CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Koleksi Petikan Kata Hikmat/Ahli2 Falsafah (merged with simplelife)

[Copy link]
Post time 25-3-2011 04:57 PM | Show all posts
Motivasi diri..

Ramai orang menyalahkan takdir kerana dilahirkan dalam keadaan keadaan serba kekurangan. Ada juga orang yang menyerah begitu sahaja tanpa membuat sebarang usaha untuk mengubah nasib hidup. Saya ingin berkongsi satu ungkapan yang cukup memberikan saya motivasi dan inspirasi untuk terus berusaha lagi memperbaiki keadaan hidup ini. "Jika seseorang itu dilahirkan sebagai seorang yang miskin itu sudahnya nasibnya, tapi jika seseorang itu miskin ketika tuanya itu bukan nasib tapi pilihan hidupnya sendiri." Janganlah terlalu bersedih kerana perjalanan hidup anda lebih sukar berbanding dengan orang lain. Walaupun jalan yang kita tempuhi berbeza, namun destinasi akhir kita semua adalah sama kerana akhirnya kita semua akan menghadap Sang Pencipta. Oleh itu teguhkan hati dan bersabarlah. Kuatkan semangat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Beranikanlah diri menghadapi hidup ini. Jangan berputus asa dengan rahmat yang Maha Esa. Teruskan usaha untuk memperbaiki hidup ini dan jangan berhenti sehingga yang baik itu menjadi yang lebih baik
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 25-3-2011 04:58 PM | Show all posts

Post time 25-3-2011 04:59 PM | Show all posts
KATA-KATA HIKMAH HARTA

Kegunaan harta tidak dimungkiri.Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita yang mulia.(Hamka)

Kekayaan menjahanamkan si bodoh, merosakkan si pandai.

Jauhilah tuJuh kebinasaan iaitu syirik, sihir, bunuh diri, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling dari medan perang dan memfitnah wanita mukmin.

Harta benda itu menjadi fitnah kepada manusia.

Keinginan kepada harta tidak terbatas, padahal hidup sendiri terbatas.

Kalau manusia tidak membataskan seleranya sampai matinya dia tidak merasa puas apa yang ada. (Hamka)

Hidup mewah merosak jiwa dan bangsa. Kemewahan menjadi bibit yang memundurkan jiwa.

Ukuran mewah atau belum mewah adalah ukuran kesihatan jiwa masyarakat berfikir.(Hamka)

Bakhil membawa celaka dan boros membawa sesal, bersikap dermawan sangat dianjurkan, tetapi bersikap dermawan tanpa perhitungan adalah kawan syaitan.

Jangan dibawa pendapat kepada yang lurus. Peliharakan semuanya itu dengan sungguh-sungguh.

Kekayaan harta benda,pangkat atau kedudukan tinggi tidak dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak jujur.

Orang yang berhemat mengatur hartanya.Orang yang bakhil diatur oleh hartanya.

Hatra benda yang baik untuk orang yang baik.

Antara gejala hawa nafsu manusia ialah sekali kemewahan itu mempengaruhi diri, orang yang berlaku curang.

Engkau dan harta bendamu adalah milik ayahmu.

Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan yang tidak benar amat panas dalam tangan, menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman.

Tamak haloba akan harta benda menyebabkan orang mengumpulkannya untuk kekayaan diri dan golongan tertentu.

Adakalanya untuk MEMILIKI kemegahan atau kekuasaan, SESEORANG itu akan menghisap darah dan menindas orang yang lemah.

Ada 2 tabiat yang tumbuh dalam manusia kerana memiliki harta. Pertama tamak dan haloba, kedua bakhil.

Harta benda amat perlu. Insan muslim hendaklah kaya supaya dapat membayar zakat dan naik haji. Sedang zakat dan haji adalah dua daripada lima rukun Islam.

Harta yang diberikan Allah bukan semata-mata berupa benda. Fikiran yang cerdas, akal yang lanjut, ilmu pengetahuan yang banyak dan sebagainya adalah rezeki pemberian Allah.

Kekayaan ialah nikmat Allah. Seharusnya kekayaan itu kita kita belanjakan menurut jalan yang digariskan Allah.

Bertambah tinggi darjat iman, bertambahlah manusia tidak memandang mahal hartanya lagi. Yang mahal baginya ialah hubungan silaturrahim sesama manusia dan ibadat kepada Tuhan.
Kekayaan yang paling tinggi yang diberikan oleh Allah kepada hambanya ialah kekayaan nikmat.
Lebih baik menerima nama baik daripada harta (Pujangga).

Kekayaan yang istimewa dan utama dalam kehidupan ini ialah banyaknya hubungan antara diri dengan masyarakat dan banyak mendapat pertemuan umum.

Harta benda akan menjadi sengketa kalau rahmat Allah tertahan. Harta yang sedikit boleh menjadi rahmat kalau pandai menggunakannya.

Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 05:00 PM | Show all posts

1. Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

2. Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

3. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

4. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

5. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

6. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

7. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

8. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

9. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 05:02 PM | Show all posts
1. Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik, meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.

2. Orang yang membenarkan kejahatan, bererti sudah berbuat
jahat.

3. Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap dirimu.

4. Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri.

5. Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.

6. Menolong orang melakukan kejahatan sama seperti kata peribahasa ‘melepaskan anjing yang tersepit.’

7. Sesiapa yang berjalan di tempat kejahatan pasti ditohmah atau difitnah.

8. Manusia yang hanya besar perut, banyak tidur,pemalas dan kurang keyakinan diri juga merupakan manusia yang bersifat jahat.

9. Orang yang membinasakan orang lain untuk kepentingan dan faedah diri sendiri telah melakukan kejahatan yang amat keji.

10. Iman yang teguh menghalang manusia melakukan kejahatan.

11. Berlagaklah setimpal dengan kekuatan diri, kalau kita berlagak melebihi apa yang kita ada, akhirnya menyusahkan diri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2011 05:02 PM | Show all posts
1. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

2. Banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi hakikatnya fikiran mereka masih terbelenggu dalam penjara diri.

3. Jadilah diri sendiri dalam hidup ini kerana kita akan menghadapi ujian hidup yang berbeza dengan orang lain. Tembok di hadapan kita tidak sama tinggi dan rendahnya dengan orang lain. Mereka di laluan mereka dan kita di laluan kita. Mungkin halangan di hadapan mudah bagi mereka tapi mungkin sukar bagi kita atau mungkin sukar buat mereka tapi mungkin mudah bagi kita.

4. Orang yang sabar untuk menunaikan ibadat dan sabar meninggalkan maksiat adalah orang yang mempunyai akhlak luar biasa dan mereka inilah yang akhirnya berjaya walaupun dihalang dan ditentang.

5. 'A PESSIMIST is one who makes diffculties of his opportunities and an OPTIMIST is one who makes opportunities of his difficulties'.
Posted by azrin at 10:44 AM 0 comments
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 05:07 PM | Show all posts
1. Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan " [Hamka]

2. Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.

3. Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

4. Jangan cuba mengajar tuhan dengan mempersoalkan setiap kejadian dalam hidup ini kerana tuhan tidak pernah minta diajar ketika menciptakan Nabi Adam Dan Hawa.

5. Doa itu tajam.. lebih tajam dari mata pisau belati. Sebab itu kadang-kadang doa itu penghancur kepada hidup orang lain kalau disalahguna..

6. Alangkah rendahnya maruah diri jika seseorang itu meraih kejayaan dengan memperlihatkan kesalahan dan kelemahan orang lain.

7. Ada beberapa orang yang tentunya tidak diragukan cintanya dan tidak akan sesekali melepaskan cinta terhadap kita. Mereka adalah keluarga kita terutamanya ibu dan ayah. Tidak kira dalam keadaan susah atau senang, merekalah yang sentiasa setia di sisi kita.

8. Semakin banyak anda memahami tentang erti kehidupan, semakin tinggi semangat anda untuk melalui kenyataan hidup ini dengan seribu impian.

9. Orang kaya selalu lupa pada tuhan, orang miskin pula selalu jauh dari tuhan, orang sihat pula selalu tinggalkan tuhan dan orang sakit pula selalu berputus asa pada tuhan..

10. Jangan bagi saya ikan tapi tunjuk saya cara bagaimana mahu mendapatkan ikan supaya saya boleh hidup tanpa membebankan orang lain..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 25-3-2011 05:09 PM | Show all posts
Madah Cinta

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hati tidak pernah merasa rindu dan cemburu.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari sebuah keinginan yang diberikan pada hati yang memerlukan.

Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalanan hati nurani. Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.

Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Kerana itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang masa.

Kecewa bercinta bukan bererti dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Engkau tidak akan dapat melangkah dengan baik dalam kehidupanmu sampai engkau melupakan kegagalanmu dan rasa kekecewaan itu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menilai seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh kerana itu, kejarlah cinta seperti engkau mengejar waktu dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagalah ia seperti engkau menjaga dirimu.

Sesungguhnya cinta itu karuniaan Tuhan Yang Maha Esa. Dalam sebuah percintaan, janganlah kamu sesali perpisahan tetapi sesalilah pertemuan. Kerana tanpa pertemuan tidak akan ada perpisahan.

Nikahilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada menikahi orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita. Adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata.

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.

Cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta. Kata pujangga ; Cinta letaknya di hati, meskipun tersembunyi, namun getarannya tetap terasa. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari.

Cinta dimulai dengan senyuman, diikuti dengan rasa sayang dan seringkali berakhir dengan air mata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 05:11 PM | Show all posts
KATA-KATA MUTIARA CINTA

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.
Cinta kepada harta artinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam, cinta kepada diri artinya bijaksana, cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
Cinta adalah keabadian ... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.
Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.
Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Dipetik dari koleksi kata-kata mutiara cinta..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 05:12 PM | Show all posts
Jangan hanya mahir memberikan pendapat

Ramai orang mahir memberikan pendapat tetapi agak kurang yang mahir dalam menerima pendapat yang berbeza. Ungkapan ini membuatkan saya berfikir bahawa sesetengah orang memang bijak memberikan buah fikiran untuk sesuatu hal. Tetapi apabila berdepan dengan situasi berbeza pendapat, kebanyakannya terlalu ego untuk bertolak-ansur dengan pandangan orang lain dan apatah lagi untuk menerima pandangan orang lain itu. Rasanya sesetengah orang perlu sedar bahawa ada waktunya kita perlu bertolak-ansur dengan pandangan orang lain atau sekurang-kurangnya mendengar pandangan orang lain. Mungkin pendapat kita lebih baik daripada pandangan orang lain tetapi adalah lebih bijak untuk mengambil kira buah fikiran orang lain juga. Keadaan ini memberikan gambaran tentang sikap rasa rendah diri kita terhadap orang lain dan inilah sifat yang membuatkan kita lebih dihormati. Tetapi jika seseorang itu bersifat ego dan tidak mahu bertolak-ansur, maka orang akan cenderung menganggap orang itu sombong dan tidak layak untuk dihormati. Oleh itu, janganlah hanya mahir memberikan pendapat tetapi berusahalah juga untuk mahir di dalam menerima pendapat orang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 05:13 PM | Show all posts
Jangan Jadi Lemah

Kalau masih ditakdirkan mempunyai peluang, bangkitlah dan teruskan untuk mencuba mendapatkan sesuatu yang diimpikan. Jangan menjadi lemah dan kalah kepada kata-kata orang yang hanya senang melihat kita rebah dan jatuh. Telanlah segala kepahitan dan redahlah segala onak duri yang menghalangi perjalanan perjuanganmu. Yakinlah bahawa niatmu suci dan Tuhanmu akan sentiasa memberkati perjuanganmu. Engkau tidak kalah jika engkau jatuh. Engkau tidak hina jika bermula dari bawah semula. Tetapi engkau akan kalah dan hina jika engkau tidak mahu lagi bangkit dari jatuhmu dan malu memulakan langkah dari bawah semula. Oleh itu, teruskan perjuanganmu walaupun terpaksa berusaha di dalam keadaan putus asa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 05:18 PM | Show all posts
SURAH WAJIB YANG MUJARAB DIAMALKAN

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AD-DHUKHAAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Waallahualam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 05:20 PM | Show all posts
Disamping menambah kreditku..blh jua berkongsi ilmu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 09:00 PM | Show all posts
Reply 852# yiyinlahni

kekadang i rasa...dia susah nak terima sebab pengalaman dan karektor yg berbeza
so pd i, takleh kata...dia tak terima pendapat kita sebab dia EGO semata
katalah, org yg jiwanya lembut kata...kita kena bersabar dgn kerenah anak2
tapi pd org yg jiwanya keras kata....sabar2 pun ada hadnya, anak2 kena tahu limit

lebih baik kita kata...maybe u are rite, maybe u are wrong
maybe i'm write and maybe i'm wrong....under circumtances anything can be write or wrong
so we are open

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 3-4-2011 11:39 PM | Show all posts
when nothing go right,go left
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 10:14 AM | Show all posts
kegagalan adalah urutan ketekunan yang paling sedikit
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 10:16 AM | Show all posts
bila kita memberi orang lain keseronokkan , latihan tersebut memberi kita kekuatan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 10:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by cinta_ungu at 2-5-2011 13:48

untuk maju , menjadi kaya atau menjadi hebat , carilah bakat anda yang terbaik kemudian perbaiki sepanjang hidup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.412340 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list