CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`

[Copy link]
 Author| Post time 4-9-2012 12:04 AM | Show all posts
Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 33 ~
Muntahkan ulat dan paku karat

"Awak tengok apa kerja maksiatnya selama ini”, suara Pak Mardan lemah.

Datuk terdiam, dia terus bertafakur lagi. Bila semuanya selesai datuk terus memberitahu Pak Mardan bahawa lelaki itu pernah meminang Halimah untuk dijadikan isteri mudanya. Pinangan itu di tolak oleh ayah Halimah kerana lelaki itu sudah beristeri sepuluh kali. Enam isterinya sudah diceraikan, empat masih dipakainya lagi. Dia hanya mengharapkan hasil dari titik peluh isterinya untuk menyarai dirinya. Dia tidak pernah mahu melakukan sebarang pekerjaan. Dia lebih senang duduk di rumah atau berjalan ke sana ke mari dengan pakaian yang kemas. Walau pun usia sudah hampir lima puluh tahun, tetapi dia kelihatan muda, macam anak teruna yang berusia dua puluhan. Gagah dan tampan. Datuk juga memberitahu Pak Mardan lelaki itu tidak pernah mandi, kecuali kalau dia bertemu danau di tengah hutan yang ada teras kayu terendam di dalamnya. Kalau dia mandi, hanya memadai dengan sekali selam tanpa memakai kain basahan. Bila air di badannya kering dengan sendiri barulah dia memakai baju dan seluar. Lepas itu, dia akan mengurungkan diri dalam bilik selama satu minggu. Masa dia mengurungkan diri dalam bilik itu dia akan melumurkan seluruh kulitnya dengan najisnya sendiri. Bila Pak Mardan mendapatkan penjelasan itu dari datuk, dia segera berdiri di hadapan lelaki itu.

"Kenapa kau berbuat begitu pada Halimah?", pertanyaan dari Pak Mardan itu, dijawab oleh lelaki itu dalam bahasa yang tidak dapat saya dan datuk faham.

Pak Mardan segera memberitahu datuk yang lelaki itu bercakap dalam bahasa Siam. Kerana Pak Mardan boleh bercakap Siam, lelaki itu terus dilawan bercakap dalam bahasa itu. Perbuatan itu tidak menyenangkan hati datuk. Datuk membuka tapak tangan kirinya dan terus membaca sesuatu.

"Orang ini menuntut ilmu bomoh Siam. Biar saya kembalikan hati dan perasaannya kepada bangsanya sendiri”, rungut datuk lalu melangkah ke arah lelaki itu.

Sebaik saja datuk sampai di hadapan lelaki itu, dia terus menampar perut lelaki itu dengan tapak kanannya. Lelaki itu menjerit lalu membongkok sambil memegang perutnya. Ketika itu juga lelaki tersebut muntah, dari mulutnya terkeluar segumpal kain kuning yang penuh dengan ulat, sebesar ulat nangka, bau kain kuning itu macam bau bangkai. Datuk menekan kain kain kuning itu dengan jari telunjuk kirinya hingga kain itu pecah. Bila kain itu pecah bertaburan, kaca, batu dan ketul-ketul daging jatuh keatas tanah. Ular hidup berserakan atas kawasan muntah orang lelaki itu. Pak Mardan mencari daun kayu lalu memukul tubuh lelaki itu dengan sekuat hatinya. Wajah lelaki yang tampan berubah menjadi kendur dan bergaris-garis macam orang lelaki yang berumur lima puluh tahun. Lelaki itu rebah ke tanah. Datuk segera menghentakkan pangkal siku kirinya ke belakang lelaki itu dengan sekuat hatinya. Lelaki itu dengan tiba-tiba bangun.

"Kau orang Islam?" tanya datuk.

"Ya saya orang Islam"

"Rukun Islam berapa perkara?"

"Lima perkara"

"Pertama apa dia?"

"Mengucap dua kalimah syahadah"

"Cuba kau mengucap dua kalimah syahadah"

Ternyata orang itu tidak dapat menunaikan permintaan datuk. Mata orang itu terkebil. Toleh kiri, toleh kanan macam orang ketakutan. Pak Mardan mengheret lelaki itu ditepi kolah.

"Kita mandikan dia sekarang”, kata Pak Mardan.

"Aku setuju”, balas datuk.

Saya pun menjiruskan air ke tubuh lelaki dengan gayung. Lelaki itu menggeletar. Dalam kedinginan dinihari bibirnya kelihatan biru. Lututnya berlaga sama sendiri. Datuk membuka seluar yang dipakai oleh lelaki itu, digantikan dengan kain dan baju Melayu kepunyaan Pak Mardan. Bila lelaki disuruh masuk ke masjid dia enggan. Perbuatan itu membuat datuk naik darah.

"Kenapa?", tanya datuk.

"Saya sudah bersumpah dengan guru saya. Tidak akan masuk masjid atau membaca Al-Quran"

"Awak mengarut”, datuk mendorong lelaki ke pintu masjid.

Bila lelaki itu melangkah bendul dia jatuh dan dari tubuhnya keluar kepulan asap nipis. Serentak dengan itu terdengar deru angin yang amat kuat diluar masjid. Deru angin itu makin kurang dan akhirnya terus hilang. Datuk terus mengajarkan lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah dan meminta dia bertaubat. Cukup sukar untuk menyuruh lelaki itu bertaubat, dia begitu fanatik dangan ajaran gurunya. Sesudah berbagai pandangan diberikan padanya oleh Pak Mardan barulah dia mahu bertaubat.

"Awak tidak akan membalas dendam pada saya?", tanyanya pada Pak Mardan.

"Tidak. Aku mahu kau bertaubat dan jangan sekali- kali mengulangi perbuatan yang lalu"

Mendengar cakap Pak Mardan lelaki itu terdiam. Walau bagaimanapun, datuk memberikan kesempatan pada lelaki itu membuat keputusan sendiri. Datuk tidak mahu memaksa dia. Datuk mahu dia kembali ke pangkal jalan dengan penuh keinsafan dan kesedaran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2012 12:09 AM | Show all posts

Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 34 ~
Berjanji dengan syaitan
. "Kata guru aku yang diketahui ada 100 jenis, manusia cuma boleh berikhtiar dan berusaha mengubatinya setakat 99 saja yang satu lagi tetap menjadi hak Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2012 02:01 AM | Show all posts
Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 34 ~
Berjanji dengan syaitan


Saya lihat lelaki itu duduk diatas anak tangga sambil tunduk memicit pangkal keningnya. Pak Mardan dan datuk hanya memperhatikan saja telatah lelaki itu dalam kedinginan malam yang mula merangkak ke subuh.

Di langit, bintang timur mula bangkit bersama kokok ayam yang bertalu-talu dari kampung berdekatan. Datuk menggeliat, dia tahu sebentar lagi orang-orang kampung akan datang berjemaah di masjid. Kalau boleh, datuk dan Pak Mardan tidak mahu orang- orang kampung tahu tentang perbuatan lelaki itu. Kalau orang-orang kampung tahu bahawa angkara yang terjadi di malam pengantin berpunca dari lelaki itu, tentu sahaja lelaki itu akan menerima akibat yang buruk. Datuk dan Pak Mardan mahu menghindarkan kejadian itu dari berlaku dalam kawasan masjid.

"Bagaimana? Apakah lafaz taubat yang kau ucapkan tadi benar-benar ikhlas atau ditekan oleh rasa terdesak?", soal Pak Mardan.

Lelaki itu tidak menjawap. "BertaubatIah dengan hati yang jujur. Janganlah kamu ulangi perbuatan yang terkutuk ini. Ilmu dunia tidak ada yang kekal, tidak ada siapa yang gagah dan berkuasa selain daripada Allah”, ujar datuk dengan nada suara yang lembut. Sinar mata datuk redup memandang wajah lelaki itu penuh simpati.

"Kalau kau dah sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Allah amat mencintai pada makhlukNya yang insaf”, Pak Mardan terus memberi nasihat.

Lelaki itu tidak menjawap. Dia tetap tunduk sambil memicit pangkal kening. Dan datuk sudah tidak boleh bersabar dengan perangai lelaki itu, waktu subuh sudah hampir. Dalam beberapa minit orang- orang kampung akan sampai. Datuk tahu kalau dia tidak bertindak, bererti dia mendedahkan diri lelaki itu pada kecelakaan. Datuk lagi sekali menghampiri lelaki itu. Angin subuh yang bertiup memberi kesejukan pada diri saya. Kokok ayam terus juga bersahut-sahutan. Bintang timur di kaki langit kian mengecil. Tiba-tiba saya lihat datuk menekan tulang bahu lelaki itu dengan tangan kanannya sekuat hati. Saya lelaki itu rebah perlahan-lahan, badannya kelihatan semacam lembik. Datuk pun berhenti menekan bahu lelaki itu.

"Pulanglah sebelum orang- orang kampung datang. Kalau mereka datang kamu akan menerima padah yang buruk”, ujar datuk sambil menampar belakang lelaki itu dengan tapak tangan kirinya.

Lelaki itu bagaikan tersedar dari tidur. Toleh kanan dan mula mahu menyembah kaki datuk. Datuk terus menolak lelaki itu hingga tersungkur ke belakang.

"Jangan perlakukan aku macam itu, antara kita tidak ada siapa yang besar dan harus disembah. Menyembah manusia dan patung perbuatan yang salah dari segi hukum Islam”, kata datuk dalam dingin subuh itu.

Lelaki itu bangun, matanya merenung wajah datuk. Dahinya masih berkerut.

Dia membuka mulut sambil berkata: "Jika aku bertaubat kau tidak akan melakukan sesuatu pada aku?"

"Jangan bertaubat kerana takutkan manusia, bertaubatlah kerana insaf dan cinta kau pada Allah”, balas datuk.

Lelaki itu menarik nafas panjang. Matanya masih merenung wajah datuk meminta simpati. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dirinya. Datuk meminta dia bercerita bagaimana puncanya dia boleh menuntut ilmu yang bertentangan dengan agama Islam yang suci. Menurutnya, dia terdorong menuntut ilmu salah itu berpunca dari masyarakat di kampungnya yang tidak mahu memaafkan atas perbuatan yang dilakukannya. Meskipun dia mengakui pada mereka, perbuatan itu terpaksa dilakukan kerana terdesak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2012 02:06 AM | Show all posts
Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 34 ~
Berjanji dengan syaitan

"Apa yang kau buat?", tanya Pak Mardan.

"Saya mencuri dua kepul besar padi untuk anak saya yang sakit"

"Bila kau lakukan perkara itu?", datuk pula menyoal.

"Masa mula-mula Jepun datang ke Malaya. Mereka adukan perbuatan saya itu pada Jepun. Saya disiksa meskipun saya menyembah kaki orang yang punya beras itu untuk meminta maaf"

"Lagi?" tanya datuk lagi.

"Saya merasa malu, anak isteri saya merasa malu. Akhirnya saya lari ke Selatan Siam dan menuntut ilmu ini dengan harapan saya akan di hormati dan di kagumi”, jelas lelaki itu dengan jujur.

Datuk dan Pak Mardan berpandangan.

"Tetapi, bila sudah ada ilmu kau jadi manusia yang takbur dan mahu tunjuk kuasa lalu memeras orang lain untuk hidup”, ujar datuk lagi.

Lelaki itu terdiam dan termenung panjang. Datuk dan Pak Mardan tidak tahu apa yang bermain dalam tempurung kepalanya.

"Jangan takut dan merasa malu sesama manusia, tetapi takut dan malulah pada Allah yang memberikan kau nyawa, tubuh badan dan pancaindera yang tidak ternilai harganya buat kau, bersyukurlah pada kuasaNya dengan mengikut segala suruhanNya dan menjauhi dari perbuatan yang ditegahNya”, datuk terus memberikan penerangan.

Lelaki itu kelihatan resah. Dia mundar-mandir di halaman masjid. Duduk di anak tangga masjid kembali. Tiba-tiba dia batuk bertalu-talu. Dia mengurut-urut dadanya dengan tangan. Nafasnya kelihatan sesak. Bibirnya kelihatan kehitam-hitaman. Saya mula tercium bau kapur barus, bau sintuk dan limau yang selalu digunakan untuk memandi mayat. Datuk menghampiri lelaki itu yang mahu merebahkan badannya atas tanah. Datuk berdiri lutut, kepala lelaki itu diletakkannya atas peha kanan. Pak Mardan dan saya berpandangan. Subuh sudah pun tiba, sebentar lagi masjid itu akan didatangi oleh orang-orang kampung.

Kokok ayam juga sudah mula berkurangan, tidak serancak tadi. Tetapi rasa sejuk terus menggigit kulit badan bersama hembusan bayu subuh yang tenang. Langit biru kelihatan bersih, bersama kepulan awan yang berbagai bentuk. Sesekali saya terdengar bunyi ranting getah dan cempedak yang reput jatuh ke bumi. Saya menoleh ke arah tanah kubur yang terletak di sebelah kanan masjid. Samar-samar saya lihat batu nisan terpacak kaku.

"Badannya dah lemah, gerak nadinya juga lemah”, beritahu datuk pada Pak Mardan.

Mata lelaki itu tegak memandang langit, mata hitamnya sudah tidak bercahaya lagi. Datuk rasa cuping lelaki itu.

"Dia ni dah parah macam terkena bisa”, tambah datuk sambil meraba seluruh kulit lelaki itu.

Tiba-tiba datuk meletakkan tapak tangan kirinya ke atas ubun-ubun kepala. Mulutnya bergerak-gerak membaca beberapa ayat dari Surah Yasin.

"Ilmu yang dituntutnya memakan dirinya sendiri”, keluh datuk dan dahi datuk kelihatan berpeluh.

Pak Mardan menekan bibir bawahnya dengan gigi atas. Dalam keadaan yang agak gawat itu, saya lihat lelaki itu menarik nafas panjang dan terus mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar dan jelas. Sebaik saja dia selesai mengucap, nafasnya terus terhenti dan datuk merapatkan kelopak matanya dengan menggosokkan ibu jari kiri pada kulit matanya.

"Allah sayangkan dirinya dan dia mati sebagai seorang Islam. Pada zahirnya kita lihat dia sesat dan jauh terpesong dari ajaran agama. Tetapi dengan kuasa Allah dia sempat mengucapkan dua kalimah syahadah”, keluh Pak Mardan.

Datuk pun mengangkat mayat lelaki itu ke dalam masjid.

"Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa dan kita sebagai manusia tidak berhak menjatuhkan hukuman pada seseorang itu sebagai murtad atau kafir. Yang berhak menentukan semuanya ini adalah Allah. Dan Allah akan menghitung amalan dan kejahatan seseorang, "kata datuk pula.

Orang-orang kampung yang ke masjid subuh itu terkejut melihat mayat dalam masjid. Datuk lalu memberitahu orang kampung apa yang terjadi. Akibatnya, timbul perbalahan kecil kerana ada orang-orang kampung yang tidak mahu menanamkan jenazah lelaki itu.

"Kamu harus ingat, tanggungjawab orang yang hidup ialah menguruskan mayat ini dengan sempurna, kalau tidak ada seorangpun yang mahu menyempurnakannya seluruh penduduk kampung ini menanggung dosa. Ini fardhu kifayah. Soal dia membuat dosa itu ialah urusan dia dengan Allah”, suara datuk lantang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2012 02:09 AM | Show all posts
Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 34 ~
Berjanji dengan syaitan

Orang kampung yang baru selesai sembahyang subuh berpandangan sesama sendiri. Dan perbalahan yang terjadi terus hilang. Semuanya bersetuju menguruskan mayat lelaki itu. Akhirnya Pak Mardan dapat juga mengetahui asal-usul lelaki itu. Dia berasal dari satu kawasan di Perlis yang letaknya berhampiran dengan sempadan Siam.

Dia datang kesitu kira-kira sepuluh tahun yang lalu, membeli sekeping tanah yang letaknya agak terpencil dari kawasan rumah orang-orang kampung disitu. Setelah urusan mengkebumikan jenazah selesai, Pak Mardan, saya dan datuk bersiap-siap untuk meninggalkan daerah kampung Sungai Tinggi. Sebaik saja kami melangkah keluar dari masjid, beberapa orang kampung datang menemui datuk. Mereka minta datuk dan Pak Mardan tinggal beberapa hari lagi di situ.

"Kenapa?", cukup lembut Pak Mardan bertanya pada mereka.

"Kami bimbang kalau ada sesuatu yang buruk terjadi”, balas orang kampung.

Datuk garu pangkal kening kiri dua kali. Datuk renung ke langit melihat awan putih yang berarak tenang. Datuk renung muka orang kampung.

"Kenapa kita mesti takut pada cerita yang belum terjadi? Kenapa kita tidak takut pada pada Allah? Kenapa kita tidak memohon perlindungan dariNya, Allah yang berkuasa. Penuhkan masjid dan surau bila sampai waktu sembahyang, bacalah Surah Yasin dengan betul pada setiap malam daripada menghabiskan masa dengan bersembang tidak tentu arah”, terang datuk sambil memasukkan kad pengenalannya ke dalam saku baju.

"Kalau ada awak lagi baik”, balas orang kampung.

"Saya pun memohon dan minta pada Allah. Ingatlah Allah sayangkan orang yang mencintai diriNya. Biarlah kami pulang, saya akan menolong awak jika difikirkan perlu”, datuk pun menarik tangan saya,

meninggalkan kawasan masjid dengan diikuti oleh Pak Mardan. Orang-orang kampung hanya memandang langkah kami yang telah menuju ke tepi jalan raya. Kerana hari masih awal baru jam dua petang, Pak Mardan mengajak datuk pergi ke Taiping untuk membeli beberapa helai kain pelekat cap siput. Datuk pun memenuhi permintaan Pak Mardan, cara kebetulan pula datuk mahu membeIi beberapa butir kemenyan putih serta pulut hitam. Sementara menanti bas dari Pantai Remis ke Taiping, datuk dan Pak Mardan terus bercakap-cakap.

"Aneh juga manusia yang meninggal tu”, Pak Mardan memulai bicara.

Datuk tersengih sambil menekan daun rumput dengan hujung kasut capal buatan orang Minang. Saya sudah diatas batu tanda jalan.

"Usahlah dikenang dan disebut orang yang dah mati”, balas datuk.

"Kenapa awak tak berusaha mengubatinya?”, Pak Mardan bertanya.

"Bila ajal seseorang itu sudah sampai, tidak ada siapa yang boleh menahannya"

"Kita boleh berikhtiar"

"Menurut cakap guru aku, seorang dukun atau pawang hanya boleh mengubati dan menyembuhkan penyakit setakat 99 jenis penyakit saja dengan izin Allah”, balas datuk.

Pak Mardan menggosok- gosok batang hidungnya dengan ibu jari kanan. Kerana terlalu lama digosok batang hidungnya yang dempak itu menjadi merah dan berkilat bila dipanah sinar matahari.

"Penyakit ini ada berapa jenis?", soal Pak Mardan sambil berhenti menggosok batang hidung.

Matanya tajam merenung wajah datuk. "Kata guru aku yang diketahui ada 100 jenis, manusia cuma boleh berikhtiar dan berusaha mengubatinya setakat 99 saja yang satu lagi tetap menjadi hak Allah. Di sinilah letaknya timbang rasa dan kasihnya Allah pada manusia, dia cuma mengambilnya satu saja. Manusia sudah merasa berat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2012 02:16 AM | Show all posts
Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 34 ~
Berjanji dengan syaitan

sedangkan yang 99 itu dia suruh manusia berikhtar mencari ubatnya sesuai dengan peredaran masa dan zaman”, datuk bagaikan berkuliah di hadapan Pak Mardan.

Bas yang dinanti pun tiba. Kami pun naik, lebih kurang 45 minit berada dalam perut bas, kami pun sampai diperhentian bas bandar Taiping yang tidak mempunyai bangunan. Dari situ kami bergerak menuju ke bangunan kedai batu sederet yang terletak dijalan besar. Masuk ke kedai menjual kain pelekat kepunyaan India Muslim. Setelah berlaku tawar menawar antara Pak Mardan dengan penjual kain pelekat, Pak Mardan setuju membeli sehelai kain pelekat cap siput yang bercorak besar.

"Untuk dipakai masjid”, kata Pak Mardan pada saya.

"Cukup cantik warnanya”, balas saya.

“Warna tak penting yang penting berapa lama kain ini boleh digunakan”, sahut datuk lalu saya dan Pak Mardan ketawa.

Tuan punya kedai tersenyum dan memasukkan wang yang diambil dari Pak Mardan ke dalam laci yang bermeja panjang. Dari kedai itu, kami menuju ke pasar besar Taiping untuk membeli kemenyan putih dan pulut hitam dari pekedai Melayu. Memang jadi kebiasaan pada diri datuk lebih suka membeli barang dikedai Melayu. Kalau tidak ada, baru dia pergi ke kedai India Muslim. Saya kira datuk menyimpan sedikit rasa perkauman. Tetapi, bila hal itu diajukan padanya datuk menafikan dengan alasan dia berbuat begitu bukan kerana sikap perkauman. Dia mahu menolong bangsanya yang agak mundur dalam bidang pemiagaan.

"Kalau aku tidak tolong bangsa aku, siapa lagi?" katanya.

Memang ada lojiknya cakap datuk itu. Ketika datuk memilih-milih kemenyan putih yang baik, dia bertemu dengan seorang kenalannya dari Gunung Semanggul, seorang ulama terkenaI di Perak dan pengasas sekolah Al-Ehya Al-Shariff, iaitu Ustaz Abu Bakar Al Baqir (sudah meninggal dunia). Datuk memperkenalkan kawannya itu dengan Pak Mardan. Setelah bertanya khabar tentang anak isteri, datuk terus bercerita pada kawannya itu yang memakan masa lebih kurang sepuluh minit. Mereka bersalam dan berpisah. Dari pasar kami bergerak menuju ke sebuah kedai buku. Di kedai buku itu datuk membeli beberapa buah kitab yang bertulis jawi.

“Saya balik dulu”, tiba-tiba Pak Mardan memberitahu datuk dalam perjalanan menuju ke masjid bandar Taiping untuk menunaikan sembahyang Asar.

Datuk tidak menjawab kecuali tersenyum sambiI meneruskan perjalanan ke masjid.

Bila selesai sembahyang dan berdoa, datuk segera menghampiri Pak Mardan dan berkata: "Adat orang berkawan, kalau datang berdua pulang pun berdua, mesti sabar dan setia serta bertimbang rasa"

"Saya ada hal”, balas Pak Mardan.

"Pelik juga, tiba-tiba saja ada hal. Kita balik bas pukul tujuh sesudah sembahyang Maghrib di sini"

"Saya tak mahu. Saya nak pulang sekarang”, saya lihat muka Pak Mardan berubah.

Matanya kelihatan bercahaya. Datuk termenung panjang.

"Terpulanglah pada awak. Cuma yang dikesalkan permintaan awak saya penuhi. Tetapi permintaan saya awak hampakan. Langkah dan rentak awak tak sama dengan saya”, datuk meluahkan perasaannya.

Pak Mardan diam. Tangan kanannya menekan jenang pintu. Dia merenung kearah datuk macam orang mahu bergaduh.

"Saya tak merasa rugi kalau tak berkawan dengan awak”, memang diluar dugaan saya Pak Mardan mahu berkata begitu pada datuk.

Darah saya naik dengan tiba- tiba. Malu rasanya diri, bila datuk diperlakukan demikian. Saya bangun. Tiba-tiba datuk memegang kaki kanan saya. "Jangan ikut darah muda. Ilmu kau tidak sebanyak mana jangan cuba nak berlagak. Inilah salah satu sebabnya aku tidak mahu menurunkan ilmu aku pada kau. Kau terlalu pemanas”, kata datuk. Saya duduk kembali.

"Tak apalah Mardan. Pulanglah semoga Allah memberkati perjalananmu, terhindarlah kau dari sebarang kecelakaan dalam perjalananmu Mardan. Maafkan aku”, cukup lembut suara datuk dalam ruang lingkup masjid Taiping yang sejuk dan nyaman itu.

Pak Mardan tidak membalas cakap datuk itu, sebaliknya dia menghempaskan daun pintu masjid dengan sekuat hati. Dia melangkah meninggalkan masjid. Datuk termenung panjang, dia memerah otaknya memikirkan sikap Pak Mardan yang tiba-tiba menjadi marah tanpa sebab. Akhirnya, datuk membuat kesimpulan apa yang dialaminya sebentar tadi sebagai satu pengalaman baru yang aneh dalam hidupnya.

"Ini satu ujian atau sememangnya dia mahu mencabar aku. Kerana dia tahu aku dengannya tidak seguru, bukan sikap aku membeli tidak bertempat”, keluh datuk dalam perut masjid sambil memandang kipas angin yang berputar.

Saya hanya memicit pangkal kening sambil merenung keluar menerusi tingkap masjid yang terdedah. Kenderaan dan manusia yang berjalan dijalan jelas kelihatan dalam sinar-sinar matahari petang yang kian redup.

"Sabar itu kunci kebaikan dan marah itu punca kecelakaan. Itu pesan guru aku dulu dan pesan itu aku sampaikan pada kau Tamar untuk jadi pelita hidup kamu. Dunia ini penuh dengan misteri”, kata datuk merenung muka saya.

Datuk juga memberitahu saya sebab dia mengambil keputusan untuk pulang lewat kerana menurut gerak rasa pancainderanya, perjalanan yang dibuat sebelum matahari terbenam akan berhalangan besar. Sementara menanti matahari terbenam datuk menghabiskan masanya dengan membaca Al-Quran.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2012 02:22 AM | Show all posts
Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 34 ~
Berjanji dengan syaitan

Saya pun keluar dari perut masjid menuju ke sebuah kedai yang berdekatan. Saya membeli buku tulisan yang setebal dua puluh muka dan sebatang pensil yang sudah siap diasah. Bila buku dan pensil berada di tangan, saya terasa lapang. Ada sesuatu yang mesti saya kerjakan sementara menanti datuk berhenti membaca Al- Quran. Dengan menjadikan mata tangga masjid sebagai meja, saya terus menulis beberapa rangkap pantun orang tua-tua yang saya minati dalam tulisan jawi yang tidak berapa cantik.

Kebanyakan daripada rangkap pantun itu saya perolehi daripada nenek. Semuanya berunsurkan nasihat dan tunjuk ajar yang baik. Bila ada masa terluang pantun yang saya tulis itu saya bacakan pada nenek, suka benar hatinya. Ini salah satu sebab yang mendorong saya untuk menulis pantun.

"Kenapa duduk menulis di sini, kamu anak siapa? Anak peminta sedekah mana pula yang mahu menumpang di sini? Di sini bukan tempat peminta sedekah. Masjid bukan rumah kebajikan”, berdesing telinga saya mendengar kata-kata itu yang keluar daripada mulut seorang lelaki lima puluhan.

Orangnya kurus dan badannya agak bongkok bila berjalan, memakai kain pelekat dan baju Melayu, misainya tebal tidak padan dengan bentuk wajahnya yang kecil dan kering. Dia memakai songkok putih yang sudah bertahi lalat.

"Saya tunggu datuk saya"

"Mana datuk kamu?"

"Dalam masjid baca Al-Quran"

Lelaki itu diam. Dia terus ke dalam masjid, ambil penyapu lalu membersihkan kesan- kesan pasir yang terdapat ditangga masjid dan ruang hadapan. Tahulah saya bahawa lelaki itu menjadi siak masjid tersebut. Datuk selesai membaca Al-Quran. Datuk menghampiri saya dan matanya memerhati dengan tajam ke arah Tuk Siak yang menyapu bahagian kiri masjid. Lama juga datuk tenung Tuk Siak yang berbadan melengkung

. "Tamar masuk ke dalam baca kitab atau Surah Yasin dari membuang masa di situ”, suara datuk yang agak tinggi dan keras itu membuat Tuk Siak berpaling ke arahnya.

Tuk Siak datang mendekati datuk sambil membawa menyapu.

"Awak Mail. Dah lama kerja di sini?"

"Dah lama. Sejak bercerai dengan isteri, saya tinggalkan Kampung Paya Takung dan menetap di sini"

"Baguslah”, balas datuk dan mereka pun bersalaman.

Datuk menyatakan pada Mail (Tuk Siak) yang saya ini adalah satu-satunya cucu yang paling disayangi dan selalu dibawa ke mana-mana sebagai teman. Mail agak terkejut kerana dia memang tidak pemah mengenali saya. Cucu datuk yang lain-lain dikenalinya. Saya memang jarang merayau dalam kampung walaupun jarak kampung saya dengan Paya Tekung tidaklah begitu jauh, lebih kurang sebatu saja.

"Semalam saya ke rumah. Orang rumah kata awak dah keluar dan belum tentu bila baliknya”, kata Mail.

"Apa halnya?"

"Nak minta awak tolong ikhtiarkan tentang anak saya"

"Apa kenanya?"

"Dah berbulan-bulan terbaring dalam bilik. Kadang-kadang menjerit-jerit dan terpaksa diikat. Dua tiga orang tak boleh terpegang"

"Kita bukan pawang, kita bukan bomoh tapi kalau nak mencuba bolehlah. Kita berikhtiar, yang menentukan Allah"

Mail terdiam. Kerutkan mukanya sambil mengigit bibir. Dari gerak matanya, saya kira ada rasa kesangsian bermain dalam hatinya tentang kemampuan datuk. Sudah berbelas dukun dan pawang yang handal dipanggil, tetapi, semuanya gagal. Semua doktor yang ditemui mengatakan anaknya tidak mengalami apa-apa penyakit. Matahari yang tersangkut di langit bandar Taiping kian menurun, sinarnya bertambah redup. Di kemuncak Bukit Maxwell (sekarang Bukit Larut) kelihatan kabus tebal.

"Kita berikhtiar, itupun kalau kau mahu”, datuk bersuara membuat Mail yang termenung itu terkejut.

Dia anggukkan kepala tanda setuju. Dan Mail memberitahu pada datuk, jika anaknya itu diletakkan di bawah pokok asam kumbang besar dibelakang rumah, dia akan segar dan berkeadaan seperti orang biasa.

"Begini saja. Lepas sembahyang Isyak aku ikut kau ke rumah melihat dulu keadaannya”, beritahu datuk pada Mail.

"Saya ingat kita pergi sekarang"

"Boleh juga, dimana rumah kau?"

"Di Kampung Pinang. Saya beli tanah di situ dan buat rumah. Saya dah kahwin dengan orang Kulim"

"Baguslah”, datuk senyum dan Mail menyatakan pada datuk, bahawa nenek saya yang ditemuinya semalam tetap sihat.

Untuk pergi ke rumah Mail, saya dan datuk terpaksa naik lanca (beca roda tiga) yang dikayuh oleh seorang lelaki bangsa India, sedangkan Mail mengekorinya dengan basikal. Waktu membelok di satu selekoh, beca yang kami naiki berlaga dengan sebuah kereta. Badan datuk yang tercampak dari beca menghentak dinding kereta Morris Minor kepunyaan guru besar Sekolah Melayu Selama yang baru dua hari lulus ujian memandu. Dalam perlanggaran itu, saya tidak apa-apa. Tetapi, tayar beca sebelah kanan jadi macam angka lapan. Dinding kereta Morris Minor remuk dan pintunya tidak boleh dibuka, melihat keadaan kereta itu, hati saya berdebar. Tentu datuk mengalami kecederaan yang parah. Saya tersentak bila melihat datuk boleh bangun sambil mengibas-ngibas kesan batu- batu kecil yang terletak di pakaiannya. Dia tidak luka dan tidak pula bengkak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2012 02:25 AM | Show all posts
Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 34 ~
Berjanji dengan syaitan

Guru besar segera keluar dari perut kereta dengan wajah yang masam dan mula menyalahkan penarik beca. Pertengkaran pun berlaku, masing-masing tidak mahu mengaku salah. Penarik beca kepal buku lima. Guru besar lipat lengan baju. Mereka mahu beradu kekuatan. Orang ramai mula berkumpul. .

"Mana yang rosak biar saya baik”, ujar datuk lalu memukul dinding kereta dengan tapak tangan kiri.

Bahagian dinding yang remuk elok kembali. Kemudian datuk memegang tayar beca yang jadi angka lapan. Dia urut tiga kali macam urut tangan yang bengkak. Tayar beca itu kembali elok macam asal. Dalam keadaan orang ramai kelam-kabut begitu datuk menarik tangan saya meninggalkan kawasan kejadian sesudah memberi wang pada pemandu beca itu.

Akhirnya kami sampai juga ke rumah Mail dengan beca lain. Di rumah barulah saya mendapat tahu dengan jelas tentang Mail. Di samping menjadi siak dia juga menguruskan pengebumian jenazah orang yang mati di penjara Taiping kerana hukuman gantung (jika tidak dituntut oleh pihak waris). Setelah bercerai dengan isterinya yang dulu, dia membawa anak sulungnya tinggal bersamanya. Setelah anaknya tamat sekolah melalui jasa orang besar Jajahan Larut yang bergelar Tengku Menteri (kalau tak silap saya), anaknya itu dapat bekerja sebagai budak pejabat di Jabatan Ukur. Sejak bekerja, anaknya tidak tinggal bersamanya lagi. Tinggal bersama-sama kawan- kawan dengan menyewa rumah di pinggir bandar Taiping, tidak jauh dari kawasan perumahan sesak di Tupai.

"Naik”, kata Mail.

Saya dan datuk pun ikut perintahnya. Kami terus masuk ke bilik anaknya terlantar, tidak bergerak kelihatan macam mayat. Badan kurus dengan pipi yang cekung.

"Siapa namanya Mail?"

"Razman, orang panggil Man"

"Jadi nama panggilan sehari- hari Man ya. Emaknya siapa namanya?"

"Munah" "Umurnya?"

"Umur siapa emak atau anak?"

"Anak"

"Dua puluh tiga tahun"

Datuk rapatkan mulut ke telinga Razman dan membisikkan sesuatu. Tiba- tiba Razman membuka mata dan bangun. Dia kelihatan gagah berdiri sambil bertempik dan melompat. Tali belati yang mengikat kakinya terputus. Razman melompat ikut tingkap dan terus lari ke bawah pokok asam kumbang. Duduk bersila di situ, dengan kedua belah tangannya terletak atas kedua tempurung lutut, macam pelajar silat menerima amanat dari guru silat.

"Anak awak ni dah silap langkah”, beritahu datuk pada Mail sambil turun dari rumah menuju ke bawah pokok asam kumbang.

Beberapa ela lagi mahu sampai ke bawah pokok tersebut, datuk mencabut sebatang pokok kecil. Dengan pokok itu datuk membelasah belakang Razman hingga lembik. Kemudian datuk dukung Razman pulang. Di rumah datuk menggosok belakang Razman dengan pucuk pisang nangka hingga kesan berbalar kena pukul itu hilang. Datuk letakkan Razman betul-betul di bawah tulang bumbung rumah.

"Jangan diubah-ubah hingga saya datang pada sebelah malam nanti”, pesan datuk pada Mail.

"Mahu ke mana pula?"

“Ke masjid tadi, saya nak membuat amalan sedikit. Mudah-mudahan dengan izin Allah sakit anak awak akan pulih"

"Baiklah”, sahut Mail.

Saya dan datuk kembali ke masjid semula. Selepas menunaikan sembahyang Isyak, datuk terus membaca Al-Quran. Kira-kira pukul tiga pagi sesudah datuk melakukan sembahyang tahajjud dua rakaat, barulah saya dan datuk pergi ke rumah Mail. Perjalanan pada sebelah malam itu agak berbeza dengan perjalanan waktu siang. Sebelum keluar masjid datuk suruh saya ikat mata dengan kain. Bila kain dibuka saya sudah berada di kaki tangga rumah Mail. Perkara pertama yang datuk lakukan bila duduk di hadapan Razman ialah meminta segelas air sejuk. Setelah air itu ditawar jampi datuk basuh muka Razman dengan air itu. Datuk pegang dan tekan tulang rusuk sebelah kanan Razman dengan jari hantu.

"Man, dari mana kau dapat semuanya ni?" datuk menyoal.

Razman membuka mata. Terkelip-kelip macam mata katak puru kena sembur air. Mulutnya terkumat-kamit tanpa suara. Kemudian Razman rapatkan matanya kembali. Kaku. Datuk mengulangi perbuatannya itu selama tiga kali berturut- turut. Semuanya gagal. Datuk lalu meminta Mail mencari seekor ayam jantan putih. Permintaan itu Mail tunaikan.

Bila ayam jantan putih berada dalam tangan datuk, dia segera meninggalkan ruang rumah masuk ke bawah rumah. Datuk sembelih ayam itu betul-betul di bawah lantai tempat Razman baring. Darah ayam itu datuk isikan dalam cawan putih. Datuk juga memberitahu Mail apa yang dilakukannya terhadap Razman jangan ditegur, walaupun perbuatan itu nampak kejam dan tidak bertimbang rasa. Datuk bawa darah ayam dalam cawan putih keatas rumah. Datuk dekatkan cawan yang berisi darah itu ke hidung Razman. Bila tercium bau darah ayam, Razman segera bangun macam orang sihat mahu meminum darah. Datuk tampar muka Razman dengan sekuat hatinya hingga Razman rebah atas tempat tidurnya kembali.

"Setakat ini sahaja. Esok aku ikhtiarkan lagi”, beritahu datuk pada Mail.

Mail anggukkan kepala dan terus masuk ke bilik tidur. Saya dan datuk pergi ke anjung rumah dan tidur di situ. Malam itu saya tidak mengalami sebarang mimpi yang aneh. Tetapi diri datuk saya tidak tahu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2012 02:38 AM | Show all posts
Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 35 ~
Mengusung Iblis di tengah malam

"Darah dan roh awak sudah sebati dengan saya. Awak yang memuja saya, tidak ada orang yang boleh menewaskan saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2012 12:41 AM | Show all posts
Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 35 ~
Mengusung Iblis di tengah malam

Subuh itu, sesudah menunaikan sembahyang subuh dan mandi air embun, datuk terus mendukung Razman ke bawah pokok asam kumbang. Kaki Razman diikat dengan tali sabut ke sebatang anak pokok. Datuk membiarkan sinar matahari pagi yang cemerlang menikam kulit badan Razman.

"Mail, biarlah aku dengan di temani oleh Tamar selesaikan kerja ni. Kau tak usah tengok, nanti kau takut. Aku minta kau pergi ke masjid dan baca Al-Quran disamping berdoa pada Allah supaya sakit anak kau sembuh”

"Baiklah, tapi awak tak minum lagi?"

"Aku terpaksa berpuasa waktu menjalankan kerja ini. Tamar juga begitu”

"Pelik juga sakit anak saya ni”

"Inilah dunia. Banyak manusia jadi korban syaitan dan iblis semata-mata kerana nafsu jahat. Anak kau salah seorang daripadanya”

Saya lihat mulut Mail yang berbadan melengkung itu terlopong. Tanpa banyak bicara dia meninggalkan kami. Datuk sudah pun mengenakan pakaian serba hitam. Dia duduk bersila tidak jauh dari tempat Razman terbaring. Datuk minta saya menumpahkan darah ayam dalam cawan di hujung lututnya. Saya lakukan. Datuk pun mula bertafakur. Matanya terpejam rapat. Kedua belah tangannya memeluk dada erat-erat. Matahari pagi memancar dengan cantik sekali. Tiba-tiba Razman mengeliat macam orang baru bangun tidur. Dia tersenyum dan duduk bersila macam datuk. Datuk petik ibu jari kaki kiri tiga kali berturut-turut. Saya terus membaca beberapa potong ayat Al-Quran dan Surah An- Nisa’. ltu pesan datuk yang saya mesti patuhi. Tiba-tiba dari tompokan darah ayam di hujung lutut datuk menjelma seekor ayam jantan putih. Terus berkokok dengan nyaring. Ayam jantan itu segera menuju kepada Razman. Dan Razman membelai-belai badan ayam sambil memerintahkan ayam jantan itu berjalan kesana ke sini. Apa yang dikatakan oleh Razman, diikuti oleh ayam itu. Datuk meluruskan tangan kirinya ke depan. Manakala tapak tangan kanannya melurut lengan kirinya dari pangkal hingga ke hujung perlahan-lahan. Bila urutan itu sampai ke hujung jari, ayam jantan yang mengikut perintah Razman hilang. Razman melompat-Iompat dan menjerit. Dia marah kerana datuk menghilangkan ayamjantan putihnya. Mujurlah tali sabut yang mengikat kakinya kuat. Ikatan yang datuk lakukan ini bukan sebarang ikatan. Ikat bersyarat dan berpetua. Kalau tidak pasti putus, kerana tenaga Razman ketika itu cukup luar biasa. Semua anak-anak pokok getah, halba dan pokok janggut keli sekitarnya dicabut dengan mudah. Perkara yang nyata memang ada perlawanan kebatinan antara datuk dengan kuasa tertentu yang melindungi Razman. Buktinya, muka datuk berpeluh. Urat-urat tangannya timbul, kedua belah bahunya bergerak macam menarik sesuatu dari direbut oleh pihak lain. Akhirnya Razman lemah sendiri. Terbaring atas tanah. Datuk bertafakur lagi.

Dalam sinar matahari yang mula keras itu, tiba-tiba menjelma bapak kambing hitam meluru ke arah Razman. Kambing jantan mencium dahi Razman dan Razman pun bangun lalu menepuk-nepuk belakang kambing hitam. Melihat keadaan yang ganjil itu, datuk jadi resah. Datuk menggenggam kedua belah tangannya dan dilapis dua. Genggam tangan kiri sebelah atas, genggam tangan kanan sebelah bawah, macam bu¬ dak-budak main tum tum bak. Dia rapatkan mata. Dia bangun perlahan-lahan dan berdiri sebelah kaki. Kaki kanannya dibengkokkan. Bila kaki kanannya diluruskan dan dihentakkan ke bumi sekuat hati, kambing jantan yang menjelma secara tiba-tiba mengembik sekuat hati, macam kena curahan air panas dan terus hilang. Razman rebah kembali. Matahari kian meninggi. Datuk merenung ke perdu pokok asam kumbang yang berdaun lebat. Badan saya mula berpeluh terutama di pangkal kedua belah ketiak. Perut mula terasa dimasuki angin, akibatnya saya sendawa bertalu-talu.

Panas pagi itu memang lain macam rasanya, kulit muka terasa cukup pedih. Datuk mengalih pandangannya dari perdu pokok asam kumbang ke arah rumpun lalang di sebelah barat daya secara perlahan- Iahan. Tapak tangan kirinya menekan pangkal dada kiri dan melurut ke bawah perlahan-Iahan. Bila pandangannya sampai kepada matlamat, tangan kirinya lurus ke bawah. Tetapi, jari telunjuknya menekan pangkal belikat. Mulutnya saya lihat bergerak-gerak, macam membaca sesuatu. Lama juga datuk merenung perdu lalang yang tumbuh liar itu. "Kita bawa Razman segera balik”, kata datuk. Bila datuk memegang pangkal tangannya, Razman segera mengelupur. menendang dan menumbuk datuk. Datuk menepis dengan cepat. Tetapi tendangan Razman dari sebelah kiri tidak dapat dielakkan. Datuk tersungkur. Mukanya tersembam ke bumi. Saya lihat kekuatan Razman memang luar biasa. Pergerakannya cukup tangkas macam orang sihat. Razman mula menerkam dan mahu memijak belakang datuk. Cepat-cepat datuk melarikan badannya ke kiri hingga keluar dari bawah bayang- bayang pohon asam kumbang. Razman tidak dapat melepasi bayang- bayang pokok asam kumbang. Bila dia terkeluar dari kawasan bayang-bayang itu tenaganya jadi lemah. Datuk menyedari tentang hal itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2012 12:43 AM | Show all posts
Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 35 ~
Mengusung Iblis di tengah malam

"Carikan aku batang tepus”, pekik datuk pada saya.

Saya toleh ke kiri, toleh ke kanan. Batang tepus tidak juga saya nampak.

"Cari sebelah matahari jatuh. Tak jauh dari pokok talang”, suara datuk cukup lantang.

Perintahnya saya akur. Memang betul cakap datuk. Batang tepus saya temui berdekatan dengan pokok talang berbatang licin. Saya cabut sebatang dan berlari ke arah datuk lalu menyerahkan batang itu padanya. Datuk mara lalu memukul bertalu- talu pada badan Razman. Saya lihat Razman menjerit dan terlompat-Iompat bila batang tepus menjamah tubuhnya. Akhirnya, datuk hentak pangkal sikunya dengan sekuat hati ke pangkal bahu Razman. Razman melayang rebah ke bumi. Saya kira tulang bahunya pasti patah dua. Razman tergolek macam ayam kena langgar lori tentera. Datuk gosok bahagian bahu Razman yang dihentakkan dengan pangkal sikunya. Kemudian datuk gerakkan tangan Razman berkali-kali. Urut lagi dua kali dan gerakkan ke kiri dan ke kanan. Datuk tepuk bumi dan dada Razman. Saya lihat Razman bergerak ke kiri dan ke kanan. Datuk menghampiri saya.

"Tangannya yang patah sudah aku betulkan atas izin Allah. Sekarang kita bawa dia pulang”, kata datuk.

Dia pun memikul batang tubuh Razman. Saya mengekor dari belakang dan saya terasa macam ada bayang-bayang orang memburu saya. Rumput kiri kanan saya lihat macam dipijak orang dalam sinar matahari yang keras. Anehnya, saya tidak nampak apa-apa. Tiba-tiba saya rasa bahu kanan bagaikan ditampar orang. Pedihnya bukan kepalang. Saya terus melangkah, peluh terus meleleh di dahi dan mengalir ke pangkal dagu. Kulit muka terasa pedih dan gatal-gatal. Dalam hati saya terus membaca Surah An-Nas dengan tenang. Gangguan itu tidak berlaku lagi pada diri saya. Bila sampai di rumah, datuk pun meletakkan Razman di tempatnya. Saya lihat jam di dinding rumah sudah pukul sebelas pagi. Dari tingkap rumah Mail, saya melihat kemuncak Bukit Larut yang berkabus tebal. Datuk bersandar pada tiang seri.

Lima belas minit kemudian Mail pun pulang. Tidak banyak yang ditanya oleh Mail terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh datuk. Mail terus masuk ke biliknya untuk menghisap rokok. Dia tahu datuk berpuasa hari itu. Mail tahu, tidak manis menghisap atau makan di depan orang yang berpuasa. Mail keluar, duduk bersila di depan datuk. Datuk masih lagi termenung panjang. Perhatiannya tidak tertumpu apa yang berlaku di depannya. Datuk bagaikan berada di dunia lain. Saya tahu bagaimana mahu menyedarkan datuk supaya kembali dalam keadaan biasa. Saya pun melipat bucu tikar mengkuang dan menindihkannya dengan lutut. Saya gigit kuku jari kanan sekuat hati sambil pura-pura batuk. Apa yang saya lakukan berhasil menyedarkan datuk. Petua yang saya jalankan itu saya peroleh dari datuk juga. Harus digunakan dalam keadaan yang tertentu mengikut hari dan bulan Islam di samping memperhitungkan masa.

"Mail”, datuk bersuara sambil merenung wajah Mail.

“Ada tak kejadian-kejadian aneh berlaku di pokok asam kumbang tempat anak kau suka pergi tu?", tambah datuk.

Mail luruskan kaki kanan. Datuk tarik nafas panjang. Mata saya terus merenung apa yang ada dalam ruang rumah. Rasa panas bertambah kurang kerana angin yang bertiup di luar masuk ke ruang rumah menerusi tingkap dan pintu yang terdedah.

"Ada”, jawab Mail.

"Apa dia?"

"Di bawah pokok asam kumbang itu dulu tempat orang mati bertembak"

"Siapa menembaknya Mail?"

"Penjahat itu berbalas tembak dengan pihak polis”

"Siapa namanya Mail?"

"Din Taiwan”

"Waktu matinya petang atau tengah malam?"

"Tengahari, kata orang waktu rembang lebih kurang pukul dua belas tengahari”

Datuk menggigit lidah mendengar keterangan dari Mail itu. Dan Mail memberitahu datuk bahawa Din Taiwan masa hidupnya memang terkenal sebagai kaki rompak yang handal. Namanya amat ditakuti oleh penduduk sekitar Daerah Larut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2012 12:44 AM | Show all posts
Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 35 ~
Mengusung Iblis di tengah malam

Sikapnya tidak ubah macam kata orang tua-tua, beraja di mata, bersultan di hati. "Kaki botol, kaki rogol. Dia memang pelesit”, keluh Mail.

Datuk tersenyum. Saya memperkemaskan sila. Mail merenung wajah datuk yang kelihatan tenang. Perut saya mula terasa pedih dan lapar. Bau sambal tumis petai membuat saya bertambah lapar lagi. Dalam kepala saya membayangkan betapa enaknya keluarga Mail makan tengahari nanti. Kalaulah saya tidak berpuasa, dua pinggan nasi tentu habis saya telan.

"Kata orang dia banyak ilmu”, tambah Mail.

"Ilmu untuk dunia tanpa ilmu akhirat selalunya membuat manusia sesat”

"Betul. Cuma yang anehnya bila dia dibawa ke hospital dan pada sebelah petangnya saya pergi ke tempat itu, saya lihat kesan-kesan darah Din Taiwan di tanah hilang, macam ada orang yang mengambilnya” Datuk terkejut mendengar cerita dari Mail.

Muka Mail saya renung. Datuk bangun, berdiri di muka tingkap merenung ke luar. Dia tidak berkata walau sepatah pun. Datuk macam memikirkan sesuatu. Datuk terus melangkah ke anjung rumah dan tidur. Datuk bangun bila waktu Zuhur tiba dan terus sembahyang. Sementara menanti masuk waktu Asar, datuk terus membaca Al- Quran. Lepas sembahyang Asar datuk dan saya pergi lagi ke bawah pokok asam kumbang. Dalam jarak dua puluh kaki dari pokok itu, datuk membentangkan sehelai kain pelikat dan kami duduk di atasnya. Matahari sudah condong, sinarnya tidak sekeras tadi.

"Jangan tegur apa yang kau lihat”, bisik datuk kepada saya sambil menyelitkan sehelai daun lalang ke telinga kiri saya.

Datuk juga menyelitkan daun lalang ke telinganya. Saya terasa keadaan keliling telalu sepi. Dunia bagaikan tidak ada penghuninya.

"Tumpukan seluruh pancaindera kamu Tamar pada alam lain”, saya terdengar sayup-sayup suara datuk.

Dan saya terasa badan bagaikan berada di awang- awangan sebentar. Hujung baju datuk saya pegang erat- erat.

"Buka mata kamu Tamar”, datuk memerintah.

Cakapnya saya patuhi. Mata saya tertumpu pada pangkal pokok asam kumbang. Saya terlihat seorang lelaki jatuh berlumuran darah. Lelaki itu hilang dan saya lihat batang tubuh datuk terbongkok- bongkok mengambil tanah yang ada kesan darah dari lelaki itu. Datuk juga turut hilang. Dalam keadaan separuh sedar itu, saya terasa peha saya ditampar oleh datuk. Saya toleh ke arahnya. Datuk tersenyum daun lalang yang berada di celah telinga saya sudah pun berada di tangan datuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2012 12:45 AM | Show all posts
Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 35 ~
Mengusung Iblis di tengah malam

"Sekarang sudah tahu puncanya dengan izin Allah sakit Razman boleh diubati tetapi dia harus memulangkan barang yang diambilnya kepada orang yang berhak”, beritahu datuk pada saya.

Matahari kian condong. Datuk masih lagi belum mahu bergerak dari tempat duduknya. Dia memberitahu saya, bahawa saya dan dirinya harus berada di situ hingga remang-remang senja. Menurut datuk diri saya dan dirinya tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Bagi datuk duduk di situ tidak menimbulkan sebarang masalah kerana ada saja kerja yang di buatnya. Mulutnya sentiasa terkumat-kamit dan anggota badannya yang lain juga selalu bergerak-gerak.

Bila hari sudah remang- remang senja, datuk pun menghentakkan kakinya ke bumi. Seluruh kawasan itu berbau harum. Saya terpandangkan bayang orang perempuan yang tidak begitu jelas duduk bersimpuh di hadapan datuk. Tetapi melihat gaya perempauan itu duduk dan cara dia bertudung, saya yakin perempuan itu adalah isteri muda datuk iaitu, orang bunian.

Perempuan itu bercakap dengan datuk. Saya tidak dapat menangkap dengan jelas apa yang diperkatakan oleh datuk dengan perempuan itu. Dengan sekelip mata perempuan itu hilang. Bekas tempat perempuan itu duduk terdapat tiga longgok tanah yang berdarah. Datuk terus berpeluk tubuh. Matanya merenung lurus ke depan. Dia menarik nafas. Datuk hulurkan kaki kiri ke arah ketiga-tiga longgok tanah yang berdarah. Bila kakinya dilipatkan kembali seperti asal, saya lihat dari tanah longgok pertama keluar ayam jantan putih. Dari longgok kedua keluar kambing dan dari longgok ketiga terdampar mayat lelaki. Kerana longgok tanah yang berdarah sederet, semua jenis makhluk yang keluar darinya beratur sederet.

Remang-remang senja bertambah hitam. Angin mula menampar-nampar dedaun asam kumbang. Bunyi desiran angin itu cukup kuat bersama titik gerimis yang sambung menyambung. Saya terasa cukup seram. Ada bermacam- macam bunyi yang saya dengar. Ada suara orang minta tolong. Ada suara ayam berkokok, ada suara kambing mengembik. Akhir sekali saya terdengar suara orang lelaki memuja sesuatu, suara itu macam suara Razman. Datuk menamparkan tapak tangan kanan ke tapak tangan kiri, serentak dengan itu, saya lihat batang tubuh Razman berdiri bagaikan bayang-bayang dalam warna senja yang kian beransur gelap.

Ketiga-tiga makhluk yang terdampar di hadapan datuk bergerak dan menuju ke arah Razman lalu hilang meresap ke dalam tubuhnya. Bayang-bayang Razman hilang lalu diganti dengan suara perempuan mengilai di atas pucuk pokok asam kumbang. Suara perempuan mengilai itu cukup nyaring dan akhirnya, pokok asam kumbang bergegar macam di goncang oleh sesuatu. Buah- buah asam kumbang yang muda berguguran atas bumi Suasana menjadi seram. Angin terus bertiup dan suara gagak mula kedengaran. Macam-macam lembaga yang amat menakutkan wujud di hadapan saya dan datuk. Tetapi datuk tidak menampakkan rasa takut atau bimbang. Dia bagaikan yakin apa yang dikerjakannya akan berjaya. Datuk terus membaca Surah Al-Kursi dengan tenang dan teratur. Bila semuanya sudah selesai dibaca, datuk bangun lalu menghentakkan tumit kaki kirinya ke bumi.
Semua yang ada di hadapan hilang terus.

"Syaitan”, kata datuk lalu mengajak saya pulang.

Dalam perjalanan pulang itu datuk memberitahu saya, bahawa Razman telah memuja darah orang mati dibunuh untuk sesuatu maksud yang jahat. Tetapi dia tidak dapat menunaikan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh syaitan untuk dilaksanakannya. Akibatnya dia jatuh sakit dan ilmu salah yang dituntutnya itu memakan dirinya sendiri. Razman menguji ilmunya dengan darah ayam dan kambing. Ternyata ilmunya itu berjaya.

Ayam dan kambing jelmaan yang didampingi oleh syaitan akan mengikut semua perintahnya. Kemudian Razman mengambil darah orang mati di bunuh di bawah pokok asam kumbang. Darah orang mati di bunuh itu dipuja dengan menggunakan beberapa kelengkapan tertentu di bawah pokok tersebut.

"Darah orang mati dibunuh tu dipuja waktu bunga senja”, ujar datuk pada saya dengan tenang.

Saya anggukan kepala dalam langkah senja yang kian gelap. Tetapi langit kelihatan bersih dan cerah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2012 12:50 AM | Show all posts
Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 35 ~
Mengusung Iblis di tengah malam

"Darah tu di puja tujuh Jumaat. Orang yang melakukan pemujaan tu bersemadi menghadapi arah matahari naik dan arah angin tanpa memakai pakaian kecuali cawat untuk menutup bahagian kemaluan”, beritahu datuk lagi.

Saya mula terasa cemas tidak tentu pasal. Langkah saya percepatkan. Datuk terus juga bercakap menerangkan apa yang dia tahu pada saya. Datuk yakin yang Razaman berguru pada orang yang tahu tentang kerja-kerja maksiat ini. Dan orang tempat dia berguru itu belajar separuh jalan saja.

"Sayang, orang tempat dia berguru itu hanya mencari yang jahat untuk tujuan yang jahat”, keluh datuk.

"Maksud datuk?", saya memotong cakapnya.

"Dia menuntut untuk niat jahat, bagi merosakkan sesama manusia. Kerana itu dia tidak menuntut bagaimana mahu menghancurkan perbuatan sendiri”, jelas datuk lagi.

Saya diam dan tidak mahu menyoal datuk lagi. Akhirnya, kami sampai ke kaki tangga rumah Mail. Ketika datuk selesai membasuh kaki dan memijak anak tangga pertama, suara Azan mula kedengaran. Saya cukup gembira kerana tempoh menahan lapar dan dahaga sudah berakhir. Bila berada dalam rumah hati saya bertambah lapang. Sudah ada makanan yang tersedia untuk saya dan datuk. Mail lalu mempersilakan kami menjamah hidangan. Datuk hanya minum segelas air sejuk dan sebiji pisang. Lepas itu dia terus sembahyang. Saya juga berbuat demikian dengan harapan selesai datuk sembahyang, dia akan makan kembali.

Harapan saya tidak dipenuhi. Lepas sembahyang datuk terus berwirid panjang dan membaca Surah Yasin tujuh kali hingga masuk ke waktu Isyak. Bila datuk selesai sembahyang Isyak barulah dia menghadapi hidangan. Datuk cuma makan tujuh jemput nasi dan minum separuh air sejuk. Tetapi, saya terus makan dengan semahu- mahunya. Datuk tidak menegur perbuatan saya itu. Kerana saya makan terlalu banyak, saya merasa agak sukar mahu bernafas dan bergerak. Saya tersandar di dinding dan perut kelihatan agak buncit, macam perut bantal. Datuk menghampiri saya.

"Makan terlalu berlebihan tidak elok. Makan cara itu berkawan dengan iblis kerana terlalu mengikut nafsu”, bisik datuk ke telinga saya

Saya tidak dapat berkata apa-apa. Saya cuma tersenyum sinis.

"Cuba jangan malukan aku”, tambahnya.

Datuk terus menuju ke tempat Razman. Datuk duduk bersimpuh di hadapan Razman. Datuk serkup muka Razman dengan kain hitam. Dengan hati-hati datuk menekan buku lali kaki Razman sebelah kiri. Badan Razman bergerak dan datuk memanggil Mail supaya duduk dekatnya. Mail datang. Datuk mengeluarkan sebatang rotan seni dari bawah pahanya. Saya tidak tahu dari mana datuk memperolehi rotan tersebut. Datuk urut batang rotan itu tujuh kali ke atas dan tujuh kali ke bawah. Razman secara mendadak bangun dan datuk dengan cepatnya pula meletakkan hujung rotan itu ke atas kain hitam. Saya lihat Razman tidak mampu bangun.

Hujung rotan itu bagaikan ada batu besar yang tidak terdaya ditolak oleh Razman, sedangkan datuk memegang pangkal rotan itu dengan dua jari saja. Dalam sekelip mata saja warna rotan bertukar menjadi hitam. Muka datuk berpeluh. Datuk tarik rotan itu dan letakkan kembali d bawah pehanya.

"Anak kamu Mail sudah teruk benar. Susah nak menghilangkan ilmu yang sudah sebati satu badan"

"Saya minta tolong ikhtiarkan. Dialah satu- satunya anak jantan saya”

"Saya boleh cuba”

Muka Mail kelihatan tenang mendengar janji datuk itu. Datuk meninggalkan Razman di tempatnya. Datuk ajak Mail pergi ke anjung rumah. Mereka duduk di situ. Saya malas mahu mengikut mereka. Saya rasa lebih selasa duduk bersandar di dinding. Saya terus terlelap dan terjaga bila terasa bahu sebelah kanan ditendang orang. Saya buka mata, saya lihat ada lelaki berbaju dan berseluar hitam berdiri di hujung kaki Razman. Dada saya berdebar, bila saya lihat Razman duduk bersila macam orang sihat dan lelaki yang berdiri itu terus sujud di kaki Razman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2012 12:53 AM | Show all posts
Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 35 ~
Mengusung Iblis di tengah malam

"Sudah kau jalankan perintah aku?", saya terdengar suara Razman.

"Belum”, jawab lelaki itu tunduk.

"Kenapa kau tak ikut perintah aku?"

"Upahnya belum saya dapat”

"Kerana itu kau siksa aku begini?”

"Bila saya dapat minum darah perempuan beranak sulung malam Jumaat, semuanya akan selesai, saya tidak akan menghisap darah awak lagi”

"Aku dalam bahaya. Ada orang yang mahu memisahkan kau dengan aku. Tahu?"

"Darah dan roh awak sudah sebati dengan saya. Awak yang memuja saya, tidak ada orang yang boleh menewaskan saya. Saya dahaga saya mahu minum”

Sebaik saja lelaki itu berhenti bercakap, saya lihat dia memegang pergelangan kaki kanan Razman. Dia terus menggigit ibu jari kaki Razman. Suara Razman bergema menguasai ruang rumah sambil melompat. Datuk segera datang kepada Razman, batang tubuh lelaki itu hilang. Cuma yang kelihatan kepulan asap nipis masuk ke lubang hidung Razman bila dia menarik nafas. Semua yang saya lihat, saya ceritakan pada datuk. Tanpa membuang masa lagi datuk pun membuka bajunya lalu diserkupkan ke bahagian dada Razman. Muka Razman datuk serkup dengan kain merah. Rotan seni datuk letakkan melintang di atas dada Razman.

"Biarkan barang-barang itu di situ. Kau tunggu di sini, kalau ada apa-apa beritahu aku di anjung”, datuk meninggalkan satu pesan yang amat berat buat saya.

Sebelum datuk beredar dia menyuruh saya membaca Surah Al-ikhlas seberapa banyak yang boleh hingga saya terlelap. Mail masuk kedalam bilik tidur. Selama berada di rumahnya saya cukup sukar mahu melihat wajah isterinya. Suara isterinya juga jarang kedengaran memarahi anak- anaknya yang nakal. Saya terlelap dan datuk tidur di anjung rumah.

Lebih kurang pukul tiga pagi, saya tersedar dari tidur. Saya lihat datuk sedang melakukan sembahyang Tahajud. Kemudian dia melakukan pula sembahyang Istikharah. Datuk tidur kembali. Saya merasa senang hati kerana tidak ada kejadian aneh yang berlaku di hadapan saya. Dengan dada yang lapang saya menyambung kembali tidur yang terputus. Setelah menunaikan sembahyang subuh bersama datuk dan Mail, saya terus berubah tempat. Duduk di anjung rumah dekat kepala lutut datuk yang sedang membaca Surah Yasin.

"Aku rasa dengan izin Allah aku dapat melawan perbuatan jahat itu. Aku mesti menjalankannya dengan sebaik-baiknya. Niat aku bukan apa-apa, aku mahu mengembalikan budak itu ke jalan benar”, demikan datuk memberitahu saya.

Datuk juga sudah menyiapkan beberapa rancangan yang akan dilakukannya selepas dia mandi embun. Ketika matahari pagi berada di paras pucuk kelapa dara, datuk sudahpun selesai mandi embun. Dia kembali mengadap Razman, semua perkakas yang di letakkan atas tubuh Razman diambilnya. Datuk meneliti rotan seni yang panjang dua kaki itu dengan rapi sekali. Tidak ada sebarang perubahan pada rotan tersebut. Datuk ambil air dari tempayan dapur lalu membasuh muka Razman.

"Razman bangun nak, bangun", suara datuk tenang di hadapan saya dan Mail.

Rotan seni di tangan terus datuk bengkokkan. Bila rotan itu diluruskan Razman pun bangun dan duduk, macam orang sihat dan terus minta makanan. Datuk berbisik dengan Mail. Dua tiga kali Mail anggukkan kepala, kemudian terus ke bahagian dapur. Mail datang kembali membawa secawan kopi dan dua ketul lepat pisang. Barang-barang itu datuk ambil. Air kopi datuk campurkan dengan air dari tempayan. Lepat pisang datuk tikam dengan hujung rotan. Kemudian barang- barang itu datuk serahkan pada Razman. Bila Razman mahu menghirup air kopi, cawan yang dipegangnya pecah. Bila dia mahu makan lepat pisang, lepat pisang itu terbang macam ada orang yang menyentapnya. Datuk terus bertafakur. Tanpa saya duga secara mendadak Razman bangun dan menendang ke arah badan datuk. Dua tiga kali dia menendang tetapi badan datuk tidak bergerak. Datuk membengkokkan jari telunjuknya. Razman rebah.

Datuk saya lihat menginsut ke depan lalu membaca Surah Yasin dengan nyaring. Bacaan itu diikuti oleh Razman, tetapi, bila sampai pada ayat- ayat terakhir suara Razman tidak kedengaran. Razman terus rebah. Datuk bangun dan membiarkan Razman terkapar di situ. Datuk lalu minta Mail mengorek lubang separas dada dekat pokok asam kumbang. Permintaan itu dilaksanakan oleh Mail. Bila lubang itu sudah dikorek, datuk terus masuk ke dalamnya. Dia minta Mail pulang ke rumah. Tinggallah saya dengan datuk dan datuk minta saya menimbus separuh badannya dengan tanah. Datuk minta saya mencarikan beberapa helai daun lalang kering. Daun lalang kering yang sudah saya peroleh itu, saya letakkan di hadapannya. Kerana pancaran matahari cukup terik membuat separuh badan datuk yang tidak ditimbus oleh tanah berpeluh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2012 12:55 AM | Show all posts
Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 35 ~
Mengusung Iblis di tengah malam

"Bakar lalang tu”, perintah datuk.

Saya terus patuh. Bila api membakar lalang kering, saya terasa cukup panas. Angin yang bertiup membawa lalang yang terbakar ke arah datuk. Dalam sekelip mata saja saya tidak dapat melihat separuh daripada badan datuk, hilang dalam kemarakan api. Saya lihat rambut dan muka datuk terbakar. Saya kira ini satu kerja gila. Kenapa datuk mesti melakukan kerja yang tidak akan dilakukan oleh manusia yang berfikiran waras? Apakah datuk juga mendampingi dirinya dengan syaitan?
Ini kerja mengarut, fikir saya sambil menutup kedua belah mata dengan tapak tangan. Tidak sanggup saya melihat datuk dalam keadaan demikian.

"Aku tidak berdampingan dengan syaitan Tamar, apa yang aku lakukan ini adalah sebahagian dari kerja aku yang aku warisi dari guruku yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Ini sebenarnya sebahagian dari ujian dan ketahanan diri, demi keyakinan aku yang bersandarkan pada kuasa Allah”, tiba-tiba saya mendengar suara datuk.

Dia berdiri di kanan saya. Baju dan anggota badannya tidak pun rosak. Paling melucukan datuk sendiri melihat tempat dia kena timbus tadi penuh dengan api. Datuk meminta saya menyimpan rahsia aneh itu dari pengetahuan Mail dan orang lain. Segala apa yang terjadi tadi adalah untuk diri saya dan dirinya saja. Kami kembali ke rumah Mail. Datuk membuat beberapa persiapan terakhir. Dia mencari sendiri beberapa jenis akar kayu, daun dan beberapa ketul batu hitam yang diambil dari bekas lombong. Semua barang-barang itu datuk kumpulkan dalam kain hitamnya.

Dari waktu Zuhur membawa ke waktu Isyak datuk terus membaca Al- Quran. Dia berhenti bila sampai waktu sembahyang. Walau macam mana susahnya, datuk tetap meneruskan puasanya. Dia berbuka puasa dengan segelas air saja. Dan saya juga diperintahkan mengikut apa yang dilakukannya. Kerana saya suka dengan tugas datuk yang mencabar itu, pahit maung dan susah saya harungi dengan harapan perkara- perkara aneh itu akan menjadi khazanah pengalaman yang berharga pada diri saya. Lebih kurang pukul dua pagi, datuk dan saya memikul batang tubuh Razman keluar dari rumah tanpa diketahui oleh keluarga Razman.

Tempat yang kami tuju ialah ke perdu pokok asam kumbang. Datuk masukkan separuh badan Razman ke dalam lubang tempat datuk membakar diri pada sebelah siang tadi. Badan Razman kami timbus dengan tanah. Datuk pun membakar semua barang-barang yang dibungkusnya dalam kain hitam. Api menyala dengan garangnya, memakan barang- barang itu. Api menjulang ke atas, macam disimbah dengan minyak petrol. Razman menjerit dengan sekuat hati. Datuk memadamkan api itu dengan sekali hembus. Bila api padam, semua barang-barang dalam kain hitam tidak terjejas. Datuk mengambil seketul batu hitam lalu ditanamkan ke dalam tanah dengan ibu jari kakinya. Dalam masa itu juga bermacam binatang buas muncul di hadapan datuk dan saya. Ada harimau, ada ular dan macam-macam lagi.
Semua binatang buas itu hilang bila datuk menepuk tangannya. Akhirnya, muncul seorang lelaki dari sebelah kiri Razman, bentuknya macam bayang-bayang lalu bersatu dengan diri Razman. Dengan menggunakan jari kaki juga, datuk cungkil batu hitam yang tertanam. Batu itu datuk ambil lalu digenggamnya erat- erat. Dari celah-celah lurah jarinya keluar asap. Datuk buka tangannya sebentar. Batu hitam sudah menjadi bara yang merah saga. Datuk genggam kembali. Datuk mencampakkan kain hitamnya pada saya.

"Bakar”, katanya.

Saya pun bakar kain hitam. Cahaya api dari kain hitam itu menerangi seluruh kawasan yang gelap. Sebenarnya kain hitam tidak terbakar, sekadar mengeluarkan cahaya seperti lilin yang terbakar. Saya lihat muka datuk bersih benar malam itu. Dia duduk bersimpuh merenung muka Razman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2012 12:56 AM | Show all posts
Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 35 ~
Mengusung Iblis di tengah malam

"Kau siapa?", tanya datuk.

"Din Taiwan”

"Kenapa kau mengacau orang lain?”

"Dia memuja aku untuk tujuan tertentu”

"Sebab?"

"Dia suruh aku bawa gadis bernama Mariam padanya”

"Sudah kau buat?”

"Belum lagi”

"Sebab?"

"Dia belum beri aku darah perempuan beranak sulung”

Percakapan yang terjadi antara datuk dengan Razman berhenti. Datuk lalu melontar dua urat akar kayu ke arah Razman. Razman menjerit dan meminta datuk jangan mengulangi perbuatannya itu. Datuk setuju dengan syarat Razman harus bercerita asal-usulnya. Permintaan itu dipersetujui oleh Razman. Sebenarnya bukan Razman yang bercakap ketika itu, orang yang di lawan oleh datuk bercakap itu ialah Din Taiwan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2012 01:05 AM | Show all posts
Selingan Syawal   
Bercakap dengan jin ~ 36 ~
Pukau ular tedung

nanti kau akan dengar tapak kaki binatang. Kalau manusia kau akan dengar suaranya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2012 12:17 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 36 ~
Pukau ular tedung


Din Taiwan memberitahu datuk dengan ilmunya dia telah merogol lebih dari seratus orang wanita yang yang terdiri dari anak dara, janda dan isteri orang. Dia telah menggunakan ilmunya itu untuk merompak dan membunuh orang. Akhirnya di tembak mengunakan peluru emas. Memang pada awalnya, dia menuntut ilmu itu untuk melindungi dirinya dari perbuatan orang, tetapi, bila separuh menuntut dia sudah terpengaruh dengan syaitan untuk merosakkan orang lain demi kebahagiannya. Dia meninggalkan gurunya lalu menjadi orang jahat. Masa dia membuat kerja-kerja maksiat itulah dia selalu mempengaruhi anak-anak muda lain untuk menganggotai kumpulannya. Dia mengakui, dialah yang memberi beberapa ajaran pada Razman yang patah cinta, kerana pinangannya ditolak oleh kedua orang tua Mariam. Dia mengajarkan Razman supaya melarikan Mariam untuk dijadikan perempuan slmpanan.

"Kau memang jahat”, kata datuk secara mendadak.

"Siapa guru kamu?"

"Aku menuntut pada mulanya dengan orang asli di hutan Sabah, kemudian aku terus memuja-memuja roh dan pangkal-pangkal kayu”

"Syaitan”, jerit datuk lalu membaca Surah Al-Kursi,

Kemudian datuk melemparkan batu yang digenggamnya ke arah Razman (Din Taiwan). Api menjulang bersama jeritan yang amat kuat. Bila api padam di kawasan tempat tubuh Razman ditanam, terdapat timbunan abu. Abu itu berkumpul di dalam lubang. Datuk timbus abu itu dengan tanah. Kami meninggalkan kawasan itu bila fajar sidik timbul dikaki langit.

"Kita harus berada di rumah sebelum azan”, beritahu datuk pada saya.

Kami melangkah dengan cepat menuju ke rumah Mail. Tetapi, hati saya sungguh kesal, secara tidak langsung datuk telah membunuh Razman anak kesayangan Mail. Apakah yang akan di jawap oleh datuk pada Mail dalam hal ini? Datuk sudah menambahkan musuh dalam hidupnya. Saya merasa menyesal dan menganggap datuk seorang pembunuh. Bagi menjimatkan masa, kami tidak terus ke rumah Mail. Kami singgah di perigi mengambil air sembahyang. Kemudian ke rumah Mail, terus duduk di anjung. Beberapa minit kemudian kami terdengar suara azan. Ketika datuk mahu memulakan sembahyang, Mail datang dan datuk menjadi imam pagi itu.

Setelah selesai sembahyang, datuk tergesa- gesa masuk keruang rumah. Alangkah terkejutnya saya, bila mendapati Razman terbaring di tempatnya. Saya jadi bodoh dengan kejadian itu. Siapakah yang didukung dan dibakar oleh datuk tadi?
Dalam keadaan yang serba salah itu, saya lihat datuk berdiri di hujung kepala Razman. Datuk minta semangkuk air dari Mail. Datuk masukkan tangan ke dalam mangkuk itu. Air melekat di hujung jari itu datuk titiskan ke muka Razman. Razman mengeluh. Serentak dengan itu, saya lihat macam kabus nipis keluar dari hujung kaki Razman. Kabus nipis itu terus berkumpul dan akhirnya wujudlah batang tubuh seorang lelaki iaitu, Din Taiwan.

"Pulanglah syaitan, jangan kau kacau anak cucu adam ini”, kata datuk.

Kabus itu ghaib. Mail terkejut, dia tidak tahu dengan siapa datuk bercakap. Dia tidak nampak seperti apa yang saya lihat. Saya juga hairan macam mana benda-benda ganjil itu boleh saya lihat. Bila saya menoleh ke kiri merenung wajah datuk tersenyum.

"Pulangkan kain hitam aku”, minta datuk, barulah saya sedar yang kian hitam itu membuat saya melihat kejadian aneh sebentar tadi.

Kain hitam dalam saku saya serahkan pada datuk. Datuk terus lipatkan kain hitam hingga jadi tiga segi. Kemudian, datuk sumbatkan kain itu ke dalam saku seluarnya. Perlahan-lahan datuk membuka sila. Datuk lunjurkan kaki kirinya dan kaki kanannya dilipatkan. Saya lihat datuk menggigit ibu jari kirinya dua kali. Kemudian dia menyusun jari sepuluh dan hujang jarinya itu bertemu dengan bibir atas, macam pendekar zaman silam mengadap sultan. Saya terkejut bila datuk terbatuk, bagaikan ada sesuatu yang tersangkut di kerongkongnya. Datuk senyum pada saya, selalunya bila datuk berbuat begitu, membawa tanda ada sesuatu yang belum pemah saya lihat akan dilakukannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2012 12:18 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 36 ~
Pukau ular tedung

Ramalan saya itu memang tepat. Datuk sudah pun membetulkan silanya dengan kedua belah tapak tangannya menekan ke pala lutut. Datuk mengalihkan pandangannya ke mangkuk putih, matanya kelihatan bersinar tidak berkedip merenung kearah bibir mangkuk putih yang terletak dekat tubuh Razman. Urat- urat merah mula timbul dibahagian mata putihnya. Pangkal urat-urat yang merah itu bagaikan berakar dari keliling bahagian anak mata hitamnya. Dan air dalam mangkuk putih berkocak sendiri, bagaikan ada tenaga ghaib yang menggerakkan badan mangkuk tersebut.

Saya tersentak bila mangkuk itu terbelah dua dan airnya melimpah atas tikar mengkuang yang dianyam rapat-rapat. Air yang melimpah itu kelihatan berkilau-kulau dipanah oleh sinar matahari pagi yang memancar masuk ikut tingkap rumah yang terbuka lebar. Datuk segera membongkok sambil mengenakan hujung jari hantunya pada air yang melimpah atas tikar. Sebaik sahaja jari hantu terkena air tersebut, air yang melimpah terus hilang. Mangkuk putih yang terbelah dua tercantum kembali seperti asal tanpa air didalamnya. Mail yang melihat kejadian-kejadian yang berlaku di depan matanya diam tidak berkata. Dahinya nampak berkerut sesekali wajahnya kelihatan cemas.

"Bangun anakku”, suara datuk parau.

Serentak dengan itu Razman yang terbaring kaku segera bangun. Dia nampak terkejut sambil merenung ke kiri dan ke kanan. Datuk merenung biji mata Razman.

"Bersila di situ”, kata datuk Razman akur dengan perintah datuk itu macam orang kena pakau.

Datuk lalu memerintahkan Mail mencari pucuk pisang nangka, pucuk palas dan air satu buyung. Mail mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengadakan batang- batang tersebut. Sementara menanti barang itu berada di depan datuk. Datuk menyuruh saya melipatkan setiap bucu tikar yang terdapat di ruang rumah tersebut. Saya laksanakan tugas itu hingga selesai. Bila tugas itu selesai saya kembali duduk di sisi datuk. Razman masih duduk terpaku atas tikar macam patung. Datuk buka baju yang dipakainya. Letak di hujung lutut sebelah kanan dengan ibu jari tangan sebelah kiri datuk tekan tepi baju. Datuk merenung ke arah tingkap yang terdedah. Dia melihat sinar matahari pagi yang cukup cerah. Saya terasa pangkal kening sebelah kiri saya gatal. Saya terus menggarunya beberapa kali. Bila saya selesai menggaru, saya dapati rumah Razman sudah pun ditutup oleh datuk dengan bajunya.

Datuk ambil kembali baju yang menutup muka Razman dengan jari kelingking kiri. Baju itu datuk sarungkan ke tubuhnya kembali. Saya lihat muka Razman merah, tidak pucat macam orang sakit. Razman mula tersenyum. Tetapi dia tidak terdaya mahu bangun, macam ada sesuatu benda yang berat melekat dibawah punggungnya. Mail sudah pun meletakkan sebuyung air di hadapan datuk berserta dengan pucuk pisang nangka dan daun palas ke dalam buyung. Dan mulut buyung datuk tutup dengan kain pelikat yang selalu di pakai oleh Razman. Kain pelikat itu terbakar dan mengeluarkan asap nipis. Bila kain pelikat itu menjadi abu, datuk tekankan kedalam mulut buyung. Dengan hati-hati datuk goncang buyung, air didalamnya berkocak dan berasap. Datuk terus membaca sesuatu. Datuk merenung ke arah mangkuk itu dan saya lihat terus jadi retak seribu dan hancur berderai. Serbuk dari mangkuk putih itu datuk ambil dan masukkan ke dalam buyung.

"Rapatlah pada aku dan duduklah di hujung lututku ini, hai anakku”, kata datuk.

Razman terus bangun dan duduk di hujung lutut datuk.

"Yang jahat akan pergi dan yang baik tinggal pada kau”, datuk bersuara sambil mengangkat buyung lalu meletakkan ke atas kepala Razman.

Buyung yang tidak bocor itu mengeluarkan air lalu membasahi seluruh tubuh Razman. Saya lihat Razman mula menggigil kesejukan. Datuk ambil buyung dari atas kepala Razman.

"Buyung dan semua barang- barang yang ada di dalamnya kau hanyutkan ke laut”, kata datuk pada Mail.

"Bila?"

"Hari ini belum matahari terbenam”

"Kalau begitu terpaksa pergi ke Port Weld untuk membuang benda ni”, suara Mail menurun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.309261 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list