CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

PERLUKAH AKU?

  [Copy link]
Post time 1-1-2012 02:02 PM | Show all posts
selamat tahun baru hj din dgn minah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2012 03:51 PM | Show all posts
bz ker sya...
still tunggu hj din dan minah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2012 09:37 AM | Show all posts
br msk keja ari ni, insyallah ari ni ada. cuma nak clear meja jap.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 11:10 AM | Show all posts
Sya,
Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali Bertugas.
Selepas bercuti dan merehatkan minda mesti banyak
idea2 yang gempak mengenai Hj. Din dan Minah utk kami di FC.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 11:15 AM | Show all posts
happy new year 2012...kak sya cepat la sambung dah rindu sangat nie hahahaha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2012 03:13 PM | Show all posts
show time....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-1-2012 03:16 PM | Show all posts
26

Suasana yang meriah tadi terus sepi. Umi pada mulanya terdiam kembali memaniskan muka. Begitu juga Mak Su. Aku pula yang terpinga-pinga. Angah dan Alang juga diam sejak tadi tetapi terkesan dari muka mereka yang tidak senang dengan kehadiran wanita tersebut. Aku melemparkan senyuman sebaik saja wanita itu memandang aku. Mungkin tetamu Mak Su agaknya. Tangan Haji Din yang erat mengenggam tangan ku terlerai sebaik sahaja perempuan itu menghulurkan salam untuk aku.

“Abang Din sihat?” tanya wanita itu pula pada Haji Din yang sejak tadi tidak menunjukkan riak. Mungkin saudara Haji Din jugak agaknya sebab itu dia kenal Haji Din. Aku hanya memandang dan menyaksikan telatah Haji Din yang tidak mengendahkan kehadiran wanita itu. Badariah sejak tadi tersenggih bagai kerang busuk.

“Errr..macam inilah seperti yang awak tengok.” Akhirnya Haji Din menjawab bila aku menyiku lengannya.

“Ohh..kenalkan ini isteri saya Aminah Amia.” Haji Din terus memaut bahu ku. Wanita itu bagaikan tergamam bila Haji Din berbuat demikian.

“Oh!” hanya itu jawapan dari wanita yang masih tidak aku ketahui namanya.

“Sayang, inilah Kak Zaida.” Terang Haji Din sambil tersenyum memandang aku. Ehh..Haji Din panggil aku sayang depan orang? Biar betul?

“Kak Zaida?” bisik aku sendiri. Macam aku pernah dengar nama itu. Lama aku memikirkan nama tersebut. Wait! Inilah bekas madu ku. Oppsss!! Bukan bekas sebab aku dengan wanita ini tidak pernah ada pertalian apa-apa. Inilah dia bekas isteri Haji Din. Dah tercakap orang putih kau Minah.

“Ohhh…jadi ini adalah…” tergantung ayat aku dan pandangan aku bersatu dengan Haji Din untuk mencari jawapan. Haji Din mengangguk tenang sambil matanya dikelibkan menyiakan kata-kata ku.

“Ohhh..maaf..Minah tak kenal tadi.” Luah ku dan Zaida yang nampak kaku tadi masih bertindak demikian. Mungkin tidak menyangka akan bertemu dengan aku disini.

“Duduklah Zaida. Kita makan bersama.” Mak Su menyelamatkan keadaan bila Zaida masih merenung Haji Din. Aku pula dah mula meresah.

“Iyalah Zaida, kita makan sama-sama. Saja je kami datang sini, nak kenalkan isteri Along dengan keluarga Mak Su.” Sampuk Kak Ngah sambil tersenyum. Kak Ngah dan Zaida sama umurnya menurut kata Haji Din dulu. Badariah dah tunjukkan wajah kelat bila Kak Ngah bersuara. Zaida dalam perkiraan ku masih teragak-agak dengan perlawaan ini.

“Duduklah Zaida.” Umi pula menambah. Mak Su dah serba salah dengan kehadiran Zaida dirumahnya. Aku perhatikan segera Mak Su menarik Badariah ke ruang dapur. Entah apa yang terjadi disitu. Pasti Mak Su melahirkan ketidak senang hatinya pada Badariah. Kan dah kena marah. Aku cuba menahan hati dari mengelabah bila berdepan dengan bekas isteri Haji Din. Aku mengambil mangkuk nasi dan mula menyeduk dalam pinggan Haji Din. Setelah itu Kak Ngah terus mengambil mangkuk tersebut dan dia menyenduk untuk semua. Mungkin Kak Ngah tidak mahu aku melayan Zaida dan tugasan aku hanya untuk Haji Din sahaja.

“Aminah Amia, saya nak lauk udang sambal itu.” Tunjuk Haji Din tanpa menghiraukan kehadiran Zaida disebelah Kak Ngah. Umi masih duduk berdepan dengan aku dan Haji Din. Abang Naim pula mengambil tempat di berdepan dengan Kak Ngah iaitu disebelah Haji Din kerana Zaida dah mengambil tempatnya. Meja berkerusi lapan ini memuatkan kami sekali gus. Pak Su masih dikepala meja.

“Cukup?” tanya ku pada Haji Din dan bertemu pandang dengan Haji Din. Wajah lelaki itu tetap tenang tersenyum. Tidak tergugatkah perasaannya bila bekas isterinya duduk semeja dengannya. Atau lebih tepat memandangnya seperti kehausan kasih sayang.

“Cukup!” luah Haji Din sambil menghulurkan tanganya pula untuk aku sirami dengan air basuh tangan. Teliti aku dengan tanggungjawab kerana aku tahu ada mata yang sedang mengawasi segala pergerakan aku. Kemudian aku mengambil sayur campur dan meletakkan dalam pinggan Haji Din kerana aku tahu Haji Din tidak suka makan nasi jika tiada sayur bersama sebagai menu dan juga sambal tumis ikan bilis ku. Tetapi takkan aku hendak usung semangkuk sambal tumis ikan bilis ku semata-mata memenuhi citarasa Haji Din. Pasti Mak Su tersinggung nanti. Gelas yang berisi air suam ku letak sebelah Haji Din. Setelah itu Haji Din mengangkat tangan dan mula membaca doa. Aku mengaminkan dan semua yang disekeliling mula menjamah nasi.

“Nah!” Haji Din meletakkan udang yang siap dikopek ke dalam pinggan ku. Aku hanya tersenyum menyambut layanan Haji Din. Kak Ngah dan Abang Naim berbual sesama sendiri dan tidak melayan Zaida. Kasihan pula aku melihatnya bila hendak mencapai lauk yang agak jauh darinya. Cuma Mak Su dan Umi sahaja yang melayannya.

“Akak nak sayur ni?” tanya ku pada Zaida yang sejak tadi memandang kami.

“Ermmm..bolehlah.” pinta Zaida teragak-agak. Haji Din tetap tenang menyuap nasinya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Aku menghulur bekas sayur yang kebetulan dekat dengan ku.

“Makan tak tunggu tau.” Tiba-tiba Badariah datang dan duduk berdekatan Kak Ngah dan Abang Naim. Hanya itu saja kerusi yang belum berisi. Dikuti Mak Su dibelakangnya. Ketika bertemu pandang, Mak Su seakan segan untuk tersenyum dengan ku. Mungkin malu dengan gelagat anak daranya itu. Bagai aku, ini tidak menjadi hal kerana aku cuma tetamu sahaja disini. Tuan rumah lagi berhak.

“Kak Zaida makanlah jangan malu-malu. Mak masak untuk Abang Din ni tau.” Sengaja Badariah mengedik. Aku rasa nak tercekik dengan ayat Badariah. Terus aku mengangkat wajah memandang Badariah dan Zaida. Badariah sempat menjeling pada aku sementara Zaida kelihatan seba salah. Terus aku pandang Umi. Seperti biasa Umi tetap tersenyum. Dengan senyuman Umi hati aku yang berdetak tadi kembali tenang.

“Sayang! Abang dah kenyanglah.” Bisik Haji Din dekat dengan telinga aku. Nasib baik aku tidak melatah. Terasa bergegar telinga bila Haji Din berbahasa demikian. Mungkin hendak menunjukkan kemesraan kami pada bekas isterinya kot. Aku pula yang tercemburu bila mendengar kata-kata dari Badariah sedangkan Haji Din langsung tidak memberi tindakbalas pada kata-kata tersebut.

“Minah belum habis lagi.” Aku pula berbisik. Sempat aku lihat nasi didalam pinggan Haji Din ada berbaki lagi.

“Kenapa tak habiskan nasi itu?” aku bertanya pelik.

“Cepat sikit, kita nak balik kemas baju.” Haji Din masih berbisik dengan aku dan tidak mengendahkan pertanyaan ku.

“Bagi Minah basuh pinggan dulu, kemudian baru kita baru baliklah.” pinta ku dan segera membasuh tangan Haji Din bila suami aku menunjukkan jari jemarinya yang bersalut dengan sisa-sisa nasi tadi.

“Okey! Tapi cepat sikit iya. Saya tak selesa disini.” Akhirnya Haji Din menyatakan kebenaran dari luahannya tadi. Kasihan suami ku bila berada dalam keadaan begini.

“Apalah pengantin baru ni berbisik-bisik?” usik Pak Su sambil tertawa kecil. Aku termalu dan baru menyedari yang ada lagi mahkluk ALLAH disekeliling kami.

“Tak ada apa-apa Pak Su.” Haji Din menjawab. Aku segera mengangkat pinggan Haji Din dan disatukan dengan pinggan aku. Pak Su pun menghulurkan pinggannya. Segera aku kedapur membawa pinggan yang kotor. Sebaik aku letakkan kedalam singki, Kak Ngah mengikuti langkah ku.

“Kak Long jangan kisahkan dengan dia orang berdua tu. Mungkin ini rancangan Badariah.” Bisik Kak Ngah. Aku termangu. Betul ke tanggapan Kak Ngah tentang kehadiran Zaida itu?

“Tak mengapalah Angah, mungkin kebetulan.” Aku menyedapkan hati.

“Mehlah, Angah tolong basuhkan. Kak Long pergilah duduk didepan dengan Along.” Ujar Kak Ngah sambil menolak aku pergi.

“Tak mengapalah. Kak Ngah pergi layan Ehsan dan Elina. Biar Along basuh pinggan ni sekejap.” Pinta ku dan sebaliknya aku yang menolak Kak Ngah. Setelah aksi tolak menolak yang mesra, Kak Ngah beralah meninggalkan aku.

“Lahhh…tinggalkan saja pinggan mangkuk tu Aminah, biarkan Badariah basuh nanti.” Ujar Mak Su pula sebaik saja dia melihat aku masih membasuh saki baki pinggan kotor.

“Tak mengapa Mak Su, sikit je ni.” Aku tersenyum melihat kekalutan Mak Su.

“Badariah ni pun satu. Ada ke tetamu pula mengemas.” Marah Mak Su.

“Alahhh…Mak Su, rumah saudara Minah jugakan.” Aku pujuk Mak Su dan wanita tua itu tersenyum dengan kata-kata ku.

“Mak Su nak ke depan sekejap. Lepas basuh pinggan ni, Aminah tinggalkan aje. Biar
Badariah kemaskan.” Arah Mak Su dan aku mengangguk faham. Mak Su keluar dan hanya aku sendirian di ruang dapur ini. Leka aku bermain buih sabun tanpa menyedari kehadiran Badariah dan Zaida sehinggalah sindiran dilemparkan.

“Tunjuk rajin betullah menantu baru Mak Ngah kita ni.” Sinis Badariah memerli. Aku mengangkat muka dan kelihatan Zaida dan Badariah tersandar di cabinet hujung. Aku melemparkan senyuman dan terus menyambung kerja. Aku tidak menghiraukan kehadiran kedua wanita tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2012 03:18 PM | Show all posts
“Kak Zaida tak rasa ke perempuan ni berlagak manja dengan Abang Din tadi?” Badariah sengaja hendak mengajak aku berperang dengannya. Aku hanya diam membisu.

“Bad tak sukalah ada orang antara akak dan abang Din ni. Menganggu ketenteraman sungguh.” Badariah masih dengan sikapnya. Kata-katanya membuat aku memandang tajam kedua mahluk di hujung sana. Menyampah dengan muka terhenggeh-henggeh ini. Kak Zaida tidak senang duduk dengan renungan aku tetapi Badariah menjuihkan bibir tanda meluatnya pada aku. Sepatutnya Kak Zaida ada perasaan malu kerana sekarang ini aku adalah isteri kepada bekas suaminya dan sepatutnya dia mesti hormat kedudukan ku. Adakah dia sudah menjadi orang gila talak dan meminta pertolongan Badariah untuk mendekati semula dengan Haji Din? Tak baik Minah membuat andaian begitu.

“Bad! Jom kita ke depan.” Aku terdengar Kak Zaida mengajak Badariah meninggalkan aku sendirian disini.

“Kejaplah kak, Bad belum puas beramah mesra dengan si Minah perempuan tak sedar diri ini.” Bentak Badariah. Aku tetap dengan kerja ku yang tinggal sedikit itu. Aku malas hendak melayan dua perempuan bodoh depan ku ini.

Ketika aku hendak meletakkan sebiji pinggan diraknya tiba-tiba badan aku ditolak.  Pinggan ditangan terlepas bila aku cuba menahan dari tersungkur. Habis pecah berderai pinggan tersebut bila terlepas dari peganganku.

“Oppsss…terlanggar pulak. Tak sengajalah.” Sinis Badariah menjawab. Aku dah terkejut dengan apa yang Badariah lakukan. Aku pandang pinggan yang dah berkeping-keping jadinya. Hilang bentuk dan diganti dengan kepingan kecil.

“Ya ALLAH Aminah! Kenapa ni?” Mak Su muncul dengan Umi dan dikuti Alang dibelakang.

“Minah tak sengaja Mak Su. Tangan Minah licin dan terlepas tadi.” Aku cuba memberi alasan dalam keadaan terketar-ketar. Aku tidak mahu menwujudkan persengketaan dengan Badariah apatah lagi ini kali pertama aku bertandang kerumahnya.

“Nanti Minah bersihkan.” Aku melangkah di antara kepingan pinggan tersebut.

“Jangan bergerak Minah! Nanti terpijak kaca.” Mak Su dah kelam kabut. Langkah aku terus terhenti. Terus Alang mengambil penyapu dan pengaut sampah dan membersihkan kaca-kaca itu.

“Nanti Minah ganti balik pinggan Mak Su iya.” Janji ku dan Mak Su hanya tersenyum. Kalau dengan mak pasti tamparan yang aku dapat. Layanan mak dan Mak Su amat berbeza sekali. Kalau dengan mak jangan diucap pasti ada benda yang melayang pada ku.

“Buat apa nak ganti Aminah. Murah saja pinggan tu. Lagipun pinggan tu dah lama dan banyak sumbingnya. Janganlah susah hati pasal pinggan ni.” Pujuk Mak Su. Umi datang dekat ku dan menarik aku duduk.

“Aduh!” tiba-tiba tapak kaki aku terasa benda mencucuk.

“Kenapa Aminah?” Umi dah tak senang hati dan memimpin aku yang terdengkot-dengkot. Alang terus keluar. Mak Su datang dekat dan membelek tapak kaki aku.

“Luka hah!” luah Mak Su sambil menunjuk pada Umi tempat luka tersebut. Badariah dan Kak Zaida membatu di hujung meja. Memerhati dengan perasaan yang tidak senang atas layanan Mak Su dan Umi.

“Alah sikit saja Mak Su.” Ujar ku dan menarik tangan Mak Su dari menyentuh kaki ku. Tidak baik orang yang lebih tua memegang tapak kaki kita bagi aku. Tidak sopan rasanya.

“Aminah Amia!” Tiba-tiba suara Haji Din dah kedengaran dari pintu yang memisahkan ruang dapur dan tamu. Pasti Alang yang memanggil Haji Din bila melihat kaki ku luka tadi. Aku mendongak dan tubuh Haji Din menerpa pada aku.

“Kenapa ni?” nada Haji Din kedengaran risau. Wajahnya menatap aku tajam. Tubuhnya dicangkungkan untuk melihat keadaan kaki ku.

“Minah terpecahkan pinggan dan terpijak kaca tapi tak teruk mana pun. Salah Minah sebab tak hati-hati.” Terang ku serba salah. Mak Su beranjak sedikit ketepi.

“Luka kat mana?” Haji Din terus membelek kaki aku.

“Sikit sahaja Haji Din, mungkin terpijak sepihannya.” Terang ku bersungguh-sungguh.

“Sini! Saya tengok.” Arah Haji Din bila aku cuba menarik kaki ku.

“Sikit saja.” Luah ku dan cuba menolak tangan Haji Din.

“Aminah Amia, saya nak tengok lukanya.” Keras Haji Din berkata bila melihat kedegilan ku. Wajahnya sudah mula bertukar riak. Aku terus terdiam.

“Aduh!” aku segera menolak jari Haji Din bila lelaki itu menekan sedikit tempat yang berdarah itu. Memang jika dilihat tiada apa-apa cebisan tu tetapi jika dilayangkan jari atasnya pasti terasa bagaikan ada benda mencucuk.

“Sakit Aminah Amia?” Haji Din dah rasa serba salah. Mungkin tidak menyangka tindakannya menyakitkan aku.

“Tak! Sedap.” Usik ku untuk mengusir rasa kerisauan yang terpamer diwajah Haji Din. Nampak sangat. Mak Su dan Umi dah tertawa melihat gelagat aku.

“Tengok tu, main-main.” Runggut Haji Din dan merenung ku tajam.

“Minah minta maaf. Sakit sikit sahaja.” Ujar ku lembut untuk memujuk Haji Din.

“Jom kita pergi klinik.” Arah Haji Din lantas berdiri depan ku.

“Sikit saja dan tak perlu sampai nak ke klinik.” Terang ku dan mendongak memandang Haji Din lagi.

“Aminah Amia tahukan kalau tak ke klinik nanti melarat dan kalau tidak diubati pasti kaki Aminah kena potong.” Lembut Haji Din memujuk. Pada mulanya aku nak ketawa bila Haji Din berkata demikian dan takkan luka terpijak kaca mesti ke klinik. Sapu minyak gamat pun dah boleh selesaikan masalah ini. Tetapi ayat terakhir buat aku tak senang duduk.

“Hah!” aku dah terkejut. Takkan sampai potong kaki kot. Dahi dah mula berpeluh.
“Haji Din nak takutkan Minahkan?” acah aku. Agak-agaklah kalau Haji Din bermaksud hendak bergurau.

“Bukan begitu maksud saya Aminah Amia. Bagaimana jika luka ini tidak mahu sembuh dan pasti melarat dan jalan terakhir mesti potong kaki.” Haji Din terus mengasak aku.

“Kalau begitu Minah nak cuba cabut dulu kaca tersebut.” Aku pula memujuk Haji Din. Aku akan cuba jalan terakhir sebelum menyerah kalah pada cadangan Haji Din. Umi dan Mak Su mengeluh. Badariah dan Kak Zaida masih setia menjadi penunggu dihujung meja.

“Mengada-gada.” Sempat aku terdengar kata-kata Badariah yang pasti ditujukan kepada ku. Haji Din terus mengangkat muka dan merenung tajam Badariah dan Kak Zaida.

“Haji Dinnn..Minah cuma perlukan sepit janggut saja.” Aku meraih tangan kiri sasa Haji Din untuk mengalihkan pandangannya dari terus merenung Badariah dan Kak Zaida. Aku tahu suami ku ini sedang cuba mengawal amarahnya. Aku tidak mahu wajah tenangnya dicemari dengan sikap Badariah dan Kak Zaida. Dan juga tidak mahu kenangan lama antara Haji Din dan Kak Zaida diungkap lagi. Lebih-lebih lagi dari mulut celupar si Badariah. Mungkin ada yang disampaikan Alang pada Haji Din tadi dan membuat lelaki itu lebih bimbang dari biasa.

“Untuk apa Aminah Amia?” Haji Din mengalihkan pandangannya dan aku balas dengan senyuman. Kerutan didahi Haji Din membuat aku tertawan untuk menatap lebih lama wajah suami ku ini.

“Adalah.” Ujar ku dan ia membuat Haji Din menyentik manja jari manis ku. Geramlah tu.

“Mak Su, ada tak sepit janggut?” aku terus bertanya pada Mak Su tetapi pautan tangan Haji Din masih kejap dengan jari jemari ku. Haji Din sudah tidak merasa malu dengan sesiapa yang sekeliling kami.

“Ada, kejap Mak Su ambil.” Terus Mak Su berlalu. Umi duduk sebelah ku.

“Boleh ke begitu Aminah?” Umi juga nampak risau.

“Insyallah Umi, Minah rasa boleh.” Jawab ku untuk menenangkan dua orang insan didepan ku.

“Kalau tak boleh saya akan bawa Aminah Amia ke klinik samaada Aminah Amia hendak atau tidak.” Haji Din sekali lagi tegas bicaranya. Aku hanya memandang minta simpati.

“Nah! Nak buat apa Aminah?” Mak Su teruja bertanya.

“Nak cungkil kaca ini.” Terang ku dan menekan tempat yang berdarah tadi dan cuba menyepit kaca yang halus itu.

“Aminah Amia buat apa ni?” marah Haji Din. Mungkin tidak menyangka tindakan aku ini. Sempat aku melihat dua makluk yang tidak mahu beredar itu. Seorang tersenyum mengejek dan seorang lagi asyik merenung suami aku.

“Minah nak cungkil kaca ni.” Terang ku gagap. Tak sangka Haji Din begitu marah bila aku berbuat begitu.

“Sakit nanti.” Haji Din terus mengambil sepit janggut tersebut dari tangan ku.

“Iya, Aminah. Sakit nanti.” Umi dah mula bersuara untuk meredakan keadaan.

“Sekejap saja Umi, bila dah keluar kaca itu pasti tak terasa sakit lagi.” Aku menerangkan pada Umi dan sekali gus memujuk Haji Din.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2012 03:22 PM | Show all posts
“Kalau tak berjaya, Aminah Amia kena ikut cakap saya. Kita akan ke klinik tahu.” Ugut Haji Din lagi dan aku terus mengangguk.

“Haji Din boleh tolong Minah tekan tempat ni tak? Minah nak sepit kaca ni.” Pinta ku pada Haji Din yang masih tidak mahu menyerahkan sepit janggut yang ada ditangannya.

“Nanti sakitlah sayang.” Haji Din pula memujuk ku dan Haji Din terasa ngeri untuk berbuat demikian.

“Sekejap saja. Nanti kalau tak cabut pasti melarat.” Aku pula mengajar Haji Din. Sebenarnya aku pernah melihat Kak Kirah melakukan demikian bila dia terkena kaca.

“Baiklah.” Akhirnya Haji Din bersetuju. Haji Din cuba menekan tempat yang berdarah tadi tetapi pada aku bukan menekan sebaliknya aku rasa Haji Din bagaikan tidak sampai hati pula hendak mengeluarkan tenaga lelakinya.

“Tekanlah kuat sikit Haji Din.” Ujar ku geram. Haji Din memandang ku tajam dan aku tersenggih bila menyedari kesilapan diri.

“Maafkan Minah.” Bisik ku lembut agar Mak Su dan Umi tidak mendengar bicara ku.

“Nakal!” Haji Din berbisik juga dan aku terus tersenyum lebar.

“Tekan lagi sekali tapi kuat sikit iya.” Ajar ku dan Haji Din dengan berat hati melakukan. Beberapa kali aku mencuba dan akhirnya keluar juga sepihan kaca tersebut. Haji Din terus mengambil tisu diatas meja dan membersihkan tapak kaki ku yang berdarah itu. Bukannya banyak mana pun. Haji Din yang risau lebih.

“Okey dah siap.” Ujar ku dan cuba bangun. Haji Din segera mencapai lengan ku. Takut aku terjatuh agaknya. Lelaki ini terlalu risau keadaan ku. Bagaimana agaknya kalau kecederaan aku lebih teruk tadi. Pasti tubuh aku segera dikejarkan ke hospital tanpa bersoal jawab dengan ku.

“Minah dah okey dan Haji Din tak perlu risau.” Luah ku dan Haji Din tersenyum dengan menarik nafas lega.

“Mak Su! Sepit janggut ni Minah ambik iya. Nanti Minah ganti yang baru.” Janji ku.

“Tak perlulah Aminah. Biar saja.” Mak Su menjawab.

“Sepit janggut ni dah kotor dengan darah Minahlah Mak Su. Nanti Minah belikan yang baru.” Ujar ku sambil memaut bahu Mak Su.

“Betul tu Mak Su, nanti Along belikan yang baru untuk Mak Su.” Haji Din pula berjanji. Aku tersenyum senang.

“Kami nak minta diri dululah Som. Nak masak sikit untuk bekalan esok pagi.” Umi menyampuk dan bangun menghampiri Mak Su.

“Bertolak pukul berapa ni?” Mak Su menyalami Umi dan memeluk tubuh Umi erat.

“Tak tahulah Si Along ni nak bergerak pukul berapa. Kami ikut saja. Dia yang nak bawa kami berjalan.” Umi menjawab sambil memandang aku dan Haji Din. Terserlah kegembiraan diwajah Umi sejak mula aku sampai disini.

“Abang Din nak kemana?” Tukang Sibuk dah menyampuk. Siap datang menghampiri kami lagi. Tadi lepas tolak aku, Badariah segera menjauhkan diri. Takut agaknya. Kalau aku mengadu pada Haji Din pasti perempuan ini kena. Dengan Kak Zaida sekali.

“Oh! Abang ada seminar di Johor Bahru. Lepas tu nak bawa Umi, Aminah Amia dan adik-adik berjalan sekali.” Terang Haji Din dan melangkah keruang depan. Aku mengikutinya disebelah.

“Kenapa tak beritahu Bad? Bad nak ikut! Nak ikut.” bagai anak kecil Badariah merenggek.
Terpegun aku dengan perangai Badariah. Memang jenis perempuan yang tidak tahu menjaga maruah.

“Heh! Tak malu ke nak ikut orang. Abang Din kau tu dah kahwin. Malulah sikit dengan Aminah isteri abang Din kau ni.” Mak Su menyergah Badariah. Kak Zaida hanya menundukkan diri. Terasa sama agaknya.

“Alah bukan apa pun. Bad pun tak ada benda nak buat.” Badariah cuba membela dirinya. Semakin meluat aku dengan perangai Badariah.

“Apa yang tak ada benda nak buat, bukan ke kain baju melambak tak dilipat kat atas tu. Yang kamu sibuk nak kacau pengantin baru ni kenapa?” Mak Su dah mula naik suara.

“Alehh…Kalau mak cakap Bad kacau daun, habis adik beradik Abang Din tu tak kacau daun ke?” Badariah masih nak memenangkan dirinya. Mengeleng kepala aku memandang Haji Din. Memang kurang ajar betul Badariah ini.

“Kamu sedar tak siapa kamu dengan Abang Din kamu ni? Kamu tu sepupu dia. Bukan adik beradik atau isteri dia.” Mak Su sudah merah mukannya. Menahan marah dan malu. Kak Zaida dah menikus.

“Alah bukan tak biasa pun. Masa dengan Kak Zaida dulu boleh saja Bad ikut kemana diorang pergi.” Bebel Badariah lagi.

“Rasa aku nak tangankan kau ni. Anak dara tak tahu malu.” Mak Su dah hilang sabar. Aku melihat wajah Mak Su dah tegang. Terus aku memandang keluar. Tak sanggup bertemu pandang dengan mereka. Terasa bagaikan Badariah dan Kak Zaida tidak menghormati aku sebagai isteri Haji Din. Macam aku tiada perasaan langsung.

“Dulu lain Bad, sekarang lain. Dulu tak sama dengan sekarang.” Keras Haji Din berkata. Kak Zaida yang menunduk tadi segera mengangkat wajahnya. Mungkin terkesan dengan kata-kata Haji Din. Aku masih mendiamkan diri. Biarlah Haji Din selesaikan masalah ini. Aku tidak mahu campur.

“Sudahlah Som, jangan bertekak anak beranak.” Umi segera memujuk bila melihat keadaan yang tidak terkawal.

“Taklah Kak, Badariah ni dah melampau sangat perangainya.” Keluh Mak Su pada Umi.

“Jom Aminah Amia. Kita jumpa Pak Su.” Haji Din lantas mengamit aku dekat padannya. Aku mengikuti langkah Haji Din setelah bersalam dan meninggalkan Mak Su bersama keluh kesahnya. Setelah meminta diri pada Pak Su, Haji Din menarik tangan ku menuju ke kereta. Mungkin tidak suka dengan perangai Badariah juga.

“Aminah Amia jangan kisah dengan mereka berdua. Yang penting kita buat apa yang kita rancang.” Bisik Haji Din dan aku mengangguk saja.

Haji Din membuka pintu untuk aku dan seperti biasa lelaki itu meletakkan tangannya atas kepala ku. Setelah aku selesa dibangku penumpang disebelahnya, barulah Haji Din menutup pintu untuk ku. Aku terkesan dengan pandangan Kak Zaida yang tidak berkelib memerhati segala layanan Haji Din pada ku. Raut wajahnya berubah mendung tidak seperti mula-mula kehadirannya tadi. Ceria. Bukan salah aku, bukan salah Haji Din dan bukan salah dia. Tetapi keadaan yang telah terbentuk begitu dan takdir ALLAH tiada siapa yang tahu. Aku boleh menghitung tetapi tidak boleh mematah. Jadi sebagai wanita yang sudah matang dia seharusnya dapat menerima suratan yang tertulis. Umi dah lama hilang dalam perut kereta Kak Ngah bersama Syukri dan Syahrul. Alang pula selesa duduk belakang aku sejak tadi.

“Jangan lupa datang lagi.” Pak Su bersuara. Haji Din mengangkat tangan melambai pada Pak Su dan Mak Su. Kak Zaida dan Badariah pula masih disitu dan  bagaikan tidak mahu bergerak dari menjadi penonton kami.

“Kak Long, apa sebenarnya terjadi kat dapur tadi?” belum sepelaung jauhnya Haji Din memandu, Alang dah bersuara.

“Jadi apa?” aku cuba menutup keresahan dengan berpura tidak memahami soalan Alang.

“Betul ke pinggan tu terlepas?” Alang masih mengasak bagaikan dia tahu apa yang terjadi.

“Alang! Kenapa tanya soalan begini?” Haji Din terus menyampuk.

“Taklah Long, Alang macam tak puashati dari tadi. Alang dah masak sangat dengan perangai Bad. Kami satu sekolah dan kawan sepermainan sejak kecil lagi.” Terus terang Alang berkata. Tiada selindung apa-apa.

“Maksud Alang?” Haji Din bagaikan berminat dengan bicara Alang.

“Badariah ada buat apa-apa dengan Kak Long?” soalan cepumas diutarakan pada ku.  Bingo!

“Buat apa pula? Takde apa-apa yang berlaku tadi.” Perlahan aku menjawab. Aku menunduk memandang jari jemari ku yang bertaut. Kalau boleh aku tidak mahu mengenang kembali apa yang terjadi tadi. Takut terlepas cakap nanti dan akan mengeruhkan keadaan. Tiba-tiba satu sentuhan mengenggam jari jemari ku. Tangan sasa itu membelai lembut jari jemari ku. Bertemu pandang dengan renungan Haji Din yang mengangguk memandang ku. Senyuman ku berikan untuk memberitahu Haji Din secara halus bahawa aku masih kebal dengan cabaran Badariah tadi. Aku tidak akan mengalah dengan apa yang Badariah lakukan tadi dan tidak sesekali beralah. Haji Din suami ku dan akan terus menjadi suami ku sehingga takdir memisahkan kami.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2012 03:23 PM | Show all posts
Sebaik sahaja sampai dirumah, aku terus berlalu ke dalam bilik untuk menunaikan solat Isyak yang masih terhutang. Haji Din pun begitu. Kami tidak menunggu lama. Di rumah Mak Su tadi tidak betah rasanya untuk mengerjakan solat bila berada dalam keadaan yang tidak selesa.

“Duduk sini Aminah Amia.” Pinta Haji Din sambil menepuk tilam katil. Aku hampiri Haji Din dan melabuhkan punggung ku disebelahnya. Haji Din merenung ku tanpa bersuara dan ia membuat aku tidak senang duduk. Aku sudah hampir mengenali sikap Haji Din bila lelaki ini berada dalam keadaan yang tidak tenang dan marah. Dari air mukanya memang sesiapa sahaja akan berkata bertapa ‘cool’ nya lelaki ini. Amukan dalam jiwanya tiada siapa yang tahu.

“Minah ada buat salah ke?” tanya ku tidak sabar bila Haji Din masih membisu merenung ku. Telus tanpa halangan.

“Iya!” jawab Haji Din sepatah. Sekali gus membuat aku tertunduk takut. Aku sudah jangkakan sejak dari dalam kereta tadi bahawa Haji Din dapat mengesan rasa tidak tenang aku tadi.

“Minah minta maaf.” Aku terus memohon kata kemaafan dari suami ku tanpa menunggu lelaki ini mengungkap apa kesalahan ku.

“Apa alasan Aminah Amia isteri saya merahsiakan tentang kejadian yang sebenar?” tegas Haji Din berkata tanpa mengalih arah pandangannya.

“Errrrmmm…errmmm…” aku tidak ada jawapan yang pasti tentang soalan itu.

“Aminah Amia isteri saya, tiada rahsia antara kita berduakan.” Pujuk Haji Din  tetapi suaranya masih tegas kedengaran.

“Sebenarnya bukan niat Minah nak rahsiakan apa-apa dari Haji Din.” Keluh ku.

“Jadi mengapa pula Aminah Amia isteri saya tak menceritakan hal yang sebenarnya?” Haji Din masih menyerang. Aku terdiam.

“Aminah Amia, saya masih menunggu jawapan dari isteri saya ini.” Suara Haji Din yang mengendur membuat aku seakan sebak.

“Minah tidak mahu membuat Haji Din malu dengan sikap Badariah pada Minah. Bagi Minah selagi boleh Minah tahan, Minah akan tahan. Apalah yang boleh dibuat oleh Badariah pada Minah. Yang lagi teruk Minah dah lalui.” Bicara ku bersama sebak bersisa. Bukan aku mendabik dada dengan segala kata nista dan umpat keji Badariah, semua itu tidak menjadi kudis pun kerana aku pernah mengalami dengan layan mak yang lebih teruk dari ini.

“Aminah Amia isteri saya.” Haji Din terus menarik aku dalam pelukannya. Tangan Haji Din mengusap perlahan dibelakang ku.

“Aminah Amia isteri saya, bagi seorang suami kebahagiaan isterinya adalah sesuatu perkara yang berharga dalam hidupnya. Bila melihat senyuman seorang isteri sekali gus ia memberi isyarat pada seorang suami yang dia berjaya dalam menjalankan tanggungjawabnya. Tetapi bila seorang isteri derita dalam senyuman ia akan membuat hati suaminya merana. Fahamilah jiwa saya Aminah Amia.” Haji Din bersuara dan lelaki itu berjaya membuat aku mengalirkan airmata.

“Maafkan Minah, Haji Din.” Entah kenapa aku terasa berdosa pula.

“Aminah Amia isteri saya tidak bersalah sayang. Malah saya berbangga dengan kasih sayang yang Aminah Amia saya tunjukkan pada saya.” Ujar Haji Din dan menarik aku menatap wajah tenangnya.  

“Saya tahu Aminah Amia saya sesekali tidak akan menjatuhkan maruah saya sebagai suaminya tetapi saya berharap sangat jika Aminah Amia saya tidak merahsiakan apa-apa dari saya walaupun ia amat payah untuk saya telan.” Luah Haji Din lagi sambil menarik aku bersandar didada bidangnya.

“Minah tidak mahu Haji Din susah hati.” Alasan ku berlandaskan dengan keadaan Haji Din yang akan pasti bersemuka dengan Badariah jika dia tahu yang Badariah memulakan sengketa tadi.

“Hati saya lagi susah bila dapat tahu Aminah Amia saya tidak gembira.” Haji Din betul-betul pandai bermain kata hingga tiada alasan untuk aku berikan.

“Haji Din nak minum? Minah nak keluar ambil air.” Aku cuba menamatkan perbincangan ini dan tidak mahu menyentuh perkara yang akan membuat Haji Din berfikir panjang. Aku mahu suami aku tidur dengan tenang malam ini. Biarlah perkara tadi menutup hari ini.

“Pandaikan nak ubah topic.” Haji Din mencuit hidung ku bersama senyuman lebarnya. Renungannya memahat segala tindakan aku hingga aku termalu sendiri. Bibir basah Haji Din yang tidak pernah menyentuh seputung rokok terbias susunan mutiara putihnya.

“Nak tak?” aku tersenggih bila menyedari Haji Din masih merenung ku sejak tadi.

“Saya tidak mahu air tetapi saya mahu Aminah Amia memberi hak saya malam ini. Boleh?” Pinta Haji Din dan ia membuat pipi aku memerah. Patutlah lelaki ini merenung aku sejak tadi. Tak sangka penutup pada perbincangan ini ada lagi perkara yang Haji Din ajak bincang. Kalau aku tahu pasti aku meneruskan perkara ini dibicarakan.

“Aminah Amia saya?” Haji Din masih merenung aku bersama senyuman lebarnya. Ada pulak boleh tanya demikian, malulah Minah ni wahai Haji Din oiiii…..

“Ermmm…ermmm…” gagap dengan kata-kata aku sendiri.

“Kenapa?” Haji Din bagaikan sengaja nak mempermainkan aku.

“Ermm..” aku masih tidak dapat berkata-kata. Dalam bab ini aku pasti kalah dengan Haji Din.

“Aminah Amia pergi ambil air dulu tapi jangan lupa masuk bilik semula.” Usik Haji Din. Tak jadi aku hendak keluar bila Haji Din masih mengiat aku.

“Haji Din ni….” Luah ku geram. Haji Din dah ketawa.

“Jom sayang, kita keluar kejap. Kita jalan-jalan.” Ajak Haji Din sambil menarik aku bangun.

“Malam-malam nak keluar? Nanti Umi marahlah.” Ujar ku lalu mengikuti langlah Haji Din.

“Tak mengapa, nanti saya cakap dengan Umi. Aminah Amia saya pun tidak pernah tengok pemandangan malam hari kat sinikan.” Terang Haji Din.

“Boleh Minah tanya sesuatu?” Aku menarik Haji Din yang mahu melangkah ke pintu.

“Apanya Aminah Amia saya?” Haji Din terus mendakap aku. Terlebih mesra pula Haji Din malam ini.

“Kenapa kadang kala Haji Din bahasakan diri ‘abang’ pada Minah. Haji Din hendak Minah tukar nama panggilan ke?” tanya ku terus. Sejak dari rumah Mak Su aku hendak bertanya.

“Tidak perlu. Saya selesa dengan panggilan Aminah Amia pada saya, cuma sesekali saya terasa hendak berbahasa demikian dan terasa hendak menunjukkan kasih sayang saya pada Aminah Amia saya.” Ujar Haji Din sambil membelai rambut aku dan kucupannya didahi ku membuat aku terasa benar-benar kasih sayang Haji Din padat untuk ku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2012 03:25 PM | Show all posts
“Jom sayang, kita keluar dating.” Usik Haji Din dan pelukan dileraikan.
Ketika meminta kebenaran dari Umi, adik-adik Haji Din menjerit hendak mengikut. Tidak terkecuali Ehsan dan Eliana. Haji Din tidak tercakap apa. Kepalanya digaru berulang kali. Aku dah tersenyum.

“Along nak bawa menantu Umi ni kemana?” Umi yang duduk disofa mula bertanya.

“Jalan-jalan saja Umi. Tak keluar kereta pun. Round kat pekan saja.” Haji Din masih berusaha menagih simpati Umi. Macam anak kecil meminta kebenaran keluar bermain pula. Sweet sangat bila aku melihat kemesraan antara ibu dan anak.

“Jadi bolehlah kami ikut.” Alang dah mula merenggek. Anak kecil satu lagi.

“Umiiii…” Haji Din pula merenggek. Aku dah tergelak. Kalah kanak-kanak Rebina pulak. Manja kemain dengan Umi.

“Baiklah, cepat balik. Esok kita nak berjalan jugakan.” Akhirnya Umi memberi kebenaran. Tercuit hati ku bila melihat layanan Umi dan sikap perlindungnya pada anak-anaknya. Meskipun dah besar panjang, layanan tetap macam anak-anaknya masih kecil dan anak-anak Umi tetap menghormati Umi sehingga kini.

“Umi! Kami boleh ikut tak?” Syukri dah mula panas bontot bila Umi tidak menyentuh hajat mereka pun.

‘Tak boleh! Biar Along dengan Kak Long kalian saja yang keluar. Yang lain temankan Umi.” Begitu sporting Umi. Haji Din dah ketawa besar. Bagaikan dapat gula-gula lagaknya. Aku hanya mampu mengeleng kepala saja.

“Along janji balik cepat. Umi nak makan apa-apa tak?” Sengaja Haji Din membeli hati Umi. Yang lain dah tarik muka masam.

“Kak Long, bolehlah kami ikut.” Alang memeluk bahu untuk membodek.

“Aminah Amia saya, jangan terpengaruh dengan kata-kata mereka. Malam ini kita keluar berdua saja.” Siang-siang Haji Din dah beri amaran.

“Sorry Alang, suami Along tak benarkan. Maaf iya.” Serba salah aku hendak berkata.

“Along memang kedekut!” ujar Alang geram. Haji Din hanya tersenyum.

“Aminah! Pergilah salin baju. Kalau dilayan budak-budak ni sampai sudah kamu tak keluar.” Arah Umi. Aku terus angkat kaki masuk kedalam bilik. Selesai menyalin baju tshirt berlengan panjang dan seluar jeans yang dibelikan Haji Din, aku terus keluar menunggu Haji Din bersiap pula.

“Kita nak kemana ni Haji Din?” tanya ku bila kereta bergerak perlahan dipandu Haji Din. Aku melihat jam di dashboard yang bergerak ke angka sepuluh malam. Tak pernah aku keluar lewat sebegini. Kalau dengan mak pasti patah kaki aku dikerjakan.

“Jalan-jalan, saya nak bawa Aminah Amia melihat tempat saya dibesarkan.” Luah Haji Din sambil sekilas memandang ku dengan senyumannya. Aku hanya mengangguk. Apa yang aku lihat hanyalah rumah-rumah kampong yang gelap. Pada perkiraan ku pasti penghuninya ada yang sudah dilambung mimpi indah. Haji Din pula malam-malam nak bawa aku berjalan. Dalam gelap mana nak nampak permandangan indah. Permandangan seram adalah. Setelah hampir dua kilometer kami bergerak, sebuah pekan kamu lalui. Kalau tidak salah aku, disinilah Haji Din membawa aku membeli keperluaan barangan basah dengan Umi siang tadi.

“Ini pasar kita pergi tadikan Haji Din?” aku bertanya untuk kepastian.

“Iya! Sinilah pasar yang kita pergi pagi tadi. Bagus ingatan Aminah Amia saya.” Puji Haji Din. Aku hanya tersenyum malu. Gatal kau Minah!.

“Lihat itu!” Haji Din mengunjukkan satu bangunan tiga tingkat bertentangan dengan kami. Dari biasan cahayanya, jangkaan ku warna yang dicat adalah warna oren.

“Dibangunan itulah saya bersekolah dulu hingga ke tingkatan enam atas.” Terang Haji Din sambil memberhentikan kereta Vios hitamnya dibahu jalan.

“Ohhh…Haji Din sekolah sampai tingkatan enam?” tanya teruja. Iyalah aku tidak pernah sampai ketahap itu. Habis SPM terus duduk rumah. Walaupun aku layak nak sambung belajar tetapi memandangkan ketika itu abah dah jadi pak turut pada mak, segala-galanya musnah.

“Iya! Seronok tahu masa itu. Iyalah kiranya masa itu dah pro universiti. Tapi kita kena lalui satu peperiksaan besar lagi yang melayakkan kita betul-betul boleh masuk universiti.” Terang Haji Din lagi. Aku hanya mendengar kata-kata Haji Din.

“Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia kan Haji Din?” teruja dengan bicara Haji Din.

“Betul! Kemudian saya teruskan pengajian saya ke Universiti Teknologi Malaysia.” Cerita Haji Din lagi. Aku memandang kebangunan lama tersebut. Jadi disinilah suami aku mencari ilmu dan menjadi seseorang di pejabatnya.

“Seronokkan Haji Din dapat belajar ke menara gading.” Teruja ku sama. Pandangan kami bertembung.

“Aminah Amia tak nak sambung belajar lagi ke?” pertanyaan dari Haji Din membuat aku terdiam. Siapa yang tak mahu kejar cita-cita jika ada kesempatan. Semua orang pasti mempunyai jawapan seperti ku.

“Aminah Amia, dengar tak saya bertanya tadi?” mungkin melihat aku terdiam Haji Din bertanya lagi.

“Dengar!” sepatah aku menjawab dan mengeluh perlahan.

“Ada jawapan?” Haji Din menarik jari jemari ku bila melihat aku mengeluh tadi.

“Siapa yang tidak mahu belajar hingga ke menara gading tetapi Minah rasa dah terlewatlah Haji Din. Otak dah beku.” Jawab ku sambil tersenggih.

“Apa yang terlewatnya sayang. Semua orang boleh belajar. Ada tu orang tua dah bercucu pun masih berkepit dengan buku lagi tau.” Terang Haji Din.

“Kalau Aminah Amia nak sambung belajar semula, saya benarkan. Saya boleh uruskan dengan kolej swasta berdekatan dengan rumah kita. Di Taman Maluri pun ada Kolej YTP.” Ikhlas Haji Din berkata dan ia buat aku terharu. Bertapa mulianya kasih Haji Din pada ku.

“Minah rasakan Haji Din, tidak perlulah. Mungkin tak ada rezeki Minah nak jadi orang bijak pandai. Biarlah Haji Din seorang saja yang pandai dalam rumah kita. Kalau dua-dua pandai,  pasti ada pertingkahan pendapat pula. Mesti Minah kena buli je masa tu.” Usik ku dan menyampaikan maksud yang tersirat. Tidak perlulah aku menyusahkan Haji Din yang telah memberi sinar baru dalam hidup aku ini.

“Siapa pula nak buli isteri saya Aminah Amia ini. Saya tak sampai hati nak buat begitu tau.” Rajuk Haji Din dan mungkin tersinggung dengan kata-kata usikan ku tadi.

“Minah gurau saja Haji Din, Minah tahu Haji Din sayang sangat dengan Minah.” Ujar ku dan mendekatkan tubuh ku ke Haji Din. Terlupa seketika dimana kami berada.

Ketika itu ada ketukan dicermin kereta disebelah Haji Din. Terkejut aku ketika lampu suluh dihalakan kedalam kereta. Jantung dah mula bergerak laju.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2012 03:27 PM | Show all posts
“Kami polis, buka pintu.” Suara mengarahkan Haji Din semasa menurunkan sedikit cermin kereta.

“Boleh saya tengok kad kuasa encik?” tenang Haji Din berkata. Tiada nada kelam kabut. Setelah berpuas hati, Haji Din mula menekan lock kereta.

“Haji Din, Minah takut.” Aku memegang lengan Haji Din sebelum sempat lelaki itu keluar.

“Minah tak perlu takut, memang mereka polis betul.” Ujar Haji Din.

“Maaf encik, boleh suruh yang perempuan itu keluar sekali. Kami nak buat pemeriksaan.” Seorang polis berpangkat sarjan mengarahkan Haji Din.

“Aminah Amia, keluar sekejap.” Pinta Haji Din. Aku yang ketakutan tidak dapat bergerak. Lemah anggota badan. Polis tu! Selama ini nampak dari jauh pun dah takut, walaupun aku tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. Inikan pula ditahan ditengah jalan.

“Aminah Amia, mari keluar sekejap.” Entah bila Haji Din dah buka pintu disebelah aku. Tangan sasanya mengenggam jari jemari ku.

“Kenapa sejuk sangat ni? Takut?” Haji Din bertanya bila merasa tangan aku sejuk sedingin salji. Haji Din tetap tenang.

“Errmm..”ujar ku hampir tidak kedengaran.

“Minta IC encik.” Seorang dari dua orang polis itu mula menjalankan tugas bila melihat aku sudah berdiri disebelah Haji Din.

“Yang perempuan sekali iya.” Polis muda meminta IC aku pula setelah menyemak IC Haji Din. Manakala polis yang berpangkat Sarjan hanya memerhati.

“Wallet Aminah Amia mana?” Haji Din bertanya bila melihat aku diam membisu.

“Ada dalam kereta.” Aku hanya boleh menjawab tanpa bergerak. Teruknya kau Minah.

“Sekejap encik, saya ambil wallet isteri saya.” Pinta Haji Din dan terus masuk ke dalam kereta semula.

“Siapa itu?” tanya polis muda itu.

“Hah!” aku termangu. Dah macam orang bodoh pula.

“Siapa lelaki itu?” polis muda itu terus mengasak. Wajahnya yang agak kelam sukar aku meneleknya.

“Oh! Suami saya.” Jawab ku pendek.

“Betul ke?” macam tak puas hati saja polis muda tersebut. Aku terus memandang polis muda tersebut. Aku dah mula tak suka dengan keadaan ini.

“Kenapa?” Haji Din terus bertanya bila melihat aku dalam keadaan tidak selesa dan tegang.

“Dapat IC Minah?” terus aku bertanya tanpa menghiraukan pertanyaan Haji Din. Aku mahu hal ini selesai secepat mungkin. Aku mahu meninggalkan kawasan ni, balik dan tidur.

“Ada!” Haji Din menyerahkan IC aku kepada polis muda tersebut.

“Ini siapa?” polis muda itu bertanya pula pada Haji Din.

“Isteri saya.” Jawab Haji Din dan memandang aku yang bergerak ke belakang Haji Din. Aku menyampah dengan polis muda itu. Kerek semacam. Boleh pula sangsi antara aku dan Haji
Din.

“Betul ke?” semacam saja nada polis itu.

“Kenapa encik tak percaya?” Haji Din pula mengasak polis muda itu.

“Tak adalah, saya hanya menjalankan tugas. Berada berdua-dua dalam keadaan gelap boleh mengundang kecurigaan.” Terang polis muda itu untuk membela diri.

“Benar ini isteri saya.” Terang Haji Din tetapi suaranya naik dua nada.

“Haji Dinnn…” aku cuba menenangkan Haji Din yang sudah naik tone nadanya.

“Hah! Panggilan pun lain.” Sengaja polis muda itu hendak memanaskan keadaan.

“Salah ke isteri yang saya sah  nikahi  hendak memanggil saya dengan panggilan itu?” Haji Din dah tak tenang.

“Ada kad nikah?” tanya polis itu. Haji Din segera mengeluarkan kad nikah kami yang memang dibawa kemana pergi.

“Jauhnya umur.” Tanpa sedar polis muda itu sudah terlepas cakap. Aku dan Haji Din sempat terdengar kata-kata polis itu.

“Jodoh ALLAH yang tentukan. Saya hanya manusia biasa.” Sedas Haji Din menembak. Tangan Haji Din terus mengenggam jari jemari aku untuk meredakan keresahan ini.
Mungkin tersindir dengan kata-kata Haji Din, polis itu terus bergerak ke arah polis yang berpangkat tadi.

“Minah takut.” Sekali lagi aku menyampaikan keresahan hati pada Haji Din.

“Tak perlu takut sayang, saya ada.” Haji Din memujuk aku.

“Kenapa lambat sangat?” tanya ku pada Haji Din yang kembali tenang menghadapi keadaan ini.

“Biasalah, mereka menjalankan tugas. Aminah Amia tunggu sekejap. Lepas tu kita terus balik. Okey!” Haji Din memujuk. Aku hanya mengangguk dan berharap Haji Din tidak meninggalkan aku sendirian.

“Ada sijil nikah?” polis yang berpangkat Sarjan itu terus bersuara bila mendekati kami.

“Sijil nikah?” Haji Din terus bertanya. Takkan nak bawa sijil berbagai keluar rumah. Agak-agaklah.

“Iya encik, sebab sekarang ini banyak sangat kes penipuan. Jadi kami terpaksa memeriksa dengan detail.” Terang polis berpangkat Sarjan itu lagi. Haji Din dah meraup rambutnya beberapa kali. Nampaknya Haji Din dah gelisah. Jangan Haji Din kembali marah sudahlah. Suami aku ini kalau dah keluar aura tegasnya boleh tahan juga rentaknya. Sijil nikah pun nak tengok. Bukan kami nikah kat Siam. Jauh Siam dengan Johor lah. Lainlah kalau sindikit nikah luar kawasan ini dah bertukar ke Singapura pula.

“Tapi kami tak bawa.” Ujar Haji Din resah. Ketenangan yang dipertahankan seakan rebah juga.

“Salinan pun tak ada?” tanya polis itu lagi.

“Tak adalah encik.” Jujur Haji Din menjawab.

“Kalau begitu, kami kena bawa encik berdua ke balai atas kesalahan berdua-duaan ditempat gelap. Walaupun kad nikah ditunjukkan tapi ini tidak boleh membuktikan encik berdua suami isteri.” Lembut polis sarjan itu berkata.

“Balai!” aku dah terkejut beruk. Tak pernah seumur hidup aku menjejaki ke balai. Pasti Umi sakit jantung bila mendengar berita ini.

“Encik, kami memang suami isteri. Saya bawa isteri saya berjalan-jalan tengok tempat lahir saya.” Bersungguh-sungguh Haji Din menerangkan duduk perkara. Aku dah pegang lengan Haji Din kejap. Sesekali Haji Din memandang aku yang sudah pucat lesi.

“Tak boleh encik, kalau ada sijil nikah boleh juga saya pastikan.” Polis sarjan cuba berkompromi. Aku seakan ingat-ingat lupa pasal sijil nikah ini. Nanti!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2012 03:28 PM | Show all posts
“Haji Dinnnn…” panggil ku perlahan. Ada benda yang hendak ku katakan.

“Kejap Aminah Amia, jangan takut.” Pujuk Haji Din untuk ku.

“Haji Dinnnn…” aku cuba menarik lengan Haji Din.

“Sekejap sayang. Hal ini akan selesai.” Haji Din cuba meredakan keadaan.

“Minah nak wallet Minah.” Pinta ku dan Haji Din terpegun. Mungkin pelik dengan sikap aku agaknya. Dalam keadaan terdesak aku merenggek pula.

“Ada dalam dash boarh.” Jawab Haji Din yang masih berhadapan dengan dua orang angota polis itu.

Aku terus masuk ke dalam kereta dan mencari wallet aku semula. Dari celahan wallet itu aku mengeluarkan sekeping kertas salinan. Ini boleh berguna agaknya. Terus aku mendapatkan Haji Din.

“Haji Din ini boleh guna tak?” tunjuk ku pada Haji Din. Tangan sasa Haji Din terus mencapai dan merenung kertas itu. Senyuman Haji Din memekar bila melihat isi kandungan tersebut.

“Boleh guna tak salinannya?” Haji Din terus bertanya . Polis itu terus menilik isi kandungan itu dan mencatitkan sesuatu dalam buku notanya.

“Memang boleh encik sebab itulah saya minta salinannya dari tadi. Baiklah, kami lepaskan encik. Nasihat saya encik, kemana-mana encik pergi bawalah salinan sijil nikah sekali. Kalau tidak masalah begini sukar nak selesaikan. Memandangkan isteri encik ini terlalu muda dari encik. Pasti banyak salah faham nanti.” Terang polis itu lagi. Haji Din hanya mengangguk lega.

“Baiklah, terima kasih banyak encik.” Haji Din bersalam dengan polis tersebut. Kemudian Haji Din menarik aku masuk kedalam kereta. Malas hendak berlama-lama disini.

“Dimana dapat salinan sijil nikah ni?” tanya Haji Din bila enjin kereta dihidupkan.

“Minah baru teringat hari tu Kak Kirah Photostat dan suruh Minah simpan dalam wallet.” Terang ku pada Haji Din. Masih tergiang-giang kata-kata Kak Kirah menyuruh aku menyimpannya. Dengan alasan takut orang tak percaya Haji Din itu suami aku memandangkan umur aku dah Haji Din jauh bezanya.

“Kenapa Aminah Amia simpan pula. Takut orang tak percaya saya ini suami Aminah Amia ke?” duga Haji Din. Macam dapat baca apa yang ada dalam fikiran aku ini pula.

“Iyalah, nasib baik Minah ada bawa kalau tidak pasti kita kena tahan kat balai polis.” Luah ku tanpa menghiraukan nada Haji Din yang semacam berjauh hati itu.

“Tua ke saya untuk Aminah Amia dan saya tak layak untuk Aminah Amia ke?” aku pandang Haji Din yang berkata demikian. Alamak! Sudah salah tembak.

“Minah minta maaf. Bukan niat Minah nak cakap begitu. Minah minta maaf banyak-banyak. Minah yang tak layak untuk Haji Din yang baik ini.” Terus aku menarik jari jemari kiri Haji Din lantas mengucupnya berkali-kali. Hati suami ku dah tergores dengan kata-kata tak ingat
aku ini. Maafkan Minah Haji Din.

“Bukan Aminah Amia isteri saya yang tak layak. Saya yang sebenarnya tak layak bergandingan dengan Aminah Amia saya ini.” Sekali lagi hati Haji Din merudum.

“Haji Din jangan cakap begini. Haji Din dah kata Aminah Amia isteri Haji Din  jadi Haji Din layak untuk Minah. Minah saja yang banyak kekurangan.” Aku dah mula tersedu.

“Janganlah menangis Aminah Amia isteri saya. Tiada niat nak membuat Aminah Amia saya terasa hati. Saya hanya menyampaikan perasaan saya. Tiada niat lain.” Pujuk Haji Din sambil tangan kirinya membelai kepala ku berkal-kali. Sementara tangan kanannya tetap memegang stereng kereta. Siapa yang terasa hati yang sebenarnya. Aku atau Haji Din?

“Lain kali janganlah cakap begini. Umur Minah memang muda tapi dapat suami macam Haji Din buat Minah gembira.” Jujur aku menjawab. Sendu dah terhenti.

“Tak mengapalah, mungkin ada hikmah disebaliknya. Ia memberi iktibar atas kelalaian kita sendiri.” Pujuk Haji Din bila aku beriya-iya meminta maaf dengannya.

“Kita balik sayang.” Luah Haji Din sambil menarik aku rapat dengannya. Aku menolak perlahan.

“Kenapa?” terus Haji Din bertanya.

“Takut polis tangkap.” Aku menjawab dan tak sangka ia mengundang ketawa besar Haji Din.

Tak betul ke apa yang aku cakap. Nanti tak pasal-pasal kami kena tahan lagi. Tidur lokap pula nanti. Sekali lepas tak semestinya kedua kali. Haji Din masih tertawa bila melihat aku terpinga-pinga dan kali ini tawanya tidak berhenti. Setiap kali bertemu pandang pasti tawanya pecah. Buat aku bengangnya. Haji Dinnnn….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2012 03:28 PM | Show all posts
cukup iya???
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:07 PM | Show all posts
kak SYa...
Sukeeeeee... sangat
tq....
Tapi gerammmmm sangat2 ngan Bad.. jaht giler... busuk hati betul...
Nasib baik Hj DIn & Minah Cool jer...
Zaida2 sedar la diri... Hj DIn Dah jadi milik Minah..
Sweet sangt2 minah & Hj Din...
Nasib baik x tdo lokap... hehehehe
kak Sya x sabar nak tunggu next n3.. jgn lam2 sangat ye kak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:11 PM | Show all posts
cukup iya???
Adilla Post at 4-1-2012 15:28



    tq tp x cukup nak lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 04:15 PM | Show all posts
heheheheh.. teruk betul perangai badariah ngek tue..thank adilla..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:19 PM | Show all posts
Reply 834# Adilla

taaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! ..

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 05:23 PM | Show all posts
hmmmmmm.... tak bape nak cukup lahhhhhh

hamek ko zaidah... dulu2 ko tak moh layan hj din kan... asik nak ikut cakap ko jep...queen kontrol la lagik tuh... mesti ko sentap kannnn tgk hj din layan minah mcm pemaisuri n romantikkk bangat ngan minah.... heheheeeee padan muka ko...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 05:25 PM | Show all posts
tengkiu syaaaa... esok2 bagi banyak2 macam ni lagik ekkk... walaupung tak bape nak cukup tapi puasssssss bangettt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.202766 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list