CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Scuba diving / Menyelam

[Copy link]
Post time 21-3-2013 11:21 AM | Show all posts
Salam u olls,

i pon tengah nak belajar berenang ni..yelah takkan tiber2 terus nak terjun skuba diving kan..Pulau yang paling dihajatkan nak diving of course la Pulau tioman..so i amek first step untuk belajar berenang dengan baca satu e-book ni tajuknya "Cara mudah belajar berenang"..rasa cam malu plak kat budak2 kalo da tua-tua ni nak berenang pon reti..heheh..pd yang langsung takde basic nak berenang tu pon boleh la beli e-book ni..bukannya rugi pon kan, nak tambah ilmu..juz klik jer link kat bawah ni..hehe..

http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=6395_29_1_117
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2013 04:23 PM | Show all posts
fadzssha posted on 17-3-2013 01:15 PM
Nak tny, klu nak diving mmg kena reti berenang eh?
Aku pon dah lama teringin nak diving neh
Tp bil ...

Nak dive x semestinya reti berenang...
Try wat discovery dive dulu...
apa2pun... pd sy its a worth activity..
to be a certified owd..

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 07:28 PM | Show all posts
Salam all. Tak reti berenang takpe, asalkan bole terapung. Tapi kalau bole berenang extra point IF boat karam dibadai ombak ke, pastu bole berenang kat laut w/o life jacket. I dulu buat both Confined Water dgn Open Water buat kat Kg. Salang, Tioman. Lama dah tahun 2009. Seminggu berkampung sampai sunburn! But, we surely had fun!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 11:51 PM | Show all posts


Berjalan di dasar laut

Terumbu karang di pulau peranginan negara ini sememangnya cantik dan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
Biasanya pelancong hanya dapat melihat dari jauh di permukaan air apabila melakukan aktiviti snorkeling manakala mereka yang mahir dapat mendekati terumbu karang menerusi selam skuba.



Namun, kini pelancong berpeluang mendekati terumbu karang dan pelbagai spesies hidupan laut dengan berjalan di dalam air menerusi aktiviti ‘scuba walker’ yang baru diperkenalkan di beberapa pulau peranginan di negara ini.
Sebagai tarikan terbaru di Pulau Lang Tengah yang terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Terengganu, pencinta laut dapat mendekati keindahan ciptaan Tuhan itu dengan mudah tanpa memerlukan kemahiran asas seperti berenang.



Pengarah Summer Bay Lang Island Resort, Chong Fah Ming berkata, aktiviti rekreasi dasar laut di pulau berkenaan diperkenalkan tahun lalu dan mendapat sambutan ramai.
“Scuba Walker amat mudah dikendalikan kerana pelancong hanya memakai topi keledar yang disambung dengan tangki oksigen dan bernafas seperti biasa menggunakan hidung sambil berjalan di dasar laut sambil melihat pelbagai spesies hidupan laut.



“Jika menyelam di Pulau Lang Tengah, mereka akan dibawa melihat terumbu karang asal dan projek pemuliharaan terumbu karang yang ditanam dalam pelbagai dekorasi.
“Pelancong juga dapat melihat kelibat ikan nemo dan pelbagai spesies hidupan laut lain bermain di habitat mereka,” katanya.



Menurutnya, projek serampang dua mata itu bukan sekadar mahu mempopularkan Pulau Lang Tengah sebagai destinasi pelancongan dengan keindahan pesisir pantai yang memutih dan halus tetapi menyemai kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga terumbu karang.
Pihaknya bekerjasama dengan Miss Scuba Malaysia baru-baru ini mengadakan projek pemuliharaan terumbu karang di jeti Summer Bay Lang Island Resort dan kawasan sekitarnya bagi mewujudkan sebuah habitat marin yang bersih.



“Pulau Lang Tengah turut menawarkan panorama indah kepada pelancong, antaranya melihat matahari terbit dan terbenam di pesisir pantai selain melakukan pelbagai aktiviti seperti berkanu, bermain bola tampar dan jelajah hutan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Projek Terumbu Karang Miss Scuba Malaysia, Cheah Chong Beng berkata, terumbu karang adalah sejenis haiwan yang melakukan proses fotosintesis dan hidupan itu memerlukan cahaya matahari untuk pembesaran.


Pihaknya memilih Pulau Lang Tengah sebagai projek pemuliharaan terumbu karang kerana pulau itu amat sesuai dengan kedudukannya yang agak tersembunyi dan bersih selain kurang dikunjungi pelancong.
“Terdapat pelbagai punca menyebabkan kemusnahan terumbu karang, antaranya faktor alam seperti cuaca panas, peralihan monsun dan ombak kuat pada musim tengkujuh selain masalah nelayan yang meletakkan sauh di dasar laut sehingga terkena terumbu karang, kecurian terumbu karang serta sikap ambil mudah pelancong yang menyentuh hidupan marin,” katanya.


Menurutnya, menyedari terumbu karang adalah aset besar kepada ekosistem laut, pihaknya melaksanakan program rehabilitasi sumber dengan cara peletakan pelbagai jenis tukun tiruan dan penanaman semula karang di kawasan yang terjejas.



Katanya, usaha itu bagi menambah hidupan karang yang menjadi habitat baru bagi pelbagai hidupan marin.
Pengarah Miss Scuba Malaysia Joan Neo berkata, pertubuhan itu yang mempunyai jaringan dengan lebih 25 negara berperanan mempromosikan aktiviti pelancongan skuba dan pemuliharaan hidupan marin.


Katanya, ia juga berperanan bagi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat awam mengenai kepentingan dan faedah menjaga serta memulihara sumber marin di negara ini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 11:04 AM | Show all posts
fadzssha replied at 17-3-2013 01:15 PM
Nak tny, klu nak diving mmg kena reti berenang eh?
Aku pon dah lama teringin nak diving neh
Tp bil ...

aku x pandai berenang pun.....dah ada open water license......huhuhuhu

best gak join diving nih.....

now baru bertatih2 belajar berenang...tu pun sendiri2 jer pandai breaststroke jer laaa

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 11:06 AM | Show all posts
alyanurr replied at 25-3-2013 07:28 PM
Salam all. Tak reti berenang takpe, asalkan bole terapung. Tapi kalau bole berenang extra point IF b ...

camno nak terapung kalo x pandai berenang??? ke ko maksudkan terapung dgn kepala dlm air???

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2015 12:35 PM | Show all posts
axl_bach replied at 2-7-2015 11:06 AM
camno nak terapung kalo x pandai berenang??? ke ko maksudkan terapung dgn kepala dlm air???

bukan kalo kita dah pakai gear nk menyelam tu dah ada pelampong ke kat bahu tu? so sapa tak pandai berenang boleh je nak menyelam ni...cuma kena tahu camana nk mengapungkan diri. bukan apa, terapung tu bg aku adalah tahap konfiden dan tak takut dah tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 12:45 PM | Show all posts
aks_berhad replied at 2-7-2015 12:35 PM
bukan kalo kita dah pakai gear nk menyelam tu dah ada pelampong ke kat bahu tu? so sapa tak pandai ...

yup, mmg ada self infated punya pelampung yg kita bleh kawal masa nak ascend naik ke atas.....senang cakap aku mmg x pandai nak apung langsung, means badan tegak dlm air tapi kepala di atas paras air, cuma aku bleh berenang breaststroke jer laaa....beranikan diri amik lesen n now dah dpt dah pun....aritu pegi Redang wat 8 open water dive......puas ati laa bleh selam sampai 20 meter....huhuhuhuhu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2015 05:31 PM | Show all posts
axl_bach replied at 2-7-2015 12:45 PM
yup, mmg ada self infated punya pelampung yg kita bleh kawal masa nak ascend naik ke atas.....sena ...

aku teringin nk amik sijil...tp mengenangkan aku punye resdung tak baik2 lg, so redho je la.

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 12:32 AM | Show all posts
axl_bach replied at 2-7-2015 11:06 AM
camno nak terapung kalo x pandai berenang??? ke ko maksudkan terapung dgn kepala dlm air???

Mende pulak terapung kepala dalam air? Terapung maksudnya keupayaan utk kau kawal badan bagi tak tenggelam. Facing langit nun. Kalau boleh terapung, automatically kau akan boleh kipas2 kaki and tangan tu kasi gerak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 01:00 AM | Show all posts
alyanurr replied at 6-7-2015 12:32 AM
Mende pulak terapung kepala dalam air? Terapung maksudnya keupayaan utk kau kawal badan bagi tak t ...

yer laa, kalo dah x pandai berenang camno nak pandai terapung.....cam orang yg pro dia pandai apung biarpun dlm keadaan statik...kalo aku plak dlm keadaan statik mmg abis badan dan kepala aku terendam dlm air, means aku bleh apungkan badan aku berdekatan water surface tp muka aku tenggelam....faham x maksud aku???

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesekali seronok skuba ni ...... baru berani kedalaman 40 meter.
Leka kalu dah sampai dasar yg cantik .... tak berani menyelam sesorang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.296979 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list