CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Koleksi Petikan Kata Hikmat/Ahli2 Falsafah (merged with simplelife)

[Copy link]
Post time 15-1-2008 09:13 AM | Show all posts

Kita bukannya pandai

1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.

2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin.

3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome.

4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa.

5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat.

6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang.

7. Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah.

8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut.

TAPI...

1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.

2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.

3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.

4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain.

5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain.

6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.

7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah.

8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama.

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah . bukan senang nak jadi senang.

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2008 05:54 AM | Show all posts

chinese proverbs

Man who run in front of car get tired.

Man who run behind car get exhausted.

Man with hands in pocket feel cocky all day.

Foolish man gives wife a piano, wise man gives wife upright organ.

Man with one chopstick goes hungry.

Man who scratches his αss  should not bite fingernails.

Man who eats many prunes gets good run for money.

Baseball is wrong; man with 4 balls cannot walk.

War does not determine who is right; war determines who is left.

Man who fight with his wife all day get no piece at night.

It takes many nails to build a crib, but one screw to fill it.

Man who drives like hell, bound to get there.

Man who stands on toilet is high on pot.

Man who lives in glass house should change clothes in the basement.

Man who fishes in other man's well often catches crabs.

Man who farts in church sits in his own pew.

Crowded elevator smells different to midget.

Virginity is like a bubble, one prick all gone...


How true.......  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 04:06 PM | Show all posts

21 Rules of Life

1. Marry the right person . This one decision will determine 90% of your happiness or misery.

*********

2. Work at something you enjoy and that's worthy of your time and talent.

*********

3. Give people more than they expect and do it cheerfully.

*********

4. Become the most positive and enthusiastic person you know.

*********

5. Be forgiving of yourself and others.

*********

6. Be generous.

*********

7. Have a grateful heart.

*********

8. Persistence, persistence, persistence.

*********

9. Discipline yourself to save money on even the most modest salary.

*********

10. Treat everyone you meet like you want to be treated.

*********

11. Commit yourself to constant improvement.

*********

12. Commit yourself to quality.

*********

13. Understand that happiness is not based on possessions, power or prestige, but on relationship with people you love and respect.

*********

14. Be loyal.

*********

15. Be honest.

*********

16. Be a self-starter.

*********

17. Be decisive even it it means you'll sometimes be wrong.

*********

18. Stop blaming others. Take responsibility for every area of your life.

*********

19. Be bold and courageous. When you look back on your life, you'll regret the things you didn't do more than the ones you did.

*********

20. Take good care of those you love.

*********

21. Don't do anything that wouldn't make your Mom proud.

*********

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 05:57 PM | Show all posts
Problems cannot be solved by thinking within the framework in which problems were create- Einstein
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 10:41 AM | Show all posts
"Art is a jealous mistress; and if a man have a genius for painting, poetry, music, architecture or philosophy, he makes a bad husband and an ill provider."


- Ralph Waldo Emerson
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 10:45 AM | Show all posts
Kata-Kata Hikmat Akal
   


Apabila sempurna akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib )


Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib)


Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia. Akal tidak diberikan semata-mata. Ia perlu dituntun. ( Hamka )


Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta )


Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib )


Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh.
( ulama )


Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib )


Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim )


Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib )


Tanda akal seseorang itu ialah pekerjaannya dan tanda ilmu seseorang itu ialah perkataannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2010 09:57 PM | Show all posts
“My birthday can never mean as much to me as the arrival of Annie Sullivan on 3 March 1887. That was my soul’s birthday”

Helen Keller

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 09:58 PM | Show all posts
“Something tells me that I’m going to succeed beyond my wildest dreams.”

Annie Sullivan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2010 06:43 PM | Show all posts
Motivation is like food for the brain. You cannot get enough in one sitting. It needs continual and regular top up s. (Peter Davies)"
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 07:29 PM | Show all posts
anak2 mungkin gagal mengikut cakap ibu bapa tetapi anak2 tidak pernah gagal mengikut sikap ibu bapa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 04:40 PM | Show all posts
SABARLAH WAHAI HATI

Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.

Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.

Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong. Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.

Allah swt berfirman;

"Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar." - [Surah al-Anfal : 28]

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]

Bila diuji, bersabarlah wahai hati.

Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.

Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..

Atau bagaimana?

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.

Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.

Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 04:46 PM | Show all posts
Fokus adalah kunci kepada kejayaan sesuatu usaha

Dalam hal mengejar cita-cita dan impian, tumpuan kita sering diganggu oleh perkara-perkara yang tidak dijangka. Kadang-kadang gangguan itu menyebabkan kita lupa kepada matlamat utama yang ingin dicapai. Sering juga gangguan-gangguan tidak terjangka itu mematahkan semangat kita untuk terus berusaha mencapai impian. Apapun gangguan yang menghalangi jalan kita untuk menuju ke arah kejayaan, itu bukanlah masalah utama yang menyebabkan kita gagal untuk mencapai impian hidup. Sebenarnya masalah utama yang kita sering hadapi adalah hilang tumpuan untuk mencapai harapan dan impian hidup. Ramai orang begitu bersemangat untuk memulakan sesuatu usaha tetapi hanya sedikit yang berjaya menyelesaikan usaha itu dan menikmati hasilnya. Sebabnya hanya satu iaitu terlalu sedikit orang yang benar-benar fokus dalam sesuatu usaha. Tahu kenapa? Ini kerana hanya orang yang berjiwa besar dan kuat sahaja yang selalunya fokus di dalam hidup. Tidak hairanlah apabila kita bertanya tentang rahsia kejayaan orang-orang yang hebat, mereka akan menjawab fokus itulah kunci kepada kejayaan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 04:47 PM | Show all posts
Wahai Insan..

Bumi ini adalah persinggahan dan kita pula adalah musafir yang menumpang sekejap.

Perjalanan hidup ini tidak semudah yang disangkakan kerana ia penuh dengan ujian tidak disangka-sangka.

Antara hidup dan mati, insan tidak punya pilihan kerana kedua-duanya perlu dilalui.

Tiada istilah syurga dunia melainkan di dalamnya ada neraka dunia.

Manusia datang dan pergi di dunia ini kerana masa tidak pernah bertangguh untuk menjemput.

Janganlah mencintai dunia ini kerana ia terlalu rapuh untuk dimiliki.

Jagalah imanmu kerana itulah satu-satunya harta paling berharga yang akan engkau bawa mati.

Tiada manusia yang benar-benar kaya melainkan semuanya hanya meminjam sekejap.

Dunia ini umpama lautan, sesiapa yang lalai akan tenggelam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 04:50 PM | Show all posts
Be Happy


We need to fun but there is a limit..
If you follow all rules you will lost some funs in this life...
Always be happy because this life is short..
Some people happy because they do something bad and some people happy because they do something good..
I am happy because I love this life..
Make other people happy and you will get your happiness...
Just smile everyday and it will makes you happy..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 04:50 PM | Show all posts
Halwa minda..

Orang yang paling berani bukanlah orang yang berani mati tetapi orang yang berani hidup..

Kalau saya ditanya bilakah kita dikatakan sudah berjaya dalam hidup? Saya akan menjawab "Saya berjaya dalam hidup apabila semua cabaran dan dugaan dalam hidup ini telah berjaya saya harungi."

Suatu perkara yang orang paling takut adalah MATI, tetapi orang selalu lupa untuk bersedia menghadapi MATI.

Jika engkau ingin mengubah darjat duniamu, engkau perlu mengubahnya dengan usaha. Tetapi jika engkau ingin mengubah darjat akhiratmu, engkau perlu mengubahnya dengan IMAN.

Kadang-kadang hatimu tersalah menduga ujianNYA sehingga menganggap DIA tidak mempedulikanmu. Ketahuilah, DIA mendengar jelas setiap bait-bait doamu dan percayalah bahawa DIA tidak menganiayaimu tetapi DIA sedang mengujimu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 04:51 PM | Show all posts
Kalau Masih Ada Waktu...

Kalau masih ada waktu, berusahalah memperbaiki diri kerana bila sudah tiada waktu rasa kesal itu tidak berguna.

Kalau masih ada waktu, tuntutlah ilmu yang bermanfaat sebanyak mungkin kerana bila sudah tiada waktu engkau akan merasakan umur itu pergi berlalu dengan sia-sia.

Kalau masih ada waktu, tunaikanlah impian murnimu kerana bila sudah tidak ada waktu engkau tidak akan sempat menikmatinya.

Kalau masih ada waktu, balaslah kasih sayang dan cinta insan-insan tersayang di sekelilingmu kerana bila sudah tiada waktu engkau akan kekal berhutang dengan mereka.

Kalau masih ada waktu, belajar dan fahamilah hakikat hidup ini kerana bila waktu itu sudah tiada engkau akan merasakan bahawa engkau tidak pernah belajar apa-apa dalam hidup ini.

Kalau masih ada waktu, hargailah setiap peluang yang datang kerana biasanya peluang terbaik hanya datang sekali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2011 04:52 PM | Show all posts
Memang Benar..

Sebaik-baik kawan adalah kawan yang berkata benar, bukannya kawan yang membenarkan semua kata-kata kita.

Apa gunanya tangan kalau tidak digunakan demi kebaikan dan apalah gunanya tangan jika digunakan untuk kejahatan.

Hati insan itu dipenuhi dengan nilai-nilai Ilahi dan jangan sesekali mengotorinya.

Dunia ini bukan diciptakan untuk disesali tetapi diciptakan untuk dihadapi.

Semangat itu tidak terbatas, oleh itu ia perlu dibatasi dengan niat yang suci.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 04:53 PM | Show all posts
Manusia Yang Dikasihi & Yang Dibenci Oleh Nabi SAW

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

”Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan yang paling dekat duduk denganku di hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya.

Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak berccakap perkara sia-sia dan berlagak angkuh, sombong malah dia berasa bangga dengan kesombongannya.”

Para sahabat bertanya lagi. ”Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya?”

Jawab Rasulullah ialah orang yang takbur.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 04:54 PM | Show all posts
Tinta Pedoman

Engkau mungkin akan melupakan orang yang pernah ketawa denganmu, tetapi tidak mungkin engkau akan melupakan orang yang pernah menangis denganmu.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk memberi penghargaan kepada orang lain sehingga lupa memberi penghargaan kepada diri-sendiri.

Untuk mencapai sesuatu, mencuba dan gagal itu sangat sakit tapi gagal kerana langsung tidak mencuba itu lagi sakit.

Sangat mudah melafazkan sesuatu tetapi sangat sukar untuk melaksanakannya.

Sekecil-kecil harapan pun masih dikira baik jika dibandingkan dengan mereka yang langsung tiada harapan.

Jangan mudah dilambung mimpi dan terlelap dibuai emosi kerana bila engkau sedar semuannya sudah tiada.

Jika anda hilang jati diri, bangsa anda akan kehilangan maruah.

Ada manusia yang terlalu taksub dengan perkataan LOGIK. Sesuatu yang tidak logik dikatakan karut dan tidak benar. Mereka berpendapat bahawa semua benda di dunia ini wujud melalui proses EVOLUSI yang logik. Lebih buruk lagi mereka mengandaikan bahawa manusia sendiri berevolusi dari monyet. Persoalannya kalau tubuh boleh... berevolusi, adakah roh monyet boleh berevolusi kepada roh manusia?

Tiada bunga ros yang tidak berduri. Engkau sukakannya? Engkau perlu bersedia kerana mungkin durinya akan menusuk jarimu. Itulah lumrah hidup, tiada yang mudah untuk dimiliki.

Tahu menggunakan akal dan tahu mengawal perasaan itulah yang dikatakan bijaksana.

Kalau engkau ingin keluar dari kepompong kemiskinan dan kesusahan engkau hanya ada satu jalan iaitu pendidikan.

Jangan lupa asal usulmu apabila sudah berada di puncak kejayaan kerana di situlah perjalananmu bermula.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 04:55 PM | Show all posts
Bila Masalah Datang..

Jika masalah datang pada anda, apa yang anda akan lakukan? Walau apapun jawapannya, yang pasti lain individu lain tindakan dan reaksinya terhadap masalah yang mendatang. Sebagai manusia biasa, kita tidak akan sunyi daripada menerima ujian masalah. Kadang-kadang masalah itu datang dalam bentuk yang kecil dan ada waktunya ia datang dengan beban yang besar. Masalah besar ini pula selalu buat kita terduduk dan putus harapan. Bagi mereka yang lemah semangat, masalah besar inilah yang selalu membuatkan diri jadi putus asa dan hilang kepercayaan diri. Sebenarnya masalah itu adalah satu kemestian untuk setiap mereka yang bergelar manusia. Ini kerana tanpa masalah seseorang itu tidak akan belajar apa-apa dalam hidup ini. Kerana masalah itulah yang membuatkan seseorang itu menjadi matang dan teguh dalam menjalani kehidupan ini. Kata orang masalah itu selalu membuatkan seseorang itu pening kepala. Tapi sebenarnya pening itu adalah tanda adanya peninggkatan dalam diri. Memang bukan mudah berdepan dengan masalah dan cabaran hidup ini tetapi bukan juga susah untuk mencari jalan keluar dari apa-apa pun masalah yang datang. Pendek kata tidak ada masalah di dunia ini yang tiada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, apabila masalah itu datang jangan lari tetapi hadapilah masalah itu dengan penuh keberanian dan kebijaksanaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.079553 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list