CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 26-10-2021 01:02 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 25-10-2021 12:58 PM
Naluri Wanita

Sebenarnya seumur hidup aku cuma mengalami sekali ni je pengalaman yang tak dapat unt ...

Mak aii seramnya lebam cenggitu.

anyway, yeayyy tq TT dah ada cerita baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2021 02:28 PM | Show all posts
Bilik Belakang

Aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah pekan bernama Shrewsbury di Shropshire, England.  Pekan Shrewsbury ni ada reputasi sebagai antara tempat paling berhantu di dunia.  Pekan ni dah wujud lebih daripada 1000 tahun yang lalu, jadi kat pekan ni memang banyak tinggalan dan bangunan bersejarah termasuklah di pusat bandarnya. Sepanjang aku tinggal di sini, hampir semua orang pekan Shrewsbury yang aku kenal ni ada pengalaman paranormal mereka sendiri.  Termasuklah aku, walaupun pengalaman aku takdelah banyak mana, tapi peristiwa yang terjadi pada aku ni memang aku akan ingat sampai mati.  Alkisahnya….


Atuk nenek aku ada sebuah rumah besar di Shrewsbury ni yang suatu ketika dulu pernah menjadi tempat ibu dan adik-beradik ibu yang lain membesar.  Di rumah ni, ada satu bilik tidur yang agak terbelakang sikit, aku panggil bilik belakang jelah ye, bilik ni kalau korang masuk je korang dapat rasakan ada aura yang tidak menyenangkan dalam bilik tu.  Dalam rumah ni, bilik tu jelah satu-satunya bilik yang pintunya sentiasa tertutup.  Kini, anak-anak semua dah besar dan berpindah keluar, bilik belakang tu sekarang dah jadi bilik stor, tapi nenek aku sendiri tak berani nak masuk stor tu sorang diri kecuali kalau ada yang temankan.

Masa aku kecik-kecik dulu, bilik belakang tu jadi bilik untuk aku dan abang aku tidur setiap kali kami melawat atuk nenek.  Pada satu malam tu, semasa aku dan abang aku tengah tidur dalam bilik belakang tu, tiba-tiba aku terasa ada tangan sejuk beku menyentuh pipi aku. Terus terjaga aku.  Bila aku bukak mata je benda pertama aku nampak adalah lampu di siling bilik tu, aku dapat rasakan badan aku macam diangkat seseorang tapi bila aku bukak mata je, pegangan orang itu terlepas dan aku terus terjatuh ke atas tilam aku.  Aku pun apa lagi, menjerit sekuat hati sampai ayah aku terjaga dan berlari masuk ke bilik dapatkan aku. Ayah tanya kenapa aku menjerit tengah malam ni, aku pun ceritalah apa yang terjadi.  Ayah aku seorang yang skeptikal, tapi aku ingat lagi masa tu ayah tanya kenapa bilik aku ni sejuk sangat.  Ayah siap periksa pemanas dalam bilik tu tapi pemanas tu masih terpasang.  Abang pulak cerita, semasa insiden tu dia mimpi ada seorang lelaki tua berdiri tepi dia sambil marah-marah abang aku suruh keluar dari situ.  Ayah aku pujuk kami suruh kami tenangkan diri dan sambung tidur. Abang sampai sekarang taknak ungkit balik dah pasal mimpi tu sebab dia rasa mimpi tu macam bukan mimpi tapi betul-betul terjadi.

Rupa-rupanya, insiden tu tak berakhir di situ sahaja.

Peristiwa yang berlaku pada aku ni disaksikan oleh ayah aku, aku pun tak tau ianya terjadi sampailah ayah sendiri yang cerita kat aku.  Ayah cakap ianya berlaku kira-kira sebulan selepas kejadian di rumah nenek tu.  Malam tu, aku dan keluargaku sedang berada di kediaman kami di Shrewsbury jugak tapi di kawasan lain la.  Aku dan abangku berkongsi bilik tidur dan kami tidur di katil dua tingkat. Aku tidur di tingkat atas.  Ayah aku kat ruang tamu tengah tengok tv masa tu, tiba-tiba dia rasa tak sedap hati, dia rasa macam ada sesuatu buruk sedang berlaku pada kami yang tengah tidur tu.  Naluri ayah aku mendesak suruh ayah pegi tengok kami dalam bilik.  Apa yang ayah aku saksikan tu memang sesuatu yang tak boleh nak dijelaskan dengan logik akal, ayah nampak aku tengah terapung hampir nak cecah siling.  Tapi aku bernasib baik sebab ayah sempat sambut aku, ayah kata apa pun yang tengah pegang aku masa tu terus lepaskan aku bila ayah bukak pintu.  Aku bukan tergolek jatuh katil, sebab kedudukan aku terapung masa tu betul-betul di tengah bilik melepasi pagar penghadang katil aku. Menggigil ayah bila tengok keadaan aku masa tu.  Yang aku ingat, aku berada dalam pangkuan ayah dan kami berdua duduk di lantai bilik aku.  Ayah rahsiakan benda ni bertahun-tahun lamanya dari aku sebab ayah pun tak tau macam mana nak jelaskan ia.

Sejak tu, takde benda pelik berlaku lagi, sehinggalah semasa aku mencecah pertengahan 20-an.  Nenek aku ada urusan di tempat lain dan dia terpaksa bermalam di tempat tu, jadi aku pun sukarelalah nak tengokkan rumah nenek tu untuk semalam tu je.  Selepas aku memberi makan kepada anjing-anjing peliharaan nenek, aku pun terus tidur atas sofa di ruang tamu je.  Tapi, bila aku bangun pagi esoknya, aku terjaga di bilik belakang tu.  Bilik belakang tu kan dah jadi stor, aku terjaga di belakang susunan kotak-kotak simpanan.  Hampir 5 minitlah jugak aku nak kene alih dan susun balik kotak-kotak simpanan tu semata-mata nak keluar dari tempat tu.  Peristiwa ni berlaku 14 tahun yang lalu, tapi sampai sekarang aku tertanya-tanya macam mana aku boleh terbangun kat situ? Sapa yang susah-payah angkat aku masuk dalam bilik belakang tu?  Apapun aku tak dapat nak nafikan itulah peristiwa paling menakutkan dalam hidup aku bila terjaga dalam bilik belakang yang gelap tu. Sejak tu aku tak penah lagi dah tidur kat rumah nenek walaupun untuk semalam je.

Nenek aku enggan bercerita kenapa dia tak berani masuk bilik belakang tu sorang-sorang, samalah dengan atuk aku. Sampai atuk aku meninggal pun kami tak tau apa sejarah di sebalik keangkeran bilik belakang tu, tapi yang pastinya aku taknak dah jejak kaki masuk bilik tu lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2021 03:57 PM | Show all posts
Lif Rosak Atau…..

Aku bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital.  Pada suatu malam tu, aku dan rakan sejawatku telah dikerah untuk mengekang seorang pesakit yang tiba-tiba mengamuk di sebuah unit dalam hospital tu.  Pesakit ni seorang penagih methampehtamines yang berbadan agak besar, penagih dadah ni kalau dah ketagih teruk memang diorang ni boleh bertukar jadi agresif.  Unit tu di tingkat 5 jadi kami pun naiklah ke tingkat tu ikut lif.


Selesai je pergelutan kecil kat unit tu, kitorang pun nak baliklah ke tempat kami di tingkat bawah atau tingkat G. Lif sampai dan kitorang pun masuklah dalam lif tu.   Tapi lif tu berhenti di tingkat 4 dulu. Pintu lif terbuka, tapi kat tingkat tu takde orang tahan lif pun.

Lepas tu, lif tu terus naik laju ke tingkat paling atas, iaitu tingkat 7.  Sekali lagi pintu lif terbuka, tapi macam kat tingkat 4, kat tingkat tu pun takde sapa tunggu lif. Tapi masa kat tingkat 7 tu lif tu jadi pelik. Pintu lif tu terbukak dan tertutup berulang kali.  Masuk kali ketiga pintu lif tu tertutup, lif tu berhenti tak bergerak-gerak kat tingkat 7 tu lama gila.  Aku dan kawan aku dah cuak, eh rosak ke lif ni? Apabila pintu lif tu tiba-tiba terbukak sendiri, kitorang berdua terus melompat keluar dari lif tu.

Aku dan kawan aku pun bersetuju nak turun tingkat bawah guna tangga je.  Kat tingkat bawah tu ada panel kawalan untuk lif ni, kitorang nak matikan lif tu je. Lif tu sekarang pintunya taknak tertutup dah. Kitorang baru nak berpusing menuju ke tangga apabila lif tu tiba-tiba je ‘jatuh’ dengan lajunya dengan keadaan pintu yang masih terbuka tu. Tapi lif tu ada protokol keselamatan, kalau ia dikesan tiba-tiba bergerak laju macam tu, ada brek yang akan mengekang lif tu.  Lif tu terberhenti dengan mengejut sebelum sampai ke tingkat 2.  Aku dan kawan aku nampak sendiri macam mana lif tu macam melantun sikit sebab brek kecemasan tu.

Lif tu melantun-lantun untuk beberapa kali. Ianya tersekat di antara tingkat 3 dan tingkat 2.  Aku dan kawan aku saling berpandangan.  Muka kami sama-sama pucat.  Dalam hati aku bersyukur nasib baiklah kitorang sempat keluar dari lif tu kalau tak naya pak karim.

Tiba-tiba, lif tu bergerak semula.  Tapi lif tu berhenti di tingkat 3, dan macam tadi, ada bunyi ting tanda ada orang tekan butang lif tapi kitorang tak nampak pun ada orang masuk.  Aku dan kawan aku pun lari tak cukup tanah ikut tangga.

Ada satu kali tu, aku dan kawan aku ni ditugaskan untuk membawa seorang pesakit mental ni ke wad psikiatri.  Pesakit ni dipindahkan dari hospital lain ke hospital aku ni. Masa dalam perjalanan tu, pesakit tu tenang je, macam orang normal.  Sebab percaya sangat kat pesakit tu, kitorang bukak gari tangan dia sebab dia cakap dia klaustrofobia.  Tapi masuk je dalam lif tu, udah pesakit tu tiba-tiba je mengamuk.  Bergelutlah kitorang dengan pesakit tu, sampai bengkak mata aku kena siku.  Masa tulah jugak lif tu buat hal, tiba-tiba lif tu boleh tersekat di tengah jalan.  Kitorang berjaya jugak mengekang pesakit tu, tapi kami terpaksa berkurung dengan pesakit mental tu dalam lif tu selama setengah jam.  

Aku pun tak pasti samada lif tu memang betul-betul rosak ke atau ada gangguan ke, tapi sejak tu aku selalu nasihatkan orang lain kalau nak naik lif yang tu, jangan naik sorang-sorang…..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 30-10-2021 03:57 PM
Lif Rosak Atau…..
Aku bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital.  Pada suatu malam tu ...

Wah..ada sambungan
Terima kasih tt
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2021 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 30-10-2021 03:57 PM
Lif Rosak Atau…..
Aku bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital.  Pada suatu malam tu ...

tqtqtq, ternanti-nanti cerita baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2021 05:44 PM | Show all posts
Pantai Makapu, Hawaii

Aku pernah tinggal di Pulau Hawaii selama 9 bulan dan sepanjang aku berada di sana, orang tempatan ramai yang berkongsi cerita kepada aku tentang keangkeran pulau yang cantik tu.  Antaranya cerita Night Marchers, pahlawan-pahlawan orang Hawaii dulu-dulu yang berkawad malam-malam dan hantu Pali.  Aku sendiri pun tak terlepas dari terkena gangguan di pulau tu.

Pada tahun 2004, aku berkenalan dengan seorang gadis tempatan.  Pada satu malam tu, aku memberanikan diri nak ajak dia dating. Dia bersetuju dan kami pun pergi makan malam di sebuah restoran, minum wain sikit, dan pada pukul 11 malam, aku dan dia teruskan date kami dengan berkunjung ke sebuah pantai yang dinamakan Makapu. Pantai ni dekat je dengan Honolulu.  Pantai Makapu sangat gelap masa tu, yelah dah nak masuk tengah malam kan? Kami nampaklah 2-3 orang lain tapi selepas itu, tinggal kami berdua je kat pantai tu.  Kami berbaring di tepi pantai, berbual mesra berkongsi kisah hidup masing-masing sambil mendengar alunan ombak menghempas pantai.  Sedar tak sedar, berjam-jam jugak kitorang melepak kat tepi pantai tu.

Masuk pukul 2 pagi, masa nilah ada benda pelik terjadi pada kami.  Kami berdua dapat merasakan yang tangan kami seperti dicuit-cuit oleh sesuatu yang kecil.  Pada mulanya kami beranggapan itu agaknya ketam kecil je. Malam tu bulan mengambang penuh, jadi dalam kesamaran tu kami cuba nak halau ketam-ketam tu, tapi aik? Pasir tempat kami berbaring tu bersih je takde ketam kecil pun.  Kemudian, kami terdengar bunyi yang agak pelik.  Bunyi bayi menangis.  Mana pulak datangnya bayi ni?  Seingat aku, rumah paling dekat pun 5 batu jauhnya.  Suara bayi menangis tu berterusan, bukan aku sorang je dengar, teman wanita aku tu pun dengar jugak.  Untuk sedapkan hati, sebab tak logik langsung ada orang bawak bayi ke pantai awal pagi macam ni, kami beranggapan tu agaknya bunyi kucing kot.  Tapi bila kami toleh ke arah datangnya suara tu, takde pulak nampak kucing.  Pada masa yang sama, aku dan dia dah rasa geli sebab sekarang ni kami rasa satu badan kami pulak macam dicuit-cuit.  Akhirnya kami rasa tak selesa dan kami pun beredar jelah dari pantai tu.  Dalam fikiran aku, aku yakin tu cuma bunyi kucing dan yang cuit aku tu ketam kecil je.

2 bulan kemudian, aku potong rambut di sebuah kedai gunting ni, tukang gunting yang menggayakan rambut aku tu orang tempatan.  Kitorang pun sembang-sembangla pasal keangkeran Hawaii ni.  Dia bukak cerita pasal Pantai Makapu.  Aku pun tanyalah apa yang seram sangat pasal pantai tu?  Dia cakap, zaman dulu-dulu, orang Hawaii tak nak bayi yang tak sempurna atau cacat, jadi mereka akan bunuh bayi-bayi yang tak berdosa tu kat pantai tu lah.  Orang cakap, kalau duduk situ lama-lama boleh dengar suara tangisan bayi.  Dia sendiri pun pernah dengar bunyi tangisan tu.  Apa lagi, merinding bulu roma aku bila dengar cerita tukang gunting tu.  Aku pun ceritalah apa yang aku alami di pantai tu.

Kalau bukan pasal tukang gunting tu cerita, memang aku tak tau langsung pasal sejarah hitam Pulau Makapu tu.  Sampai sekarang bila teringat balik, seram sejuk pulak rasanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2021 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks TT yang konsisten update cerita best- best ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
OK.. Nanti sambung LG yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2021 02:59 PM | Show all posts
Malam Berkabus

Pengalaman paling misteri yang pernah terjadi pada aku berlaku semasa aku dalam perjalanan balik ke kolej aku untuk semester terakhir sebelum hari konvokesyen.  Aku mula bergerak agak lewat pada hari itu tapi aku jangkakan aku akan sampai ke kolej dalam waktu tengah malam.  Memikirkan yang ini semester terakhir aku, dan kemungkinan lepas ni aku dah tak ada alasan dah nak pergi ke kolej aku di Virginia tu, aku jadi agak sentimental sikit.  Matahari dah nak tenggelam masa aku tengah memandu menuju ke lebuhraya, di sebelah aku adalah padang yang mengelilingi jalan persekutuan, aku nampak kat padang tu diselimuti kabus separas buku lali aku, aku nampak macam lawa dan tenang je, jadi aku pun berubah fikiran, aku nak balik kolej ikut jalan persekutuan jelah.  Boleh tengok pemandangan kat situ, lagipun lepas ni aku dah tak lalu dah sini bila aku dah konvo nanti, jadi apa salahnya kan?  Jalan persekutuan tu dikenali sebagai West Virginia Line dan memang terkenal dengan pemandangan yang cantik sebab melintasi beberapa taman negara dan Laluan Appalachian.  

Sebelum nak memulakan perjalanan yang jauh tu, aku singgah sekejap di sebuah kedai makan, isi perut dulu dan isi minyak tangki penuh.  Hari dah masuk malam bila aku hidupkan enjin kereta nak masuk ke WV Line tu.  Inilah kali terakhir aku berinteraksi dengan manusia sepanjang malam tu.  Di luar jangkaan aku, kabus tebal mula menyelimuti Appalachia pada malam tu menyebabkan aku terpaksa memandu perlahan.  Ada masanya di beberapa tempat di kawasan pergunungan tu, kabusnya terlalu tebal sampai aku cuma boleh nampak 10 ke 15 kaki di hadapan aku je.  Tapi aku adalah jugak melintasi beberapa pekan kecil di sepanjang jalan tu.  Malam tu Jumaat malam, selalunya malam ni mesti meriah dengan orang berjimba-jimba sebab esok cuti, tapi aku tengok, pukul 9 ke 10 malam bar kat pekan-pekan tu tutup awal pulak.  Kawasan perumahan yang aku lalu pun takde yang pasang lampu.  Aku rasa agak tak sedap hati pulak, tapi aku beranggapan ala mungkin orang luar bandar ni jenis tidur awal kot.  Apapun, aku teruskan jugak pemanduan dalam keadaan kabus tebal tu, tapi aku terpaksa memandu perlahan di bawah had laju sebab kabus tebal sangat, takut tak nampak kot-kot la depan tu ada rusa tengah melepak kat jalan ke.  Aku memandu tak melebihi 25 batu sejam, adakalanya aku terpaksa perlahan lagi sebab tak nampak garisan jalan.  Sedar tak sedar,dah pukul 1 ke 2 pagi masa aku nak masuk ke satu taman negara yang besar ni, masa tulah jugak aku perasan yang telefon bimbit aku dah takde talian.

Keadaan jalan malam tu agak lengang, sepanjang perjalanan aku tadi adalah berpapasan dengan 2-3 bijik kereta, dah awal pagi macam ni lagilah tak jumpa batang hidung manusia langsung. Aku dah rasa nak terkencing, jadi aku pun berhentilah kejap di tepi jalan ni.  Entah kenapa aku rasa macam tak perlulah nak tutup enjin kereta, nak kencing sekejap je pun.  Aku dah berdiri kat tepi jalan, nak bukak tali pinggang apabila tiba-tiba aku terdengar suara orang, macam ramai je dalam 40 ke 50 ela dalam hutan di hadapan aku tu.  Disusuli dengan bunyi daun dan ranting kayu kering patah dipijak orang.  Menggelabah la aku, sapa pulak tu? Dahla aku sekarang ni kat tengah-tengah jalan tepi taman negara, takde orang, gelap gelita lampu jalan pun takde.  Aku pun cepat-cepat masuk balik kereta, terus tekan minyak meninggalkan tempat tu. Lama jugak debaran hati aku nak berhenti, tapi aku tetap bersyukur nasib baiklah aku terfikir nak biarkan enjin hidup je tadi.

Agak jauh sikit di hadapan, kereta aku mula menaiki jalan berbukit yang agak curam, aku terjumpa satu menara peninjau api kat tepi jalan. Tak ingat pulak aku apa nama menara tu, tapi yang aku ingat, kat situ ada satu plak informasi pasal menara tu, menara tu didirikan semasa Perang Dunia Ke-2.  Aku pun berhentilah kejap kat situ, sambung kencing tadi.  Tengah sedap mengosongkan tangki tu, tiba-tiba telefon bimbitku berdering.  Rupa-rupanya aku dapat banyak sangat mesej teks dari mak aku.  Semua mesej tu tanya aku kat mana, aku okay ke? Dari isi teks tu mak macam risau sangat dengan keberadaan aku masa tu.  Sebab masa tu pun dah lewat sangat, aku macam malas nak balas balik mesej mak, tapi sebab tengok mak macam risau sangat, ni mak mesti belum tidur ni.  Aku pun tipu mak aku cakap aku dah selamat sampai ke kolej dah. Mesej selamat dibaca je, mak terus telefon aku. Nak reject call memang tak boleh la aku baru je mesej mak, aku pun angkat jelah.  Aku cakap kat mak, aku dah sampai kat rumah ni. “Rumah kau kat Virginia ke?”. Aku pun tipu sunat, ye mak, walaupun sebenarnya masa tu aku di atas gunung mana ntah di West Virginia.

Nada suara mak macam cemas bercampur bimbang. Mak cakap dia cuba nak hubungi aku berkali-kali tapi tak dapat.  Aku pun tanyalah kenapa? Mak cakap, dia dapat panggilan telefon yang sangat pelik dan panggilan tu dari West Virginia (tempat aku berada sekarang ni).  Bila mak aku angkat panggilan dari nombor tu, yang telefon mak aku tu seorang lelaki muda bersuara kasar dengan loghat pedalaman, lelaki tu nak cakap ngan aku, siap sebut nama aku lagi tu, tapi bila mak aku cakap aku takde, lelaki tu sumpah seranah mak aku.  Mak aku dengar di belakang lelaki tu suara orang menjerit dan bergelak ketawa. Terus mak aku letak telefon.  Pastu mak aku cuba nak telefon aku pulak, tapi masuk ke peti simpanan suara je.  Mak Google nombor tu sebab tu mak aku tau tu nombor dari West Virginia, mak aku dah risau sebab memang sepatutnya aku akan masuk sikit kawasan West Virginia kalau aku ikut lebuhraya tadi.

Mak aku telefon balik nombor tu bila tak dapat nak hubungi aku, kali ni yang menjawabnya adalah seorang budak kecil, tapi budak tu pegi carut mak aku pulak.  Lelaki yang telefon mak aku tadi ada di belakang budak tu, dia jerit kat mak aku suruh panggil jugak aku sebab dia nak cakap dengan aku.  Masa ni aku dah pelik, mana pulak diorang tau nama aku, sebab kereta yang aku bawak ni kereta ayah aku, kalau semak nombor plat kereta ni pun nanti yang keluar nama ayah aku jugak, bukan nama aku. Lagipun sepanjang perjalanan ni aku tak kasi nama aku kat sapa-sapa pun, masa kat kedai makan pun aku bayar pakai wang tunai.  Kad kredit dan kad pengenalan pun masih ada dalam dompet aku.  

Mak memang dah risau gila, takut aku terserempak dengan samseng ke.  Tapi aku cuba yakinkan mak yang aku pun tak tau sapa lelaki yang nak cakap dengan aku tu, mungkin ini semua cuma kebetulan je.  Lama jugak aku nak pujuk mak tu, tapi akhirnya mak kembali tenang itu pun mak macam berat hati nak letak telefon.  

Aku pun teruskan perjalanan, dan bila jam menginjak 3 pagi, akhirnya aku sampai jugak ke bandar tempat kolej aku tu.  Lega hati aku tengok ada budak-budak sebaya aku tengah jalan kaki baru balik dari parti, ada yang naik kereta.  Aku pun teruskan perjalanan sampai ke destinasi aku.  Sejak tu, keadaan kembali normal, tiada lagi panggilan telefon pelik tu.  Tapi sampai sekarang aku tak berani nak mengaku kat mak yang aku tipu dia malam tu.  Aku tak pernah pun cerita kat mak yang malam tu aku melencong ikut jalan lain, dan juga suara dalam hutan tu.  Biarlah kisah ni jadi rahsia aku selamanya…

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2021 05:41 PM | Show all posts
Mangsa Tuju-tuju

Aku pernah menjadi mangsa Bear Walker. Bear Walker ni siapa?  Dalam budaya First Nations, bear walker ni adalah seseorang yang menggunakan ritual perubatan tradisional kami untuk tujuan jahat.  Dari menyembuhkan, Bear Walker ni boleh buat seseorang tu sakit tenat.  Cuma bomoh je yang boleh mengubati orang yang kene tuju dengan Bear Walker ni.  Tapi, kalau orang tu dah sakit, nanti tuju-tuju tu akan patah balik pada Bear Walker ni dan giliran Bear Walker ni pulak yang akan menderita.

Aku baru berusia 20 tahun dan aku sihat tubuh badan. Pada satu malam, aku bermimpi aku berada di sebuah padang memetik bunga-bunga liar.  Tiba-tiba, dari dua arah bertentangan muncullah 2 buah puting beliung menghampiri aku.  Aku terbangun dengan badanku terasa hangat dan berpeluh-peluh.  Sejak itu bermulalah 2 bulan penderitaan aku. Aku jatuh sakit dan aku ada berjumpa doktor, tapi doktor cakap aku cuba terkena jangkitan UTI. Doktor cuma bekalkan aku dengan antibiotik dan untuk beberapa hari, sakit tu hilang sekejap. Tapi lepas tu sakit tu muncul semula dan semakin teruk. Dalam 2 bulan tu aku kehilangan berat badan sehingga 40 paun.  Sakit aku bertambah teruk sampai aku dah tak mampu nak berjalan, nak makan pun takde selera. Asyik ulang-alik jumpa doktor, makan ubat, sakit hilang sekejap tapi tak sembuh-sembuh pun. Akhirnya, mak aku dah rasa susah hati dengan keadaan aku. Mak dan kakak bawak aku pergi ke hospital pulak.  Sebelum ni semasa aku jumpa doktor tu memang aku ada menjalani imbasan ultrabunyi, tapi tak jumpa apa-apa bendasing dalam badan aku. Kali ni, aku buat imbasan lagi dan doktor kesan ada ketumbuhan yang sangat besar pada ovari aku.

Beberapa hari kemudian, aku menjalani pembedahan nak keluarkan ketumbuhan tu. Usai pembedahan, doktor datang jumpa aku. Dia cakap dia tak pernah jumpa ketumbuhan macam ni.  Ketumbuhan yang dikeluarkan dari ovari aku tu berwarna kuning dan keras seakan-akan konkrit dan ianya bercambah mengelilingi ovari aku.  Keadaan aku bertambah baik, tapi mak aku tak yakin dengan perubatan moden ni jadi dia pun aturkan satu pertemuan dengan seorang bomoh ni.

Aku pergi dengan mak jumpa bomoh tu, kami berikan dia tembakau dan dia pun menyanyikan sebuah lagu sebagai salah satu upacara mengubat dia.  Lepas tu, dia cakap dalam tilikan dia dia ternampak seorang wanita yang merenung aku di acara pow wow.  Sebenarnya, wanita tu macam tertarik dengan aku sebab mak aku.  Apa kaitannya nanti aku cerita.  Wanita tu ada buang tangkal ke arah aku dan aku terpijak tangkal tu dengan kaki kanan aku.  Bomoh tu suruh aku berterus-terang, ada tak aku rasa sakit di mana-mana bahagian badan aku? Aku cakap ye, kat belah kaki kanan.  Bomoh tu keluarkan satu tulang, tulang apa aku pun tak tau. Kemudian dia gunakan tulang tu untuk menyedut kaki kanan aku.  Pastu, dia muntahkan sesuatu yang berwarna kuning.  Bomoh tu kasi aku sedikit ubat dan pesan mak aku untuk buat sedikit ritual untuk aku di rumah.  Malam tu aku balik rumah, dan itulah pertama kali aku dapat tidur nenyak, sampai 13 jam aku tidur.  Esoknya aku sembuh dan aku dah tak pernah sakit lagi dah….

Ok kenapa aku yang jadi mangsa ye?  Datuk aku dulu pernah bertunang dengan nenek kepada wanita yang sihirkan aku tu. Tapi semasa diorang bertunang tu, datuk aku udah berkenan dengan nenek aku dan mereka pun berkahwin.  Dendam ni berlarutan sampai anak cucu.  Mak aku cakap bila bomoh tu kasi gambaran wanita tu, dia dah boleh agak sapa.  Tak lama lepas tu, wanita tu datang ke majlis pengebumian pakcik aku.  Wanita tu nampak terkejut bila dia nampak aku dah sihat walafiat. Mak aku pulak dengan selambanya halau wanita tu pergi dan jangan ganggu keluarga kami lagi.  Akhirnya, wanita itu meninggal dunia dulu, kira-kira 10 tahun yang lalu. Syukurlah sampai sekarang aku dan keluargaku baik-baik sahaja…

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 30-10-2021 02:28 PM
Bilik Belakang
Aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah pekan bernama Shrewsbury di Shropshire, Engla ...

kwn i prnh alami...rmh dia dkt kwsn gunung ke**ang kedah...dia rsa tgn bsr angkat dr sofa
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya khatam



Nanti I bagi tacangsss yer
Tazzabarrrr tunggu TT update lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2021 09:13 AM | Show all posts

tq tq momod yang baikhati terima kasih for the tacangs nnt i update lg ye thread i ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2021 12:17 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 8-11-2021 12:20 PM

Sungai Belakang Rumah Bahagian 1

Cerita aku ni agak panjang sikit, tapi ni memang kisah benar yang terjadi pada aku, abang aku dan kawann-kawan kami, bukannye cerita yang kitorang dapat dari kawan baik kepada pakcik kepada kakak aku ye.  Memang 100% benar-benar terjadi, bukan rekaan, apa yang aku nak ceritakan ni semua memang betul-betul fakta, tapi kalau korang taknak percaya tu terpulanglah.

Aku membesar di sebuah pekan kecil di kawasan pergunungan di Utah yang agak jauh dari kemodenan.  Kat belakang rumah aku ni, kalau korang berjalan dalam 200 ela kawasan tanah lapang korang akan jumpa sebatang sungai dan sedikit kawasan hutan. Kitorang panggil tempat macam ni River Bottoms, sebab dah belakang tu sungai kan



Musim panas tahun 2004, masa ni aku baru nak masuk umur 16 tahun, rumah aku ni selalu dijadikan tempat budak-budak remaja berkumpul. Tapi kami tak buat parti liar ye, cuma lepak-lepak tepi unggun api kat belakang rumah sambil petik-petik gitar dan melalak-lalak je.  Pada satu malam tu,  kami tak melalak sebaliknya kami berkongsi-kongsi cerita hantu.  Pada mulanya, kitorang cuma kongsi cerita seram yang direka-reka je, sampailah ada sorang kawan aku ni cerita pasal belakang rumah dia.  Kawan aku ni jiran aku jugak sebenarnya tapi dia duduk sebatu dari rumah aku, dan kami berkongsi sungai yang ada di belakang rumah kami.  

Dia ada 2 kisah yang diceritakan pada kami malam itu.  Kisah pertama terjadi semasa dia berumur 10 ke 11 tahun camtulah.  Dia terjaga dari tidur tengah malam, haus nak minum air jadi dia pun turunlah ke dapur.  Sinki dapur dia ni menghadap sungai tu.  Masa dia angkat gelas nak minum tu, dia terpandang cermin tingkap dan di sebelah luar tu wajah seorang lelaki tengah tengok dia.  Terperanjatlah kawan aku ni sampai terlepas gelas kaca tu ke lantai, pecah berderai. Bunyi kaca pecah tu mengejutkan mak dia.  Mak dia pun pergilah dapatkan dia di dapur, kawan aku pun cakaplah ada orang kat luar.  Diorang berdua sama-sama pasang lampu luar rumah, pastu pegi tengok kat luar tu.  Kebetulan masa tu tengah bersalji, tapi yang peliknya tak nampak pun kesan tapak kaki orang kat belakang dapur tu.  Mak dia cakap mungkin dia tertengok refleksi muka dia sendiri kat cermin tingkap tu kot, tapi kawan aku cakap mustahillah dia tak cam muka sendiri.  Kisah kedua terjadi beberapa minggu kemudian.  Hari dah gelap tapi dia masih di belakang rumah main salji bersama anjing dia.  Tiba-tiba anjing dia mula menggonggong penuh amarah tapi anjing tu tengah mengadap sungai belakang tu.  Dia pun tercari-cari jugak kat sungai belakang tu tapi tak nampak apa, dia dah mula rasa tak sedap hati jadi pun perlahan-lahan berundur nak masuk rumah.  Tiba-tiba dia terdengar anjing dia menyalak pendek dan anjing tu berlari ke arah dia. Dia pandang belakang tak nampak apa-apa, tapi anjing tu macam tak sabar-sabar nak masuk rumah, dan diorang berdua pun cepat-cepat bukak pintu dan menyorok dalam rumah.  Sejak tu, dia ada sedikit perasaan takut dengan sungai belakang tu dan tak berani nak pergi ke situ sorang diri lagi.

Perbualan kosong kami beramai-ramai tepi unggun api tu, dari santai-santai gelak-gelak bertukar menjadi serius selepas mendengar cerita kawan aku tu.  Bincang punya bincang, masa tu kami ramai, dalam 20 orang termasuk aku, tapi ada 5 anak muda konon-konon gagah berani ni ambil keputusan malam tu diorang nak teroka kawasan sungai belakang tu. Kebetulan malam tu bulan mengambang, jadi takdelah gelap sangat malam tu.  Kami yang selebihnya ni sambung lepak tepi unggun api, tapi kali ni kami berhenti cerita hantu, kami keluarkan gitar sambil petik lagu.  Tapi tak sampai 10 minit pun, 5 anak muda tadi berlari tak cukup tanah balik ke port lepak tu.  Hairan jugak kami kenapa sekejap sangat balik? Maksudnya diorang berlima tu tak sempat sampai ke sungai belakang tu pun.  

Diorang cerita yang diorang ternampak sesuatu kat kawasan tanah lapang tu semasa diorang tengah berjalan menuju ke sungai belakang tu.  Bagi kitorang pulak, mungkin diorang ternampak binatang, sebab tanah lapang tu kawasan lembu ragut rumput, kadang-kadang coyote dan rusa pun pernah tersesat kat situ.  Kami pun perlekehkan diorang. Amendelah nak takut sangat. Nak pulak dalam kumpulan tu ada sorang ni kawan abang aku, dia ni besar dan tinggi, 6 kaki 5 inci dengan berat 240 paun, tapi dia punya takut tu dia tak berani langsung dah nak toleh-toleh ke sungai belakang tu.  Dia senyap tak berkutik, muka pucat je, orang tanya pun dia macam berat mulut nak cakap.  Bila tengok kawan abang aku yang memang badan kekar tu pun takut sampai macam tu sekali, kali ni, orang lain pulak yang nak pergi. Kumpulan kedua kali ni ramai sikit, dalam 10 orang, termasuklah aku....

Bersambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2021 04:06 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 9-11-2021 09:12 AM

Sungai Belakang Rumah Bahagian 2

Tapi kami pergi ni bukan dengan tangan kosong. Kami yang 10 orang ni membawa sekali 2 lampu suluh, kayu besbol, kayu hoki yang kami ambil dari rumah aku sebagai langkah keselamatan kami.  Kami pun berjalanlah merentasi tanah lapang tu menuju ke sungai belakang tu.  Di pertengahan jalan, aku dah rasa tak sedap hati.  Perasaan tu lebih daripada takut, rasanya macam ada sesuatu tak kena akan berlaku.  2 tahun sebelum tu, aku pernah diacukan pistol ke kepala aku, macam tulah perasaannya masa aku tengah berjalan ramai-ramai tu.

Kami semua terdengar bunyi siulan yang sayup-sayup je, bunyi yang korang akan dengar kalau dikelilingi pokok semasa angin kencang, tapi kawasan tu mana ada pokok pun.  Kemudian, kami terdengar bunyi siulan tu dari arah lain.  Tak lama tu, siulan tu kedengaran betul-betul di belakang kami. Kami mula menggelabah sebab jarak masa antara siulan tu sangat rapat tapi lokasi munculnya siulan tu jauh jugak.  Kami terdengar lagi bunyi siulan tu tapi kali ni di sebelah kiri, dua orang yang bawak lampu suluh tu bingkas menyuluh ke arah tu.  Kami semua, sepuluh-sepuluh orang tu dengan mata kepala sendiri ternampak lembaga hitam berketinggian 3 ke 4 kaki bermata merah di arah itu.  Tapi dalam beberapa saat je, lembaga itu memecut lari dalam kelajuan yang sangat luar biasa.  Kami semua jadi hilang akal dan serentak kami pun berlari tak cukup tanah balik ke rumah aku.

Malam tu kami tamatkan sesi melepak kami tu lebih awal daripada biasa. Kayu api pun masih marak terbakar lagi, jadi nak padamkan ia kami guna cara kami. Budak-budak lelaki kencing beramai-ramai atas api tu sampailah api padam.  Lepas dah pastikan api dah takde lagi, kami pun baliklah ke rumah masing-masing.  Termasuklah aku dan abang aku. Tapi yang peliknya, sejam selepas tu aku dan abang ternampak unggun kembali berapi. Kami berdua pun pergilah padamkan api tu pakai paip air.  Yang peliknya, semasa kami tinggalkan tempat tu memang ada baki kayu-kayu api yang belum diguna, tapi kayu api tu dah habis terbakar takde sisa lagi.

Hari esoknya, hari Ahad, kami sedang menikmati makan malam bersama keluarga aku. Ayah aku memang anak jati tempat ni, pada tahun 1950an dia membesar di rumah lain tapi di kawasan situ jelah.  Ayah tanya, best ke parti malam tadi? "Best je ayah. Tapi rasanya kitorang dah tak nak lepak situ lagi dah", jawab abangku dengan nada sugul. Tak sangka pulak ayah tergelak kecil dengan jawapan abang aku tu. "Korang ni mesti terserempak dengan jembalang (boogeyman) tu kan?".  Terkejut aku dan abang mendengarnya.  Giliran ayah aku pulak berkongsi ceritanya dengan kami. "Dulu masa ayah kecik-kecik, ayah pun dah tak ingat umur berapa masa tu, 8 ke 9 tahun.  Masa tu ayah tengah sakit sebab demam panas. Malam tu ayah terpandang pintu depan yang tengah ternganga luas.  Ayah nampak ada lembaga hitam kat tepi kotak surat kita tu.  Lembaga tu pendek je, kepalanya separas bawah kotak surat tu, tapi matanya merah menyala".



Aku dan abang aku saling berpandangan sebab cara ayah menggambarkan jembalang tu memang sebijik macam yang kitorang nampak tu. Maksudnya jembalang tu dah memang wujud kat sini dari dulu lagi...

Bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shuji_Okishima at 9-11-2021 12:08 AM

Keep up the good work!!!
I'll always follow u.. ❤️
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2021 10:20 AM | Show all posts
by the way, baru-baru ni tertengok promo movie tajuk Antlers. rupanya movie tu pasal wendigo. teringat plak TT penah citer pasal wendigo dlm thread ni. tp i tak sempat nak tengoklah sebab macam seram je. review pun agak mixed tp dengar citer ramai orang Red Indians marah sebab macam menceduk budaya diorg. sape yg dh tgk tu bleh la roger kat sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2021 10:56 AM | Show all posts
ok sambung balik sorry uols bz skit semalam

Sungai Belakang Rumah Bahagian 3

Beberapa minggu kemudian, aku, abang dan kawan-kawan kami yang lain mula melepak semula di port belakang rumah aku tu. Anak muda macam kami ni kan mudah lupa.  Tapi kali ni port lepak tu makin dekat dengan rumah tapi kami masih boleh nampak la kawasan sungai tu.  Tengah syok bersembang bergossip tu, ada antara kami yang terperasan nampak macam ada cahaya di kawasan dataran sungai tu.  Kami pun naiklah kereta masing-masing menuju ke dataran tu. Rupa-rupanya memang ada kebakaran di kawasan dataran sungai tu.  Dataran sungai tu landai je ada rumput-rumput, kebakaran tu pun masih kecil lagi tapi masih berisiko untuk merebak ke tempat lain. Jadi kami pun telefon 911 sebab kawasan tu tanah kerajaan. Sementara menanti kedatangan bomba kami pun cubalah nak kawal api tu dari lagi marak.  Aku dan kawan-kawan lain cuba memadamkan api-api kecil tu dengan memijak-mijaknya, tapi api tu merata-rata pulak, bukannya dari satu tempat je, api tu macam membentuk jalaran yang bertebaran di dataran sungai tu.  Aku agak-agak adalah dalam radius 100 kaki macam tu.  Belum sempat bomba sampai api tu dah berjaya dipadamkan oleh kami.  Ada seorang kawan aku ni, bila rumput-rumput tu dah jadi abu, dia berjalan mengikut kesan abu yang menjalar-jalar tu, pastu dia macam termenung sekejap macam dapat tangkap sesuatu. Kebetulan kat tempat tu ada satu pokok ni, kawan aku panjat pokok tu dan meninjau-ninjau kawasan kebakaran tu dari atas pokok.  "Eh korang", kawan aku tu memanggil kitorang, "bentuk api tu macam bintang pentagram la".  Kawan aku lagi sorang pulak cakap, die kire dari rumah aku sampai ke situ naik kereta adalah dalam 20 ke 30 minit, tapi kenapa api tu macam tu je tak naik tinggi pun, dan macam mana pulak api tu ngam-ngam ikut bentuk pentagram tu? Entahla labu...



Tapi misteri tu terjawab jugak akhirnya.  Bomba yang datang buat siasatan kebakaran tu cerita kat kami yang 2 tahun lepas pernah ada beberapa orang ditangkap sebab buat upacara puja setan kat kawasan sungai tu.  Tapi kumpulan ni dipercayai masih lagi buat upacara tu dan tiap-tiap tahun paling kurang pun akan ada 1 kes bakar tanah kerajaan bentuk pentagram, polis siap jumpa haiwan yang disembelih di tengah-tengah pentagram tu.  Tiba-tiba aku rasa seram sejuk sebab malam tu kitorang tak jumpa orang atau binatang pun, mungkinkah masa kitorang datang tu kumpulan pemuja syaitan tu tengah menyorok perhatikan kami? Nasib baiklah kami tidak diperapa-apakan...

Kes tu menjadi buah mulut orang kampung. Sampai dah masuk tahun depannya pun orang kampung masih bersembang pasal kes tu semasa mengeteh.  Abang aku ada ambil subjek mitologi di sekolah, untuk projek akhir bagi subjek ni, abang aku dikehendaki untuk mencipta satu mitos sendiri.  Cikgu abang aku yang kebetulan tau pasal kes kami jumpa bekas tapak pemujaan setan tu cadangkan pada abang aku untuk guna je kes tu untuk projek dia, tapi ubahla sikit-sikit sesuai dengan kehendak subjek tu.  

Abang aku cipta satu mitos yang diinspirasikan dari Greek. Abang aku cipta satu makhluk ni, dia namakan makhluk tu Neiphus Gowfin atau nama singkatannya, Gow.  Gow ni manusia biasa yang telah disumpah oleh Zeus sebab Gow berskandal dengan Hera.  Gow disumpah menjadi jembalang sungai untuk selama-lamanya.  Tapi abang aku tak puas hati nak hantar tugasan bertulis je, jadi abang aku bercadang dia nak buat filem pendek pasal Gow ni.

Tapi abang aku taknak buat sorang-sorang, jadi dia ajaklah aku dan kawan-kawan lain. Pada satu malam tu, kami ni adalah seramai 15 ke 20 orang camtu, kembali melepak di port pertama kami mula-mula nampak lembaga pendek hitam bermata merah tu.  Bukak unggun api, petik gitar, pastu abang aku bukak topik pasal hantu.  Abang aku pun selitlah pasal makhluk rekaan dia, Gow tadi.  Selepas 2-3jam duduk kat tepi unggun api tu, mood seram pun dah sampai, kitorang pun beramai-ramailah menuju ke sungai belakang tu untuk memulakan penggambaran.  Kami bawak sekali kamera video yang boleh merakam di tempat gelap, bawak lampu besar, kali ni boleh dikatakan semua orang bawak lampu suluh masing-masing. Ada jugak yang bawak senapang BB sebagai keselamatan.

Dalam separuh perjalanan nak sampai ke dasar sungai tu, sekali lagi aku dilanda perasaan ketakutan yang teramat sangat tu. Sampai langkahku terberhenti sendiri. Aku merasakan macam ada sesuatu tengah bersedia nak terkam kami.  Tak lama lepas tu, kami terdengar satu bunyi asing. Bukan bunyi siulan macam tahun lepas tu, tapi bunyi macam orang berlari sangat laju memijak rumput-rumput kering kat situ.  Bunyi tu memang muncul tiba-tiba dan kami tak sempat nak pasang lampu besar dan kamera tu, tapi abang aku selaku ketua projek putuskan kami kena jugak sampai ke tepi sungai tu.  

Masa kami dah menghampiri kira-kira 20 kaki dari sungai tu, kat situ ada satu tebing yang memisahkan padang rumput tadi dengan sungai ni.  Kami kene daki sikit tebing tu baru nampak sungai. Orang yang berjalan paling depan sekali tu berhenti, dan dia mintak kami pasang lampu spotlight yang besar tu.  Dia suruh suluh kat satu pokok yang tumbuh di tebing tu. Jadi orang tu pun suluhlah. Sekali tu, tudia....lembaga hitam bermata merah tu tengah berdiri di bawah pokok tu.  Tapi kali ni jembalang sungai tu tak lari, sebaliknya ia berdiri tegak di situ dengan mata merahnya merenung kami.  Jembalang tu pendek 4 kaki je, aku boleh gambarkan ia macam budak lelaki berpakaian hoodies serba hitam, tapi lagi hitam dari kegelapan malam.

Mungkin sebab faktor kami ramai, jadi yang pegang kamera pun cepat-cepatlah bukak suis kamera nak rakam jembalang tu.  Masing-masing dah berjerik-pekik antara satu sama lain. "Wei kau nampak tak tu? Nampak tak??!!" "Aku nampak wei, aku nampak!!".  Yang jurukamera pulak terjerit-jerit, "Kenapa tak boleh nak fokus kamera ni?".  Dalam kekalutan itu, jembalang sungai tu berundur dalam 2 tapak ke belakang pokok tu dah terus ghaib begitu sahaja.

Bila jembalang tu ghaib je, kami semua dah mula kepanikan sebab tak tau jembalang tu nak muncul kat mana pulak dah. Kami pun terus bertempiaran lari dengan tak sempat nak tutup lampu spotlight dan lampu suluh masing-masing berlari balik ke rumah aku.  Tapi jurukamera kami tu masih gigih lagi menghalakan kamera dia ke arah pokok tu, sampai tak sedar yang dia orang paling akhir di belakang kami.  Nasib baiklah jugak lampu belakang rumah aku masih terpasang, tapi belakang rumah aku dipagari kawat berduri.  Kami jerit-jerit suruh jurukamera tu cepatlah lari kepada kami sebab sekarang ni cuma tinggal dia sorang je di sebalik pagar tu.

Bersambung



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2021 11:54 AM | Show all posts
Sungai Belakang Rumah Bahagian Akhir

Nasib baiklah jurukamera tu berjaya jugak sampai ke rumah aku dengan selamat.  Penampakan jembalang tu pun takde, maksudnya benda tu tak ikut kamilah. Syukur....Kamera video tu pakai pita rakaman, jadi bila keadaan dah agak tenang, kami pun pasang pita tu nak tengok apa yang kami berjaya rakam.  Aku ceritakan semula apa yang terkandung dalam pita tu.

Mula-mula, kamera menghadap tebing tu, tapi sangat-sangat kabur.  Kemudian kamera tu beralih ke arah kaki si perakam, eh elok je jelas je kualiti rakaman tu.  Si perakam angkat kamera lagi menghadap tebing tu, rakaman kembali jadi kabur.  Kami terdengar salah seorang daripada kami menjerit, "wei makhluk tu kat pokok tu!".  Pada detik tu pulak video tu terus bertukar dari kabur jadi jelas.  Tapi takde pun penampakan jembalang tu. Lepas tu video tu jadi gelap dan bergoyang-goyang sebab masa tu kami tengah berlari balik ke sini. Kami semua berasa kecewa sebab tak berjaya dapatkan sekurang-kurangnya kelibat jembalang tu dalam video.  Kami pun tutup video tu pastu kami berkumpul semula dan berbincang ramai-ramai pasal peristiwa tadi.

Kecuali abang aku.  Abang aku mainkan semula video pendek tu. Kejap dia lajukan, pastu undur balik, pause sekejap, setiap frame video tu dia selidik kot-kotla ada yang boleh digunakan untuk projek dia tu.  Abang aku tengah menonton detik jurukamera tu tengah panjat pagar, kebetulan kamera tu terarah pada sebelah kiri padang tu. Abang aku kemudian undur balik video tu perlahan-lahan, rupa-rupanya ada dalam satu frame tu 5 kaki je dari jurukamera tu ada sepasang mata merah.  Jadi sebenarnya makhluk tu tak jauh pun dari kami....

Walaupun kami semua dah seram sejuk, tapi abang tersenyum girang. Yes akhirnya dia berjaya jugak dapatkan video menarik untuk projek akhir tahun dia tu.  Abang aku pun edit video tu dan dia pastikan untuk video tu ada penampakan jembalang sungai tu. Kemudian abang aku buat satu lagi salinan untuk simpanan dia. Yang lagi satu untuk dihantar kepada cikgu dia.  Dalam video tu, abang aku adalah jugak selitkan mitos yang dia reka tu, dan dia ada cerita jugak peristiwa-peristiwa lain yang memang benar-benar kami alami.  

Beberapa tahun kemudian, aku dan abang aku cadang nak tengok balik video tu, tapi video tu dah hilang. Puas kami selongkar satu rumah memang tak jumpa. Abang aku hubungi balik cikgu dia, saja nak pinjam video tu.  Sama kes jugak dengan abang aku, video tu dah hilang.  Padahal cikgu tu selalu je tayang video tu sebagai contoh projek akhir tahun yang berjaya.  Abang aku rasa kesal jugak tak buat salinan banyak-banyak, kalau tak bolehlah dia upload kat youtube sebab saksi pun ramai.

Sampai sekarang aku dah tak berani nak lepak kat kawasan sungai tu lagi.  Tapi apa yang aku alami tu jadi kenangan aku, abang dan kawan-kawan kami yang lain. Jujurin aku pernah cerita kat orang lain, tapi aku dipandang sinis dan ada jugak yang mengata kitorang malam tu agaknya tengah khayal sebab hisap ganja kot.  Kalaulah video tu masih ada....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 10-11-2021 10:56 AM
ok sambung balik sorry uols bz skit semalam

Sungai Belakang Rumah Bahagian 3

Yeayy..TT sambung citer baru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.404214 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list