CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter

 Close [Copy link]
 Author| Post time 17-8-2007 04:23 PM | Show all posts
Selang tiga hari selepas itu, aku sekali lagi pergi kat tapak pembinaan tu.
Aku terus jer pergi kat tempat yang aku beri petunjuk kat abang tu dulu...

Ni aku nak gelak ke tak nak aku pun tak tahu...
Tapi memang dari segi buatan nya huuusssh...

Ni aku nak gelak ke tak nak......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2007 04:31 PM | Show all posts
Okay....Jangan gelak...

Aku dah tak nampak bukit kecik tu lagi.
Ternyata usaha membuahkan hasil.
Kerja-kerja meratakan tanah berlangsung dengan rancaknya.

Aku mula memandu untuk pulang ke pejabat.
Mata aku terpandang ada lagi satu bukit kecil yang berada tidak jauh dari tempat tu, tetapi kini ianya terletak di tempat yang tiada laluan atau pun gangguan pembinaan.

Bukit buatan itu terlalu cantik untuk sebuah bukit di dalam  kerja2 tanah.
Ianya seperti sebuah taman. Ketinggian bukit tersebut adalah bersamaan ngan paras aras tanah sebelumnya.
Berpagar mini di sekelilingnya dan terdapat tangga untuk naik ke atas sehingga sampai ke sebuah rumah kecik.
Tangga tersebut hanyalah boleh di naiki dengan menggunakan dua jari sahaja.
Kontraktor telah membinanya dengan sebaik mungkin.

Walaupun begitu aku dan abang kantin tiada apa2 masalah berkenaan gangguan darinya selepas itu.

Adernya...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2007 04:36 PM | Show all posts
Close encounter~joke
Hantu Toyol

Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni卬anti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya卨epas tu sah-sah lah dapat penampar jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak-banyak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 04:41 PM | Show all posts
Originally posted by siape_aku at 17-8-2007 16:21
5W and 1H......ialah....what, where, when, who, why adn how.... itulah definisi bagi 5w and 1h yg sy blaja mass comm....sekian...


orait.. tq 4 the explaination...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 08:28 PM | Show all posts
heh...baru hari ni dapat masuk thread ni balik...

yuhuu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2007 01:06 AM | Show all posts


Setelah habis projek kat Selayang maka aku pun beralihlah ke Rawang-Persimpangan Rawang.
Projek pembesaran jalan.
Seperti biasa aku sampai jam sembilan pagi.
Sementara itu aku pergi melihat-lihat akan kerja-kerja yang sedang berjalan kat situ.
Dalam lebihkurang sepuluh setengah pagi aku rasakan yang badan aku rasa tak sedap.
Tubuh ku menjadi panas tetiba.
Sekan demam.Aku pergi ke kantin kontrak dan memesan segelas air bali.
Aku duduk mengenangkan nasib aku kerana aku memang tak suka sangat kalau aku sakit.
Setelah air bali ku minum habis dan masih lagi rasa tak selesa, aku membeli panadol sebanyal enam butir.
Bersama-sama air suam aku menelan panadol keenam-enam sekali macam makan kacang layaknya.

Setelah jam dua belas tengahari aku masih lagi dalam keadaan tadi.
Kali ini aku membeli sebotol air gypsum cap badak dan meneguk habis.
Aku tak puashati dan membeli lagi setengah dozen. Aku menghabiskan semuanya.
Badan ku kini dah memang demam.

Aku balik awal sekitar jam lima petang.
Aku tak leh tahan dah. Panas berapi.Tekak menjadi kering.
Aku pulang ke rumah kampung aku pada petang itu juga.

Sampai di rumah aku mandi dan seperti biasa menunaikan hutang aku ya'ini solat.
Aku cuma berbaring di sofa. Lemas kurasakan.
Aku tertidur ayam.
Jam sebelas malam aku bangun dan mencari air.
Setelah minum Mak Cik aku bertanya kepadaku, "Mengapa Mak Cik tengok ko macam letih sangat?"
Aku katakan bahawa aku tak sihat, badan panas tapi di dalam tak der apa-apa.
Mak Cik aku kemudian merasa dahi aku. "Yalah panas".
Oleh kerana kerisauan, aku membaca beberapa ayat dari surah al Qur'an.

Maka terbit dari diriku untuk mengetahui apa yang membuat aku jadi begitu.
Aku berjalan masuk ke dalam bilik.
Aku berhenti seketika seraya berkata "Jangan ganggu dan jangan ketuk pintu bilik, ya"
"Nanti jam dua belas malam okay lah tu" sambung ku.
Aku menutup pintu bilik dan menguncinya...




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-8-2007 01:09 AM | Show all posts
Kemudian aku menunaikan solat sunat.
Pas tu duduk atas sejadah dan diam.
Kemudian semacam ada kedatangan dan semacam pemahaman.

Pemahaman yang seolah-olah memarahi aku kerana mengambil satu barang kepunyaan nya.
Maka aku cakap, aku akan pulangkan kembali kepada dia jika itu yang dia mahu.
Lepas tu senyap.Tak de apa-apa yang berlaku atau yang membuatkan aku rasa adanya benda tu lagi.

Aku pun bangun dari duduk dan membuka pintu dan selepas tu keluar.
Panas badan aku pun dah hilang. Sihat wal 'afiat.
Aku turun ke bawah dan mendapatkan lori pic-up




[ Last edited by  rdzaccess at 18-8-2007 02:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2007 07:59 AM | Show all posts
brg apa yg ko ambik rdza....?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2007 08:56 AM | Show all posts
Aku pun menyelongkar pick-up tu walaupun dah jam 1.00 pagi.
Cari dalam compartment clove..tak de.
Cari kat belakang cabin tak de.
Cari kat bawah tempat duduk pun tak der.
Berpeluh aku.
Apa yang perlu aku cari adalah sesuatu yang di luar kebiasaannya dari pekerjaan ku.
Aku tak berpuashati, sekali lagi menyelongkar dengan rutin yang sama.
Akhir sekali aku teringat, maka aku pun membuka tempat sandar duduk.
Dengan menggunakan pemetik api aku mendapat bantuan cahaya.
Nampaklah aku satu benda yang berkilat terkena panahan cahaya api.
Aku mencapainya dan membelek.
Lawa jugak benda ni.
Berwarna coklat kehitaman dan diikat ngan kain merah seolah reben di leher kendi.
Bertutup rapat dengan sumbatan gabus coklat juga.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2007 09:09 AM | Show all posts
Aaah... ini dia yang ku cari, rupanya ada di sini.
Aku meletakkan kembali kendi tersebut di tempat ia ku jumpai.
Lega hati ku kini dan bolehlah aku tidur dengan lena.

Esoknya pepagi lagi aku dah menuju ke tempat pembinaan.
Aku mencari lokasi yang agak2 sesuai dengan adanya kendi tersebut.
Mesti tally punya.
Aku meletakkan kendi di atas pasir di tepi timbunan yang agak berbukit.
Memastikan ia tidak dapat dilihat oleh orang.

Kemudian aku kembali ke pejabat.
Sesampai di pejabat , aku terus duduk di kerusi di mana ianya adalah khas buatku.
Aku membuat kerja rutin seperti biasa mengisi data analisa.

Selang beberapa lama, rakan ku (junior) datang.
Dia terus duduk.
Setelah dia melihat aku hampir habis dengan kertas kerja dia bersuara:
"Abang ada nampak tak satu botol kat dalam pick-up"
"Botol? Botol apa?" soal ku kembali.
"Satu botol, saya letak kat belakang seat" katanya menerangkan.
"Tak der pulak, ko pergi checklah kekalau ada kat situ",aku menyarankan.
"Dah cari, tapi tak jumpa" katanya memberitahu.
"Hilanglah tu kot atau sesapa ada ambik tak? kata ku membohongi.

Dia memang ada datang ke tapak pembinaan tu, tapi menumpang lori, kata orang mengular lah.
Mungkin dia terjumpa benda tu dan menyorokkan nya kat pick-up.
Nasib baiklah aku yang kena , kalau orang lain....susah jadi pekerjaan.

Malam itu aku pulang dan tiada apa-apa yang berlaku seterusnya...

adernya....


Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2007 01:46 PM | Show all posts

Reply #830 rdzaccess's post

ape dia nak buat ambik benda-benda mcm tu.... tak takut ke???
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2007 01:52 PM | Show all posts
samekom...
huh brterusan lagi nih.... agak2 bleh buat braper filem?? @.@
errr bro rdz... nape tak jadi penulis jer... bakat dah ade... @.@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2007 07:13 PM | Show all posts
Originally posted by boxchick at 18-8-2007 13:46
ape dia nak buat ambik benda-benda mcm tu.... tak takut ke???


Dia ambik sebab cantik.
Macam cerita kung fu punya bekas minuman keras.
Bulat besar di bawah pas tu ada bulat kecik kat atas.
Aaaa... macam buyung labu....yep buyung labu macam ada jual kat perak...
Labu sayung.....
Tapi kecik jer, sebesar cawan "mug"
Dalam tu sebenarnya isi abu mayat. ( yang dah di bakar)
Kerja pembesaran jalan termasuk lah pengalihan kedai keranda cina kat situ...
Mungkin satu daripadanya terjatuh dan hilang...
Kedai tu pun memang dah lama kat situ, mungkin turun temurun dah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2007 07:21 PM | Show all posts
Originally posted by arimrock at 18-8-2007 13:52
samekom...
huh brterusan lagi nih.... agak2 bleh buat braper filem?? @.@
errr bro rdz... nape tak jadi penulis jer... bakat dah ade... @.@


Bro,
Terima kasih.
Nak jadi penulis bukan senang ( bagi saya ).
Banyak tentang cara penulisan yang saya tak tahu...
Kita guna bahasa rojak, bahasa pasar, loghat kampung, loghat negeri dan kekadang 'manglish'.
Akta perundangan dalam penulisan dah ada. Nanti kena soal pulak ngan pihak berwajib...payahlah...

Kat sini senang , kalau silap, forumers kita yang lain akan beri pendapat, pedas pun pedas lah, mereka perihatin.
Kira mereka sayangkan kitalah...
TERIMA KASIH FORUMERS SEMUA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2007 07:25 PM | Show all posts
Filem boleh kot....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2007 07:45 PM | Show all posts
Originally posted by rdzaccess at 18-8-2007 07:21 PM


... TERIMA KASIH FORUMERS SEMUA...

  shamer shamer kasheh lar

kalu wat pilem, jgn luper shayer.. jd pak pacak pun hokkay ho?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2007 12:28 AM | Show all posts

Reply #834 rdzaccess's post

sama - sama..

saya pun nak join gak enterprem dlm filem..jadi pak guard pun ok la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2007 03:45 AM | Show all posts


Di Sg Buloh , aku ditugaskan untuk mengumpul contoh tanah kat satu tempat di Paya Jaras.
Hanya membuat satu jambatan menggantikan jambatan kayu yang telah lama.
Jadi jambatan tu digantikan dengan jambatan konkrit.
Pada paginya aku telah selesai membuat ujian dan akan mengambil contoh pada petang harinya.

Sementara itu aku pergi ke tempat lain untuk mengambil contoh yang seharusnya aku kumpulkan dan kembali ke pejabat.
Maka pada petang itu turunlah hujan yang agak lebat.
Aku terpaksa menunggu sehingga hujan reda kerana by good or by crook kena bawa jugak sample tu kat pejabat.
Sehinggalah jam enam setengah petang hujan reda dan aku meneruskan perjalanan ke tapak pembinaan untuk mengambil contoh yang telah aku buat ujiannya di pagi hari tadi.

Dah agak gelap , maka aku pun sampai.
Terus aku mengambil contoh tersebut dan meletakkan kat belakang pick-up.
Semasa aku menutup pintu pick up terdengarlah satu suara yang amat aku kenali....
begitu merdu .....dan mendayu ...
Yang akan membuat orang yang mendengar tidak keruan...
Suara nya seperti seorang yang sedang gembira sangat...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2007 10:15 AM | Show all posts
Kali ke tiga aku mendengarnya.
Aku tau ia amat rindu kepadaku...
Rindu untuk melihat aku lari lintang pukang...
Nanti bila melihat aku lari...dia akan ketawa lagi kuat....

Tapi dia silap sebab kali ini aku takkan lari...
Aku cuma masuk ke dalam pick up dan memandu ngan tergopoh gapah.
EEEEE.... celaka engkau...
Buat aku suspen ajer...
Makin lama makin jauh aku memandu
dan makin jauhlah kedengaran hilainya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2007 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by seroja at 18-8-2007 19:45

  shamer shamer kasheh lar

kalu wat pilem, jgn luper shayer.. jd pak pacak pun hokkay ho?


Okay, Pak pacak , kalau benda tu datang jangan lari udah ler...
Nanti kena ulang pulak scene, rugi filem oii...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.678667 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list