CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PengKid

All About Rabbits

[Copy link]
Post time 12-7-2009 09:46 AM | Show all posts
tak sempat tengok pakaian beragam lebit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2009 08:10 PM | Show all posts
666# jaanu1128

Erk...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 08:10 PM | Show all posts
667# QAX

Yeke? Kalo RM1 sebulan tak dapat ek?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 12:22 AM | Show all posts
kiutnya rabbit janu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 11:14 AM | Show all posts
Sentral: Belai arnab sambil beli-belah
Oleh Nurulfatiha Muah
[email protected]


PENJAGA menunjukkan betapa jinaknya arnab di Taman Arnab Rafa Bunny World.

Pengunjung minat bermain dengan haiwan dikenakan bayaran

SHAH ALAM: Sebut saja arnab, kita pasti terbayangkan badannya yang berbulu putih bersih, manja, mesra serta menarik minat kanak-kanak untuk menjadikannya haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing.

Bagaimanapun, tidak ramai yang bersedia memeliharanya kerana menganggapnya ia memerlukan penjagaan yang rapi dan sempurna bagi memastikan haiwan itu terus sihat dan aktif bermain dengan pemiliknya menyebabkan ada ibu bapa lebih selesa membawa anak mereka melihat haiwan ini di zoo mini atau kedai menjual haiwan peliharaan.

Bagi penduduk sekitar bandar raya ini, kini mereka boleh melihat dan bermain dengan haiwan ini di Taman Arnab Rafa Bunny World (Taman Arnab) yang terletak di perkarangan Pasar Raya Besar Giant (Giant), Seksyen 13, di sini.

Taman Arnab dibuka sejak 1 Jun itu menempatkan kira-kira 150 ekor arnab dewasa dan kecil yang terdiri daripada pelbagai spesies antaranya Angora, Holland Lop, Mix Lop dan Lion Head.

Pengusaha dan pemiliknya, Rahimi Idris, 47, berkata taman itu dibuka sebagai kemudahan untuk orang ramai bersantai sambil menyaksikan gelagat haiwan comel itu ketika mengunjungi Giant untuk membeli-belah.


"Ia berikutan kedudukan Taman Arnab ini yang terletak di perkarangan Giant, selain segala kemudahan seperti surau, tandas dan medan selera yang lengkap tersedia di sini.

"Orang ramai juga tidak perlu keluar jauh untuk melihat arnab. Di sini, pengunjung dibenarkan memberi arnab makan dan bermain di tempat permainan khas yang disediakan," katanya ketika ditemui di Taman Arnab itu.

Rahimi berkata, pasaran arnab masih baru di Malaysia dan kebanyakan kedai haiwan yang beroperasi hanya membenarkan pengunjung melihatnya yang dikurung dalam sangkar tanpa membenarkan mereka menyentuhnya.

Berikutan itu, katanya, pihaknya mengenakan sedikit bayaran iaitu RM3 kepada setiap pengunjung sama ada dewasa mahupun kanak-kanak untuk memasuki taman untuk bermain dan memberi makan arnab terbabit tanpa had masa.

Bagaimanapun, bayaran RM4 dikenakan pada Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah.

Rahimi berkata, pihaknya juga menyediakan pakej lawatan untuk pelajar dan keluarga dengan harga berpatutan misalnya, RM10 bagi lawatan lima orang sekeluarga.

Katanya, sambutan daripada pengunjung taman sangat menggalakkan dan pada tiga minggu pembukaannya, lebih 200 ekor arnab sudah dijual.

Ditanya cara penjagaan arnab, beliau berkata, ia mudah kerana pelbagai jenis makanan berbentuk pellet yang diperbuat daripada rumput rumpai dan kalsium ada dijual.

Katanya, makanan itu dan air yang mengandungi mineral hanya perlu diletakkan di dalam sangkar bagi membolehkan haiwan berkenaan makan dan minum pada bila-bila masa.

Dalam pada itu, katanya, arnab di taman itu juga dijual kepada mereka yang berminat dengan harga berpatutan iaitu di antara RM100 dan RM300 bergantung kepada saiz dan spesies.

"Kami juga ada menjual sangkar arnab yang berharga antara RM47 hingga RM65 yang disertakan bersama bekas air dan makanannya sekali, selain pellet dengan harga RM1 sebungkus.

"Kami mendapat bekalan arnab ini daripada pembekal di sekitar Lembah Klang dan Perak," katanya.

Rahimi berkata, orang ramai yang berminat mengunjungi Taman Arnab, boleh membawa bersama keratan akhbar cerita ini untuk mendapatkan potongan harga RM1.

Katanya, taman itu dibuka setiap hari termasuk cuti umum mulai jam 10 pagi hingga jam 9.30 malam.

Pengunjung, Muhammad Izlan Rezali, 12, berkata beliau yang menyukai arnab sanggup datang dari Taman Ampang Indah, Ampang, Kuala Lumpur ke Shah Alam semata-mata mahu menyaksikan sendiri gelagat haiwan itu.

"Saya kerap datang ke sini bersama keluarga pada waktu cuti sekolah untuk melihat sendiri arnab yang comel ini dan bermain dengannya," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 10:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by jaanu1128 at 16-7-2009 17:58

nak lagi ker gmbr rabbit jaanu??




muka terkejut..sebab jaanu kaco dier tengah landing baik dlm litter box..ahahaha..comeyyyyy

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2009 06:57 PM | Show all posts
xnampak pon pic nya janu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 08:22 PM | Show all posts
rabbit sara suka sgt gigit sgala benda.. tak kirala apa benda ada dekat dia, abis semua digigitnya... kain, selipar, botol mainan dia, tmpt lapik dlm sangkar dia, senang kata sgala mcm dia ngap je.. klu kita berdiri dekat dia jap je pun cepat je dia nganga..  ngapa yek?

lagi 1, dia garang dgn yg lain keculi dgn sara je dia ok... mkin besar mkin nakal... yg mak sara geram sgt, dia p gubah selipar mak sara jadi rambu ramba.. huhuhu... dia paling anti dgn mak wlu mak la yg dok uruskan dia hari2.. tiap kali mak hulur tgn je mesti cepat je dia terkam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2009 11:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by jaanu1128 at 16-7-2009 17:58

nak lagi ker gmbr rabbit jaanu??

http://3.bp.blogspot ...
jaanu1128 Post at 14-7-2009 10:45 PM


uwahh comeynyerrr
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 12:52 AM | Show all posts


my awang....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 01:01 PM | Show all posts
http://t7.tagstat.com/image03/d/dcd3/500h052_tPj.jpg

my awang....
kaki_ayam Post at 18-7-2009 12:52 AM

kaki..gamba x jelas..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 07:15 PM | Show all posts
678# kaki_ayam

kasik la gmbr besor sket kayam
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2009 01:23 AM | Show all posts
lama tak masuk cni.......
ni umah bunny tu......yg janji nak tempek....
baru dialihkan tempatnya........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2009 01:49 PM | Show all posts
aku suka sgt ngan arnab ni tapi tak sanggop pelihara koz takda sangkar....org kata nk pelihara arnab kena buat sangkar luaskan....koz arnab suka melompat...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2009 01:50 PM | Show all posts
manja beto haiwan ni....tu sbb aku tak sampai ati tgk org sembelih arnab...tapi sate arnab konpem aku makan
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2009 08:30 PM | Show all posts
lama nya dd tak msuk kat sini..adeh..napa tak byk pon gmbaq masa rabit show hari tue huhuhu...plz tmpek la lg tak puas la dd tgk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2009 11:57 PM | Show all posts
kaki..gamba x jelas..
ati1402 Post at 18/7/2009 01:01 PM



abes jelas dah tu...
nnt snap yg lain la...kena tggu die tido dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2009 11:59 PM | Show all posts
678# kaki_ayam

kasik la gmbr besor sket kayam
loversickgirl Post at 18/7/2009 07:15 PM



dah xleh besar....
nnt la kayam ambik pic lain...kena tggu die titun dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 06:58 PM | Show all posts
haku punya rabbit jadik gugoq abeh bulu...awat eih?aku dah start kelas...so aku past la kat kawan...ntah mcm mana dia buleh jaga smp jadi lagu tuh?geram betoi bilo aku dengaq jadi lagu ni....tension la aku...tolong bagitau aku awat rabbit aku gugoq bulu?iiie....rasa nak tarik2 suma bulu2 dan rambot2 kawan aku tu sekeluarga pasai tak reti jaga rabbit aku....

bangsat la....aku rasa nak marah ni...:@
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 11:58 PM | Show all posts
687# nanat87


kalau ikut rebit aku yg dulu kan....gugur bulu jgk..mmg teruk la...
bile aku siasat rupenye die sendiri yg geget bagi gugur sbb die nk beranak...
tp kes ko ni aku xpasti la....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.146585 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list