CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zila_hakimie

KRU.. we Love & we Care about U..

  [Copy link]
Post time 20-12-2010 03:30 AM | Show all posts
Reply 818# zila_hakimie


    xpe la..rezeki dimana2...lgpun kt FFm tu dh menang besar...nnt kang ramai laknk berenti wat pilem kalo magika menang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2010 11:53 PM | Show all posts
takper la bg peluang kat orang lain plak... bukan kru jer karyawan kat mesia ni khennn?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 01:01 AM | Show all posts
lama xsinggah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 01:01 AM | Show all posts
busy okeh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 01:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by kru_mania at 21-12-2010 01:21

Maya akui dating dengan yusry






Bagaikan sudah lali dengan asam garam hidup sebagai seorang selebriti, pelakon, penyanyi dan model jelita, Maya Karin tiada jawapan lain selain daripada mengakui saja kepada pihak media bahawa dia pernah keluar bersama produser dan pelakon popular Yusry Abdul Halim sebagaimana yang digembar-gemburkan.

Bukan sekali, malah pelakon teater muzikal Natrah itu turut mengakui telah dua kali keluar bersama Yusry untuk menonton wayang di salah sebuah pawagam di Putrajaya.

Pengakuan itu dibuat sendiri oleh Maya apabila timbul gosip yang mengatakan dirinya dan Yusry telah keluar menonton wayang bersama-sama, baru-baru ini.

"Ya, memang betul saya keluar menonton wayang bersama Yusry. Kali pertama dulu, kalau tak silap saya iaitu 2 bulan lalu dan terbaru ialah dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Kami sama-sama pergi menonton filem Narnia.

"Bukannya tak mahu menonton di Kuala Lumpur, tapi kebetulan pula pejabat Yusry tak jauh dari Putrajaya. Daridapa dia datang ke Kuala Lumpur, apa salahnya saya sendiri ke sana. Tambahan pula saya senang ketika itu," terus terang Maya.

Dia ditemui pihak media sempena majlis perlantikannya sebagai duta terbaru produk minuman kesihatan InnerShine Prune Plus di Hotel Carcosa Seri Negara, di sini petang tadi.

Menjawab soalan portal murai.com.my bahawa pertemuannya itu ada kaitannya dengan urusan kerja atau mungkin berhubung projek filem besar terbitan KRU Studios, pelakon bermata bulat itu sama sekali menafikan.

Sebaliknya menurut Maya, pertemuan itu tidak lain hanyalah sebagai jalinan persahabatan yang telah lama termeterai sejak mereka dipertemukan menerusi sesi fotografi muka hadapan majalah Media Hiburan sekitar tahun 2001.

"Tak ada projek filem, kami hanya berjumpa saja. Adatlah sebagai kawan, bila berjumpa pasti banyak yang kami bincangkan. Ada berkenaan industri, kerjaya saya, kerjaya dia dan apa saja berkenaan kehidupan.

"Seperti juga tema-teman yang lain, kami akan keluar lebih kerap. Ikutlah keselesaan masing-masing. Kerana apa yang lebih penting sekarang, saya ikhlas berkawan dengannya. Bukan saja Yusry, tapi begitu juga dengan teman yang lain.

"Kami saling menyokong antara satu dengan yang lain. Dia sokong kerja saya dan sebagai kawan saya turut menyokong kerjayanya," kata Maya yang tidak mahu disalah ertikan keakraban mereka itu.

Sebagai wanita biasa, dia juga berhak menjalani kehidupan seperti mana manusia lain yang bebas menjalani aktiviti harian mahupun menonton wayang, tanpa sesekali perlu bersikap hipokrit dengan diri sendiri.

Bagaimanapun sebagai hamba Tuhan, dia tidak mahu menidakkan takdir illahi sekiranya suatu hari nanti jodohnya jatuh di tangan Yusry.

"Mungkin perkara seumpama itu akan terjadi dan mungkin juga tidak. Apa yang akan terjadi pada masa depan saya, sukar sukar untuk saya ramalkan. Apa yang penting sekarang, saya cuba sedaya upaya untuk menjadi diri sendiri.

"Saya sudah tak kisah keluar dengan sesiapa termasuk Yusry, meskipun secara terbuka. Soal berkahwin atau bercinta biarlah saya tolakkan ke tepi dulu. Kerana sebagaimana yang sedia maklum saya baru saja mengalami penceraian.

"Jadi untuk melihat saya berkahwin dalam tempoh setahun, itu tidak akan berlaku. Biarlah saya menjalani kehidupan 2011 dengan penuh ketenagan dan tiada gosip," katanya.


kredit kat umah sebelah...
nanges okeh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 05:24 AM | Show all posts
up up away...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2010 05:24 AM | Show all posts
mana suma orang???
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 05:27 AM | Show all posts
Maya terima Yusry
Post Last Edit by cikieda at 22-12-2010 20:04




SEJAK kebelakangan ini nama Maya Karin dan Yusry Abd. Halim digosipkan sedang bercinta gara-gara mereka berdua dilihat secara terbuka menonton wayang di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya baru-baru ini.

Menguatkan lagi dakwaan itu, mereka berdua juga tanpa segan datang berdua ke majlis tayangan perdana filem Khurafat di GSC, Mid Valley pada malam Isnin lalu, meskipun sedar pada majlis tersebut ramai pihak media yang hadir.

Maya yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta terbaru produk minuman kesihatan InnerShine Prune Plus di Hotel Carcosa Seri Negara beberapa jam sebelum majlis tayangan perdana itu berlangsung mengakui yang dia pernah menonton wayang sebanyak dua kali bersama Yusry.

“Kalau tidak silap saya ada menonton wayang dengan Yusry dua bulan lepas dan terbaru dalam dua minggu lepas, kami menonton filem (terbaru) Narnia di Alamanda. Kami menonton di sana sebab dekat dengan pejabat Yusry, daripada dia datang ke Kuala Lumpur baik saya yang pergi sana, lagi pun saya senang masa itu,” ujar Maya tanpa berselindung.

Justeru, filem Khurafat menjadi filem ketiga Maya menonton bersama Yusry!


Status Maya sebagai janda dan Yusry sebagai duda pastinya menimbulkan gosip apabila keluar berdua, tetapi tegas Maya mereka juga manusia biasa dan harus menjalani kehidupan seperti orang lain.


“Saya bukannya jenis orang yang minta pengurus belikan tiket wayang dan masuk wayang ikut pintu belakang. Susahlah hidup kalau begitu.


“Orang nampak kami sebab kami beli tiket wayang sendiri, bagi saya buat apa kami nak keluar sembunyi-sembunyi, kami juga manusia biasa dan ingin menonton wayang macam orang lain juga,” ujar Maya.


Disoal mungkinkah wujud hubungan istimewa antaranya dan Yusry, dalam tawa yang panjang, Maya menjelaskan bahawa hubungan dirinya dan Yusry tidak lebih daripada seorang teman.


“Kami kenal sudah lama, seingat saya pertama kali kami bertemu apabila digandingkan sebagai penghias muka depan majalah Media Hiburan sekitar tahun 2001. Tetapi kami jarang berjumpa sebab kesibukan dan selepas itu masing-masing sudah berkahwin.

“Sekarang kami berdua sudah tidak terikat dengan sesiapa, jadi saya tidak lihat keluar menonton wayang berdua adalah satu kesalahan.

“Persahabatan kami ikhlas tidak lebih daripada itu dan kami saling menyokong kerjaya antara satu sama lain,” luahnya yang tidak mahu hubungan persahabatannya itu disalah ertikan.



Maya Karin dan Yusry tidak dapat mengelak lensa kamera jurufoto yang merakamkan kehadiran mereka ketika menyaksikan filem 'Khurafat' di GSC Midvalley, Bangsar, malam Isnin lalu.


Remy Ishak dan Bront PalaraeBagaimanapun, Maya tidak menolak andai Yusry merupakan jodohnya pada masa depan kerana dia mengakui, Yusry mempunyai ciri-ciri lelaki yang sesuai untuk dijadikan calon suami.


“Ya, Yusry ada ciri-ciri lelaki dan suami yang saya idamkan dan saya tidak menolak andai dia jodoh saya. Tetapi saya baru sahaja bercerai, rasanya kalau mahu berkahwin lagi, perkara itu tidak akan berlaku dalam tempoh setahun akan datang.


Selepas kegagalan rumah tangga, saya lebih berhati-hati. Kalau bertemu dengan seorang lelaki, saya tidak akan terus berkahwin sebaliknya akan ambil masa yang panjang sebelum membuat keputusan untuk berkahwin,” jelas wanita berusia 31 tahun itu lagi.Apabila ditanya apakah yang menyebabkan Maya bersahabat dengan Yusry, jawabnya:


“Saya suka dia dan rasa selesa, tidak mungkin saya akan berkawan dengan orang yang saya tidak suka.“Dia juga seorang yang serius dan kami sering bercerita mengenai filem, mungkin itu yang menyebabkan saya senang berkawan dengannya.”Selain Yusry, menurut Maya lagi, dia juga mempunyai ramai sahabat lelaki yang cukup rapat dengannya antaranya aktor Remy Ishak dan Bront Palarae.



MAYA dan Yusry sudah tiga kali keluar bersama untuk menonton wayang


Justeru, untuk membuat kesimpulan bahawa Yusry merupakan lelaki yang paling dekat dengan dirinya buat masa ini adalah tidak tepat.

“Saya ramai kawan lelaki dan akan keluar dengan mereka jika saya ada masa. Begitu juga dengan Yusry, kami tidak ada satu ketetapan bila mahu berjumpa sebaliknya mengikut jadual kami, kalau ada masa terluang kami akan berjumpa,” tutur pelakon teater Natrah itu lagi.Bercakap tentang perkembangan kerjayanya, Maya akui perasaannya bercampur baur antara seronok dan sedih apabila meninggalkan tanggungjawab sebagai pengacara Nona yang diterajuinya selama setahun.


“Tahun 2010 memang tahun yang agak berat untuk saya, selain terlibat dalam teater, saya juga terlibat dengan dua filem. Jadi, ada masanya saya terasa terlalu penat untuk menjalani penggambaran Nona.


“Setelah setahun bersama Nona, saya rasa sekarang saya sudah serasi dengan produksi itu. Tetapi tidak adil untuk mereka jika saya datang ke penggambaran dalam keadaan penat.“Apabila pihak Nona mengatakan tempat saya akan diganti, saya tidak rasa terlalu berat hati kerana keputusan itu yang terbaik,” ujarnya.




kredit kat umah sebelah...
nanges lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2010 10:28 AM | Show all posts
Reply 828# kru_mania


    skali skale mak tgk pompuan ni cam desperate pon aderr........cuba la kalo bang chik pakai kancil ker viva ker....terima ker??......
i dont think so..........
pape pon EF gak lg better dr pompuan ni.......adek badek kru ni hidup tau majukan diri n bekerja jer.......xde sentuh bende2 haremmm....yg pompuan ni lak.kaki tonggang blh tahan........jaga kecantikkan kah kalo hisap rokok cam naga.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 01:08 PM | Show all posts


Credit kat blog diatas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 09:21 AM | Show all posts
abg chik sgt ensem.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 09:24 AM | Show all posts
tak jemunya memandang abg chik..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 09:25 AM | Show all posts
Reply 829# martiena

dia jah asyik pong pang sana sini khen..
Yusry ada bg statement bls tak..?

itulah. cuba klu Yusry pakai kancil second hand,
atau viva sambung bayar..

ada dia ni ndak?
huwaa.. sendu sgt..tak tertahan lagik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 09:31 AM | Show all posts
iols syg Yusry kekdahnya.
iols xnak dia kwen dgn sheols..
iols rasa cam nk doa dalam solat,
jangan satukan dorg.
tp, bolehkah doa cenggitu..
cam ada unsur2 jeles di situ...

iols pelik dgn diri sendiri.
iols dh ada somi..
tp, bila timbul cter cenggini,
iols jd x sedap duduk. cm nk drive p cyberjaya pon ada.

but.. what for??
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 09:39 AM | Show all posts
Reply 833# zila_hakimie


    xde nyer bang chik nk bagi statement..silap ari bln nnt bang chik ckp...."sy cuma isi masa lapang sajork....hahaha,,,,,,,terus iols berkompang kt opis dowg.....huhuhuhu.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 09:41 AM | Show all posts
Reply  zila_hakimie


    xde nyer bang chik nk bagi statement..silap ari bln nnt bang chik ckp. ...
martiena Post at 24-12-2010 09:39

klu uols main kompang,
iols pulok, goyang inul dpn opis iols.
tanda gembira.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2010 09:43 AM | Show all posts
Reply 836# zila_hakimie


    jom kita wat sesama nak...berselang seli kompang n goyang inulll dpn opis kt cyber tu....tlg la selamatkan yusry..xnak dia terkena plss....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 10:14 AM | Show all posts
Reply  zila_hakimie


    jom kita wat sesama nak...berselang seli kompang n goyang inulll dpn o ...
martiena Post at 24-12-2010 09:43

iols pon.. takut sgt dgn gosip yg satu nih..
tlg.. slmtkan Yusry kami.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 10:25 AM | Show all posts
kita adek badek blh berborak kt forem lak erh..nape x borak jer kt opis ke umah ker???...
motifff...haha...(avvy kita tu hah)
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 12:19 PM | Show all posts
Reply 828# kru_mania

dah mamat tu duit berkepuk mesti la terima dan "tak menolak"...
cuba klu tukang sapu ker, cleaner ker, mekanik ker...

iols tak kutuk yusry okeh... tp pompuan ni dok diam2 sudeh..
wartawan tanya, bg no komen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.342758 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list