|
Suhaimi Saad & Ina Naim Tolak Vaksin, Anak2 Tak Sekolah Kutip Derma? #zuhud
[Copy link]
|
|
Sekian lama menyepi, Ina Naim kembali mengasah bakat nyanyian dengan berpadu suara dengan suaminya, Mohd Suhaimi Saad menerusi lagu Jutawan Pemurah.
Lagu itu menyeru mereka yang berkemampuan menghulurkan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik terutama pada Ramadan dan Syawal.
Menurut Suhaimi, semua orang mahu jadi jutawan, tetapi jadilah orang berharta yang dermawan.
“Kalau hidup kaya raya, jadilah orang yang pemurah agar dapat membantu mereka yang susah. Namun, andai kita miskin, janganlah cepat berputus asa, sebaliknya jadilah orang yang bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada.
“Itulah antara mesej yang saya dan Ina cuba sampaikan dalam lagu Jutawan Pemurah. Setiap daripada kita yang hidup di dunia ini ada bahagian masing-masing dan kita saling melengkapi antara satu sama lain,” katanya.
Bercerita lebih lanjut mengenai penghasilan lagu itu, Suhaimi berkata, ia dibuat sempena pembabitan mereka dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pembangunan Insan Sabah Care yang rancak mengumpul dana di sekitar Lembah Klang bagi menjalankan misi dakwah di kawasan pedalaman Sabah.
“Terdapat beratus-ratus kampung di pedalaman Sabah yang memerlukan perhatian daripada sudut pembangunan insan. Sabah Care adalah NGO yang bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan amanah ini. Pertubuhan itu juga sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti seperti memantau perkembangan prasarana yang sudah dibangunkan semula atau dibaikpulih dan dibina baru serta membantu menjana pendapatan penduduk pedalaman negeri itu dengan membantu memasarkan produk kampung.
“Aktiviti lain, mengadakan motivasi dan menjaga kebajikan pelajar sekolah, mewujudkan sistem keluarga angkat agar hubungan lebih akrab demi pembangunan insan dan mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma secara berterusan.
“Sabah Care juga sudah menghantar 100 imam ke kawasan pedalaman Sabah untuk menyampaikan ajaran Islam. Turut diedarkan telekung dan al-Quran,” katanya.
Bawa anak ke bazar
Menurut Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim, sepanjang Ramadan ini hampir setiap hari dia dan Suhaimi berada di bazar Ramadan sekitar Lembah Klang menyanyi sambil mengumpul sumbangan daripada orang ramai.
Mereka turut bawa bersama empat cahaya iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 8, Salman Elkhoyri 6, Phyrosh Elfadwah, 4 dan Nur Layla Elghufrony, 18 bulan untuk memberi pendedahan membuat persembahan depan orang ramai memandangkan mereka juga berbakat dalam bidang seni suara.
Di bawah syarikat penerbitan mereka sendiri, Karya Mosus, Ehmad dan Salman sudah merakamkan album doa serta selawat.
“Keempat-empat anak kami minat menyanyi dan senang bekerja dengan Ehmad serta Salman kerana mereka mudah ingat doa serta selawat yang diajar. Rakaman siap dalam masa tiga hari tanpa melakukan banyak kesilapan,” katanya.
Dengan pembabitan seluruh keluarga itu dalam bidang seni, ia merapatkan lagi hubungan mereka apabila Suhaimi yang juga bekas guru mengajar sendiri anaknya di rumah.
Selain itu, setiap Selasa, Rabu dan Khamis, Suhaimi dan Ina mengajar anak-anak jiran seramai 15 orang mengaji al-Quran di rumah mereka di Setia Alam, Shah Alam.
Pasangan itu juga mengeluarkan produk minda untuk kanak-kanak dan Ina juga akan mengeluarkan purdah jenama Ina Naim. Mereka sedang mencari kain yang sesuai dan selesa untuk dipakai. |
|
|
|
|
|
|
|
hurmmmmm....kata antivac..abih tu dh kenapa plak nk promote pemeriksaan kesihatan percuma secara berterusan?????
Hipokrit tahap langit ke 7 |
|
|
|
|
|
|
|
aku duk stalk fb dia...........alamak kesiannya tengok anak-anak dia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
sbb die jual produk makanan sunnah.... gini la melayu islam berangan....
|
|
|
|
|
|
|
|
caramel_cloud9 replied at 30-6-2016 10:48 PM
Iols pegi last 2yrs kena cucuk. My mom pun awal tahun aritu pegi pun kena cucuk
Kehendak sendiri or travel agent suruh eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak perempuan pon disuruh nyannyi?
Bukan didik dari kecik ke utk jd ala ustazah?
Cacat lah dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
pp_gurl replied at 1-7-2016 09:42 AM
Sekian lama menyepi, Ina Naim kembali mengasah bakat nyanyian dengan berpadu suara dengan suaminya, ...
Anak berbakat dalam bidang seni? Allah....speechless... Dah kau angkut anak tu pergi menyanyi, budak tu suka la. Tapi tak semestinya diorang berbakat. Ina tu lagi la tak berbakat. Bapak syok sendiri ni...
Kalau kau rasa vaksin tu benda kotor, lagi bagus kau didik anak kau jadi scientist ke, chemist ke....at least boleh berbakti pada agama dengan buat research menggunakan sumber halal. Ini jadi penyanyi?hadoi... |
|
|
|
|
|
|
|
org kata dah mcm pelarian dibuatnya.... bdk kecik gitu disuruh kutip derma.... wpun utk ngo ke apa...
sekolah pun tidak...
|
|
|
|
|
|
|
|
apa ingat nyanyi takleh berdakwah ke?...hahah
dulu suhaimi kat porum ni... dah bertekak psl sore bini tak sedap pun... gigih juga... jenis ego...
|
|
|
|
|
|
|
|
dinopower replied at 1-7-2016 10:14 AM
apa ingat nyanyi takleh berdakwah ke?...hahah
dulu suhaimi kat porum ni... dah bertekak psl sore ...
Nyanyi tu memang sejenis dakwah. Tapi pada aku yang bukan alim ulama macam suhaimi tu, baiklah kalau aku suruh anak aku belajar betul-betul, jadi scientist or researcher...berbakti pada agama. Create antidote ke, new vaccine ke, ubat ke yang bersumberkan benda halal.. Ni tak, vaksin je dakyah yahudi. Bodoh gila!
Bab ina tu, aku tak tahu nak cakap apa lagi..syok sendiri.
Ingat lagi masa diorang baru kahwin, ina baru lepas beranak anak yang 1st tak silap aku, suhaimi ni gigih datang rtm... Masuk ke office aku masa tu dok distribute album solo dia suruh ktorang mainkan kat radio. Masa tu macam kagum jap..sebab nampak effort dia nak cari duit lebih for family. Tapi makin lama, makin aku menyampah. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la yg sptutnya... galakkan anak mencari ilmu.... p bljr mcm org lain bina minat dlm bidang sains.....
baru la bleh lawan agenda yahudi mabuk tu semua..... ni artikel blogger... yg fakta die diragui pun depa percaya.... sbb dpt takde asas ilmu lain....
sbb asas hafal Al Quran je diutamakan.... klau paham btul mesti nak jd mcm ibnu sina.. alkhawarizmi semua.... ahli astronomi segala.....
tp glgn bijak pandai gini tak digemari lobai2 taksub.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Jgn marah2 naaaa
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
i kesian tengok budak2 yg kena nyanyi kat pasar ramadhan.
dah la puasa, tekak kering
sedekah yg dpt tu berapa sgt pun |
|
|
|
|
|
|
|
poyo si suhaimi ni.. tgk dari gambar2 yg dia posing tu... dah memperlihatkan kepoyoan dia |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
dinopower replied at 1-7-2016 10:13 AM
org kata dah mcm pelarian dibuatnya.... bdk kecik gitu disuruh kutip derma.... wpun utk ngo ke apa ...
Ak baca thread ni psl isu vaksin. Tp ntah nape ak lebih tganggu part anak dia x g sekolah n kna mntak derma. Berapa umur anak dia yg sulung tu? Seriusla kesian budak2 tu
|
|
|
|
|
|
|
|
prizadane replied at 1-7-2016 10:20 AM
Nyanyi tu memang sejenis dakwah. Tapi pada aku yang bukan alim ulama macam suhaimi tu, baiklah kal ...
Couldnt agree with u more |
|
|
|
|
|
|
|
die mmg takkan mintak maaf..... die rasa diri btul...
|
|
|
|
|
|
|
|
GERAM....dengan orang yang bodoh sombong, mempergunakan anak isteri untuk kepentingan diri sendiri..geram rasa nok kok palle tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Hari raya nanti dia akan post status kat FB ciptaan yahudi tu, sy dh maafkan orang yang mengutuk dan memaki sy.
Org mcm ni takkan mintak maaf kat org lain, dia akan ckp dia dh maafkan org sbb dia rasa dia btol n org lain salah. Nk menampakkan diri dia alim org lain jahat |
|
|
|
|
|
|
| |
|