CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`

[Copy link]
Post time 26-8-2012 06:55 PM | Show all posts
rdzaccess posted on 26-8-2012 01:53 PM
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 27 ~ Kubur Berasap

Siri bercakap dgn jin dah baca sejak zaman remaja....
Sayangnya buku dah tak ada dlm simpanan....kengkawan pinjam tak reti nak pulangkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2012 05:59 PM | Show all posts
Itulah dia ....
Dulu saya pun ada tafsir al Qur'an...Beri pinjam , kira selamanya pinjam...sekarang hanya tinggal lima jilid ajer dalam simpanan...
Bukan buku yang penting , tapi ilmu yang tertera di dalamnya yang tak ternilai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 10:39 PM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 27 ~ Kubur Berasap

Saya masih dapat mengawal perasaan. Datuk pun memadamkan api yang membakar sumbu lilin. Nyamuk mula menggigit cuping telinga dan muka. Dalam samar-samar senja itu datuk memandang wajah saya tepat-tepat.

"Kita balik saja”, kata datuk.

"Kenapa?"

"Jangan banyak soalan, ikut cakap aku"

"Tapi tok.."

"Jalan”, pekik datuk.

Saya lihat wajah datuk lain macam. Langkah datuk cukup cepat. Saya lihat tapak kakinya bagaikan tidak menyentuh bumi. Supaya tidak ketinggalan jauh darinya, saya terpaksa berlari tanpa memandang ke kiri dan ke kanan. Kemudian saya terdengar bunyi yang ganjil dari arah belakang, macam bunyi tapak kaki orang memburu saya.

Bila di toleh ke belakang tidak ada suatu pun yang saya nampak kecuali dedaun rumput menutup bumi yang runduk kena pijak. Saya terdengar bunyi suara reriang rimba yang bertali-temali. Bunyinya berubah dari satu pokok ke satu pokok. Bunyinya cukup nyaring dan memanjang pula. Kata nenek, kalau reriang rimba berbunyi dalam bunga senja dan bunyinya tidak putus, membawa alamat ada penghuni kampung yang akan meninggalkan kampung dan tidak akan kembali hingga hari kiamat.

"Siapakah yang akan mati?", timbul pertanyaan dalam hati kecil saya.

Tentu saja pertanyaan itu tidak akan menerima jawapan dari sesiapa. Barangkali, kalau pertanyaan yang sama diajukan pada datuk kemungkinan menerima jawapannya cukup cerah. Sayang, saya tidak berani bertanya padanya. Datuk terus melangkah. Saya renung ke kiri. Pokok getah berdaun lebat tertegun kaku. Saya toleh ke kanan, pohon-pohon koko yang berbuah rapat- rapat tidak bergerak.

"Tok”, mendadak saja memanggil nama datuk dalam warna senja yang kian gelap itu.

Datuk berhenti. Entah macamana sepasang mata saya tertumpu pada sepasang kakinya yang tidak memijak bumi. Saya kedutkan kening dan dahi. Belum pernah saya melihat datuk dalam keadaan demikian. Hati saya mula ragu-ragu. Apakah saya berhadapan dengan datuk atau dengan satu makhluk asing yang menyerupai datuk.

Bagi membuktikan apakah datuk yang wujud di hadapan saya itu datuk yang sebenar atau sebaliknya, saya segera menarik hujung bajunya dengan sekuat hati. Badan saya bagaikan ditarik oleh satu kuasa menyebabkan saya terdorong ke depan. Bahu sebelah kanan saya menyondol pangkal belikat datuk. Kemudian saya terasa satu hentakan yang amat kuat mengenai pangkal telinga kanan saya. Seluruh badan terasa lemah. Saya tidak mendengar apa-apa. Semuanya terasa sunyi dan sepi. Saya tidak tahu, berapa lama saya berkeadaan demikian. Saya tersedar apabila badan saya digoyang oleh datuk beberapa kali. Telinga saya diasak dengan bacaan ayat- ayat suci. Bila saya membuka mata, saya lihat datuk tersenyum.

"Saya lihat datuk ber.."

"Aku faham”, datuk memotong cakap saya dan menyuruh saya bangun.

Suasana sekeliling bertambah kelam. Bunyi suara burung kuang-kuik cukup jelas kedengaran. Kata orang tua- tua, burung itu berbunyi dari atas kepala harimau. Ada juga yang mengatakan burung itu jadi kepala jalan kepada hantu dan syaitan. Sering berbunyi waktu senja begini dan tengah malam menjelang subuh. Saya tidak boleh bangun. Kedua belah sendi lutut saya terasa longgar, tidak mampu menahan badan saya agak gemuk ini. Bunyi suara burung kuang-kuik semakin dekat. Saya cemas dan saya faham, kalau tidak kena caranya saya dan datuk akan jadi korban harimau.

"Kita dalam bahaya tok. Rumah Omari agak jauh tok"

"Tak apa. Sepatutnya kau tidak boleh menegur aku bila melihat aku dalam keadaan yang ganjil"

"Kenapa tok tak cakap tadi?"

"Aku terlupa”, kata datuk dengan wajah yang kesal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 10:41 PM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 27 ~ Kubur berasap

Tanpa diminta, datuk menerangkan pada saya bahawa, dia terpaksa berjalan atas angin untuk menghindarkan sebarang kejadian buruk. Menurut datuk jarak tapak kakainya dengan bumi lebih kurang satu kaki setengah ruang yang kosong antara tapak kaki dengan bumi akan dilalui oleh angin yang boleh memisahkan kuasa jahat dari meresap ke dalam tubunya.

"Apa dia kuasa jahat tu tok?", tanya saya.

"Jin tanah atau jembalang tanah"

"Ganjil benar bunyinya. Ini dah tahyul tok”, kata saya sambil tersenyum.

Belum pun datuk memberikan jawapan pada pertanyaan itu, saya tercium satu bau yang agak ganjil. Suara burung kuang-kuik terdengar dari dahan pokok atas kepala. Datuk masih juga bertenang. Dia suruh saya berdiri tetapi saya tidak berdaya.

"Kalau aku berjalan memijak bumi tadi, tentu saja aku lumpuh semua badan. Tempat ini agak keras”, dengan mendadak saja datuk memberitahu saya.

Datuk juga menyatakan, sekiranya saya tidak menarik bajunya, perkara itu tidak berlaku pada diri saya. Sebabnya, ketika dia berjalan tadi semangat dan perasaannya sudah disatukan dengan semangat saya. Datuk pun memicit buku lali kanan saya. Mulutnya terkumat- kamit membaca sesuatu. Hari bertambah gelap. Bunyi reriang rimba tidak kedengaran lagi. Ternyata usaha yang datuk lakukan tidak dapat memberikan kejayaan. Saya tidak mampu berdiri dan saya rasa tempurung lutut sudah tidak wujud pada tempatnya.

"Kau tahu Tamar kenapa aku berjalan atas angin?"

"Tak tahu"

"Kau perlu belajar dan mengenal adat budaya dan kepercayaan nenek moyangmu yang tidak lari dari asas agama Islam"

"Maksud tok?"

"Manusia tidak dapat melarikan diri dari empat unsur ini iaitu, tanah, air, api dan angin. Begitulah yang dikatakan oleh guruku"
"Sebab apa begitu tok?"

"Kalau tidak ada benda-benda ini, manusia tidak akan dapat bergerak atas alam ini"

"Maksud tok memang saya tak faham"

"Mudah saja. Manusia berasal dari tanah akan kembali ke tanah. Air pula mesti ada dalam tubuh manusia. Api yang bermaksud darah mesti ada dalam diri manusia. Begitu juga dengan angin, jika tidak ada angin manusia tidak akan boleh bemafas"

Saya terdiam mendengar keterangan dari datuk itu. Lalu dia menyatakan makhluk lain sama ada dari jin dan sebagainya juga bergantung pada perkara-perkara yang disebutkan itu.

"Pada zahirnya, engkau nampak kakiku tidak memijak bumi. Tetapi dari segi kebatinannya aku tidak terpisah dengan bumi, seluruh pancaindera bertaut rapat dengannya. Kerana itu aku tidak boleh bercakap atau mengerakkan tubuhku. Bila bergerak, kuasa jahat akan meresap ke tubuhku”, datuk pun memberikan penjelasan.

Saya mahu mengerti dan faham. Apa yang saya ragukan selama ini dengan sendirinya sudah terjawap. Datuk merenung wajah saya dengan tepat dan tajam sekali.

Dari sinar matanya itu, datuk seolah-olah berkata begini: “Jangan kau tanya lagi hai cucuku, Tamar Jalis”

Saya terkejut dari ribuan pokok sebelah kiri, seekor harimau muncul. Misainya bergerak-gerak dan dalam samar-samar senja itu sinar matanya seakan-akan bercahaya.

"Kau datang sayang”, kata datuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 10:43 PM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 27 ~ Kubur berasap

Harimau bergerak untuk menghampiri datuk. Dengan tenang datuk menghulurkan lengan tangan kanan kanannya pada harimau itu. Lidah harimau yang panjang dan merah itu menjilat kulit lengan kanan merebahkan bulu-bulu roma hitam dan lebat di tangan datuk yang kaya dengan urat. Datuk lalu memeluk leher harimau. Datuk merabah-raba misai harimau, dan harimau besar itu menguap panjang. Taringnya yang tajam berwarna putih jelas kelihatan.

"Kau tahu aku dalam kesusahan, kau datang ya”, ujar datuk lagi.

Harimau itu terus merebahkan badannya ke atas bumi, bergerak kekanan sambiI menggerak-gerakkan ekornya penuh manja. Datuk pun mengurut-urut-urut badan harimau itu berkali-kali.

"Cucuku sakit. Kau jilatlah tempurung lututnya”

Sebaik sahaja datuk selesai bercakap, harimau itu bangun. Harimau itu menggeliat dengan kedua belah kaki depannya mencengkam bumi. Manakala kedua belah kaki belakangnya menendang bumi menyebabkan bahagian belakang badannya meninggi dan bahagian kepalanya rendah separas bumi. Harimau itu mengaum kecil sambil membetulkan kedudukan badannya seperti asal.

"Kau harus membuatkan senaman macam harimau ini untuk menguatkan pinggang dan urat-urat kaki dan tangan serta belikat dari diserang lumpuh. Jadikan amalan setiap pagi dan petang”, kata datuk pada saya sambil menyuruh saya melihat gerak-geri harimau tersebut.

Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh datuk pada saya, lalu mengulangi perbuatannya itu sebanyak tiga kali berturut-turut. Dengan tenang harimau itu membuka mulutnya luas-Iuas lalu menjulurkan lidahnya hingga ke pangkal leher. Dengan tenang harimau itu menghampiri saya. Apa yang saya rasai ialah rasa geli dan sejuk di bahagian kepala lutut, bila lihat harimau itu menjilat kulit badan saya dari kepala lutut hingga ke buku lali. Sesekali saya terasa gigi harimau yang tajam itu berlari-lari lembut atas tempurung lutut. Saya kira lebih kurang tiga minit harimau itu menjilat dari tempurung kepala hingga ke buku lali. Harimau itu terus mengaum panjang dan menghilangkan diri dalam sekelip mata.

Burung Kuang-kuik berbunyi kembali. Datuk menyuruh saya bangun. Memang menakjubkan, saya dapat berdiri dengan cukup baik sekali. Saya boleh melangkah dengan penuh tenaga dan kekuatan.

"Bagaimana? Kau kuat sekarang?"

"Ya tok, saya kuat"

Tiba-tiba datuk mengikat kedua belah mata saya dengan kain hitam. Dia menyuruh saya berdiri betul- betul disebelah kanannya. Datuk pun meletakan tangan ke atas bahu saya.

"Langkah setapak ke depan dengan kaki kanan”, ujar datuk.

Perintahnya itu saya patuhi. Apa yang saya alami selanjutnya ialah badan rasa melayang. Bunyi angin cukup kuat memukul gegendang telinga. Saya bagaikan terkhayal sejenak.

"Sedia”

Saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu saya terasa sepasang kaki saya memijak bumi. Datuk pun membuka mata. Saya dan datuk sudah pun berada di kaki tangga rumah Omari. Dengan wajah yang tenang Omari menjemput kami naik ke rumah. Kerana waktu Maghrib hampir tiba, saya dan datuk tergesa-gesa mandi dan mengambil air sembahyang.

Datuk dan Omari berbual-bual di ruang tengah sementara menanti waktu Isyak. Kerana Omari sudah berpisah dengan isterinya, dia hanya menyediakan untuk makan malam sekadar yang termampu olehnya. Malam itu kami makan nasi beras bukit berlaukkan ikan kembung rebus yang sudah digoreng serta sambal belacan. Makanan yang disediakan amat menyelerakan. Untungnya, kami makan sesudah menunaikan sembahyang Isyak, kalau tidak sudah pasti saya rasa tidak selesa untuk rukuk dan sujud. Lebih kurang pukul sepuluh malam, saya dan datuk meninggalkan rumah Omari menuju ke masjid.

Sebelum berangkat, Omari memberi pesan supaya berhati-hati bila tidur dalam masjid tersebut. Menurutnya, sudah banyak orang dicampak keluar dari masjid kerana bercakap tidak senonoh dan ikut suka hati. Omari juga menyatakan masjid itu dikawal oleh jin Islam. Berdasarkan dari keterangan itu, saya merasakan bukanlah satu perkara yang ganjil kalau masjid itu dipanggil masjid jin. Satu perkara yang tidak menyenangkan hati saya ialah untuk sampai masjid tersebut, terpaksa melintas tanah perkuburan yang amat luas. Memang jadi kebiasaan pada diri datuk, dia lebih suka berjalan waktu malarn tanpa membawa pelita minyak tanah atau lampu suluh. Sedang kami berjalan, tiba- tiba datuk berhenti. Dia bagaikan nampak tubuh manusia bergerak dalam gelap di celah-celah batu nisan yang terpacak kejap di situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 10:45 PM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 27 ~ Kubur berasap

"Datanglah. Aku kenal awak. Sama-sama anak Adarn”, nada suara datuk cukup keras.

Saya lihat datuk menekapkan kedua belah tangannya ke pangkal leher. Saya segera merapatinya.

"Keluarlah”, ujar datuk lagi.

Tidak ada jawapan dan tindak balas dari makhluk yang dilawan bercakap oleh datuk. Saya dan datuk terus tegak kaku di situ. Dalam gelap itu saya rasa ada orang bergerak, memintas di depan kami. Datuk melompat dengan mendadak kira-kira dalam jarak enam kaki tingginya. Bila datuk berdiri semula di tempat asalnya, dia sudahpun memegang pergelangan tangan seorang lelaki tua.

"Nyalakan lampu minyak tanah kau"

Lelaki itu patuh dengan cakap datuk. Dari cahaya lampu minyak tanah itu, jelas kelihataan wajah lelaki dalam usia lima puluhan. Wajahnya pucat sungguh.

"Dari mana kau?", soal datuk.

"Saya menyiramkan air yassin ke kubur yang menjerit"

"Kubur siapa?"

"Anak Omari"

"Kau siapa?"

"Saya Mohammad Tammat. Sayalah yang menjaga seluruh kawasan kubur ini dan saya tinggal di pondok belakang masjid"

Bagi mempastikan orang yang berkata itu manusia sebenar atau makhluk lain yang menjelma sebagai manusia, datuk menggengam sekepal tanah. Tanah itu datuk gosokkan ke lengan lelaki itu. Datuk senyum, Mohammad Tammat memang manusia sebenar kerana tanah yang digosokkan ke lengannya melekat di kulit. Dan Mohammad Tammat menjerit bila tanah itu ditekan kedalam uratnya. Datuk pun menceritakan tujuannya datang ke situ. Dengan senang hati Mohammad Tammat sendiri memasang tiga pelita minyak tanah dalam masjid tersebut. Bila semua urusannya selesai Mohammad Tammat pun pulang ke pondoknya. Memang ada terasa seram sejuk bila berada dalam masjid tersebut.

Datuk menyuruh saya tidur di sudut masjid berhampiran dengan tingkap dan pintu. Datuk terus sembahyang sunat masjid. Selesai sembahyang datuk terus membaca al-Quran. Saya akhirnya terlelap. Bila saya terjaga dari tidur, di hadapan saya terdapat seorang tua berjanggut memakai serban dan jubah hijau. Air mukanya cukup bersih bagaikan ada cahaya ketenangan di wajahnya.

"Kau tidur di sana nak”, katanya tenang.

"Terima kasih"

Saya pun bangun dan menuju ke tempat yang ditujukkannya. Datuk terus membaca al-Quran. Sila lihat di kiri kanan datuk terdapat beberapa orang lelaki memakai serban hijau dan berjubah hijau penuh khusyuk mendengar datuk membaca ayat-ayat suci. Sebarang pembacaan datuk tersalah atau silap segera ditegur.

Ruang masjid saya lihat terang benderang bagaikan ada lampu letrik. Saya terus tidur dan bangun bila terdengar suara azan subuh memukul gegendang telinga. Saya segera mengambil air sembahyang. Dalam sekelip mata saja, saya dapati masjid itu sudah dipenuhi dengan manusia untuk sembahyang subuh. Sebelum memulakan sembahyang saya bersalam dengan seorang imam. Tidak banyak perkataan yang diucapkan ketika saya berjabat salam dengannya. Dia lebih banyak membaca Allahu Akbar.

Datuk saya lihat cukup tenang berhadapan dengan orang-orang yang tidak dikenali itu. Saya sembahyang agak jauh dengan datuk. Lepas sembahyang orang- orang itu bersalaman antara satu sama lain. Akhirnya bersalaman dengan saya sebelum meninggalkan masjid. Pak imam yang berbadan tegap adalah orang yang terakhir meninggalkan masjid. Bila sampai dihalaman masjid, dia berpatah balik mendapatkan datuk.

"Awak orang baru, ada hajat datang ke sini?", soalnya.

"Memang, ada hajat besar" .

"Apa hajatnya?"

"Mahu menghilangkan suara yang menjerit dari kubur"

"Dia anak derhaka, saya juga berusaha ke arah itu"

"Maksud pak imam?"

"Ada saya tinggalkan air untuk disiramkan ke atas kuburnya, tetapi orang yang menyiramnya tu, tidak berapa sempuma”
"Saya kurang faham"

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-8-2012 10:47 PM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 27 ~ Kubur berasap

"Dia jarang berjemaah subuh di sini. Sebagai orang Islam ada tempat ibadat, memang elok sembahyang jemaah banyak faedahnya. Dapat mengekalkan semangat persaudaraan sesama Islam. Sembahyang seorang dengan sembahyang jemaah berbeza pahalanya”, kata pak imam itu dengan senyum.

Dia lalu meminta diri dan tetap berdoa pada Allah, semoga niat baik datuk itu akan berjaya.

"Berusahalah untuk kebaikan. Tetapi apa yang harus awak ambil kira, segala kejadian yang berlaku sebagai petunjuk dari Allah untuk umat manusia di dunia”, itulah kata-katanya yang diucapkan pada datuk dan meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri saya.

Saya hanya dapat melihat pak imam melangkah lima tapak ke hadapan di halaman masjid. Batang tubuhnya ghaib dengan mendadak saja sebaik sampai ke arah sebarang pokok. Bila saya menoleh ke dalam masjid, saya lihat datuk terus membaca ayat-ayat suci al-Quran. Suasana subuh yang amat menyejukan itu membuat saya dua tiga kali menguap panjang. Sesekali menggeliat menghilangkan rasa lenguh di badan.

"Kau ambil yassin dan baca”, perintah datuk.

Saya pun terus membaca yassin dengan perlahan-lahan, pembacaan saya sering terganggu dan tidak selancar pembacaan datuk. Akhirnya, beberapa orang kampung yang berdekatan datang sembahyang subuh di masjid tersebut. Mereka merasa agak pelik kenapa saya dan datuk tidak turut sama sembahyang jemaah bersama mereka. Dari gerakan dan kerdipan mata mereka membayangkan kesangsian. Agaknya, mereka mengira saya dan datuk berlainan mazhab atau menerima ajaran agama yang silap. Bila mereka selesai sembahyang, Mohammad Tammat menghampiri datuk.

"Kenapa tak berjamaah sekali?”, tanya Mohammad Tammat.

"Kami sudah sembahyang jemaah"

"Dengan siapa?"

"Tadi ramai orang datang penuh satu masjid"

"Haa.."

"Tak aneh. Saya bercakap dengan pak imam. Saya bertukar senyum dengan bilal muda"

Mohammad Tammat mengerutkan keningnya. Dia termenung sejenak. Cepat- cepat dia menuju ke sudut masjid sebelah kanan dan mengambil sebotol air jernih. Dia datang pada datuk semula.

"Awak bermimpi agaknya?"

"Saya bercakap benar air dalam botol yang awak ambil tu pemberian pak imam"

"Pelik"

Saya lihat muka Mohammad Tammar berubah lagi. Bibirnya digigit sekuat hati hingga menimbulkan bekas pada bibir sebelah bawah.

"Awak berjemaah dengan jin"

"Alhamdulillah, saya bersyukur atas kebesaran Allah”, datuk pun menadahkan ke dua belah tangannya.

Orang-orang kampung pun mula meninggalkan masjid begitu juga dengan Mohammad Tammat. Bila matahari mula terbit di kaki langit, saya dan datuk pun keluar untuk mandi embun. Memang diluar dugaan, dalam langkah yang punya matIamat itu kami sampai ke bahagian belakang masjid yang berhampiran dengan kawasan perkuburan. Lubang telinga datuk dan saya mula diasak dengan suara orang menjerit dan menangis. Saya dan datuk menuju ke arah bunyi suara itu. Matahari pagi mula memancarkan sinarnya yang lembut, air embun di hujung daun yang terkena sinaran matahari nampak bermanik-manik.

Burung-burung mula melompat dari dahan ke dahan sambil berkicau riang. Bila saya dan datuk sampai ke kubur anak Omari, saya lihat Mohammad Tammat terbongkok -bongkok menyiramkan air dari dalam botol ke atas tanah kubur. Saya dan datuk terus menghampiri Mohammad Tammat. Dia tidak memperdulikan kedatangan kami. Datuk terus duduk di bahagian kepala kubur. Datuk membaca sesuatu. Air yang di siram oleh Mohammad Tammat habis satu botol. Mohammad Tammat pun meletakkan botol kosong itu dekat batu nisan. Saya terkejut, botol kosong itu bergerak-gerak bagaikan disentuh oleh manusia, akhirnya botol itu hilang.

"Perkara itu satu perkara biasa”, kata Mohammad Tammat memberitahu saya yang kehairanan.

Suara dari dalam kubur tidak sekuat tadi. Tetapi saya dapat mendengar dengan jelas apa yang terkeluar dari dalam perut bumi itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 10:49 PM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 27 ~ Kubur berasap

"Aduh panasnya. Ampunkan saya emak, ampunkan saya”, itulah yang dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya di pagi yang hening itu.

Datuk masih membisu seribu bahasa. Sinaran matahari yang memancar ke atas kubur cukup keras, walaupun hari masih pagi benar. Saya perhatikan dengan penuh teliti, memang terdapat kepulan asap nipis keluar dari tanah kubur. Di bahagian kaki yang berhampiran dengan batu nisan saya lihat tanah di situ bagaikan retak -tetak kecil. Saya segera menyatakan apa yang saya lihat itu pada datuk. Datuk menyuruh saya diam. Mohammat Tammat meninggalkan kami berdua di situ. Datuk terus membaca ayat-ayat suci. Saya tetap berada disamping datuk. Bila datuk selesai membaca ayat- ayat suci dan menoleh ke kiri, saya dapati pak imam yang berjubah hijau berdiri disisinya.

Pak imam bersalam dengan datuk sambil berkata: “Dia anak derhaka”

Pak imam itu hilang. Suasana ditanah perkuburan terasa cukup sepi. Kicau burung tidak kedengaran, apa yang saya alami ialah rasa seram. Bulu tengok saya meremang tidak menentu. Suara dari dalam kubur terus hilang. Saya dan datuk pun pulang ke rumah Omari. Di rumah Omari datuk duduk diruang tengah memakai baju dan seluar hitam siap dengan tanjaknya sekali. Datuk merenung ke arah matahari terbit. Sebelah kanan lututnya tersusun beberapa batang pohon kayu kecil. Sebelah kiri lututnya terletak mangkok putih tanpa air. Datuk bertafakur kira-kira sepuluh minit. Semua yang datuk lakukan itu diperhatikan oleh Omari dan saya penuh teliti. Datuk memejamkan matanya rapat -rapat. Saya terdengar suara orang batuk. Entah dari mana datangnya saya tidak tahu.

"Kau benar-benar mahu menolongnya?”, terdengar suara ghaib.

"Ya, pak imam"

"Dosanya akan hilang sesudah diampun oleh ibu yang melahirkannya"

"Lagi pak imam?"

"Dia harus juga meminta ampun pada ibu tirinya"

Sebaik saja suara itu hilang, datuk membukakan matanya. Di tangan kanan datuk tergenggam sehelai kain berwarna hijau. Kain itu terus dibelitkan ke lehernya. Datuk merenung ke wajah Omari tepat-tepat.

"Kau sayangkan anakmu?", tanya datuk.

"Tentu"

Maka berceritalah Omari bahawa anaknya itu pernah menendang dan memaki ibunya sesuka hati. Malah pernah melukakan perasan ibunya yang melarang dia bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Larangan itu tidak diperdulikan oleh anaknya. Akhirnya anak itu terlibat dalam kumpulan penghisap ganja dan jadi peminat ekor tiga nombor (masa itu judi empat nombor masih belum ada).

"Anak saya itu membuat kerja-kerja syirik. Menyembah pokok, pergi ke kubur lama menurun nombor ekor”, kata Omari dengan wajah yang amat muram.

Datuk hanya mendengar penuh teliti. Omari juga menyatakan, ibunya menentang perbuatan itu hingga timbul pertengkaran. Anaknya tidak dapat mengawal perasaan lalu memaki ibunya sendiri. Tiga bulan lepas peristiwa itu Omari bercerai dengan isterinya, lalu kahwin lagi.

"Anak saya akhirnya bengkak kaki tidak boleh berjalan. Isteri kedua saya merawatnya. Masa merawat itulah anak saya membaling isteri muda dengan kayu hingga dahinya luka, isteri muda saya meninggalkan saya"

"Lepas itu apa yang terjadi?", tanya datuk.

"Anak saya dimasukan ke hospital Batu Pahat dan meninggal dunia"

“Awak terlalu manjakan anak”, cungkil datuk lagi.

"Memang. Dialah satu-satunya anak saya”, suara Omari tersekat-sekat dan menangis.

Setelah mengadakan perundingan dengan Omari, datuk berusaha mencari isteri tuanya. Akhirnya isteri tua Omari ditemui di Pontian sudah menikah dengan saudara berketurunan Pakistan. Datuk membawa isteri tua ke rumah Omari. Isteri muda tidak dapat ditemui menurut beberapa orang kampung di situ, isteri muda Omari sudah pulang ke kampung halamannya di Tanjung Balai Indonesia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2012 10:50 PM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 27 ~ Kubur berasap

Semua peristiwa yang terjadi diceritakan oleh datuk pada isteri tua Omari. Perempuan itu menangis tersedu-sedu. Hatinya terasa pilu atas perbuatan bekas suaminya yang tidak memberitahu tentang kematian anaknya. Malam itu, saya dan datuk tidur ke masjid jin lagi sekali. Kali ini kami datang ke masjid agak lewat. Kira-kira pukul satu tengah malam. Kedatangan kami disambut oleh pak imam berjubah hitam dimuka pintu masjid.

"Kau sudah jumpa emaknya?", tanya imam itu.

"Ya, pak imam"

“Mana dia?"

"Dia ada di rumah adik Omari"

"Kita ke sana”, jawab pak imam berjubah hijau.

Kami pun menuju ke rumah adik Omari. Pak imam tetap berada di antara saya dengan datuk. Suatu perkara ganjil yang saya alami, orang lain tidak dapat memandang tubuh pak imam. Mereka hanya mendengar suaranya saja, sedangkan saya dan datuk dapat melihat gerak- geri pak imam. Pak imam melakukan sembahyang dua rakaat di rumah adik Omari. Kemudian dia mengajak datuk dan saya membaca surah Yassin hingga subuh. Sebelum matahari terbit pak imam itu memberi sebotol air jernih kepada datuk.

"Kau ajak ibunya ke kubur pada sebelah pagi. Suruh dia siramkan air ini atas tanah kubur itu dan suruh dia baca ayat ini”, pak imam beritahu pada datuk sambil menyerahkan sehelai kertas yang bertulis jawi.

"Lagi pak imam?"

"Sesudah selesai semuanya itu, ibunya harus melakukan sembahyang tahajud tengah malam minta Allah mengampunkan dosa anaknya. Tetapi, dia terlebih dulu dengan hati yang suci mesti mengampunkan perbuatan anaknya itu terhadapnya"
Janda Omari dan iparnya termanggu-manggu mendengar suara ghaib itu. Mereka hanya nampak sekilas pandangan bentuk tubuh imam yang berjubah hijau waktu berdiri di muka tangga sebelum menghilangkan diri dari kami semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 10:55 PM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 28 ~ Di kacau penunggu kolam
"Saya belum melihatnya, tapi orang yang pernah membuka pintu rumah melihat perempuan berambut panjang tidak bermata”, Yusuf memberikan penjelasan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2012 12:22 AM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 28 ~ Di kacau penunggu kolam

Apa yang dikatakan oleh imam berjubah hijau itu dilaksanakan oleh janda Omari dengan sempurna. Datuk tidak banyak campur tangan dalam urusan tersebut, kecuali menemani janda Omari pergi ke kubur selama lapan pagi berturut-turut. Masuk hari yang ke empat belas, suara tangisan dari kubur sudah tidak kedengaran lagi. Dan janda Omari pun menyatakan hasratnya pada datuk untuk pulang ke Pontian.

"Tangguhkan lah dulu”, kata Omari pada jandanya.

"Kenapa?"

"Lepas mengadakan kenduri kesyukuran malam jumaat ini, kau pulanglah. Aku minta pada kau demi kasih sayang kita pada anak", Omari menyatakan hasratnya.

Janda Omari termenung. Dalam hati dia membilang hari. Dia menggigit bibir. Kalau dia memenuhi permintaan Omari bererti dia terpaksa bermalam lagi di Kampung Jorak Ilahi.

"Hari ini suami saya datang mengambil saya, tak dapat menunaikan hajat baik tu”, jawab janda Omari.

Datuk merenung muka Omari yang dijamah sinar matahari pagi.

"Bila suami awak datang?", datuk menyoal perempuan yang berwajah lembut.

Kedua-dua belah kelopak matanya agak hitam kerana kurang tidur dan terlalu banyak menangis mengenangkan perbuatan bekas suaminya.

"Tengahari ini”, jawabnya pendek.

"Hari ini hari Khamis. Dia tidak marah kalau kau tidur semalam lagi di sini”, celah datuk.

Perempuan yang berwajah lembut menyimpan seribu penderitaan itu merenung wajah datuk. Dalam sinaran mata yang redup itu tersembunyi seribu ketegasan diri yang tidak boleh di ubah oleh sesiapa pun. Begitulah firasat datuk bila melihat bola mata perempuan itu.

"Saya boleh menunaikan permintaan itu kalau mendapat izin dari suami saya. Tugas isteri membuat apa yang di sukai oleh suami dan menjauhkan sebarang perbuatan yang tidak di sukainya. Inilah ibarat saya untuk suami saya”, ujar perempuan itu dengan tenang.

Datuk tesenyum dalam hal ini ternyata datuk kalah. Datuk boleh berhadapan dengan syaitan dengan gagah dan berani. Tetapi,datuk terpaksa tunduk dengan perempuan yang kuat iman dan mengikut perintah Allah.

"Itulah yang baiknya, memang yang baik itu untuk Allah dan yang jahat untuk syaitan dan nafsu”, suara datuk lemah.

Kemudian datuk dan Omari turun ke tanah. Perempuan berwajah lembut duduk di muka pintu menanti kedatangan suaminya. Lepas kurang pukul sebelas pagi, suaminya datang dengan sebuah teksi. Datuk segera menemui suami perempuan itu. Bercakap sesuatu dengannya.

"Tak jadi halangan kalau untuk kebaikan”, balas suami perempuan itu.

Dengan tenang suami perempuan itu membayar tambang teksi dan meminta teksi itu datang menjemputnya selepas sembahyang Jumaat pada hari esoknya. Malam itu, kenduri kesyukuran pun diadakan. Sebelum majlis dijalankan, datuk bercakap dengan Omari sebentar. Tanpa memberitahu saya datuk pun menghilangkan diri. Bila tetamu sudah penuh di anjung, datuk secara mendadak saja tersembul dalam barisan orang kampung bersama seorang lelaki berjubah hijau.

Lelaki itu saya lihat tidak banyak cakap. Dia hanya bersalam saja dengan orang yang datang. Kemudian duduk tunduk membilang tasbih. Atas permintaan datuk, orang yang berjubah hijau membacakan doa. Bila orang ramai menjamah hidangan, orang berjubah hijau tidak menjamahnya. Dia terus membilang tasbih. Bila semua orang selesai makan dan minta diri untuk pulang, orang berjubah hijau terus bangun dan dan berjabat salam. Tidak ada orang yang berani bertanya tentang dirinya sama ada pada datuk atau pada Omari. Mulut orang ramai bagaikan terkunci.
Akhirnya, tinggallah saya, datuk, Omari dan jandanya bersama suami dalam rumah itu merenung ke arah lelaki berjubah hijau.

"Bertaqwalah kamu semua pada Allah, dan Allah akan memberikan kamu semua pengetahuan dan petunjuk yang baik”, ujar orang yang berjubah hijau itu.

Kemudian dia bagaikan kilat hilang dari dari pengelihatan kami. Kerana semuanya sudah selesai, datuk dan saya meninggalkan Kampung Jorak Ilahi. Datuk menolak pemberian Omari seperti kelapa, pisang dan wang sebanyak lima puluh ringgit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2012 12:24 AM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 28 ~ Di kacau penunggu kolam

"Saya tidak hidup atas ini. Saya buat kerana Allah semata-mata. Bersyukurlah pada Allah atas limpahan kurnia nya yang kita terima”, kata datuk.

"Tapi ini pesan anak saudara saya. Lagipun di sini perkara bagi duit pada orang yang berjaya macam awak ni sudah jadi perkara biasa"
"Saya bukan orangnya. Sedekahlah pada anak-anak yatim"

"Maafkan saya”, ujar Omari.

Dalam perjalanan pulang itu, datuk tiba-tiba teringatkan anak saudaranya itu. Anehnya, bila saya mencadangkan padanya supaya pergi ke sekolah tempat anak saudaranya mengajar datuk menolak.

"Jangan kacau dia bekerja mencari rezeki”, kata datuk.

"Habis bagaimana kita mahu mencarinya tok?"

“Ikhtiar dengan bertanya pada orang"

Tidak kuasa saya melawan cakap datuk. Setelah puas bertanya ke sana ke mari, akhirnya datuk dapat juga tahu lokasi rumah anak saudaranya itu. Tidak lama saya dan datuk menginap di rumah anak saudaranya itu, tetapi membekalkan saya satu pengalaman yang aneh. Sepupu saya itu Yusuf namanya. Menyewa sebuah rumah yang berhampiran dengan tanah kubur.
Menurut Yusuf tempat dia tinggal itu dipanggil Kampung Bagam (beberapa tahun yang lalu waktu saya pergi ke Singapura, kawasan di situ sudah banyak berubah. Sudah ada kedai perabut kepunyaan orang Melayu bertingkat- tingkat tingginya. Sudah ada tempat menjual minyak petrol. Lebih kurang pukul dua belas malam, saya terdengar pintu rumah Yusuf di ketuk orang bertalu-talu. Bila dia mahu membukanya Yusuf menahan.

"Kenapa?", tanya saya.

"Syaitan”, jawab Yusuf.

Mendengar cakap Yusuf itu, datuk bangun. Dia termenung sejenak melihat wajah Yusuf kelihatan pucat. Anak dan isterinya tidak dikejutkannya.

"Syaitan macam mana?" datuk minta kepastian.

"Saya belum melihatnya, tapi orang yang pernah membuka pintu rumah melihat perempuan berambut panjang tidak bermata”, Yusuf memberikan penjelasan.

Sebaik saja Yusuf habis bercakap datuk terus meinbuka pintu. Apa yang dikatakan Yusuf memang benar. Di muka pintu berdiri seorang perempuan berambut panjang dengan wajah yang pucat. Dengan sekilas datuk sudah tahu, perempuan yang dilihatnya itu bukan hantu.

"Apa hal?" tanya datuk.

"Saya lapar"

"Masuk”, perempuan itu pun masuk.

Perbuatan datuk itu memeningkan kepala Yusuf. Datuk memberi perempuan itu makan. Bagi menguji sama ada perempuan itu sudah dirasuk syaitan atau tidak, datuk mencampakkan kain hitam berbucu tiga ke arah perempuan itu. Tidak ada tindakbalas dari perempuan tersebut. Setelah datuk mengadakan temubual dengan perempuan itu, macam pegawai polis menyiasat orang salah, ternyata perempuan itu gila dan di singkirkan oleh keluarganya. Terpaksa tinggal di pinggir hutan dan keluar bila malam. Kemudian orang-orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah perempuan itu bukan manusia tetapi hantu perempuan berambut panjang.
Malam itu juga datuk cuba memberi rawatan segera pada perempuan itu. Datuk juga menyuruh perempuan itu bermalam di rumah Yusuf. Akibat dari perbuatan datuk itu, tersebarlah berita kononnya Yusuf menyimpan hantu berambut panjang.

"Aku terpaksa merawatnya selama tiga pagi hingga dia baik”, kata datuk saya dan Yusuf.

Dan Yusuf tidak dapat berkata apa-apa. Sama ada dia rela atau dia tidak dia harus patuh dengan permintaan datuk yang suci itu. Dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, datuk berjaya mengubati perempuan itu dengan memandikan seluruh tubuhnya dengan tujuh biji air kelapa muda selama tiga pagi.
Pada sebelah petangnya, selama tiga petang datuk menanam separuh badan perempuan ke dalam di tanah di bawah sinaran matahari selama tiga jam. Kepala itu dilumurkan dengan asam jawa. Setelah itu, datuk memaksa perempuan berambut panjang mandi di sungai hingga menggigil kesejukan. Hari terakhir, datuk pun memanggil semua jiran-jiran Yusuf berkumpul di halaman rumah kira-kira pukul empat petang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2012 12:25 AM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 28 ~ Di kacau penunggu kolam

Datuk menyuruh perempuan itu duduk di atas bangku khas. Di bawah bangku itu pula datuk letakkan sabut kepala. Supaya perempuan itu tidak lari, bahagian pinggang dan badan di ikatkan pada bangku. Ketika itu datuk sudah pun memakai baju dan seluar hitam, kepalanya diikat dengan kain merah. Dia pun memerintahkan saya mencurah minyak api lalu membakar sabut. Datuk berpeluk tubuh mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu. Perempuan yang berambut panjang terus menjerit sekuat hati.

Tiba-tiba datuk menepukkan kedua belah tangannya. Api yang marak segera padam diganti oleh asap tebal. Perempuan itu terbatuk- batuk kelemasan. Serentak dengan itu, orang ramai melihat tulang-tulang ikan dan serpihan kaca keluar dari rambut wanita tersebut. Datuk menyuruh saya menyiram air atas sabut yang dibakar. Perempuan yang berambut panjang terkulai atas bangku.
Datuk lalu mengumpulkan serpihan kaca dan tulang lalu dimasukkan ke dalam uncang kecil. Datuk menepuk bumi, perempuan itu tersedar, wajahnya berseri-seri. Boleh bercakap dengan baik dan teratur.

"Dia sebenamya anak yatim. Ada orang yang melamarnya tetapi lamarannya ditolak kaum keluarganya kerana mereka tidak mahu harta peninggalan ayah perempuan ini lepas ke tangan orang lain. Orang yang meminangnya dulu berdendam lalu mengenakan ilmu sihir padanya”, kata datuk.

Bila datuk mahu meninggalkan kawasan halaman untuk masuk kedalam rumah, seorang lelaki segera menerkam kepalanya dan mengaku pada datuk bahawa dia adalah ayah saudara pada perempuan itu. Dia juga menyuruh anak buahnya menyebarkan fitnah pada perempuan yang malang itu. Datuk menasihatkan lelaki itu supaya membela anak saudaranya dengan sebaik mungkin, dengan rasa rendah diri lelaki itu menyesal atas perbuatannya. Dia berjanji akan memelihara anak saudaranya seperti anaknya sendiri.

"Awak salah”, kata datuk.

"Apa salah saya?

"Sebagai seorang Islam awak disuruh. Tetapi awak tidak melakukannya terhadap anak saudara awak. Awak hanya berserah pada keadaan, satu perbuatan yang tidak terpuji mengikut ajaran Islam”, jelas datuk lalu membawa anak saudaranya pulang.

Pagi esoknya, saya dan datuk pun meninggalkan rumah Yusuf menuju ke utara dengan sebuah teksi. Kami sampai ke Ipoh lebih kurang pukul tujuh petang.
Kami bermalam di rumah kenalan datuk di Kampung Pengkalan Peguh yang letaknya beberapa batu saja dari kota Ipoh. Pagi esoknya kenalan datuk sendiri menghantar kami ke kampung. Dua bulan kemudian, datuk menerima surat dari Yusuf yang mengatakan perempuan yang berambut panjang telah menemui jodoh dengan seorang pemuda dari Masjid Tanah, Melaka.

Pemuda itu ada hubungan kekeluargaan dengan gadis itu dari sebelah ibunya. Pemuda itu berkhidmat dengan pihak tentera Inggeris di Singapura di bahagian R.A.S.C. (Royal Army Service Cop) bertempat di Kem Seletar. Seminggu selepas kahwin dia membawa isterinya ke tempat bertugas, demikianlah Yusuf menulis dalam suratnya. (Sepupu saya itu Yusuf kini menetap di Taman Pelangi Johor Bharu, setelah meletakkan jawatan sebagai guru untuk bergiat dalam lapangan pemiagaan. Cukup gembira datuk menerima surat dari anak saudaranya itu. Dia juga berdoa supaya jodoh perempuan berambut panjang dengan pemuda itu akan berkekalan hingga ke anak cucu.
Sejak datuk pulang dari Batu Pahat, kesihatannya tidak begitu baik. Dia selalu diserang batuk mulai pukul dua belas malam hingga menjelang waktu subuh. Bila saya menasihatkannya supaya pergi menemui doktor, datuk tidak mahu. Dia mengatakan pada saya sakitnya tidak parah dan boleh baik sendiri. Kadang- kadang saya terfikir alangkah baiknya kalau saya dapat jadi seperti datuk. Boleh menolong orang yang sakit. Tetapi, bila saya fikirkan dengan sedalam- dalamnya, memang saya tidak dapat mengikuti jejak langkah datuk. Datuk cukup lokek mahu menurunkan kebolehan dan kepandaiannya dengan diri saya. Datuk bimbang kalau ilmu yang saya tuntut darinya akan disalah-gunakan. Dia hanya menurunkan ilmu-ilmu yang mudah pada saya seperti mengurut tangan orang yang tersilap urat serta beberapa petua dan doa untuk diri saya sendiri yang tidak boleh digunakan untuk orang lain, walaupun untuk anak isteri.
Dari sinilah mulanya timbul dalam hati saya untuk menyambungkan pelajaran yang terkandas. Atas galakan datuk juga, saya memasuki sekolah malam di kampung saya. Datuk tidak tahu, bahawa saya akan menyambung alam baktinya dengan cara yang tersendiri. Saya berazam untuk menjadi seorang doktor. Dengan itu saya akan boleh menolong orang.

"Datuk kau bukan tak mahu menurunkan ilmu pada kamu Tamar. Tapi pantang larangnya terlalu ketat, cabarannya juga terlalu kuat. Macam nenek ni, kalau tak sabar-sabar dah lama tinggalkan dia”, kata nenek pada saya, setelah saya nyatakan rasa kesal saya atas sikap datuk pada suatu petang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2012 12:26 AM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 28 ~ Di kacau penunggu kolam

  Tanpa diduga perbualan saya dengan nenek didengar oleh datuk. Dia segera mendekati kami. Matanya merenung wajah saya. Dia membaca apa yang tersirat dalam dada saya.

"Aku boleh memberikan kesenangan, kebahagian pada orang lain, tetapi hal itu tidak dapat aku berikan pada nenekmu. Kalau dia menuduh aku sebagai lelaki tidak bertanggungjawab aku tidak marah. Apa yang dikatakannya itu memang benar”, kata datuk dari kepala tangga.

Nenek merenung muka saya.

"Memang begitu janji aku dengan guru ku dulu. Tidak mengutamakan kepentingan diri sendiri dan kaum keluarga, kalau tidak ilmuku tidak menjadi. Tuhan telah memberi aku seorang isteri yang setia dan sabar. Inilah nikmat dari Allah yang aku terima”, sambung datuk lagi.

Matanya merenung redup pada wajah nenek. Dan nenek pun tersenyum cukup manis. Belum pernah saya menikmati senyum nenek semanis itu. Agaknya, dia megah kerana pengorbanannya selama ini di sanjung oleh datuk. Barang kali sikap bertolak ansur, timbang rasa dan saling memahami tugas masing- masing membuat rumahtangga datuk dan nenek kukuh hingga ke anak cucu, fikir saya dalam hati. Meskipun rumah tangga mereka tidak didirikan atas landasan cinta dulu baru kahwin, mereka mengambil langkah nikah dulu kemudian cinta. Ternyata kebahagiannya lebih panjang, kemesraannya terlalu padat. Susah mahu diresapi pertingkahan, fikiran saya terus berjalar ke dalam kepala.

"Nenekmu seorang wanita yang baik”, tambah datuk lagi.

Datuk terus beredar dari kepala tangga. Saya pun melangkah meninggalkan nenek dengan kerjanya mengupas buah kelapa. Bagi mengisi masa lapang petang itu, saya berhasrat untuk pergi bercampur dengan kawan-kawan yang sebaya bermain gasing. Buah gasing dan tali yang tersimpan di bawah rumah saya ambil. Cita-cita saya mahu memangkah dua tiga biji buah gasing kawan-kawan hingga terbelah. Secara mendadak saja saya teringatkan batang pancing yang tersadar di pangkal pokok mempelam. Gasing dan tali saya tinggalkan. Batang pancing saya ambil.

"Nak ke mana dah petang begini”, tanya nenek

"Nak memancing ikan di sawah"

"Usahlah, dah petang”, tahan nenek.

"Kejap aja nek”, jawab saya dan terus meninggalkan kawasan rumah menuju kesawah yang terbentang luas.

Matahari sudah condong benar letaknya. Dalam perkiraan saya, waktu itu sudah pukul lima lebih. Memang tidak wajar saya turun ke sawah memancing. Saya terus meniti atas batas bendang menuju ke sebuah kolam kecil yang terletak di bawah sebatang pokok tualang besar dan tinggi. Kiri kanan pokok itu ditumbuhi oleh pokok-pokok buluh. Akar-akar jejawi berjuntai di dahan tualang, sebahagian darinya mencecah bumi. Beberapa akar itu saya potong separas dada. Sebelum saya memancing, saya bergayut pada akar itu, macam tarzan bermain angin. Memang menyeronokkan. Kemudian saya memancing dengan umpan cacing yang saya korek di tanah pangkal pokok tualang. Nasib saya memang baik petang itu, pancing saya selalu saja mengena. Tidak sampai satu jam saya sudah dapat berkati- kati ikan keli, haruan dan puyu. Ikan-ikan itu saya letakkan dalam raga.

Azam saya mahu menangkap separuh dari ikan-ikan yang terdapat dalam kolam tersebut. Hati saya berdebar dengan tiba-tiba. Daun telinga kanan saya bergerak-gerak dan terasa angin lembut menyentuhnya. Saya mula rasa ragu-ragu kerana ketika itu memang tidak ada angin yang bertiup. Saya segera menoleh ke arah raga yang penuh dengan ikan- ikan hasil dari pancing saya. Saya dapati ikan-ikan di situ semuanya hilang, kecuali seekor ikan haruan kecil sebesar ibu jari terlompat- lompat dalam raga.
Saya renung ke langit, matahari sudah pun runduk di kaki langit. Keadaan sekeliling sawah sudah tidak secerah tadi. Hati saya bagaikan dipengaruhi oleh sesuatu kuasa untuk terus memancing, ikan-ikan saya lihat bagaikan melompat- Iompat dipermukaan kolam. Saya membuat keputusan yang saya kira cukup baik iaitu meneruskan kerja memancing ikan di kolam.

Sedang saya asyik memancing, hari pun beransur gelap. Senja kala sudah datang. Saya bagaikan terdengar suara datuk memanggil-manggil nama saya. Saya bersedia untuk pulang dan rapat kepangkal pokok tualang untuk mengambil raga yang berisi ikan. Lagi sekali saya terkejut, tidak ada seekor ikan pun di situ, kecuali anak haruan kecil sebesar ibu jari terlompat- Iompat dalam raga. Saya menarik nafas panjang. Saya jadi bodoh dengan keadaan yang saya hadapi. Ada sedikit amalan yang datuk berikan pada saya bila menghadapi keadaan yang begitu. Barangkali, saya perlu mencubanya sama ada jadi atau tidak, fikir saya.

Dengan tenang saya menjamah bumi dengan hujung kuku jari manis, saya pun membaca sepotong ayat dari surrah al- Falak iaitu Qul a'uzubirabbilfalaq hingga akhir. Saya terasa diri saya bagaikan mendapat sesuatu kekuatan ghaib. Saya jadi berani. Rasa cemas dan bimbang hilang dalam diri saya. Jari manis saya tekan ke bumi. Dengan ekor mata saya menjeling sekitar kawasan. Lagi sekali semangat saya tergugat. Di sebelah kanan saya terlihat sepasang kaki macam kaki itek yang cukup besar, berbulu roma tebal hingga ke buah betis. Saya dongakkan kepala. Saya berhadapan dengan satu lembaga putih yang cukup tinggi. Lebih tinggi dari pokok tualang. Hari sudah beransur gelap. Saya bagaikan terdengar debu angin yang cukup hebat, bagaikan ribut besar sedang berlaku di sekeliling saya. Saya terdengar pokok tualang digoncang bertalu-talu. Saya nampak dengan jelas dengan dedaun tualang jatuh ke bumi. Bila bunyi angin ribut berakhir, lembaga itu pun hilang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2012 12:28 AM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 28 ~ Di kacau penunggu kolam

Suasana terasa terlalu sepi. Saya campakkan batang pancing dan raga ke dalam kolam. Saya bersedia mahu melangkah pulang. Baru lima tapak, saya berhadapan dengan satu lembaga yang cukup aneh. Tingginya agak sederhana, lebih kurang sama tinggi dengan bentuk tubuh datuk. Kepala lembaga itu tidak berapa jelas. Tetapi, dari bahagian leher hingga ke paras pinggang ditumbuhi bulu. Kedua belah tangannya berbentuk macam sayap burung. Dari pinggang hingga ke kaki serupa dengan bentuk tubuh manusia biasa.
Dalam saat-saat cemas begitu, saya terdengar nama saya dipanggil sayup-sayup dari arah kampung. Saya kenal benar suara itu ialah suara datuk. Saya cuba menjawab panggilan itu, tetapi tidak berdaya. Suara saya tidak keluar. Bagaikan ada sesuatu yang menahan pangkal kerongkong saya. Saya renung ke arah lembaga itu kembali. Kini saya sudah pasti benar bahawa, lembaga itu memang aneh, kepalanya juga berbentuk burung ada paruh dan muncung. Kedudukan matanya macam kedudukan mata manusia. Sinar matanya tajam tidak berkelip-kelip memandang ke arah saya. Suara datuk, makin lama makin dekat kedengaran. Dalam saat-saat begitu saya tidak dapat berbuat apa-apa. Saya hanya berserah pada Allah yang Maha Besar. Saya cuba membaca beberapa potong ayat al-Quran, tapi banyak yang silap dan lintang- pukang. Perkara yang patut di dahulukan dibaca kemudian begitulah sebaliknya. Saya jadi tidak tentu arah. Suara datuk kian dekat.

Saya menoleh ke arah datangnya suara datuk. Memang saya lihat datuk ke arah saya dengan membawa sepotong kayu. Saya cuba melambaikan tangan ke arah datuk. Lambaian saya itu seolah-olah tidak dapat dilihat oleh datuk dalam suasana yang agak samar-samar itu. Lembaga ganjil itu terus melihat gerak- geri saya. Dalam warna senja itu, saya melihat datuk kian hampir dengan saya. Jarak saya dengan datuk lebih kurang antara sepuluh hingga lima belas kaki. Tetapi, datuk tidak dapat melihat saya. Suara datuk cukup jelas saya dengar. Sayangnya, saya tidak dapat menjawab suaranya itu.

"Tak mahu dengar cakap orang inilah padahnya, aku yang susah”, keluh datuk.

Saya lihat dia berdiri betul- betul di sebelah lembaga ganjil itu. Datuk terus memacakkan kayu yang dibawanya ke tanah. Serentak dengan itu, saya lihat lembaga ganjil membuka kedua belah sayapnya lalu terbang kearah dahan tualang. Secara mendadak saja saya boleh bersuara dengan selantang- Iantangnya. Datuk terkejut bila dia mendapati dirinya berhadapan dengan saya. Tanpa banyak cakap datuk terus menyapu wajah saya dengan tangan kirinya sebanyak tiga kali.

"Kau masuk salah tempat”, kata datuk dan terus membawa saya pulang.

Sampai di jalan rumah, saya dimarahi datuk. Hampir- hampir saja dia mahu menampar muka saya. Mujurlah nenek dapat menyabarkan darah datuk yang sedang naik itu. Apa yang saya lihat tadi, bagaikan mimpi dan tidak masuk akal. Kalau diceritakan pada sesiapa, saya pasti dituduh gila atau berkhayal, paling tidak dianggap suka mengada- adakan cerita yang tidak munasabah. Tetapi, lain pula dengan datuk. Dia terus menyuruh saya bercerita. Dia yakin apa yang terjadi pada saya ada hubungannya dengan alam. Ada hubungan dengan makhluk Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2012 12:40 AM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 29 ~ Raja ilmu kelawar

"Kau harus tahu. Aku bukan pawang dan aku bukan dukun. Aku hanya berikhtiar, yang menentukan kejayaannya Allah yang Maha Besar"
Sejak rumah ditinggalkan kami mendengar orang bercakap dalam bahasa yang kami tidak tahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2012 11:41 PM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 29 ~ Raja ilmu kelawar

Datuk pun mengeluarkan perintah pendek buat saya.

"Jangan memancing di kolam waktu bunga senja. Kalau kau bantah, aku patah-patahkan leher kamu”, begitulah datuk, dalam perintah yang lembut terselit satu ugutan yang amat menakutkan.

"Faham!" sergahnya.

"Faham tok!"

Ternyata pengakuan saya itu tidak dapat menenangkan perasaannya. Datuk tidak putus-putus menyatakan kesalnya pada nenek terhadap perbuatan saya itu. Tetapi, nenek tetap memberitahu datuk apa yang saya lakukan itu terjadi secara tidak sengaja.

"Barang kali mereka mahu menguji sejauh mana kekuatan ilmu yang aku tuntut”, datuk mengeluh sambil memperkemaskan silanya, menghadapi hidangan makan malam.

"Usah ingatkan kisah tu”, ujar nenek sambil menghulurkan mangkuk nasi pada saya.

Nasi pun saya masukkan ke dalam pinggan. Nenek hulur pula mangkuk nasi pada datuk. Bila makan malam selesai, saya tersandar di dinding. Nenek terus membasuh pinggan mangkuk di dapur. Datuk mengambil daun sirih dari tepak. Kemudian, datuk menyuruh saya mengambil daun serunai laut dan kapur di ruang tengah. Perintah itu saya ikuti. Daun sirih dan serunai laut datuk campurkan dengan kapur. Ketiga-tiga benda itu datuk hancurkan dengan tapak tangan. Akhirnya di rendamkan dalam cawan beberapa saat.

Datuk pisahkan daun sirih, daun serunai laut dan kapur dari air di dalam cawan dengan mengunakan penapis yang halus. Sebelum air itu diminum, saya lihat datuk membaca sesuatu.

"Ini ubat yang baik”, katanya sambil merebahkan badan atas lantai.

Saya terus masuk ke dalam bilik, saya melihat dan membaca beberapa kitab tua tentang perubatan tradisional yang ditulis dalam tulisan jawi. Ada beberapa perkataan Jawa Kuno yang tidak saya faham, saya akan bertanya pada datuk dan dia akan memberikan makna perkataan itu pada saya hingga faham. Memang, ubat yang dibuat oleh datuk cukup berkesan untuk dirinya. Batuk datuk beransur kurang. Menjelang pukul dua belas malam,batuk datuk tidak kedengaran lagi. Cuma yang saya dengar bunyi dengkurnya tidak putus- putus.

Saya terdengar kokok ayam bertalu-talu. Mata saya masih segar. Tidak ada rasa mengatuk. Dua buah kitab lama sudah selesai saya baca. Badan mula terasa sejuk. Saya pun rebahkan badan ke atas lantai. Saya terpandangkan daun tingkap bilik terbuka dengan sendirinya. Saya bangun untuk merapatkan daun tingkap tersebut. Bila papan tingkap saya sentuh, saya terdengar bunyi belalang pelesit berbunyi dengan nyaringnya dari sebelah kanan. Saya cuba mencarinya tetapi, belalang itu tidak kelihatan kecuali suaranya yang cukup keras. Angin dinihari yang bertiup lembut membawa bunyi kicau burung murai. Dari mana datangnya, saya sendiri pun tidak tahu. Dengan sepenuh tenaga, daun tingkap saya tarik. Usaha saya gagal.

Bagaikan ada suatu kuasa yang menahan pada daun tingkap itu. Saya terasa pula angin terlalu keras bertiup. Saya lihat pokok-pokok di luar macam digoncang manusia. Saya juga terdengar sekawan burung berak-berak terbang tinggi sambil berbunyi dengan rancaknya. Burung-burung itu berpusing-pusing atas bumbung rumah. Tanpa membuang masa, saya pun dongakkan kepala ke langit. Saya terlihat satu cahaya berjerumbai (bertali-tali) dari bahagian bawah lembaga yang terbang di angkasa menuju ke arah anak bukit di sebelah utara. Dalam saat yang sama juga saya terdengar suara burung jampuk bertalu- talu dari dahan pokok kekabu tinggi di kanan rumah. Dalam gelap malam yang memanjang itu, saya bagaikan terpandang kelibat lembaga besar melintas di depan mata saya. Saya segera mengambil pelita minyak tanah. Bila saya berpatah balik kearah tingkap, saya dapati tingkap yang lagi satu terbuka dan daun tingkap itu dihempas bertalu-talu dengan kuatnya. Semua rumah bergegar.

Datuk terjaga dari tidurnya. Datuk datang dan berdiri di belakang saya. Datuk menyuruh saya beredar dari situ dan mengambil alih tempat saya. Dia berdiri dimuka tingkap dan burung berek-berek lalu berlegar-legar atas bumbung rumah semula. Datuk pun menekan pangkal hidungnya dengan ibu jari kanan. Matanya tajam menembusi malam yang pekat itu. Dengan mudah datuk merapatkan kedua belah daun tingkap lalu menguncinya. Baru dalam dua tapak datuk melangkah ke arah saya, daun tingkap terbuka semula. Bila datuk mahu merapatkannya semula, satu pukulan kepak burung hinggap ke muka datuk. Muka datuk segera berubah jadi lebam kebiru-biruan. Datuk jatuh ke atas lantai. Saya segera mengambil beberapa helai bulu burung yang gugur di sisinya. Saya lihat datuk berguling-guling atas lantai menahan kesakitan. Pipi kanan datuk berdarah kena cakar kaki burung. Saya jadi kelam-kabut dan saya lihat ke atas bendul tingkap terjulur kepala manusia yang berbulu burung.

Dalam saat-saat yang cemas itu datuk membuka kain. Saya tersipu-sipu melihat datuk berbogel di depan saya. Darah dari pipi kanannya terus mengalir. Datuk menyarungkan kain pelekat dalam keadaan terbalik dari kepala ke kaki. Semua perbuatan datuk itu diperhatikan lembaga bermata merah.

"Ambilkan aku segenggam beras”, jerit datuk sekuat hati.

Nenek tergesa-gesa masuk ke dalam bilik dengan membawa segenggam beras erat-erat dan memberikan kepada datuk. Datuk pun melemparkan beras yang digenggamnya ke arah lembaga bermata merah. Satu jeritan terdengar ditengah malam yang pekat itu, bersama pekik anjing dan burung hantu bersahut- sahutan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2012 11:45 PM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 29 ~ Raja ilmu kelawar

Lembaga bermata merah hilang di muka jendela. Suasana kembali tenang. Nenek memimpin datuk keluar dari bilik saya. Muka datuk pucat. Darah yang mengalir di pipi bertukar menjadi air putih yang kental. Baunya cukup busuk macam bau bangkai.

"Ambilkan aku segenggam beras lagi. Basuh beras itu dengan air kelapa muda. Dan kau jangan terkena air kotor ini, pergilah cepat-cepat. Aku nak basuh muka. Aku tak tahan lagi rasanya menahan panas ni. Daging pipi aku macam kena api”, datuk berkata dengan tenang pada nenek.

Dan nenek pun ke dapur mengambil beras serta memetik kelapa muda jenis rendah di belakang rumah. Nenek melakukan seperti apa yang dikatakan oleh datuk. Sambil membaca beberapa ayat-ayat al-Quran datuk membasuh mukanya dengan air kelapa pembasuh beras. Muka datuk kembali merah dan segar. Air yang jatuh atas lantai datuk sapu dengan kain busuk dan kain itu dimasukkan ke dalam satu baldi kecil.

"Esok kena tanam”, kata datuk.

Dia bangun dan terus rapat ke muka jendela. Lama juga datuk berdiri di situ. Saya tidak tahu apa yang di buatnya. Bila datuk terdengar suara azan subuh, barulah datuk beredar dari muka tingkap dan mengajak saya mengambil air sembahyang. Sementara menanti matahari pagi terbit di kaki langit, datuk membaca al-Quran. Saya mengulangi mata pelajaran bahasa Inggeris dan membuat kerja rumah (homework) seperti yang di suruh oleh Mr. Ismail. Mr. Ismail lulusan Kirkby College mengajar di sekolah rendah Inggeris tempat saya. Kemudian berkawin dengan seorang gadis yang mengajar satu sekolah. Mr. Ismail akhimya bertukar mengajar ke Maktab Tentera di Sungai Besi. Dalam pilihanraya tahun tujuh puluhan, Mr. Ismail bertanding sebagai calon bebas, tetapi kalah ditangan calon Barisan Nasional bagi Kawasan Pangkalan Bharu. Sejak itu cerita tentang Mr. Ismail tidak saya dengar lagi.

Pagi itu selepas menanam kain buruk dan baldi, datuk mengajak saya pergi ke pekan kecil. Kami naik basikal. Saya duduk di belakang dan datuk mengayuh basikal. Tidak lama kami berada di pekan. Setelah membeli ikan masin dan bilis, dalam waktu satu jam kami pun pulang. Sementara menanti waktu makan tengahari, datuk mengajak saya menebang buluh untuk buat raga dan lukah (bubu). Datuk cukup cekap memotong buluh dan menakiknya. Dia tidak kelihatan letih walau sedikit pun.

Tugas saya tidak berat, cuma memisahkan ranting buluh dari batangnya dan membelah buluh yang sudah di potong oleh datuk. Buluh yang sudah di belah itu saya aturkan atas tanah supaya kena cahaya matahari. Dengan itu buluh akan cepat kering dan memudahkan kerja merautnya. Kerja kami berhenti, bila nenek menjemput kami makan. Cukup berselera datuk dan saya makan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2012 11:46 PM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 29 ~ Raja ilmu kelawar

"Jarang-jarang kita dapat makan bersama”, kata saya.

"Tentulah, kau dan datuk asyik berjalan aja”, celah nenek.

"Betul, aku rasa esok pun kita tak boleh makan macam ni"

"Kenapa pula?" tanya saya pada datuk.

"Ada alamat aku akan panggil orang"

"Apa alamatnya tok?"

"Masa aku terbang buluh tadi, ada anak kelawar terbang melawan angin.”

"Hum baru saya tahu”, saya meningkah cakap datuk.

Di sambut dengan ketawa oleh nenek. Memang tepat cakap datuk, lebih kurang pukul tiga petang, seorang anak muda berdahi luas tiba di kaki tangga. Anak muda itu memakai seluar panjang kuning, berbaju putih berlengan pendek dan memakai selipar Jepun.

"Saya tahu tujuan awak datang”, kata datuk sebelum anak muda itu membuka mulut.

Datuk lalu mengajak anak muda itu naik.

"Tempat awak dikacau syaitan?", tambah datuk lagi.

Anak muda yang termanggu- manggu itu anggukkan kepala. Tanpa diberi sebarang isyarat, nenek terus meletakkan kopi dan roti kering di hadapan datuk dan anak muda itu. Anak muda yang berkulit agak gelap itu memberitahu datuk yang dirinya bekerja sebagai nelayan di Pantai Remis. Sudah ramai dukun dan pawang yang ditemuinya meminta jasa baik mereka menghalau sejenis makhluk yang mengganggu penduduk kampungnya di Batu Tujuh, Segari.

“Semuanya menolak tidak sanggup”, kata anak muda itu.

"Habis mana kau tahu rumah aku? Aku bukan pawang dan aku bukan bomoh"

"Ada orang menyuruh saya minta jasa baik pakcik”

"Siapa?"

"Sarjan Hamid, balai polis Pantai Remis"

"Kau harus tahu. Aku bukan pawang dan aku bukan dukun. Aku hanya berikhtiar, yang menentukan kejayaannya Allah yang Maha Besar"

"Saya faham pakcik”, nada suara anak muda itu merendah.

Sebelum memulakan sebarang perjalana, datuk menghitung dan mengira apakah perjalanannya membawa tuah atau celaka. Setelah bertafakur berapa minit, datuk memberitahu anak muda itu, masa yang paling sesuai melangkah apabila matahari sudah condong separas dahan kelapa. Anak muda itu tidak membantah permintaan datuk itu. Di luar sinar matahari cukup angkuh jatuh atas bumi dan dedaun di halaman rumah.
Kicau burung kelicap amat riang, melompat dari dahan ke dahan bersama hembusan bayu yang lembut dan nyaman. Kepala saya digayuti persoalan. Kenapa begitu mudah datuk menunaikan permintaan dari orang yang memerlukan pertolongannya. Apakah datuk mahu mencari dan menambah pengalaman? Atau datuk mahu menguji ilmu yang dituntutnya? Persoalan itu tidak mendapat jawapan dan mati dengan sendirinya dalam tempurung kepala saya.

"Kenapa kau yang sibuk-sibuk sangat, apa kau diwakilkan oleh penduduk di situ mencari aku?", datuk menyoal anak muda itu.
"Tidak"

"Kalau tidak kenapa kau mesti bersusah payah?"
"Ada hubungan dengan ayah saya"

"Ayah kau? Siapa dia ayah kau?", datuk agak terkejut.

Matanya merauti seluruh wajah anak muda itu. Dari gerak-gerinya ternyata anak muda itu kurang senang dengan pertanyaan itu. Ada sesuatu yang mahu dirahsiakannya dari datuk.

"Usah berahsia dengan aku. Kalau kau bercakap jujur dan terus terang akan memudahkan kerja-kerja aku. Ingatlah, apa yang kau buat sekarang bukan untuk kejahatan”, datuk cuba membunuh rasa resah dalam diri anak muda itu.

Anak muda itu tundukan kepala merenung lantai rumah.

"Ayah saya Haji Saad Talu”, dengan nada suara yang lemah anak muda itu menyatakan pada datuk.
Last edited by rdzaccess on 29-8-2012 11:51 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2012 11:47 PM | Show all posts
Selingan Syawal

Bercakap dengan jin ~ 29 ~ Raja ilmu kelawar

Wajahnya kelihatan agak muram. Datuk memperkemaskan silanya dan merenung keluar. Melihat dedaun rambutan dan manggis yang di tolak angin. Bergerak-gerak penuh malas.

"Pernahkah pakcik dengar nama tu?"

"Pernah. Ayah kamu berasal dari Sumatera dari daerah Talu, aku kira dia sengaja mengekalkan nama tempat lahir di hujung namanya"

"Ya, memang ayah sendiri ada menceritakan yang dia berasal dari Talu" Datuk kelihatan tenang mendengar cakap anak muda itu.

Datuk menekan pangkal belikatnya dengan tapak tangan. Menghilangkan rasa lenguh akibat terlalu lama duduk.
"Ayahmu sakit?" soal datuk lagi.

"Tidak"

"Jadi untuk apa kau datang ke mari?"

"Ayah saya sudah meninggal dunia"

Datuk membeliakkan biji matanya. Hujung kening sebelah kanannya saya lihat bergerak-gerak. Tanpa banyak bicara datuk bangun lalu masuk ke dalam biliknya. Datuk keluar dengan membawa secebis kain hitam tiga segi. Datuk letakkan kain hitam itu di hujung lutut kanan anak muda tersebut. Kemudian datuk menyuruh anak muda itu menekan bahagian tengah kain hitam dengan ibu jari kanannya. Datuk melihat urut-urut yang timbul di belakang tangan anak muda itu. Datuk tersenyum lalu memegang pangkal siku anak muda tersebut.

Dalam beberapa saat saja saya lihat dahi anak muda itu berpeluh. Mukanya berkerut menahan kesakitan yang amat sangat. Saya lihat datuk tidak memperlakukan sesuatu terhadapnya. Datuk sekadar menemukan kulit tangan dengan kulit dibahagian siku anak muda itu bagaikan terkunci. Dari hujung kedua belah bibirnya terkeluar air liur, meleleh hingga kepangkal dagu. Air liur itu kelihatan kekuningan macam air liur basi dan baunya kurang menyenangkan. Datuk berhenti menjamah kulit siku anak muda itu. Anak muda itu nampak termengah- mengah macam berlari berbelas batu dalam panas yang terik. Bahagian belakang baju putihnya basah oleh peluh, macam baru kena hujan.

"Kau ada menuntut sesuatu dari ayahmu?", soal datuk sebaik saja anak muda itu menyandarkan badannya ke dinding.
Mata datuk dengan mata anak muda itu bertemu. Macam ada perlawanan ilmu batin antara anak muda itu dengan datuk. Cukup susah saya mahu menggambarkan keadaan perlawanan itu. Perkara yang nyata urat-urat dalam kolam mata anak muda itu bagaikan tersembul merah.
"Berterus-terang dengan aku. Jangan uji aku nanti kau binasa”, pekik datuk sekuat hati.

Serentak dengan itu dia menampar lantai. Papan lantai yang ditampar oleh datuk saya lihat berlubang sebesar tapak tangan. Bahagian tepi papan yang berlubang itu mengeluarkan asap, manakala papan yang tercerai saya lihat menjadi hitam macam arang.

"Ada, cuma separuh jalan. Ayah yang paksa saya menuntut darinya. Saya tak mahu. Dia paksa juga. Jangan jahanamkan hidup saya pakcik”, anak muda itu mula menangis.

Datuk terdiam. Dari gerak- gerinya saya tahu, datuk kesal dengan apa yang telah berlaku. Tanpa segan silu datuk minta maaf pada anak muda itu.

"Kamu terlalu berahsia dengan aku. Bukankah sudah aku katakan berterus-terang saja dengan aku"

"Saya tidak berniat begitu pakcik. Tetapi, saya bagaikan di gerak oleh sesuatu untuk berbuat begitu"

"Aku faham, semuanya terjadi diluar kemampuan diri kamu. Ini membuktikan yang arwah ayah kamu mahu kamu menurut jejak langkahnya"

Mendengar cakap datuk itu, anak muda yang malang terus mengeluh. Secara terbuka anak muda itu mengakui dia tidak setuju dengan beberapa ilmu kebatinan yang diamalkan oleh arwah ayahnya yang bertentangan dengan akidah Islam.

"Banyak perkara yang meragukan saya pakcik”, ujar anak muda itu.

"Antaranya?" datuk mula mencungkil rahsia.

"Dia mengajarkan ajaran ilmu matahari yang dibawanya dari salah sebuah negeri di Timur Tengah semasa dia menjadi kelasi dulu"

"Lagi?"

"Ajaran itu bercampur aduk antara Islam dengan pemujaan pada sesuatu seperti memuja bulan, matahari dan laut. Adakalanya benda-benda yang dipuji itu lebih mulia sifatnya dari Allah yang menjadikan alam ini"
Last edited by rdzaccess on 29-8-2012 11:55 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.088649 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list