CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saatchambizz

[Aduan] Pengalaman 2 yg dilalui...

 Close [Copy link]
Post time 16-9-2011 10:42 AM | Show all posts
kisah 506

aku dapat call....

aku pun pi ambik adik ipar kat KLIA

then hantar dia sampai umah.....

"Berapa nak bayau?"dia kata lepas sampai umah

"aku niat sedekah je!'aku balas

adik beradik nak kira ke?

ceh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2011 10:45 AM | Show all posts
kisah 507

aku call ibu mertua....

hampir 1 jam berbual.....

"Mak kagum dengan kamu.......siang malam kerja..."katanya memuji...

"saya selalu cakap dengan Aisyah..kalau saya x cukup baik,carilah lelaki lain...."aku balas

"Jangan cakap mcm tue...mak selalu doakan kamu bahagia ..."balasnya

aku memang rapat dengan mak mertua berbanding bapa mertua...

seminggu sekali mesti tepon.....

Banyak aku belajar dan tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 10:47 AM | Show all posts
kisah 508

rumah aku ada maid

namun aku tolong semua keje

kdg2 aku cuci tandas

kdg2 aku basuh pinggan.....

kdg2 aku masak....


"Kenapa boss buat semua keje?'dia tanya

"hidup ini sementara,apa boleh buat,buatlah..............."aku jawab....

dia diam..............
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 10:50 AM | Show all posts
kisah 509

orang x kenal aku anggap aku ni pendiam....

namun sebenarnya aku ni peramah.....

dan suka buat lawak....


bila jumpa kawan baru kenal,aku tanya nama

"nama kau apa?"aku tanya

"Ramli............."dia ajwab

"nama abang  aku minit................"aku balas

"hah?"dia terperanjat

"sebab nama aku Saat,abang aku minit.."aku balas............
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 10:53 AM | Show all posts
kisah 510

meeting dengan Pengarah...yg juga abang aku

"pening kepada aku...mcm2 budak keje wat hal......"abang aku mengeluh...

"kita kena rajin berbual dengan pekerja dan ambik tahu masalah depa"aku balas

"tengok hari tu...berbual dengan pembuat air......bagi dia RM50.00.....sampai skrg dia keje dengan bagus.."aku jawab

"ermmm....."dia tarik nafas.....


panjang kami bual.............................bual dikira meeting sebab hal penting....

bisnes restoran biasalah,masalah pekerja mmg x boleh nak lari....

mcm masalah berlaku....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 11:03 AM | Show all posts
kisah 511

16.9.2011

seorang makcik tanya aku

"Kedai henpon Melayu tu x bukak lg?"tanya seorang makcik....

"kdg2 jam 12 tengahari.........x tentu makcik ."aku jawab...

"ni la masalah..kita nak beli kedai Melayu..jam 10 pagi ni pun belum buka!tengok Cina,,,jam 9 dah buka.."dia mengeluh

"biasalah makcik......."aku balas....

kdg2 aku fikir bukan Melayu x maw tolong usahawan Melayu tp sikap usahawan Melayu itu sendiri..............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2011 12:32 PM | Show all posts
kisah 512

aku baca dalam blog......


Perjumpaan Tahunan Peminat AinMaisarah: 26 - 28 November 2011

Tarikh: Sabtu 26 - Isnin 28 November 2011.

Tempat: Banglo Ukhwah, Taman Tasik Titiwangsa KL, No. 12, Persiaran Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Masa: 9 pagi - 10 malam.

Tarikh: Sabtu 26 - Isnin 28 November 2011.
Tempat: Banglo Ukhwah, Taman Tasik Titiwangsa KL, No. 12, Persiaran Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Banglo ini sangat luas. Ada swimming pool juga.

Merchandise AinMaisarah dan lebih 1000 judul buku terbitan PTS akan dijual dengan diskaun.

Antara aktiviti yang dirancang:

1. Sesi make over dan photoshoot
2. Penampilan Fasha Ketua The Wannababes
3. Sesi persembahan magis oleh 2 orang penulis
4. Pameran dan jualan lebih 1000 judul buku PTS
5. Ceramah rahsia penulisan oleh AinMaisarah
6. Kuiz dan aktiviti untuk menang buku
7. Aktiviti bersama 10 orang penulis buku remaja
8. Makan dan Minum di Cafe Pink AinMaisarah

Masuk percuma...


kaya betul Ain Maisarah....tuli novel je dapat beli Kondo.......

Tahniah..tahniah......................

aku?

royalti buku setahun dapat le lepak Cameron dan Langkawi seminggu.........................
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 12:35 PM | Show all posts
kisah 513

aku guna Celcom brokbeng seminggu....

yang bayau sebulan RM98.00....

lajunya..sampai 4 mpbs....best2...


masuk minggu kedua.....200kbs....

hah?

aku tepon Celcom 1111

"Kenapa Celcom teruk sangat?org guna prepaid pun x sampai gtu teruk...."aku komplen..

"Encik.....kita ada limit...jika dah sampai limit,maka ia akan slow....."jawab operator


Good bye Berukbeng!

hampeh betul!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2011 12:36 PM | Show all posts
kisah 514

Abang Man seorang penyapu sampah.......

hari2 dia sapu dan bersihkan longkang depan opis aku

"Bang dah minum?'aku tanya

"belum............"jawabnya

"Ni pi minum......."aku bagi RM10

"terima kasih..terima kasih............."jawabnya...

dah lama aku x jumpa Bang Man....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 12:39 PM | Show all posts
kisah 515

Masjid...

tet tot tet tot

pit pit

tut tut....

Macam2 bunyi  henpon masa solat Jumaat....

apa le orang nie.....datang solat bawa henpon,lepas tu x tutup....

sampai aku konfius dah baca Fatihah ke belum.......

konfius punyai konfius,aku baca Fatihah lagi.......


Menyusahkan org betul!
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 12:40 PM | Show all posts
kisah 516

masa ni remaja

ada rumah hantu kat Masjid Tanah

aku pun masuk dengan kawan2....


pergh...bau colok.........

nak pingsan aku....

bila kuar termuntah2 aku!


sampai la ni aku tak pernah masuk rumah hantu lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 12:42 PM | Show all posts
kisah 517

tiba2 kawan aku terjah dalam YM....

"ko kat mana?"aku tanya

"Hawai...................."balasnya

"Hawai?buat apa?melancong?"aku tanya

"sambung Master..................."jawabnya..

oooo........patutlah lama x dengau kabau.......


dah ramai kawan2 aku ada Master,PHD......

aku masih takuk sama je......
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 12:47 PM | Show all posts
kisah 518

aku tengok je.....

ia senyum......

aik!

aku tanya "apa kabau?"

ia x jawab.....


aku senyum dan ketawa sorang2.....


orang ramai dan tauke kedai buku dah hairan....


itulah reaksi pertama aku bila tengok buku pertama aku Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang kat kedai buku.......






yahoooooooooooooooooooooo..................................
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 12:48 PM | Show all posts
kisah 519

aku nak pi masjid le....

lain kali geng.....

selamat menyambut hari Jumaat aka hari Merdeka aka Hari Malaysia aka Hari Tentera....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 12:43 PM | Show all posts
kisah 519

seumur hidup

hanya sekali aku baru pi Tasik kenyir

masa tu remaja

dengan kawan2...

naik van kawan aku budak Kuala Pilah....

masa kitaorang pi

kat Kuala Berang

terjumpa kampung nama kampung LEPAK....

tapi sayangnya x sempat ambik gambau!

adusssssssssssssssssssss.............
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 12:47 PM | Show all posts
kisah 520

"cikgu...............saya dapat belajar oversea..........."aku tepon cikgu kesayangan aku Cikgu Azizah...

"Tahniah Saat....belajar rajin-rajin "katanya

panjang Cikgu nasihatkan aku....

Cikgu Azizah mengajar aku masa sekolah rendah,sampai la ni aku masih berhubung dan ziarah dia....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2011 12:54 PM | Show all posts
Kisah 521

"Affan..........aku susah sekarang..............bisnes teruk......"aku mengeluh

"nak beli beras pun xda duit................"aku sambung

"Esok aku masuk duit 500............."dia janji dan tepon

Esoknya aku cek bank ada duit 500

beberapa bulan kemudian,bisnes aku dah stabil....

"Affan..aku nak bayar duit hang.........'aku cakap

"Saat..........aku niat sedekah je duit tu...bila ada wang banyak,jimat cermatlah....
hidup ini ada naik dan turun............."nasihatnya panjang lebar

mata aku merembes
mengenangkan kami bukan saudara
apa lagi adik beradik...

namun persahabatan kami amat manis.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 01:00 PM | Show all posts
kisah 522

surau kampung aku....masa nie aku bujang lagi....

dah masuk waktu Maghrib 3 minit.................

mana bilal nie?aku mengeluh......

aku pun on microphone....

"Allahu Akbarrrrrrrrrrr.........................................................."aku bang.....

"Hayya 'alassolahhh.....................................................................Hayya 'alassolah................Allahu akbar Allahu akbar.........................Lailahaillallah............"

dah azan,barulah orang datang.....

"At.....pelik betul kau azan........"kata seorang jemaah,arwah haji Saleh yang juga datok saudara aku...

"hah"aku jawab

"kau tertinggal hayya 'alalfalah............................................."katanya

la.............................................................................................................

sampai hari ni aku dah pobia nak jadi bilal!
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 01:05 PM | Show all posts
kisah 523

"Abang.......sekarang bisnes slow sangat......"kataku kepada Bang Fauzi,pemborong sutera Kelantan

"xpa..aku faham........hutang kau dekat 2 ribu aku halalkan...."katanya

"Alhamdulillah....................terima kasih "balasku..

walaupun aku dah x ambik barang dia lagi,kami masih berkawan baik....

sebenarnya aku malu dengan dia....jadi aku dah x ambik lagi barang dengan dia....

hampir 10 tahun kami berurusan,x pernah bisnes teruk sebegitu ...

"Bang fauzi....sekarang bisnes dah ok......"kataku beberapa tahun kemudian...

"Jangan lupa banyak bersedekah................."balasnya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 01:08 PM | Show all posts
kisah 524

MITC

"Datok...........apa syarat dan dapat pangkat Datok...."aku tanya kawan aku Datok Hasnor

"bukan senang...macam2 syarat...."jawabnya

"Datok tak boleh recommend saya dapat pangkat Datok.."aku bergurau...

"Hah?biar betul kau ji.................................."balasnya...

"Hak dapat Datok,hak CM...kau jumpa dia je...cakap dengan dia..."katanya

aku mula fikir2.....

susah juga yea nak dapat pangkat Datok!

x payah le gamaknya.........................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.225170 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list