|
Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`
[Copy link]
|
|
Selingan Syawal
Bercakap dengan jin ~ 29 ~ Raja ilmu kelawar
"Dia sudah ke Mekah dan bergelar Haji?"
"Ini juga meragukan saya. Menurut beberapa kawan rapat ayah saya, dia tidak ke Mekah. Tetapi, menunaikan ibadah haji di salah satu tempat di Pulau Pinang. Ayah saya tidak pernah sembahyang Jumaat dan berjemaah di surau. Dia lebih banyak mengasingkan diri dan membuat amalan secara rahsia"
"Apa tindakan orang-orang kampung tempat kamu?”
"Sejak kematian ibu, saya dan ayah dipulaukan. Adik-adik yang lain membawa diri ke tempat lain”
Datuk termenung panjang. Dan anak muda itu meneruskan ceritanya tentang arwah ayahnya. Menurut anak muda itu, ketika ayahnya mahu menghembuskan nafas yang terakhir, ayahnya berhempas pulas menendang dinding dan lantai. Sesudah mengeluh macam lembu kena sembelih barulah roh ayahnya bercerai dengan jasad. Bila ayahnya mahu dikuburkan, satu perbalahan telah berlaku antara orang kampung. Satu puak tidak mahu ayahnya dikuburkan di tanah perkuburan Islam. Mereka mahu menempatkan tubuh ayahnya itu di satu tempat lain. Alasan mereka kenapa hal itu patut dilakukan, kerana mereka mengira arwah ayahnya bukan seorang Islam. Mana kala pihak yang satu lagi mahu tubuh ayah anak muda itu disemadikan di tanah perkuburan Islam.
Alasan mereka arwah Haji Saad memang seorang Islam. Surat lahir dan kad pengenalan membuktikan yang arwah itu memang Islam. Pihak itu juga menyatakan, menentukan sama ada seseorang itu Islam atau tidak, bukanlah terletak di tangan orang kampung. Ada pihak yang tertentu boleh memutuskan seperti Jabatan Agama, Mufti dan lain-lain lagi.
"Hanya Allah sahaja lah yang dapat menentukan seseorang itu Islam atau sebaliknya", kata datuk.
Anak muda itu terdiam. Dia tidak mengatakan cakap datuk itu benar atau tidak. Dari kerdipan matanya yang lembut, saya membut kesimpulan anak muda itu setuju dengan apa yang dikatakannya oleh datuk.
"Setelah penghulu dan ketua kampung campur tangan, ayah arwah saya ditanam ditanah perkuburan orang- orang Islam”, anak muda itu menyambung perbualan yang terputus.
Anak muda itu menceritakan tentang arwah ayahnya dengan wajah yang muram. Menurutnya, waktu tubuh ayahnya mahu ditimbus dengan tanah, beberapa orang kampung yang meletakkan tubuh ayahnya dalam lubang kubur melihat sesuatu yang ganjil berlaku pada tubuh ayahnya.
"Apa yang ganjilnya tu?", saya pula menyoal.
"Mukanya di tumbuhi bulu macam burung”, jawabnya.
"Apa yang mereka buat?" datuk pula mengajukan pertanyaan.
"Mereka tanya saya sama ada saya mahu melakukan sesuatu. Saya tidak ada pilihan melainkan menyuruh mereka menimbusnya dengan tanah"
Saya menarik nafas panjang. Seram juga saya mendengarnya. Saya lihat wajah datuk masih dalam keadaan yang tenang. Anak muda itu menggigit ibu jarinya. Suasana dalam ruang rumah terasa sepi buat beberapa minit. Kami termenung panjang. Masing- masing membuat perhitungan dan tanggapan yang tersendiri setelah mendengar cerita ganjil dari anak muda itu. Anak muda itu bangun dan berdiri dekat pintu. Merenung kearah pokok-pokok mempelam dan manggis yang disinari mata hari petang. Lama juga dia termenung di situ.
"Selepas orang-orang kampung pulang dari dari tanah kubur, langit yang cerah bertukar hitam. Kilat guruh berbunyi kuat. Pokok nibung di belakang rumah kamu dipanah petir. Kemudian hujan turun dengan lebatnya. Hujan itu berhenti bila masuk waktu subuh", tanpa di duga datuk terus berkata demikian.
Anak muda segera mengalihkan pandangannya pada datuk.
"Mana pakcik tahu?", anak muda terkejut besar.
"Ilmu yang diamalkan oleh ayah kamu satu ilmu yang salah. Sebenarnya saya tahu serba sedikit tentang ilmu itu”, terang datuk dengan jujur padanya.
Datuk lalu memberi penerangan tentang ilmu tersebut. Menurut datuk, ilmu itu di kenali dengan nama Ilmu Kelawar atau Ilmu Burung yang pernah digunakan oleh kelasi-kelasi kapal bila kapal mereka pecah atau karam di tengah laut pada zaman dahulu. Masa berlaku peperangan antara tentera Belanda dengan pejuang Kemerdekaan Indonesia, beberapa orang yang mengamalkan ilmu tersebut telah menggunakannya untuk melawan pihak musuh terutama di daerah Mendailing dan Talu. Orang yang mahu memperoleh itu harus bertapa dalam keadaan menanamkan separuh badan dalam tahi kelawar. Sebelum itu, orang yang terlibat harus pergi ke sebuah gua di Gunung Kidul di Pulau Jawa. Mengabdikan diri pada syaitan di situ dengan membuat pemujaan pada sekeping papan yang sudah berusia beribu-ribu tahun. Papan yang dipuja akan menjadi lembaga yang menyerupai dengan tubuh badan yang mahu menuntut ilmu.
Last edited by rdzaccess on 29-8-2012 11:58 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Syawal
Bercakap dengan jin ~ 29 ~ Raja ilmu kelawar
Kemudian lembaga itu akan menghisap darah ibu kaki orang yang mahu memperhambakan diri. Syarat utama orang yang menuntut ilmu itu harus mengakui papan tua itu adalah benda yang paling berkuasa, maha mengetahui dan menyerahkan roh dan jasadnya pada papan penunggu. Dilarang sama sekali melakukan perkara- perkara yang disuruh oleh Allah. Semasa orang itu menanamkan separuh badannya dalam tahi kelawar, dia hanya memakan kepak kelawar selama empat puluh empat hari. Bila amalannya sudah genap, 100 hari tubuhnya akan berbulu seperti burung dari kepala hingga ke pinggang. Dari pinggang ke bawah macam tubuh manusia. Ketika bulan mengambang penuh, dia akan terbang dan kembali ke rumah asalnya. Setiap malam, dia harus menyediakan darah kelawar satu mangkuk putih dan diletakkan di bawah pokok nibung. Demikian datuk memberitahu tentang ilmu yang diamalkan oleh arwah ayahnya.
"Apa untungnya ilmu tu datuk?" tanya saya.
"Boleh mengumpulkan kekayaan, asalkan patuh dengan perintah syaitan. Boleh menjadikan diri macam burung dan terbang untuk menjahanamkan orang. Satu perbuatan laknat”, kata datuk lagi.
Anak muda yang malang itu mengeluh. Dia mula tahu sekarang kenapa masa arwah ayahnya masih hidup, selalu mengasingkan dalam sebuah bilik gelap. Setiap malam tidak pemah berada dirumah kecuali waktu menjelang subuh. Lebih kurang pukul empat petang kami pun memulakan perjalanan menuju ke sebuah kampung kecil dipinggir pekan Segari yang terletak di Daerah Manjung (dulu Daerah Dinding). Masa yang kami ambil untuk sampai kesitu lebih kurang satu jam lebih dengan menaiki teksi. Anak muda itu terus menunjukkan ke arah rumah papan yang letaknya agak terpencil dengan rumah lain dikarnpung tersebut.
"Sejak ayah saya mati, rumah ini kami tinggalkan. Setiap malam ada manusia berkepala burung dan berbadan manusia datang mengganggu kami yang diam di situ. Sejak rumah ditinggalkan kami mendengar orang bercakap dalam bahasa yang kami tidak tahu", anak muda itu menceritakan tentang rumah papan yang kami lihat dari jauh.
"Lagi, ada apa yang ganjil?" tanya datuk.
"Sejak akhir-akhir ini benda ganjil itu sudah mengganggu rumah orang lain pula”, tambah anak muda itu.
Last edited by rdzaccess on 29-8-2012 11:59 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Syawal
Bercakap dengan jin ~ 30 ~ Rumah misteri
"Jangan kacau aku!", pekik datuk.
beberapa pokok besar bergoyang dan daun dari pokok-pokok berguguran |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum buat TT...
dari saya SR yg baru jumpe thread ni... |
|
|
|
|
|
|
|
ayeesha posted on 30-8-2012 11:49 AM
Assalamualaikum buat TT...
dari saya SR yg baru jumpe thread ni...
Salaam
Dah hampir 4 tahun baru jumpa ..." masih belum terlambat "
Di antara celah celah posting ni akan ada maklumat yang berguna untuk forummers juga ...insyaAllah ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Syawal
Bercakap dengan jin ~ 30 ~ Rumah misteri
Datuk pun melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Angin petang yang bertiup kencang mengugurkan dedaun getah tua yang memagari pinggir kampung. Mata saya masih tertumpu ke arah rumah papan yang beratap rumbia. Pintu dan tingkap rumah bertutup rapat. Di kaki tangga ada tempayan besar. Sebelah kanan rumah terdapat pokok mempelam telur yang sedang berbunga lebat.
"Apa yang kau nampak?", tanya datuk pada saya.
"Tak ada apa-apa tuk"
"Baguslah”, balas datuk dan terus duduk di atas tunggul getah.
Anak muda yang sejak tadi berdiri di sebelahnya juga turut duduk. Anak muda itu nampak cemas.
"Nama kamu siapa?"
Saya tersenyum, kenapa begitu lambat datuk mahu mengetahui nama anak muda itu. Agaknya datuk terlupa atau sengaja dia berbuat demikian dengan tujuan tertentu, fikir saya dalam hati.
"Nama saya?", ulang anak muda itu.
"Ya… nama kau"
"Orang kampung panggil saya Man Beliung, nama sebenar ikut kad pengenalan dan surat beranak Osman"
"Fasal apa orang kampung panggil kamu Man Beliung?", datuk mencungkil rahsia.
Osman segera bangun dan kerutkan dahi sempitnya. Sinar matahari petang kian redup. Beberapa ekor burung gagak liar mula hinggap ke atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia. Gagak- gagak itu berbaris menghala ke arah matahari sambiI berbunyi. Suara gagak itu parau dan kalau di teliti bunyinya macam orang mencarik kain kapan.
"Sebabnya, pasal saya lahir dulu, bidan yang menyambut saya bersama sebilah beliung kecil”, Osman membuka kisah dirinya.
"Mana kau tahu?", tanya datuk lagi.
"Ayah saya yang cakap dan ibu saya sendiri mengakuinya. Menurut kata ayah, kalau saya tidak disambut dengan beliung kecil itu saya tidak akan lahir dan ibu akan mengandung sampai mati. Beliung itu ayah yang berikan pada bidan"
Datuk terdiam mendengar cerita dari Osman. Suara gagak di atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia terus berbunyi. Saya menumpukan perhatian ke arah rumah tersebut, sebahagian daripada rumah itu tidak kena cahaya matahari kerana terlindung oleh pokok besar. Tiba-tiba sahaja badan saya terasa saya terasa seram. Bulu roma saya mula tegak, anehnya bila saya tidak melihat ke arah rumah itu rasa seram tidak saya rasai.
"Beliung itu ada pada kau?", saya terdengar datuk menyoal Osman.
"Ada saya simpan. Berbalut dengan kain kuning dan diikat dengan benang tujuh warna"
"Apa warnanya?"
"Saya tak berapa ingat. Tapi warna hitam lebih banyak dari warna lain" Datuk saya lihat resah tidak menentu.
Sekejap dia kerutkan dahi, sekejap menggaru pangkal kening. Sekejap memicit pangkal hidung. Semua yang datuk lakukan serba tak kena. Dalam keadaan datuk yang tidak menentu itu, saya renung ke arah rumah beratap rumbia. Saya lihat bahagian tingkap yang tidak kena sinar matahari terbuka dengan sendiri. Ada kelibat manusia berdiri di situ. Saya memberanikan diri untuk melihatnya, tiba-tiba telinga terasa kosong. Tidak ada satu pun yang dapat saya dengar dan kepala saya terasa pening. Saya segera merenung ke arah lain. Pendengaran saya kembali macam biasa, rasa mahu pening terus hilang. Saya tidak berani mengulangi perbuatan itu lagi.
"Kau simpan beliung tu di mana?"
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Syawal
Bercakap dengan jin ~ 30 ~ Rumah misteri
Saya mula bosan dengan sikap datuk. Tidak habis-habis menyoal Osman dan tidak merasa bosan macam saya. Dia menjawap dengan jelas apa yang disoal oleh datuk. Osman terus memberi tahu datuk bahawa beliung itu disimpan dirumahnya yang terletak berhampiran jalanraya. Osman juga memberitahu tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya berjumlah lima ekar lebih. Tiga ekar lagi dijadikan dusun.
"Rumah ini ayah saya dirikan di dalam tanah dusun”, kata Osman tanpa memandang ke arah rumah peninggalan ayahnya, dia bagaikan takut memandang rumah pusaka itu.
Matahari kian condong ke barat. Burung gagak kian bertambah duduk atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia. Bila datuk menyoal Osman kenapa dia mendirikan rumah di tepi jalan raya atas tanah kerajaan, secara terus terang Osman menerangkan bahawa dia pemah mendirikan rumah di atas tanah pusaka peninggalan ayahnya. Malah, dia sendiri sudahpun mencari seorang gadis sebagai calaon isterinya. Dia mahu menjadikan tanah pusaka itu sebagai sumber rezekinya. Tetapi hasratnya tidak terlaksana bila rumah sudah di dirikan dan dia tinggal di situ. Osman merasakan tanah peninggalan ayahnya bukanlah satu tempat yang aman. Setiap malam dia diganggu oleh makhluk ganjil yang dapat dilihatnya.
"Setiap malam badan saya dan pakaian saya dilumuri dengan najis manusia dan binatang. Tiang rumah saya digoncang setiap malam, kerana itu saya pindah”, beritahu Osman pada datuk.
Osman juga memberitahu, tidak ada orang yang mahu menoreh di kebun getahnya kerana setiap orang yang cuba menoreh akan di serang oleh beribu kelawar dan gagak. Akibatnya orang yang kena serang kelawar badannya agak gatal dan bengkak. Manakala orang yang diserang burung gagak badannya kemerah-merahan akibat dicakar oleh burung tersebut.
"Kebun getah tu, sudah jadi hutan”, keluh Osman.
Hati saya cukup hiba, bila Osman menyatakan dia berhasrat untuk meninggalkan kampung buat selama-lamanya.
"Tidak ada gunanya saya tinggal di sini. Orang-orang kampung mula mencurigai saya. Tidak ada gadis yang mahu bersuamikan saya dan tidak ada orang yang sudi menjadikan saya menantu. Bila pakcik sudah berjaya, semua tanah ini akan saya jual jika ada orang mahu membelinya. Kalau tak ada biarkan jadi hutan”, wajah Osman muram sungguh.
Datuk segera menepuk bahu Osman. Datuk menyanjung cita-cita Osman disamping memberi satu pengharap baru pada dirinya.
"Jangan putus asa. Allah tidak suka pada orang yang cepat putus asa, hidup mesti berusaha”, bisik datuk ke telinga Osman.
Dia senyum. Datuk menggaru pangkal telinga sebelah kanan dua kali berturut-turut. Osman pun melihat jam tangan.
"Dah pukul enam pakcik”, ujarnya.
Saya renung wajah datuk. Dan Osman menoleh ke kiri dan ke kanan, macam mencari sesuatu.
"Mari kita masuk ke rumah tu”, suara datuk separuh keras.
Osman dan saya berpandangan. Dada saya berdebar dan saya tidak dapat menduga apa yang bergolak dalam hati kecil Osman.
"Mari”, ulang datuk lagi sambil menarik tangan Osman.
Osman patuh dengan perintah datuk. Baru lima tapak Osman melangkah, mukanya kelihatan pucat. Tidak berdaya untuk mengatur tapak ke hadapan. Wajah datuk ditatapnya sejenak.
"Kita menempah bahaya pakcik”, katanya.
"Macam mana kau katakan bahaya, kita belum pun sampai"
"Saya terasa seram sejuk pakcik"
"Usah takut, aku ada dekat kau" Datuk terus mengajak Osman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Syawal
Bercakap dengan jin ~ 30 ~ Rumah misteri
Ternyata Osman tidak dapat berdalih lagi. Saya dan Osman terus mengekori datuk, macam anak ayam mengikut ibunya mencari makanan. Bunyi suara gagak kian gamat seolah-olah tidak merestui atas kedatangan kami bertiga. Beberapa ekor burung gagak terbang rendah ke arah kami. Berlegar-Iegar atas kepala kami sebelum hinggap di dahan pokok kiri kanan kami. Saya tidak dapat mengawal mata saya menyorot tajam ke arah burung-burung gagak itu. Memang bentuk burung gagak itu agak besar sedikit dari gagak yang selalu saya lihat. Bahagian kepalanya botak hingga ke leher. Dibawah muncungnya tumbuh bulu yang agak jarang tetapi panjang macam janggut manusia.
"Jangan tengok burung tu”, kata datuk pada saya sambil memusingkan leher saya hingga tertumpu ke hadapan.
Memang, terasa sakit leher bila datuk berbuat demikian pada saya.
"Jangan belajar jahat. Kawal mata dan hati kamu. Sini bukan tempat suka-suka tau”, tambah datuk.
Nada suaranya cukup keras. Saya terus membisu. Ketika itu langit kelihatan cerah bersama kepulan awan nipis yang berarak ke utara, meskipun hari sudah pukul enam lebih. Kami terus melangkah mengikut langkah datuk yang teratur. Dada saya terus juga terus berdebar. Lebih kurang dalam jarak dua puluh kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah papan beratap rumbia, secara mendadak sahaja datuk berhenti melangkah. Dia menyuruh saya berdiri di kanan dan Osman di sebelah kirinya. Dia meminta kami melangkah serentak mengikut langkahnya. Dan langkah pertama dimulakan dengan kaki kiri.
Setiap kali melangkah tumit tidak boleh menyentuh bumi. Ketika itu, kami tidak dibenarkan oleh datuk memakai sepatu. Semua sepatu diletakkan di satu tempat khas. Datuk juga mengingatkan kami supaya jangan menegur kalau terlihat sesuatu yang ganjil. Semua perintah datuk kami patuhi. Akhirnya kami sampai di kaki tangga rumah tersebut. Datuk meletakan tapak tangan kanannya atas kepala tiang tangga yang terbuat dari kayu Medang Sawa. Kepala tiang itu terukir indah dalam bentuk awan larat yang cukup seni. Lama juga datuk meletakan tapak tangannya di situ. Saya lihat lengannya bagaikan bergoyang-goyang hingga urat-uratnya kelihatan timbul, macam ada sesuatu yang menekan tangan datuk. Mukanya mula berpeluh. Urat di kiri kanan dahi datuk nampak cukup tegang.
"Allahu Akbar..”, pekik datuk sekuat hati.
Serentak dengan itu dia menarik tangannya dari memegang kepala tangga. Datuk undur dua tapak ke belakang. Datuk pun membaca beberapa potong ayat al-Quran.
"Begini, kita naik ke rumah dengan cara membelakang”, kata datuk sambil merenung wajah saya dan Osman.
Burung gagak terus berbunyi.
Tiba-tiba datuk bersuara lagi, "Biar aku naik dulu”
Saya dan Osman berpandangan lagi, datuk menukar rancangan dengan mendadak. Datuk pun melangkah anak tangga pertama. Matanya merenung kami, tetapi kakinya terus melangkah. Memang, satu kerja yang sukar memijak anak tanah dengan cara yang ganjil. Bila sampai ke tangga akhir barulah datuk memusingkan badannya. Kemudian dia menolak daun pintu yang tidak berkunci.
"Naik macam biasa, jangan ikut macam aku tadi”, katanya dengan lantang.
Kami pun segera naik ke rumah. Dalam beberapa saat sahaja kami sudah berada di dalam perut rumah papan beratap rumbia. Rumah itu mempunyai tiga bilik. Salah satu dari pada bilik itu berkunci. Menurut Osman bilik itu semasa ayahnya masih hidup tidak dibenarkan sesiapa masuk di dalamnya. Kerana itu Osman sendiri tidak tahu apa yang terdapat dalam bilik itu. Datuk melihat keadaan rumah yang penuh dengan sawang dan sarang labah-labah dari anjung hingga ke dapur.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Syawal
Bercakap dengan jin ~ 30 ~ Rumah misteri
Ketika berada di ruang tengah datuk menguis beberapa helai bulu burung gagak serta beberapa ekor bangkai kelawar yang sudah kering. Tulang dan kepala kelawar yang kering dan keras itu bertaburan di situ. Waktu datuk mahu menjamah tulang-tulang kelawar itu, kami terdengar bunyi deru angin yang cukup kuat. Serentak dengan itu seluruh ruang di penuhi dengan beribu-ribu ekor kelawar yang bersedia untuk menyerang kami. Datuk pun membuka baju hitamnya dan menutup kepalanya hingga menjadi bulat. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Saya dan Osman terus resah. Tidak tahu apa yang mahu dilakukan ketika itu. Datuk melemparkan bajunya ke arah dinding. Dengan serta- merta kelawar yang beribu- ribu itu hilang dari dalam rumah. Datuk ambil baju dan terus menyarungkan kembali ke badannya. Datuk melangkah ke pintu bilik yang berkunci. Dengan tangan kiri datuk memegang ibu kunci erat-erat. Mukanya merah padam.
Saya lihat datuk meramas-ramas ibu kunci hingga hancur. Besi dari ibu kunci bertaburan atas lantai. (amalan doa Nabi Daud as ) Datuk menolak pintu bilik dan menyuruh Osman masuk. Pada mulanya Osman enggan, namun setelah didesak barulah Osman melangkah dengan diikuti oleh datuk dan saya. Dalam bilik itu datuk menjumpai satu rangka manusia terletak atas tilam yang berlapik kain kuning. Tengkorak dari rangka itu terletak dari atas sebatang kayu pulai kering.
"Kita balik”, kata datuk.
Tanpa banyak bicara kami ikut perintah datuk. Ketika itu hari sudah beransur gelap. Dengan langkah yang cepat kami menuju rumah Osman di tepi jalanraya. Bila sahaja kami masuk ke dalam rumah, Osman jatuh pengsan. Datuk terpaksa merawat Osman hingga pulih. Tidak jauh dari tempat Osman jatuh tadi, datuk menemui seketul batu sebesar ibu jari. Batu yang berwarna merah itu datuk masukkan ke dalam uncangnya.
Malam itu selepas menunaikan sebahyang Isyak, datuk minta Osman mengeluarkan beliung kecil yang disimpannya. Tanpa berlengah-Iengah lagi Osman mengeluarkan beliung kecil itu dari dalam kotak kecil yang diletakkan dibawah katil. Lama juga datuk menilik beliung kecil itu. Datuk terus memberitahu Osman bahawa beliung yang disimpannya itu bukanlah beliung yang dibuat dari pada besi, tetapi dibuat dari tulang manusia. Selagi beliung itu di simpannya ada satu kuasa yang mendampingi dirinya. Beliung kecil itu merupakan amanat ayahnya untuk Osman mewarisi ilmunya di samping memelihara hantu kelawar peninggal ayahnya.
"Kau harus membuangnya. Kalau tidak dirimu selama- lamanya didampingi oleh syaitan. Bila sampai masanya, kau akan memberikan dia makan dengan darahmu sendiri, kalau tidak dia akan menjahanamkan orang lain”, kata datuk pada Osman.
"Saya tak tahu pakcik”, balas Osman jujur.
Datuk termenung sebentar. Datuk yakin apa yang dikatakan oleh Osman itu memang benar. Bagi menghilangkan keresahan di hati Osman, datuk terus berjanji padanya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Osman.
"Minta pakcik al-Quran”, ujur datuk pada Osman lagi.
"Saya tak ada menyimpannya pakcik"
"Surah Yasiin?"
"Pun tak ada"
"Sebagai seorang Islam kau harus menyimpan al-Quran di rumah atau Surah Yasiin. Bukan tujuan untuk jadi perhiasan almari, kau harus menyimpan dan membacanya. Paling kurang setahun sekali kau harus membaca al Quran selama satu bulan pada setiap bulan Ramadhan. Surah Yasin pula dibaca pada setiap malam Jumaat. Kau boleh membaca Quran?"
"Boleh pakcik"
"Bagus. Paling akhir kau membaca al-Quran bila?"
"Paling akhir sekali kira-kira lima tahun yang lalu waktu saya tamat belajar dengan Haji Mat Zain"
"Lepas itu?"
"Tak pernah"
Datuk mengeluh kecil.
Last edited by rdzaccess on 31-8-2012 02:33 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Syawal
Bercakap dengan jin ~ 30 ~ Rumah misteri
Datuk menyatakan rasa kesalnya atas sikap Osman itu. Menurut datuk, orang muda sekarang kian jauh dari al-Quran walaupun mereka tahu dan boleh membaca al-Quran. Perbuatan membaca al-Quran itu diamalkan masa kecil, bila sudah dewasa perangai membaca al-Quran akan terpisah dari diri mereka.
"Ada yang memikirkan membaca al-Quran sebagai satu sikap menunjukkan diri sebagai orang kampung dan ketinggalan zaman. Jadi mereka lebih senang membaca buku komik atau kartun yang tidak mendatangkan faedah”, datuk mula berkhutbah.
Untungnya dia tidak berkhutbah panjang. Malam itu Osman terpaksa pergi ke rumah Haji Mat Zin (guru al-Quran kampung tersebut) meminjam kitab suci al-Quran. Bila al-Quran berada dihadapan datuk, dia terus membacanya hingga ke subuh. Sepanjang malam itu tidak ada perkara aneh yang kami alami di pondok Osman. Tetapi, bila saya mengikuti datuk mengambil air sembahyang subuh, di seberang anak sungai yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah Osman, datuk telah dilemparkan dengan najis dari arah kiri. Kerana hari gelap, datuk tidak dapat melihat siapa yang melemparkan najis padanya. Najis itu mengenai perut datuk.
"Jangan kacau aku!", pekik datuk.
Bila suara datuk hilang, beberapa pokok besar bergoyang dan daun dari pokok-pokok berguguran. Datuk tidak peduli dan terus mandi membersihkan badan. Bila sudah selesai mandi, datuk terus menyarungkan seluar hitam dan bersedia mahu mengambil air sembahyang. Dalam samar-samar subuh itu, saya dan datuk terpandangkan kaki manusia yang cukup besar. Datuk terpegun sejenak. Manakala suasana di tebing sungai mula gamat dengan bunyi suara burung hantu dan gagak. Datuk tidak berkata sepatah pun. Dia melangkah tenang menuju ke rumah Osman. Sampai dirumah ternyata Osman masih tidur lagi. Datuk jadi marah dengan tiba-tiba.
"Bangun. Jangan tidur bersama syaitan, mari kita sembahyang!”, pekik datuk sambil menyepak punggung Osman.
Tergesa-gesa Osman bangun lalu mengambil air sembahyang. Bila datuk membaca doa qunut, saya rasa rumah itu bergegar. Datuk terus menyelesaikan sembahyang subuhnya. Masa datuk memberi salam akhir, satu tendangan hinggap di belakang datuk kemudian pipi saya bagaikan ditamparkan oleh orang. Kibasan tangan itu saya lihat berbulu panjang dan besar pula. Datuk tidak ambil kisah dengan kejadian itu. Dia tetap meneruskan kerjanya membaca doa. Rumah terasa bergoncang lagi. Satu lembaga hitam berdiri di hadapan datuk. Makin lama lembaga itu berdiri di satu, warnanya segera bertukar dari hitam menjadi seakan-akan kuning, kemudian menjadi putih. Saya amati lembaga itu cukup besar. Bentuk kakinya macam kaki gajah. Dari paras pusat penuh dengan bulu tebal. Datuk selesai membaca doa. Dia terus mendongakkan kepalanya pada lembaga itu.
Di luar rumah, bunyi burung gagak kian hebat bersama dengan suara burung hantu. Sesekali terdengar suara orang menangis dan meratap dalam bahasa yang tidak saya fahami. Subuh itu, bagi saya merupakan subuh yang amat menakutkan. Suasana subuh yang hening dan damai itu tidak saya nikmati seperti subuh yang lain. Osman tidak terkata walau sepatah apa pun. Mukanya pucat lesi.
"Memang kau syaitan. Kau tidak menghampiri orang yang sedang sembahyang. Apa yang kau mahu?”.
Datuk pun bangun sambil mengambil kain merah lalu mengikat ke kepalanya.
Datuk berdiri dengan kaki kanannya kehadapan dalam jarak satu kaki dengan kaki kiri. Datuk terus memeluk tubuh. Dia membaca sesuatu. Bila mulut datuk tidak bergerak, lembaga di hadapannya hilang dan terpacak tubuh badan manusia yang berbalut dengan kain kapan. Bahagian atas kain kapan itu terikat kemas. Begitu juga dengan bahagian kaki. Lembaga itu bergerak dengan meloncat- Ioncat. Datuk menjatuhkan kedua belah tangannya. Kaki kanan rapat dengan kaki kiri. Kemudian datuk menepuk tangan. Saya lihat kain kapan yang membungkus lembaga itu terbuka.
"Ayah”, jerit Osman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Syawal
Bercakap dengan jin ~ 30 ~ Rumah misteri
Datuk segera berpaling dan menendang bahu kanan Osman. Dan Osman terus pengsan.
"Biarkan dia di situ kau jaga dia. Kalau dia rapat dengan syaitan ni, roh jahat akan meresap ke tubuhnya”, demikian datuk memberitahu saya.
Sekarang lembaga itu membukakan ke dua belah tangannya dan bersedia mahu menyerang. Datuk dengan melompat sambil membuka kain ikat kepalanya lalu memukul ke arah lembaga itu. Lembaga itu hilang dan tempatnya diganti oleh batang pisang. Batang pisang itu terus membesar hingga sampai ke bahagian palang dan akhirnya menjadi satu bentuk yang lain pula iaitu manusia berkepala burung.
"Lalu kamu dari sini. Sebentar lagi matahari akan terbit dan kau tidak boleh terkena cahaya matahari. Aku tahu itu sumpah kamu”.
Sebaik sahaja datuk mengakhiri cakapnya, burung itu terus hilang. Di kaki langit, matahari mula menampakkan diri. Datuk memulihkan Osman dari pengsannya. Datuk mengambil beliung yang dibuat dari tulang. Datuk basuh beliung kecil itu dengan tujuh jenis air bunga serta tujuh jenis air dari daun yang hujungnya menghala ke arah matahari terbit. Kemudian datuk merendamkannya pula ke dalam air yang berlumpur. Bila matahari sudah cukup keras bersinar, datuk letakkan beliung tulang yang direndam itu ditengah halaman. Bila beliung tulang itu terkena panahan matahari, muka Osman yang duduk di sisi datuk menjadi merah macam udang kena bakar. Tiba-tiba beliung itu terbakar dalam bekasnya. Wajah Osman kembali macam sedia kala. Bekas merendam beliung tulang itu datuk tanam di pangkal pokok rambutan di tepi jalanraya. (Seminggu selepas itu pokok rambutan itu mati akibat di panah petir).
Pagi itu juga saya dan Osman serta datuk pergi kerumah papan teratap rumbia. Lagi sekali bila terlihat rumah itu kami gelisah. Keadaannya cukup berbeza dengan keadaan yang sebenarnya. Di ruang tengah rumah bertimbun-timbun bulu gagak dan bangkai kelawar. Bila kami masuk ke bilik tempat rangka manusia, kami dapati rangka itu sudah tidak ada lagi. Tempat meletakkan rangka semuanya menjadi abu. Sebelum datuk meninggalkan kawasan rumah itu, datuk menanamkan empat batang buluh sepanjang enam inci di empat penjuru kawasan rumah tersebut. Di kaki tangga datuk tanam pula paku karat yang berbalut kain kuning.
"Dengan izin Allah, dia tidak akan dapat masuk kerumah ini lagi”, bisik datuk pada Osman dan saya.
Kami anggukkan kepala mengiakan cakap datuk itu. Lebih kurang sembilan pagi, dengan ditemani oleh Osman, datuk terus menemui ketua kampung.
"Memang kami tunggu kedatangan awak”, kata ketua kampung yang berkulit hitam manis, memakai songkok hitam.
Usianya dalam lingkungan enam puluhan. Dia mempersilakan kami duduk.
"Memang arwah ayah Osman ni saya kenal benar. Tetapi, saya tidak menduga yang dia tu ada memakai ilmu salah. Saya kesian pada Osman ni. Dia tidak tahu apa-apa dan jadi mangsa orang kampung”, beliau menyatakan pada datuk.
Secara diam-diam ketua kampung menyatakan bila keadaan sudah baik, dia berhasrat mahu menjodohkan Osman dengan anak bongsunya. Menurut ketua kampung, hanya dengan cara itu sahaja boleh mengembalikan kepercayaan orang kampung terhadap Osman. Kalau boleh biar semua anak buahnya berada dalam keadaan selamat. Dia tidak rela anak buahnya hidup menderita.
"Sikap tuk ketua ini memang dituntut oleh ajaran Islam, kita orang-orang Islam wajib membantu sesama saudara Islam walau dalam apa bentuk pun yang tujuannya untuk kebaikan. Ini merupakan satu ibadah”
Saya lihat ketua kampung tersenyum lebar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Syawal
Bercakap dengan jin ~ 30 ~ Rumah misteri
"Bagaimana, ada harapan perkara ni akan berakhir?”, tanya ketua kampung.
"Dengan izin Allah akan berjaya"
"Kami dah berusaha membaca Surah Yasin selama empat puluh empat hari, nampaknya tidak berkesan”, tambah ketua kampung lagi.
"Satu perkara yang harus kita ingat bahawa membaca Surrah Yasin tidak semestinya permintaan kita dikabulkan oleh Allah. Kita harus memenuhi syarat-syarat tertentu umpamanya kita mesti terlebih dahulu mendekatikan diri kita pada Allah. Menjalankan segala perintah dan larangannya. Cara kita meminta itu harus dengan ikhlas. Dan tidak memaksa, jangan bila sudah terdesak baru ingatkan Allah, di samping itu kita harus berikhtiar”, lagi sekali datuk memberikan kuliahnya di hadapan ketua kampung.
Setelah mengadakan perundingan dari hati ke hati, ketua kampung sanggup menemani datuk berjaga di hadapan rumah papan beratap rumbia pada sebelah malamnya.
Malam itu, selepas selesai sembahyang Isyak, kami membentang tikar mengkuang di halaman rumah papan beratap rumbia. Seperti selalu, bila mahu menjalankan tugas-tugas yang berat datuk akan memakai seluar hitam, baju hitam, di samping kain ikat kepala berwarna merah. Lebih kurang pukul dua belas malam, kawasan tempat kami duduk diganggu oleh bunyi yang amat mengerikan,macam suara gajah. Bila suara itu hilang, keadaan tempat kami terang berderang.
Saya terkejut, lembaga manusia yang berkepala burung berdiri di hadapan kami. Bila melihat keadaan yang ganjil itu, ketua kampung terus pengsan. Osman jadi lemah dan dia juga pengsan. Datuk segera mematahkan pokok keladi disekitar kawasan itu dan menutup badan ketua kampung dan Osman. Saya mula terdengar suara anjing menyalak dari arah belakang rumah papan beratap rumbia. Saya tidak tahu macam mana anjing-anjing liar berada di situ.
Suara burung jampuk dan burung hantu bertalu-talu dan kedengaran suara orang bergendang dan ada kalanya macam suara orang menangis dan merayu. Lembaga manusia berkepala burung itu masih berdiri dihadapan datuk matanya bersinar-sinar bagaikan mengeluarkan cahaya api. Dalam saat yang sama saya melihat berpuluh-puluh mayat yang sudah dikapan dengan kain putih terbujur dihadapan datuk. Mayat mayat itu bagaikan bergerak dalam kain putih. Datuk terus menepuk bumi. Dia mengambil sebahagian dari tanah dihadapannya. Tanah itu dibulatkannya sebesar guli. Kemudian datuk menggengam tanah itu kejap- kejap.
Dari celah-celah jari datuk keluar asap. Bila tangannya di buka, tanah itu menjadi merah menyala. Datuk membalingkan tanah itu ke arah lembaga berbadan manusia berkepala burung. Bila tanah itu terkena pada lembaga itu, serta-merta lembaga itu ghaib. Datuk melompat ke hadapan. Datuk mengeluarkan buluh yang sudah ditajamkan hujungnya kira-kira lapan inci panjang dari rusuk kirinya.
“Inilah sumpah kau. Aku tahu buluh saja yang boleh menghilangkan kuasamu”, jerit datuk lalu menikam ke kiri dan ke kanan.
Pelik juga saya melihat telatah datuk menikam sesuatu yang tiada. Sudah tujuh kali datuk menikam, tidak ada apa-apa yang aneh terjadi di hadapan saya. Bla datuk menikam ke kiri untuk kali yang yang ke sembilan, saya terdengar suara jeritan yang cukup kuat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Merdeka
Bercakap dengan jin ~ 31 ~ Bomoh Hujan Kena Uji
"Kenapa panas sangat ni?", tanya ketua kampung.
"Itu”, saya menunjukkan ke arah rumah yang sudah menjadi bara dengan jari telunjuk.
Biji mata ketua kampung terbeliak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Merdeka
Bercakap dengan jin ~ 31 ~ Bomoh Hujan Kena Uji
Suara jeritan itu bergema ke seluruh kampung melesapi puncak Gunung Tungga. Datuk terus mencacakkan buluh runcing ke dada bumi dan melipatkan kaki seluar sebelah kiri separas lutut. Datuk duduk mencangkung dengan tapak tangan kirinya terletak pada bahagian atas buluh runcing. Mulutnya terus bergerak, membaca sesuatu. Ketua kampung masih belum sedarkan diri. Saya lihat kaki kanan Osman bergerak-gerak lemah. Kedua belah tangannya menguakkan dahan dan dedaun yang menutupi tubuhnya.
"Bangun”, bisik saya pada Osman dan memberitahu padanya supaya jangan bertanya sesuatu.
Osman patuh dengan permintaan saya itu tetapi wajahnya masih pucat-Iesi. Waktu saya menoleh ke kanan kembali saya lihat datuk sudah berdiri dengan kedua belah tangannya lurus mengarah ke rumah papan beratap rumbia. Mukanya nampak berpeluh. Bila datuk menjatuhkan kedua belah tangannya, saya terdengar satu letupan, macam orang memukul bumi dengan pelepah pisang.
Serentak dengan itu, saya lihat api mula berbunga di tulang bumbung rumah. Api itu terus marak dengan hebatnya. Bahang dari api itu terasa panas memukul wajah saya. Kulit muka rasanya bagaikan terbakar. Cahaya api dari bumbung rumah itu menerangi kawasan tempat kami berteduh. Api terus menjulang ke langit dengan hebat bersama bunyi letupan keciI yang sambung-menyambung. Tidak sampai dua jam, rumah papan beratap rumbia itu terus menjadi abu. Ketua kampung pun tersedar dari pengsan.
"Kenapa panas sangat ni?", tanya ketua kampung.
"Itu”, saya menunjukkan ke arah rumah yang sudah menjadi bara dengan jari telunjuk.
Biji mata ketua kampung terbeliak.
"Siapa yang bakar?", tanyanya lagi.
"Terbakar sendiri!" Ketua kampung mengerutkan dahi sambil menggaru batang leher.
Datuk pun mencabut buluh runcing yang di tanam kebumi. Datuk melihat bahagian bawah buluh yang sudah ditajamkan itu. Memang terdapat kesan-kesan darah pada buluh itu. Datuk menghilangkan kesan darah pada hujung buluh dengan menikamkan buluh itu pada batang pisang emas yang baru tumbuh jantung. Bila datuk mahu mencabut buluh dari batang pisang, saya dan Osman serta ketua kampung disimbah dengan air dari arah belakang.
Saya tidak dapat memastikan dari mana arah air itu datang, sama ada dari sebelah kanan atau kiri kerana malam terlalu gelap. Di langit kelihatan bintang-bintang bertaburan di mana-mana. Angin malam yang bertiup agak keras membuat badan saya mengeletar kesejukan. Saya tidak dapat mengagak dengan tepat pukul berapa ketika itu. Tetapi berdasarkan arah tiupan angin dan gerak awan bersisik ikan di langit, saya agak waktu itu sudah pukul empat pagi.
Suara pungguk dan lolongan anjing liar sudah tidak kedengaran lagi. Dari longgokan bara rumah yang punah, asap nipis nampak berkerut menjulang ke udara yang kemudian berpecah dirempuh angin malam. Datuk menghampiri saya.
"Kau kena simbah air Tamar?"
"Ya tok"
"Cuba kau cium lengan kiri kau, ada bau busuk tak"
Saya pun ikut perintah datuk. Walaupun perintah itu ditujukan pada saya tetapi, ketua kampung dan Osman turut bersama mencium lengan kiri masing-masing.
"Busuk, macam bau bangkai”, jawab mereka serentak dan saya anggukkan kepala.
Setuju dengan apa yang dikatakan oleh ketua kampung dan Osman. Datuk menyuruh kami bertiga berdiri di bawah pokok pisang emas yang baru tumbuh jantung. Kami disuruh berdiri dengan menemukan bahu masing- masing. Sesudah itu, datuk menyuruh saya melihat ke arah utara, ketua kampung ke arah selatan dan Osman ke arah barat. Dengan keadaan itu kami tidak dapat memandang wajah antara satu sama lain. Datuk terus mengoncangkan perdu pisang emas yang baru tumbuh jantung dengan sekuat hati. Air embun yang melekat pada daun pisang itu menimpa badan kami.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Merdeka
Bercakap dengan jin ~ 31 ~ Bomoh Hujan Kena Uji
"Sekarang cium lengan kiri kamu semua”, ujar datuk dengan tenang sambil menekan pangkal dagunya dengan ibu jari kiri.
"Tak ada baunya lagi”, jawab saya.
"Dah hilang busuknya”, tingkah Osman.
"Ya dah hilang”, sahut ketua kampung bersama senyum.
Datuk menyuruh kami duduk semula di tempat asal. Dengan tenang datuk membuka lipatan kaki seluar sebelah kiri. Angin sudah tidak sekuat tadi bertiup, menandakan waktu subuh hampir. Langit kelihatan cerah dan bintang- bintang beransur kurang. Bara api masih kelihatan merah menyala di tapak rumah yang punah, bunga- bunga api kelihatan menjulang pendek di udara sebelum padam. Datuk memperkemaskan silanya dan terus menekapkan kedua belah tangannya ke dada.
Embun subuh sudah terasa menitik ke ubun-ubun kepala. Rasa sejuk kian terasa. Saya tidak tahu apakah yang dilakukan oleh datuk ketika itu. Biji mata saya terbeliak bila saya terpandang dari atas bara api keluar benda putih dan bulat, sebesar buluh lemang yang panjangnya kira-kira dua kaki, terapung- apang di udara macam ditarik oleh sesuatu dari atas. Benda putih terus naik setinggi pokok kelapa dara. Berhenti di situ sebentar. Kemudian benda bulat itu bergerak macam kilat menuju ke arah kami.
Datuk menyuruh kami meniarap supaya benda itu tidak mengenai kepala. Tetapi angin dari benda bulat itu berjaya menerbangkan songkok ketua kampung dan cuping teling saya bagaikan mahu tercabut rasanya dirempuh oleh angin dari benda bulat itu. Ketika itu juga dari hutan kecil sebelah kami terdengar bunyi suara katak betung bersahut-sahutan yang diselang-seli dengan bunyi suara orang bersorak dan ketawa yang amat menyeramkan. Embun subuh kian rancak menimpa kulit kepala.
Terdengar kokok ayam hutan bertali-temali dari kaki Gunung Tunggal. Saya tidak dapat menahan rasa sejuk yang amat sangat itu. Dahi saya kerutkan. Dagu saya menggeletar yang mengakibatkan gigi atas dan bawah saya berlaga dan mengeluarkan bunyi kerup- kerup yang tidak tentu panjang pendeknya. Suara lolong anjing liar mula kedengaran sayup-sayup dan memanjang macam orang menangis dan meratap sesuatu. Benda putih itu terus berlegar- Iegardi atas ruang kepala kami. Hari masih lagi gelap.
Dalam keadaan yang agak gawat itu, saya lihat datuk berguling-guling atas tanah menuju ke pangkal pisang yang baru tumbuh jantung. Datuk duduk sambil menyandarkan badannya pada perdu pisang itu. Datuk merasa selamat kerana benda putih yang bergerak di awang-awangan itu tidak memburunya. Datuk segera berdiri sambil menekapkan ke dua belah tapak tangannya ke cuping telinga kiri dan kanan, macam orang yang mahu melaungkan azan. Lebih kurang dua tiga minit datuk berkeadaan demikian.
Akhirnya dia datang ke kawasan lapang. Benda putih itu mula meluru ke arahnya. Datuk tidak melarikan diri malah berdiri dengan gagah di situ. Kedua-dua belah tumit kakinya tidak jejak ke bumi dan lutut kanannya dibengkokkan sedikit. Bila benda putih itu berada betul- betul di ubun kepalanya dengan segera datuk membuka kain merah yang melilit kepalanya. Benda putih itu terus mengelilingi tubuh badan datuk sambil mengeluarkan suara yang berdengung macam suara ayam kampung kena jolok. Kerana terlalu cepat dan Iigat benda putih itu berpusing mengelilingi tubuh datuk. Saya tidak dapat melihat datuk dengan jelasnya. Dalam sekelip mata saja saya lihat datuk terhoyong-hayang macam ditolak sesuatu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Merdeka
Bercakap dengan jin ~ 31 ~ Bomoh Hujan Kena Uji
Hati saya mengelabah, saya tahu datuk sedang berjuang menentang sesuatu. Ada niat menolongnya tetapi saya tidak berdaya bergerak. Tempurung lutut dan dan sendi-sendi kaki saya terasa bagaikan longgar sekali. Ketika itu, ada cahaya terang mula bangkit di kaki langit, keadaan hari mula beransur cerah. Datuk masih lagi terhoyong-hayang tidak tentu arah. Tetapi di tangannya masih terlekat kain merah.
Datuk bertempik dengan sekuat hatinya sambiI melompat setinggi tiga kaki. Ketika datuk melompat itu dia memukul benda putih itu dengan ikat kepalanya. Dua kali lompat, dua kali pukul tidak mendatangkan sebarang kesan pada benda putih itu. Datuk kelihatan letih dan tidak bermaya. Saya lihat datuk rebah ke bumi sambil terbatuk-batuk. Mukanya pucat. Datuk mencium bumi sambil membengkokkan badannya, tidak ubah macam kucing yang bersedia untuk menerkam tikus.
Kemudian datuk melompat untuk kali yang ketiga dan terus memukul benda putih itu dengan kain ikat kepalanya sekuat hati. Hari mula beransur samar-samar, di kaki langit cahaya putih mula kelihatan dengan jelas. Datuk kali ini saya lihat terhumban berhampiran dengan bara api yang sedang marak memamah kayu-kayu rumah yang punah. Belumpun sempat badannya menjamah bumi, datuk sudah meletakkan badannya dalam keadaan tegak. Ketika itu juga bara api bertambah kuat cahayanya dan beberapa bahagian dari bara api itu mengeluarkan api.
Saya terasa desiran angin di permukaan bumi. Saya lihat tapak kaki datuk tidak mencecah bumi. Datuk berdiri atas angin sambil memeluk tubuhnya erat-erat. Dan benda putih di awang- awangan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap nipis. Bila asap nipis itu hilang, terdengar letupan seperti letupan mercun kecil. Benda putih itu terus hilang dan masa itu juga beberapa bilah buluh kering bertaburan atas tanah. Datuk segera menghampiri kami. Kali ini saya lihat wajahnya berseri dan kedua kelopak matanya lembam sedikit kerana kurang tidur.
"Kita balik, sembahyang subuh”, kata datuk.
"Dah selesai ke semuanya pakcik?", tanya Osman
"Dah. Dengan izin Allah yang Maha Besar dan Maha Mengetahui nampaknya kita berjaya"
"Dia tak ganggu kita lagi?", ketua kampung pula bertanya.
"Nampaknya begitulah"
Kami terus pulang ke pondok Osman dan menunaikan fardu subuh. Ketua kampung mempersilakan kami ke rumahnya untuk sarapan pagi. Dia juga menyatakan pada saya, ada sesuatu yang mahu dibincangkannya dengan datuk.
"Saya rasa eloklah sekarang ini kita pergi ke rumah saya”, ulang ketua kampung dengan senyum.
Osman merenung ke muka saya. Datuk menggigit ibu jari sambil merenung kosong ke depan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Merdeka
Bercakap dengan jin ~ 31 ~ Bomoh Hujan Kena Uji
"Begini saja tuk ketua. Biarlah Osman dan tuk ketua pergi dulu”, nada suara datuk lembut sambil bangun.
"Kenapa begitu?"
"Saya ada hal sedikit"
"Apa halnya?"
"Saya nak bersenam kemudian nak mandi air embun itu saja. Lepas semua kerja tu saya buat, saya pergilah. Masa saya sampai ke rumah awak hari pun cerah dan kopi sudah tersedia”
"Ha tak apalah”, balas ketua kampung.
Datuk dan ketua kampung ketawa besar. Ketua kampung dan Osman meninggalkan saya dan datuk di pondok. Saya diminta oleh datuk supaya bersenam gerak kucing dan harimau bangun tidur. Tujuan senaman cara lama itu dilakukan untuk menghindarkan dari mengalami sakit pinggang dan lenguh-lenguh sendi. Satu senaman baru yang diajarkan oleh datuk pada saya dan di situ ialah senaman ular salin kulit.
Senaman jenis ini lebih banyak memberatkan perkara menarik dan melepaskan nafas, serta pergerakan sendi-sendi urut. Tujuan utama senaman ini ialah, memelihara kulit badan dan muka. Kulit badan tidak mudah kendur dan muka kelihatan muda atau tidak dimakan tua. Senaman jenis ini hanya dilakukan seminggu sekali. Orang yang melakukan senaman ini di tegah memakan makanan yang banyak mengandungi zat asam selama tiga hari tetapi digalakkan memakan daun hijau yang boleh dibuat ulam seperti daun pegaga, daun ulam raja, daun saderi dan daun kesum serta pucuk manggis muda.
Selesai melakukan semua jenis senaman itu, saya dan datuk terus merayau-rayau ke seluruh kawasan kecil berhampiran pondok Osman untuk mandi embun. Akhirnya datuk mengajak saya pergi ke bekas rumah papan beratap rumbia. Ada sesuatu yang mahu datuk cari di situ. Waktu saya dan datuk tiba ke situ, saya dapati bara api sudah banyak yang padam, kayu-kayu alang rumah semuanya sudah rentung menjadi arang.
"Mari kita cari buluh yang jatuh bertabur malam tadi”, saya terkejut dengan ungkapan dari datuk itu.
Bulu tengkuk saya terus meremang. Dada terasa berdebar.
"Mari”, datuk terus menarik tangan saya.
Memang saya tidak ada pilihan lain untuk membantah. Lama juga kami berlegar-legar di kawasan yang kami jangkakan tempat bilah-bilah buluh itu jatuh. Apa yang kami temui di situ ialah bilah- bilah buluh yang sudah rentung. Datuk menguis- nguiskannya ddengan hujung kaki.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Merdeka
Bercakap dengan jin ~ 31 ~ Bomoh Hujan Kena Uji
"Memang buluh sumpahnya”, keluh datuk sambil menggigit bibir.
"Saya tak faham cakap tok ni?”
"Hanya dengan buluh saja yang boleh menghilangkan kuasa ilmu orang yang menuntut ilmu itu. Aku harap malapetaka yang menimpa orang-orang di sini akan tamat”, tambah datuk lagi, lalu mengajak saya kerumah ketua kampung.
Sarapan pagi dirumah ketua kampung memang enak. Kami dihidangkan dengan kopi panas dan pulut berlaukkan ikan gelama goreng. Anehnya datuk tidak menjamah pulut itu. Dia hanya minum kopi panas sahaja. Ketua kampung tidak puas hati dengan sikap datuk.
"Kenapa tak makan pulut?", tanya ketua kampung.
"Minta maaf tuk ketua, saya memang tak makan pulut ni."
"Kami tak tahu, apa sebabnya?
Ada pantang larang ya?"
"Saya ni mengidap sakit angin. Orang sakit angin memang tak elok makan pulut, kerana pulut ni cukup bisa bagi orang yang mengidap sakit itu. Kalau sudah sembuh pun akan sakit semula jika makan pulut" Ketua kampung puas hati dengan penerangan datuk itu.
Ketua kampung merasa bersalah kalau datuk tidak makan di rumahnya. Kerana itu, dia menyuruh anaknya membeli kuih di kedai.
"Jangan, ini sudah cukup untuk saya”, beritahu datuk pada ketua kampung.
"Saya tak puas hati kalau awak tak makan di rumah saya. Begini saja, tengahari ni, makan di sini", ketua kampung membuat tawaran lagi.
Tawarannya itu diterima oleh datuk dengan senang hati.
Sementara menanti tengah hari datuk kembali ke pondok Osman. Ketua kampung ikut sama. Sampai saja di pondok, Osman ambil sebuah baldi kosong dan mengambil air perigi. Air itu datuk campurkan dengan tujuh jenis daun dan tujuh jenis bunga. Kemudian datuk memerintahkan Osman memakai kain basahan dan di suruh duduk di bawah tangga.
"Nak buat apa ni?,” bisik saya ke telinga datuk.
"Nak buang sial dan badi ilmu salah yang hinggap ke badannya”, balas datuk.
Bila Osman duduk di bawah tangga, datuk terus menjirus air ketubuh Osman dalam tiga peringkat. Lepas itu, datuk tepuk bumi tujuh kali dan dada Osman tujuh kali. Bila sudah selesai barulah Osman disuruh oleh datuk memakai pakaian semula.
"Aku harap kau akan selamat terus dan syaitan peliharaan ayah kau sudah hancur. Kau boleh hidup aman di atas tanah miliknya”, jelas datuk pada Osman.
Ketua kampung hanya melihat sahaja apa yang di¬ lakukan oleh datuk itu dengan tenang.
"Memanglah, syaitan tak tak pernah sunyi dari mempengaruhi umat manusia”, datuk tersenyum mendengar cakap ketua kampung itu.
"ltu memang kerjanya. Dalam Surah An-Nisa telah menjelaskan kerja-kerja syaitan yang berbunyi: Dan kehendak syaitan itu ialah menyesatkan kamu satu kesesatan yang jauh”, ujar datuk lagi.
Ketua kampung angguk kepala. Perbualan datuk dengan kedua kampung cukup rancak sekali. Banyak benar kisah yang datuk dengar dari ketua kampung. Malah datuk sendiri tidak merasa segan dan silu mencari pengalaman-pengalamannya di masa lalu. Perbualan mereka terganggu bila anak gadis tok ketua yang dikiranya menganggu perbualan antaranya dengan datuk.
"Apa halnya”, kata ketua kampung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Merdeka
Bercakap dengan jin ~ 31 ~ Bomoh Hujan Kena Uji
Osman segera bangun dan merenung tajam ke wajah anak gadis ketua kampung yang berambut panjang, berkulit putih. Mukanya bujur sirih. Tinggi lampai dan berleher jinjang. Saya memang tertarik dengan gadis desa berwajah ayu itu. Bila saya lihat wajah Osman, rasa tertarik yang mula berputik di hati segera saya padamkan.
"Ada orang datang ayah"
"Siapa?"
"Pak Mardan bomoh hujan"
"Hum, sekejap lagi aku balik"
Anak gadis ketua kampung meninggalkan kawasan pondok Osman. Kerana waktu makan tengahari sudah hampir, ketua kampung mengajak kami pergi bersamanya sekali.
"Eloklah tu, saya ingin juga berkenalan dengan bomoh hujan tu, kalau dia baik hati dapat saya menuntut ilmu darinya”, datuk segera bangun.
"Dia tu bukan orang lain dengan saya, kami satu pupu”, tingkah ketua kampung dengan tenang.
Ada rasa megah dalam dirinya kerana datuk mahu menuntut sesuatu dari sepupunya. Lepas makan tengahari datuk dapat bercakap panjang dengan Pak Mardan yang sudah berusia hampir lima puluh tahun. Orangnya tegap. Memelihara misai, janggut dan jambang. Dia tinggal di Kampung Kota yang terletak lebih kurang dua batu dari pekan kecil Bruas dalam daerah Manjung. Menurut Pak Mardan, dia kenal baik dengan bomoh patah yang tinggal sekampung dengannya iaitu Bedul Hasyim. Datuk minta Pak Mardan menyampaikan salamnya pada Bedul Hasyim bila dia pulang ke kampungnya kelak.
"Dengan izin Allah akan saya sampaikan”, katanya.
"Saya dah lama tidak jumpa dia"
"Dia masih sihat lagi”, balas Pak Mardan.
Menurut Pak Mardan dia dalam perjalanan ke Sungai Tinggi (sebuah kampung yang terletak dalam daerah Matang, lebih kurang dua puluh batu dari bandar Taiping). Dia di undang oleh anak saudaranya kerana anak saudaranya mahu menikahkan anak perempuannya dengan orang dari Gunung Semanggul.
"Tujuan mengundang kita tu ada tujuan yang tertentu”, keluh Pak Mardan sambil merenung muka ketua kampung.
"Apa tujuannya?", soal Osman.
"Tenaga aku ni diperlukan anak buah, bila mahu menghalau hujan”, Pak Mardan melahirkan rasa hampanya, disambut oleh ketua kampung dengan ketawa memanjang.
Bila Pak Mardan mengajak datuk pergi ke Sungai Tinggi datuk menolak dengan alasan dia tidak dijemput ke majlis nikah kahwin. Tetapi bila Pak Mardan dan ketua kampung menyatakan bahawa mereka telah diberi kuasa untuk menjemput orang lain ke majlis orang nikah kahwin itu, datuk menerimanya dengan senang hati. Saya mengerti, tujuan utama datuk menerima undangan itu bukanlah kerana mahu makan nasi minyak. Tetapi dia mahu belajar serba sedikit tentang ilmu menahan hujan dari Pak Mardan.
Esoknya saya, Pak Mardan dan datuk terus pergi ke Sungai Tinggi. Kami bertolak dengan bas dari Segari pada sebelah pagi dengan bas. Ketua kampung dan keluarganya bertolak lebih lewat daripada kami. Kedatangan kami di sambut dengan ramah oleh anak saudara Pak Mardan. Kami sempat menyaksikan acara akad nikah yang diadakan pada sebelah pagi, lebih kurang di antara pukul sepuluh hingga sebelas. Acara naik pelamin diadakan kira- kira pukul empat petang setelah tetamu yang dijemput selesai makan. Pak Mardan merasa senang kerana tidak ada tanda-tanda hari akan hujan.
Beberapa orang anak muda di situ melancarkan kutipan memungut wang secara kilat bagi mengundang pancaragam dari bandar Taiping pada sebelah malamnya. Kutipan itu, ternyata tidak cukup dan nasib baik pihak tuan rumah sanggup menambahkan bahagian yang tidak cukup itu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|