CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: slippergombak

[Jenayah] Banjir sedang melanda bahagian Pantai timur

 Close [Copy link]
Post time 4-12-2013 02:33 PM | Show all posts
Edisi menyelamat pematang badak.. Tq abg Bomba


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2013 02:33 PM | Show all posts
teruknya banjir kali ni...dlu waktu belajar kat Kuantan xdelah teruk sgt camni ni....risau gak cos anak bujang kat Polisas tu...cik abg lak kena outstation kat Kem Batu 10 tu...stay kat MS Garden..nak gi kem pun xleh...jalan byk yg tutup...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 02:34 PM | Show all posts
Cenderawasih.. bus stop cenderawasih 1420hrs.. air laju d jalan melintas bus stop ke padang bola..



Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 02:35 PM | Show all posts
[size=0.9em]Usul banjir gamatkan Dewan, Bung suruh Fuziah balik Kuantan

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 02:37 PM | Show all posts
chit_ana posted on 4-12-2013 02:32 PM
kelantan

ambil mana ana info ni

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 02:37 PM | Show all posts
8 TIPS MEMANDU SEMASA HUJAN LEBAT

Akhir-akhir ni kita saksikan kerap berlaku hujan lebat lebih-lebih lagi semasa musim tengkujuh ini, jadi adalah penting untuk kita mengetahui tips memandu ketika hujan (atau hujan lebat) bagi memastikan keselamatan anda sebagai pemandu dan juga penumpang lain selamat tiba ke destinasi.
Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air dan buka lampu jika perlu. Namun banyak lagi tips yang mungkin kita terlepas pandang, berikut merupakan antara tips-tips penting yang mungkin boleh mengelakkan anda di timpa musibah semasa pemanduan

1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Kurangkan memandu di lane kanan sekali. kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta kita dan menghalang pandangan ke depan. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.

3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, mungkin kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memberhentikan kenderaan

5. JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja.
(Sila semak semula buku panduan lesen L.)

6. Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.

7. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

8. Pandu perlahan. Kelajuan melebihi 80 km/j akan mengakibatkan kenderaan anda mengalami Hydroplaning. Ia adalah satu fenomena di mana tayar kenderaan anda kurang menyentuh permukaan jalan dan ianya seakan-akan meluncur di atas jalanraya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2013 02:39 PM | Show all posts
sape kenal ikan ni..musim banjir ada

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 02:41 PM | Show all posts
hzln posted on 4-12-2013 02:31 PM
muga dgn nyanyi anak kecil main api, gelak ketawa dgn ucapan lawak2 bodo itu dapat menghentikan hu ...

Mgkin dgn setitis air mata yg tumpah dari mengenang nasib Melayu, maka sebotol air mineral akan jatuh ke tanah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2013 02:42 PM | Show all posts
tepek sini boleh kan


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 02:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 02:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 02:43 PM | Show all posts
chit_ana posted on 4-12-2013 02:39 PM
sape kenal ikan ni..musim banjir ada

ikan ikan ni akan melompat dari tali air sekiranya akan berlaku banjir...
best woooo....

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 02:43 PM | Show all posts


air Sungai Golok semakin naik. Katanya sudah memasuki bandar Rantau Panjang.
....semoga hujan segera berhenti dan air cepat surut...kesihan kpd mereka yg tinggal di tempat rendah
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 02:44 PM | Show all posts
lizaliza posted on 4-12-2013 02:43 PM
ikan ikan ni akan melompat dari tali air sekiranya akan berlaku banjir...
best woooo....

sedap goreng garing
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 02:45 PM | Show all posts
namirulmukminin posted on 4-12-2013 11:57 AM
Tukang buat keputusan untuk hantar bantuan duk merteriak sambil nyanyi lagu anak kecil main api ka ...

Macam s*y*L... geram pulak rasa nk mencarut... kawan aku terperangkap kat umah dia dari malam tadi... perhimpunan tu jalan gak dengan aman kat pwtc ni.. bodoh giler... ooppppssss.. saya x marah kat awak... marah yg kat pwtc tu.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 02:45 PM | Show all posts
Amaran Hujan Lebat
(Peringkat Jingga)

Dikeluarkan pada: 01:26pm pada 04 Disember 2013

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)

Dikemaskini pada : 1:26 petang pada 4 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Kelantan (Daerah Kuala Krai), Pahang (Daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran) dan Terengganu (Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu) dijangka berterusan sehingga Khamis, 5 Disember 2013.

Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN B: NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Dikemaskini pada : 1:26 petang pada 4 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Jerantut), Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Marang), Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Bachok), Kedah (Daerah Sik, Baling dan Padang Terap) dan Perak (Daerah Hulu Perak) dijangka berterusan sehingga Khamis, 5 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN C : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT

Dikeluarkan pada : 1:26 petang pada 4 Disember 2013

Ribut petir dan hujan lebat di negeri Kedah (Daerah Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Yan, Pendang dan Kuala Muda), Johor (Daerah Segamat, Ledang, Muar dan Batu Pahat) dan Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis dan Bera) dijangka berterusan sehingga petang, Rabu 4 Disember 2013.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Perlis dan Johor (Daerah Mersing).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2013 02:45 PM | Show all posts
Ini keadaan di Kemaman


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 02:46 PM | Show all posts
di depan sekolah rendah tengku ampuan intan kuala berang


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 02:47 PM | Show all posts
cupu posted on 4-12-2013 02:43 PM

boroinya... duyong ke dugong ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 02:47 PM | Show all posts
siapa dok kuala krau, temerloh
Banjir tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.142975 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list