Reply 813# fiqa_sofia
KAWAN BAIK
BUKAN SENANG UTK MENCARI KAWAN BAIK
Bukannya senang nak cari kawan yang baik
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik
Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya
Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya
Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Suka petikan kat atas ni...
tapi saya tak lepas lagi yang diboldkan tu..
seriously, saya cemburu sebab dia ramai kawan baik..
sedangkan hanya dia kawan baik saya..
rasa sakit hati je :@ tension! |