak kaco. Pehtu ko tak perasan ka makin kita takut makin galak meka mengusik. Bertabah la dik. Ko jerkah ja antus tu lain kali. Biar meka lak yang takut ngan ko. |
|
|
|
|
|
|
|
memang agak stress klu psl isu ni |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga tt cepat sembuh. Bagus juga tt amalkan ruqyah sendiri. Sedikit tips bagi sesiapa yg pernah mimpi buruk..
1. Meludah kesebelah kiri 3x (HR Muslim). Buat seperti anak kecil meludah.
2. Minta pertolongan Allah daripada syaitan dan perkara buruk yang dilihat 3x.. (HR Muslim).
- Baca ta'awwus (A'uzubillahiminassyaitoonirrojimm) |
|
|
|
|
|
|
| |
|