CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pu3_fiona

Pondok Puaqe pu3fiona 2....layanzz

[Copy link]
 Author| Post time 4-10-2009 10:14 AM | Show all posts
Maklumat Penyakit
Nama : Racun Santau
Kategori : Rohani

Pengenalan : Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.

Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai 'santau angin' atau 'santau seru', santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan perhidmatan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit

        Santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakir dengan kematian, atau pun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.

Ada 2 jenis santau:
1. Santai yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.

2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.

Sintom : Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi. Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan. Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.

Sintom atau kesan yang lain termasuk:
1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
4. Kurang daya ingatan.
5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
6. Sakit di bahagian tengkuk.
7. Kesan lelah atau asthma.

Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.

Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menybabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.

CARA RAWATAN PERUBATAN SYIFA' AL-HIDAYAH:

1. Racun santau ini hendak dikeluarkan secara batin oleh penulis (dengan keizinan Allah s.w.t.) Pesakit perlu berjumpa dengan penulis untuk mengeluarkan racun santau daripada badan.
2. Membaca ayat-ayat Al Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.
3. Minum air penawar dan madu lebah asli dan berdoa kepada Allah s.w.t untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT RACUN SANTAU:

(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Asy-Syu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Al-Israa' ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Taha ayat 60 hingga 70, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

C. Amalan minggu kelima dan keenam:

1. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-Ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

(Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan saya.) ~ sumber Syifa A-Hidayah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2009 10:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by pu3_fiona at 4-10-2009 10:47



SANTAU....

ermm kisah ni dpt pu3 ceduk sikit2....sebab pagi tadi masa nk gi kerja..pu3 dengar mak bercerita topik santau ni ngan kak ngah..mengisahkan jiran lama kami yang disantau oleh org yg cemburukan kerjaya dia..walaupun kehidupan keluarga tu sederhana tidak semewah mana pun...ermm manusia ni mcm2 le pulak......

Kisah ni berlaku kat area tempat pu3 tinggal jer.....ngah pu3 kerja..tetiba dpt panggilan menyatakan pakcik liq(sekadar nama samaran).....meninggal dunia...tidak diketahui punca @ sakit aper....bila diteliti betul2 rupenya pakcik liq disantau....


sekadar gmbar hiasan........

pagi tu seperti biasa masa nk gi kerja....pakcik liq nk bersarapankn nasi putih....kebetulan nasi time tu tidak ditanak oleh isterinya.,...ermmm xpelah...dengar ketidakkisahannye..pakcik liq gi lah beli srapan kat 1 gerai ..maybe kawan dia juga kot..ermm pgi tu pakcik liq beli mee goreng...makan seperti biasa..tapi selepas makan tu ade sedikit perubahan kat diri dia...dia yg hepi tetiba cm murung jer...xbnyak ckp kat isteri dia.....isteri dia beranggapan mybe suami dia tu nk cepat gi kerja...tanpa bnyak soal..isterinye menyediakanlah peralatan yang lain utk dibekalkan kepada suami dia.....menurut kata kengkawan pakcik liq..sampai kat tempat keje pun muke dia pucat.......xbnyak ckp.....ngah leka buat kerja masing2.....tetiba gempar 1 tempat keje..yang pakcik liq..jatuh n meninggal..(mybe tersebam sebb jatuh).....ermmm.....berita kematian tersebar dengan cepat...isteri dirumah bersama 6 org anak terkejut dengar berita yang baru didengarinye....tersentap luluh rasanya...isteri mana yang tidak terasa begitu kehilangan bila suami yang disayang...meninggalkan mereka begitu sahaja......Innalillahwainalillahirojiunnnn...semoga roh pakcik liq...mendapat Rahmat dariNYA..dn ditempatkan dengan orang2 yang soleh....- Al-Fatihah...........

begitulah serba sedikit info yang boleh pu3 kongsi kn kat sini wat masa ni.....kepada uols yg lain..kalau ade info berkenaan santau..leh share kat sini...just berkenaan dengan topic...k....

yang pu3 tahu berkenaan sntau ni..salah satunye dari benda yang kotor2 lah kan..yag bisa2
sekadar gambar hiasan....

contoh...santau angin...rupenya bnyak lagi cabangnye yer...Astafirullahalazimmm.....bnyakkanlah baca surah ni......utk jadi pendinding diri.....selanjutnye......berdoa banyak2 pada yang Esa..mudah2an...terhindar dari tu sumer...aminn

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2009 10:51 AM | Show all posts
Patung Pengamal Sihir

SEREMBAN: “Bulu roma saya tiba-tiba meremang sebaik memandang anak patung itu,” kata seorang kakitangan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang menemui dua pasang anak patung terikat di pokok yang didakwa disihir di tepi jalan di Jalan Taman Panchor di sini, petang kelmarin.



Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Isa, 47, bersama beberapa rakannya menemui anak patung itu berbalut kain kuning dan merah serta diikat dengan keadaan terbalik jam 4 petang ketika melakukan kerja penyelenggaraan jalan raya di situ.

Katanya, ketika seorang daripada rakannya hendak membuang air kecil, dia ternampak anak patung itu terikat dengan keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas di sebatang pokok.

“Tidak ada seorangpun daripada kami berani mendekati anak patung itu kerana ia disyaki perbuatan jahat pihak tertentu,” dakwanya.

Isa yang bekerja di Unit Kejuruteraan Bahagian Jalan MPS, berkata dia segera memaklumkan kepada adik iparnya yang juga pengamal perubatan tradisional.



Adik ipar Isa yang dikenali sebagai Sham, 30-an bersama sekumpulan pemuda datang ke lokasi patung terbabit jam 12 tengah malam kelmarin untuk membuang sihir itu.

Tinjauan mendapati terdapat dua pasang anak patung dibalut kain serta berikat benang di sebatang pokok.

Difahamkan, dengan keadaan anak patung itu diterbalikkan kepala ke bawah, mangsa sihir itu menderita sakit kepala dan apabila benang yang mengikat itu putus bermakna mangsa meninggal dunia.

Lokasi anak patung itu yang diikat di tepi jalan juga bagi memudahkan pengamal ilmu sihir meninjau sama ada ikatan benang itu terputus atau tidak.

Selepas selesai upacara menanggalkan ikatan anak patung itu, Sham mendakwa sihir itu digunakan untuk memusnahkan sebuah keluarga.

Menurut Sham, berdasarkan patung yang digunakan, iaitu satu patung lelaki dan anak perempuan kecil serta sepasang anak patung lelaki dan perempuan menunjukkan ia cuba menyihir satu keluarga.

“Seorang bapa, abang, kakak dan adik perempuan menjadi mangsa perbuatan terbabit dan saya yakin keluarga yang sedang menderita itu tinggal berdekatan tempat anak patung itu ditemui,” katanya.

Ketika upacara membuang sihir, seorang daripada pemuda yang mengikutinya tiba-tiba diserang histeria dan menuturkan kata-kata pelik menyebabkan suasana agak tegang sebelum dia dipulihkan.

Semua patung dibakar bagi memastikan sihir pada patung itu dimusnahkan.
~ harian metro 27/7/2007
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2009 11:05 AM | Show all posts
DISIHIR LELAKI YANG MENYUKAI KAK SEDARA KU....

kisah ni berlaku dlm ahli keluarga pu3 gak,....anak maklang pu3 yang dikenali sebagai kak imah.....kak imah ni dikategori seorang yg cantik pada hakikatnye.....wajah yg bujur sireh, kulit putih, ermm mmg kiut le...masa pu3 kecik2 dulu...rapat sgt ngan keluarga maklang ni..sebb diorg amik pu3 jadi salah seorang dari keluarga dia.....ermmm seronok rasanye...dimanja senantiasa...sebb tu agaknye pu3 jadi manja sekrg ni hehehhe...perasan.....pulok....

k berbalik kepada citer asl..nak dijadikan cerita..masa balik dari kerja tu.....k.imah balik seperti biasa...ntah cm mna..dtg le lelaki yang menyukai k.imah dh le dtg mengejut..ade ke dikasarinye k.imah ku ini..:@ewahh....amboi2..ingat ape..suker2 je nk buat org cm tu.....:@.sekali tu...ntah mcm mna..pergelutan berlaku.....xsemena2..k.imah dh geram...diludahnya lelaki tu....(ermmm tulah silapnye)....tapi bukan kene kat muke ke ape ke.....cume kat jln je...mybe lelaki tu rasa tercabar...diambilnye airliur tu..dn berpesan jangan menyesal.....ermmm....kalau uolsle..ade lelaki yg suker..pastu men paksa2 terima diri dia..n mengasari kite tiba2...apa uols buat..kalau xkuar teakwando sebidar 2...saja je lah huhu...ganaznye....

bermula dari episod tu...maka k.imah mule menujukkan tanda2 tidak kebetulannye ituw,..,.mule bercakap sorg2....senyum sorg, berjaga tengah malam sorg2, pastu wat solat..tapi siang malam pagi petg...tapi juz menung je....sian tengok keadaan dia cm tu....ermmm nk cite bab makn lak..ermm teruk lagi ganaz.....badan kecik..makan macam makan dekat setimba pun masih xmencukupi.......ermm...pernah dia amik ikan haruan kalau xsilap lam aqua maklang bela tu...diambilnye....dikerat kepala ikan tu...diletak garam kunyit..terus digoreng n dingapnye...adoiiii........
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2009 11:12 AM | Show all posts
banyaknya artikel yg kak pu3 tepek arinih..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2009 11:14 AM | Show all posts
824# pu3_fiona mak ai. ganas nyer..sangup makan ikan yang cam tu...adui la...tapi citer slalu terjadi kat dalam masyarakat kita kan..tapi tu la, slah puan tu gak., jagn la smp meleludah n sbagai nyer...ckp lek lok, dah ada berpunya ker, dah bertunang ker, tolak lek lok, ni dah tahap melludah,,ko tu pu3 janggn wat cam tu, tapi kan aku xsgup la nak ambil ludah ko..kotor..hehe
paper pun ada sambungan g tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-10-2009 11:29 AM | Show all posts
sambungan part II - DISIHIR LELAKI YANG MENYUKAI KAK SEDARA KU....

balik maklang dari luar tengok anak dia dok rileksje..tapi kat dapur dengan darah ikan nye berselarak sana sini....dia leh dok rilek cm benda tu xberlaku..ermmm mklang xleh nk kata ape mengenangkan nasib anak dia.....dh jenuh bawk berubat sana sini...org kata benda yang sama..susah nk dipulihkan....org lelaki tu guna ilmu siam.....ditanam benda yang xsepatutnye depan umah n juga keliling umah tu......makin meruntun hati maklang tengok anaknye jadi begitu,.....ade 1 masa tu..dikasarinya maklang..dia kata dia nk duit..nk beli macam itu ini..mana mklang nk mencari duitnye..mklang pun xbekerja...kalau xkasi nk ditorehnya maklang ngan pisau....takut dilakukan apa2....maklang kasi le...pernah k.imah wat dajal kat kami ..masa tu kat kg..dia wat perangai letak air kencing lam botol minyak mask yang penuh......nasib baik akak nampak ape yg dia buat.....ermm masa tu makcu n mak pu3 pun ade..teruk kene tibai ngan makcu...makcu xle pukul secara zhir..tapu batin le....bila dia dh penat or kesakitan...dia terkulai le seolah2..tenaga dia dh habis..bila dia segar balik.mcm2 le yang dia buat...pernah sekali tu....dia dok kg ngan maklang...kami sumer masing2 kat umah memasing le...ade ker dia gi mandi kat sungai tnpa seurat benang sekali pun......dh le jambatan kat situ merupakan jalan besar ..bnyak yg lalu lalang....sampai mcm tu sekali...ermm....nasib baik paklong ade...dia yg bergelut nk bungkus bdan k.imah yg dh meronta2 xsedarkn diri tu....mna yg gatai tu..dok melangut lah jenguk kat atas jambatan...mna xnye..pempuan kulit putih mandi xpakai paper....aii jenuh dibuatnye......k.imah ni 1 pulak..kalau jumpe mna2 lelaki yg dtg kat kg tu..mule dia senyum melirik je..sampai org xanggap yg dia tu sakit..tapi lama kelamaan melirik tu bertukar jadi ganaz....habis dimaki2...ney sape yg dtg..sampai kata org celaka bagai....adoii.....jiwa dia dh stabil....makin lama makin xbetul.....kalau memalam tu..dia leh dok berdiri..depan tingkap...yg dibuka luas....dari tengah malam sampai keesokkan paginye....tnpa mengedipkn anak mata..,juga duduk kerana kepenatan...kalau kite yg biasa2ni....ade nk buat cm tu..ermm mengigil dibuatnya...pernah 1 ketika tu....dia tetiba marah n nak terkam abangngah pu3..yg baru balik keje....dia maki2nye..angin le abg pu3 tu.....kebetulan mak balik...sebab dia mule nk main pisau....mak beranikn diri....baca apa2 yg patut sebagai pendiding diri......dengan melekakan...k.imah....smbil melaungkn "Allahuakbar"....mak libas rotan kat kaki dia......n dia terbongkok sikit.....pastu mak kepak tngan dia kebelakang..utk alihkn pisau kat tangan dia..jam tu.,...meraung2 le dia..bagai kene ape je.....teruk gak....macm perangai....dia minta mak duit katanya dia nk balik ..mak kasi...pgi tu dia balik...tapi tup2...petang tu dia balik semula kat umah kami tnpa banyak bicara...ermm heran..

masa dia duk ngan makcu pun cm tu gak..lagi teruk dari tu.....makcu ni handal kit.....mcm2 makcu kena kn.dia ..disebbkan xtahan dgn perangai dia..makcu sendri kol umah skit jiwa..utk amik k.imah ni....ermm...waktu org tu nk bawk dia balik wad....dia menjerit minta "tolong...."syu je bunyinye...."tolong imah makcu..imah xgilaaa"..menanggis2 dia...makcu pun ckp.."maafkn makcu , makcu terpaksa".....masa kat dalam wad tu...ade le yg pengamal ilmu ni..tengok..mmg k.imah bukan sakit sebarangan..dia xgila,...tapi dh kene guna2....pakcik tu..yg ubatkn sikit2 kat imah ni...n pulih le sedikit...tapi lepas kuar je dari wad tu perangai dia mule jadi balik...sampai sekrg ni....sekrg ni..pu3 xpasti dia dh ok @ x......ermmm..dh lama xjumpe dia....

kebetulan sebelum kejadian k.imah ni berlaku..yang paklang ni pula dh kene ngan seorang janda tu....elok2 paklang ni jadi kadi daerah dirahsiakan...sampai terlucut jawatan gara2 ilmu dari janda tu......sekrg ni mmg le paklang dh kawin ngan dia...tapi dia ade cmpur tangan gak memburukkan keadaan keluarga maklang pu3..huhu sedey ngan kehidupan maklang tu.....pu3 rindukn dia...dh lama xjumpa....apa khabar agaknye...moga2 Allah memberi petunjuk juga...pelihara keadaan mereka supaya mereka bahagia..semula..n terhidar dari panahan org2 yang dilaknatNYA..aminnn....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2009 11:33 AM | Show all posts
826# ismiulammraja

hampeh ko ni huhuh....entah le..hati dia ngah panez kot..tetiba org wat cm tu kat dia..lebam ngan badan dia..lelaki tu buat....

mmg xelok le buat org cm tu.,..makpu3 ade pesan..dh banyak kes org buat mengunakn airliur tu.....ape yg boleh katakan berdoa

supaya dia kembali normal seperti biasa.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2009 11:38 AM | Show all posts
ermm sian,,,bukan jer air liur semua la baju la apa la, tapi kan aku terpk la sal DNA, ermm
jin ni kan kalu leh bant dalam majukan industri DNA negara kita, ak berani jamin la, MALAYSIA yang kita cintaini akan menjadi gak,,
tapi tu la, orang MALAYsia nigak la yang banyak dengki, hasad, cemburu kat bangsa sndiri,
paper pun jangan la wat kurang ajo nanti susah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2009 11:48 AM | Show all posts
- Jangan lupa baca bismiLLAH sebelum makan
- Kalau nak elak santau baca "bismiLLAHillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un 'alim"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2009 11:51 AM | Show all posts
JADI XSEDARKN DIRI AFTER 12AM.....

kejadian ni pun pernah berlaku kat sebuah family dari mana ntah xingat...anak pempuan dia kene sihir dek lelaki yang suke kat pempuan tu secara diam2....ermm bahaya gak ni...pempuan tu akan tetiba je mengamuk, menanggis, memaki hamun org xtentu pasal selepas 12am......xkira le masa tu dlm keadaan ape sekalipun....

masa tuayah pempuan tu dh tengok anak dia dh lain macm perangainye sebb nk kata anak dia nk bermusuh ngn org lain pun xde gak..ank dia tu kategori lemah gemalai le...kulit putih, mata bundar, bibir mungil, pipi merah gebu je...badan cntiklah kan semuanye diwarisi dari arwah maknye....

nk bergaduh ngan org xsame sekali..apatah lagi nk melawan kata org tua nye....boleh dikatakan..sering dpt pujian dari sanak saudara le....sebb tu ayh pempuan tu pelik sapelah yg nk PHD kat anak dia....kan...mnalah tau kot2...ade yang nk mendengki.....hati org mna kita tau...sekali tu kenalan ayah pempuan yg dikenali sebagai ct le kan

(pempuan=ct, ayahnye=pakderis , kwn ayhnye=syukri, ustaz yg mengubat=ust.nazmi)

coryy lambat nk kenalkn hehhe.....k sambung balik,sekali tu kwn pakderis en.syukri..mengesyorkn supaya ct dibawa berubat dengan ust nazmi tu...ust tu xleh fofular sgt..skdr utk kenaln2 dia tolong je lah...ikhtiar je mna yg boleh..pkderis mengenangkn keadaan ct semkin teruk malam tu diorg bergegas ke umah ust nazmi seperti yang dijanjikan......yg pergi masa tu pkderis, syukri, isteri syukri, ct n adik dia.....mereka 5beranak menyusur ke jalan raya utk ke umah ust nazmi yg xbape jauh le sgt dari umah syukri....k.....

sperti apa yang telah diceritakan oleh syukri tentang anaknye pakderis tu..ust nazmi menjalankn tugas nye...menjelang hari raya..eh silap....menjelang detik jam 12am...si ct mula merubah lakunye..kepada keadaan yang agak ganaz le..bertarungle sekejap ust nazmi dengan ct.....macam2 suara garau yg keluar...n mcm2 aksi yg mngerunkn..dipamerkan.....ust nazmi mengarahkn pakderis n syukri melawan tenaga ct bagi mengelakkan ct bertindak diluar batasan norma....ermmm......stelah semua dlm keadaan terkawal..ust nazmi memulakan lngkah perubatannye......teruk juga..hinggar binggar juga le jadinye...ermm....tetiba ct terkulai layu..terjelepok kat atas lantai papan umah ust tersebut...ct dlm keadaan xsedarkn diri..ust nazmi cube memulihkn semgat ct pula...selang beberapa jam.....ct mula menunjukkan tanda2 positif...n kembali normal..walaupun dia seolah2 tercanggung2 dengan apa yg berlaku ke ats diri dia....seolah2 xmengerti apa2 pun....ermmm

bila dh pulih..ust nazmi pun beri tau le...yg anak pakderis tu si ct..ade yg menaruh hati pdanye...tapi org tu takut ditolak n patah hati nye...dia cube nak mengawal tindak tanduk si ct..tapi bnda tu lebih bertenaga..menyebabkn ct jadi xtentu hala.....setelah dipulihkn segalanye.....sekrg ct ok dh kembali normal n kembali menjalankn rutin harian seperti sediakala...

p/s : kalau dh suker tu gentle je lah....jumpa mak ayah...ni x...buat benda2 yg merugikn diri sendiri..ermmm susah tul

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2009 11:53 AM | Show all posts
- Jangan lupa baca bismiLLAH sebelum makan
- Kalau nak elak santau baca "bismiLLAHillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un 'alim"
ismiulammraja Post at 2009-10-4 11:48


"bismiLLAHillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un 'alim"

wah selalu gak baca selawat ni ....ngan selawat syifa..bagus utk penawar hati n perasaan......

mna yang xtau tu kat astro 106 ade..tiap2 kul 7pm...nantikn lah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2009 11:56 AM | Show all posts
kalu da orang gantle nak pinag ko ko nak tak?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2009 11:59 AM | Show all posts
jgn lari topic huhhhuu.........,,,mudahan Allah menghidarkn kejadian misteri begitu dlm hidupku aminn..........
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 08:39 AM | Show all posts
hi pu3... byk nya citer... dah lama tka baca citer dr pu3.. hehehe.. best2...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 09:13 AM | Show all posts
Salam n moneng sume.. bnyk ah cite pu3 tepek.. masyeh pu3..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2009 07:27 AM | Show all posts
salam pu3
terima kasih kongsi cerita dgn kami semua
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 07:52 AM | Show all posts
salam semua...

pu3 takde citer ke ari ni.. citer yg semlam dah habis khatam..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 08:49 AM | Show all posts
salam kak pu3 dan sumer..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 09:35 AM | Show all posts
salam...gd morning semua,,,hai kak hani,,,how wau u
hai dik woni...im find tankka you
huhu holallala
pala bengung hari ni,,,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.470740 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list