CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter

 Close [Copy link]
Post time 16-8-2007 04:20 PM | Show all posts

Reply #779 rdzaccess's post

wokey...still menunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2007 05:52 PM | Show all posts
masih menunggu gak.. lalalalalallalaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 06:30 PM | Show all posts


Pada masa tu aku berkerja untuk projek pembesaran jalan di sekitar Rawang.
Maka aku ditugaskan khas untuk mengatasi masalah pembinaan kat sana termasuklah membina jambatan untuk jalanraya melintasi keretapi.
Maka kerja-kerja tanah pun rancaklah.
Termasuk pembinaan pasar Borong Selayang.
Pasar Borong Selayang ni sebenarnya terletak di tengah2 lombong.
Oleh kerana teknologi canggih yang digunakan untuk pembinaan pasar ni maka aku tak pergi dah kat situ untuk berpasar.
Maka kerja2 mengepam lumpur pun dilakukan sementara kerja2 back fill berjalan ngan lancar.
Sedikit demi sedikit landscape yang telah ada pada pelan pun menampakkan hasilnya.

Pada satu hari tu, aku duduk kat kantin projek yang memand di dirikan oleh seorang penduduk kat situ.Mencari rezeki.
Maka terdengarlah desas desus akan masalah  kat tempat pasar borong ni.
Cuting level adalah dalam lebihkurang 7 kaki.
Maka penandaan dah pun dibuat tetapi adalak masalah.
Ada satu marking level yang diorang tak boleh tolak walaupun memakai jentera berat berantai.

Semuanya kawasan dah rata terang tetapi tempat tu dah semacam bukit yang kecil.
Tak de apa pun kat situ yang menghalangi , walaupun akar kayu sebab tempat ini adalah kawasan berpasir, yalah...kawasan lombong.
Pening kepala diorang termasuklah resident engineer.
Diorang wat sembahyang bagi orang cina, tetapi hampa.
Maka berceritalah operator kantin tu, yang kebetulan aku pun ada sama.
Operator kantin ni melayulah dan dia mengambil bahagian jugak ( kontraktor pun ada bayar dia untuk jaga kawasan ni daripada gangguan yang tak nampak ni). Dia kenakan caj lebihkurang Rm400 masa tu sebulan.( maka disini dia dikenali sebagai abang selepas ini)

Dia pun dah pening dah. Kena tanya ngan kontraktor.
So macam biasa, sesudah abis perkerja2 minum petang, aku masih melepak lagi kat situ. Tunggu time aku habis jam 6 petang.
Maka aku pun senohong lah. Kata abang tu, dah macam-macam dia cuba tapi tak leh.
So aku mintaklah kat dia akan pedoman ke tempat tu.
Dia pun menunjukkan arahnya. dengan mulut dan tangan dan kat situ....kat situ...kat situ...
Maka aku pun pahamlah sudah.
Hatta maka aku pun pergilah ke tempat yang di gambarkan.
Aku lihat memang banyaklah kesan roda berantai yang ada kat situ berserakkan ditunjukkan oleh pasir.
Maka aku mula melihat di sekeliling bukit kecik tu ( La kecik sangat bukitnya...) adalah dalam dua puluh kaki garis lintang.
Aku dapati seakan kesan terseret, maknanya roda rantai tu macam ada ditarik ke belakang untuk mengelak supaya tidak melanggar tempat tu.
Setelah sudah aku pergi balik kat kantin, jumpa ngan abang tu dan aku berkata," Bang, besok jer lah kita cerita, sekarang dah
cukup masa. Saya nak balik opis"
"Haaa...yalah..kita jumpa esok" balasnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 06:30 PM | Show all posts
So korang kenalah tunggu esok baru aku cerita...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by feirina at 16-8-2007 16:16
Rdz..ko memang pernah lalu are Gurun masa nk gi sungai Tiang kan...
Actually aku keje area perindustrian berat kat sini..ko pernah dengar tak kawasan yg dipanggil Jentayu kat area jeniang ni?


Yang ni aku tanak cerita sebab kakak ipar aku memang tinggal kat Jeniang...
Nanti ko tak nak gi kerja lak...
Ko mesti kenal Pak Marzuki, guru ngaji yang dah beberapa kali mewakili negeri Kedah.
Dia tu pak mertua abang aku...anak dia ada bernama Fawzi...
Mintak maaf ler bebanyak...kalau yang sadis tu, kalau yang masih ada kat tempat tu ( selagi belum dihapuskan aku keberatan nak cerita ).
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 09:36 PM | Show all posts
Originally posted by rdzaccess at 16-8-2007 06:30 PM
So korang kenalah tunggu esok baru aku cerita...


:@.. rdza.. naper suke sambung2...? citer pendek pun ada sambungan gak ke..

lily pun da x faham.. byk tul selingan.. ntah mana kepala crite.. ntah mana ending crite..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2007 10:29 PM | Show all posts

Reply #786 lily_kama's post

dia terjangkit penyakit bawaan unckle K...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 11:09 PM | Show all posts
Originally posted by rdzaccess at 16-8-2007 06:30 PM
So korang kenalah tunggu esok baru aku cerita...



skit jam lagi, dah ESOK la ni rd.

PM nya dong? gimana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2007 12:17 AM | Show all posts
Originally posted by seroja at 16-8-2007 23:09



skit jam lagi, dah ESOK la ni rd.

PM nya dong? gimana?



Uda di antarin sih...kok belum diterima...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2007 12:26 AM | Show all posts
So malamnya aku tengok TV.
Pas tu aku pun bersiap2 untuk tidur.
Sementara dok layan tu, rerasa aku tak leh tidur.
Memang lah kebiasaannya kalau dah letih tak boleh lelap.

Aku kemudiannya mengambil keputusan untk mandi sekali lagi.
Setelah sudah aku terus mengerjakan solat sunat 2 raka'at.
Kemudian aku bertafakur sekejap.
Ada sesuatu yang membungkam aku dari beristirehat.
So, dalam pada dok diam tu aku pun teringat akan kisah kat tempat aku kerja tu.
Maka aku pun mengambil persiapan yang sememangnya ada kat dapur.
Aku mengambil lilin, kemenyan , air yang dibubuh dalam mangkuk.
Sementara barangan tu dah ada depan aku...aku mengelamun pulak...jauh renyngan aku...

Sebenarnya aku tak tau nak buat apa... Barang-barang tu pun secara spontan jer aku ambik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2007 12:57 AM | Show all posts
Aaah ...lantaklah...

Aku mengambil piring kemudian meletakkannya di atas lantai.
Kemudian mengambil lilin dan menyalakan api.
Aku membakar sedikit dibawah lilin agar ia mudah melekat pada piring
Maka terang sikit bilik aku yang sememangnya gelap sebab  aku dah tutup lampu.
Terkuip-kuip api lilin ditiup angin pernafasan aku.
Setelah itu, aku mengambil mangkuk yang berisi air, dan membaca apa yang patut dibaca.
Aku memasang niat dan membaca ayat-ayat al Qur'an lambat-lambat dan satu persatu agar terang bacaannya.
Kemudian setelah sudah aku meniupkan ke air.

Tetiba api lilin menjadi tak keruan dan terus terpadam.
Aku rasa ada sesuatu yang hadir.
Aku terasa seram sejuk.
Lama aku berdiam diri ( sebab takut pun ada )
Dalam pada itu aku menjeling ke kiri, tak de apa-apa.
Aku menjeling ke kanan, tak de apa-apa jugak.

Tapi mengapa aku merasa semacam jer?
Dihadapan aku tak de apa-apa sebab mengadap dinding.

Kemudian aku memandang ke air yang berada di dalam mangkuk.
Semacam ada sesuatu. Aku tenung lama-lama, sampai mata aku pun dah berkunang-kunang
sebab nak fokus dalam gelap tu.
Ada terdapat bayang-bayang di dalamnya.
Membentuk seperti bayangan orang.
Maka aku teruskan melihat. Seolah-olah adalagi beberapa bayangan orang.
Kemudian bayangan tu tak bergerak. Masih di situ tapi tak bergerak.

Maka kemudian aku membaca lagi satu jilid ayat-ayat.
Bilik yang aku duduk menjadi sejuk.
Kemudian semacam suara kedengaran, mulanya aku tak berapa pasti datangnya.
Maka aku amati dari mana suara tersebut.

Seolah-olah ia berada di sisiku.
Aku mendiamkan diri. Membatu.
Seakan bergemerisik bunyinya.
Pas tu sepi.
Tak de apa-apa.Tumpuan segala pancaindera ku berikan sepenuhnya.
Sudah lewat, jam masa aku mula tengok pabila mengambil lilin dah menunjukkan 1.00 pagi ketika itu...



Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 01:02 AM | Show all posts
alamak.... takutnya.... jam pun ngam2 kol 1 pagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2007 01:39 AM | Show all posts
Aku masih lagi mendiamkan diri...menunggu...
Aku menggerakkan tangan kanan ku ke tangan kiri perlahan-lahan.
Kemudian aku mengurut dari bahuku ke bawah, tiada tekanan, cuma melurut kan ke bawah.
Sehinggalah ke belakang tapak tanganku...
Adalah kelegaan sikit. Sedang seram macam ni nyamuk pulak ambik peluang menghisap darah.
Nasib baik tak gatal sangat.

Kemudian keadaan menjadi nyata. Suara orang berbisik kedengaran semula.
Semakin lama semakin jelas. Aku berkata di dalam hati "Siapa tu...".
Seakan yang empunya suara mendengar dan memahami apa yang aku katakan di dalam hati.
"Engkau datang tempat aku dan panggil aku. Kalau tak ada apa-apa mana mungkin aku dipanggil"
kata suara itu.
Aku keliru, aku terdengar sesuatu yang lain pulak. Kali ini bunyinya di luar. Bunyi hujan renyai.
Air yang menitik di bumbung seakan berlagu tetapi tidak menenggelamkan irama.
"Ya, aku ada datang dan mencari engkau, kau tahu apa yang dah kau lakukan."Hati aku berkata setelah pasti bahawa aku boleh berkomunikasi seperti ini.  
" Aku dan keluargaku telah lama mendiami kawasan ini, dan untuk pergi ketempat lain adalah tak mungkin." katanya memberitahu.
Barulah aku boleh pastikan bahawa yang berhadapan dan bercakap ngan aku ni adalah penghuni tapak projek kat Selayang tu. Aku main bantai jer saranan yang aku buat. Tapi kena lapik jugak,jadi ianya dibuat secara am.

" Apakah engkau tidak setuju permintaan ku yang secara baik ini?" tanyaku. Penghuni yang semacam ini memang takut jika ia dipanggil sebab mereka tahu tak semudah itu manusia boleh memanggil mereka tanpa ilmu yang Allah  berikan.

"Aku sudah lama di sini, dan anak-anakku pun sudah besar" tambahnya mengulangi.
"Baiklah kalau begitu, aku tiada halangan untuk tidak membenarkan tetapi haruslah engkau ingat bahawa Allah telah memberi peringatan dan aku menyampaikan." kemudian aku diam menunggu.

Hujan yang tadinya turun renyai-renyai sudah berhenti dan digantikan dengan gerimis halus.
Aku masih menanti dan kedengaran bunyi bergemerisik lagi.
"Aku akan pindah" tiba-tiba suara itu memberitahu.
"Baiklah, akan aku siapkan tempatnya untuk kau dan keluarga engkau" balas ku.

Sepi. Segalanya sepi. Hanya  kedengaran bunyi titikan air jatuh ke atas plastik. Semacam malas. Satu per satu.
Aku tunggu. Masih tiada apa-apa. Sunyi.

Haaa...dah pergi lah kot...tu.
Yalah...tu...aku pun tak rasa seram dah ..normal jer...

Jadi esok pagi,aku kena pergi jumpa abang tu, dan beritahu dia...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2007 01:57 AM | Show all posts
Originally posted by seroja at 16-8-2007 23:09



skit jam lagi, dah ESOK la ni rd.

PM nya dong? gimana?


[fly]Saya dah e-mail...[/fly]

[ Last edited by  rdzaccess at 17-8-2007 02:50 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2007 03:26 AM | Show all posts
Orang tu memang kena jin dan bukan saka.
Kebanyakkannya saka ni, dia tidak akan menghalang sesuatu perbuatan kecuali ada unsur yang membahayakan dirinya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 09:31 AM | Show all posts
pergh!!!! kau ni mmg berani la rdza......dlm gelap tu.....aku yg black out kejap and pakai lilin tu dah seriau....tp kan....ayat yg ni...

     ~~So aku mintaklah kat dia akan pedoman ke tempat tu.
Dia pun menunjukkan arahnya. dengan mulut dan tangan dan kat situ....kat situ...kat situ... Maka aku pun pahamlah sudah.~~

mcm cute je bunyinye. ...sbb dpt imagine org tu bercerita and muncung2 nak tunjuk tmpt...hehehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2007 09:51 AM | Show all posts
waaaaaaa.... . ..mlm ni kena g langkawi...hari rabu baru balik.....kena tinggalkn porem...kena tinggalkan ym....waaaaaaaa ....kena plak aku meraban cari cc kat langkawi tu......waaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 10:28 AM | Show all posts
Originally posted by rdzaccess at 16-8-2007 06:38 PM


Yang ni aku tanak cerita sebab kakak ipar aku memang tinggal kat Jeniang...
Nanti ko tak nak gi kerja lak...
Ko mesti kenal Pak Marzuki, guru ngaji yang dah beberapa kali mewakili negeri Ke ...


Eh apasal lak aku tak nak gi keje?aku bukan tinggal kat area sini..keje je..pak Marzuki?aku rasa cam pernah tgk dia..leh ko describe mcmana orgnya? org dia tinggi lampai kan...kalau betul rasanya aku pernah terserempak ngan dia...lagi satu..apasal ko tak nak citer ...angker sgt2 ker?
bukan apa yg aku tanya...sebab aku dapat tahu..kebanyakan member yg keje sekali ngan aku citer..area jentayu tu memang byk keras...kalau melalui jln tu dlm 12tgh malam keatas...selalu kena kacau..manalah tahu kot2 ko pun ada experience kat situ sama
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 11:55 AM | Show all posts

Reply #795 rdzaccess's post

x silap u penah ckp u penah study kat over d sea kan..??

so.. kat sana xde exp. pelik2 gak ke..?? xkan kat sini je menda2 tu mengganggu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2007 12:54 PM | Show all posts
Kat oversea tak de lak peristiwa entiti ni.
Mungkin sebab aku kuarantinkan diri aku, takut bajet lari, lagi pun aku tinggal ngan foster parents yg dilantik oleh JPA.
Tapi aku tak leh lupa akan satu peristiwa bagaimana budak Sarawak ni( kecik jer budak ni) tibai Mat Salleh 7 orang.
Mat Salleh ni nak pau kami masa nak gi shopping kat USA. Badan diorang dah la besau2. Pas tu bawak softball bat.
Tergolek suma Mat Salleh ni.
Next ocassion, Mat Salleh ni dah serik dah.
Diorang panggil kami masa tu "Indian".
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.061728 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list