|
tak apa lah benda dah berlaku...kadang2 kita pun terlupa apa yg dipesan....
apa yg saya harapkan semoga TT dpt sambung kembali cerita ini...secara personal saya mmg minat sgt ngan cerita TT ni. |
|
|
|
|
|
|
|
iols kompius..
knp kat fb bole cerita..
tp kat sini kena rahsia pulak ? ![](static/image/smiley/onion/faint.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cik_es at 6-12-2011 14:44
iols kompius..
knp kat fb bole cerita..
tp kat sini kena rahsia pulak ?
MeeSai Post at 6-12-2011 13:30 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
sebab facebook adalah medium peribadi sy, sy tak dedah hal peribadi di sini,cuma share pengalaman sahaja. itu sesuatu yang berbeza sebab bg saya, kalau nak tulis pun di sini, biar lah ia datang dari saya sendiri, bukan dari org lain. thanks. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dah la tu wahai pembaca sekalian, ini TT cik es utk bercerita Tentang Panggilan Misteri jangan jadikan cerita ini cerita tentang aku pulak. sila nokhtah kan cerita ini disini saja. Kalau nak cerita pasal aku sila buat thread baru... eh glamer ke aku...![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dah la tu wahai pembaca sekalian, ini TT cik es utk bercerita Tentang Panggilan Misteri jangan j ...
espri6006 Post at 6-12-2011 14:58 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
hihihihi.... kita dah ok kan kan? give me 5! |
|
|
|
|
|
|
|
hahah ntah pape la korang.. complicated giler..
mesmerize Post at 6-12-2011 11:53 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
takut rose nak masuk dlm thread ni dah ... takut tersalah ckp woo ...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 850# msrosse
kannnn.. too much drama la thread ni ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
drpd korang bersembang elok aku lock thread ni... |
|
|
|
|
|
|
|
selamat kembali cik es
harap lepas ni takde dah kontroversi ![](static/image/smiley/onion/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
selamat kembali cik_es, hati ni dari pagi tadi duk tertanya2 bila nak sambung cite...
alhamdulillah... bak kata mod sepaileman, "harap lepas ni takde dah kontroversi"![](static/image/smiley/onion/xlisten.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
cop!!dah sambung cerita ke??post mana satu?? c'mon guys bgtau!!!
anyway..welcome cik es!!![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya dibuka balik dah. Lama gak menunggu. Harapnya tak ada yg buat spoil kali ni. Sama2lah kita hormat cik es sbg TT. Cerita ni menarik, sayang kalau ianya tergantung gitu je |
|
|
|
|
|
|
|
dah2 smua ;) back to business |
|
|
|
|
|
|
|
al-hamdulillah...
good u r back..!! |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaaa...ingatkan cik es dah sambung. Takpe2...take ur time ye cik es... Yang penting nanti sambung... ) |
|
|
|
|
|
|
|
erk....lum ade sambungan lagi?
harap2 lepas nie ade sambungan 2,3 pages... ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
tamak sungguh ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 850# msrosse
sy pon silent reader je mase part 1 tu..takot smpi tak berani nak kuar kencin...1 mlm hbskan....msuk part tu dah meleret2 lak cite...sy pon tak bape phm dah...ade espri la ape la....cite cinte pon pnjg....sy ni xsuke bace cite pnjg2 mcm novel...slalu novel bc sinopsis je...mase part 1 ok la bnyk cite straight to the point...tak meleret...memg sesuai la sy bc...dtg part 2 ni dah mcm novel...mgkin sy ni xsesuai bc novel...dlm part 2 ni sy juz nak amek point yg cik ecah nak bg mase part 1 tu..yg mane kite sbg islam xleh caye roh masuk badan...harap cik ecah leh cite yg tu kat sy....
ke sy yg telepas pndg cik ecah dh cite? |
|
|
|
|
|
|
|
cik es silalah sambung ye.. ![](static/image/smiley/default/victory.gif)
hehehehehehehe...
congrat sbb cite ni best! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cik_es at 15-12-2011 22:20
14 ...
"Kau ada jumpa nenek tu lagi?"
"Ada"
"Bila?"
"Bila-bila saja kalau aku pulang ke sana"
"Ke sana tu ke mana?"
"Ke tempat kami" kata Swati. Tanya sikit,jawab pun sikit.
"Tempat apa tu?"
"Tempat orang yang pernah hidup"
"Pernah hidup?" aku keliru.
"Tempat orang yang sudah mati. Pasti mereka pernah hidup bukan?" kata Swati.
Aku mengangguk perlahan,terkedu.
Aku melihat wajah suram Swati, wajah yang menanggung seribu kenangan pahit waktu hayatnya. Menurut Swati, dia tak rela untuk mati, kerana apa yang berlaku terlalu pantas. Mendengar cerita Swati, aku teringatkan cerita yang sama pernah ku dengar dari kakak Akash. Cuma, aku tak pasti, adakah Swati sememangnya isteri Akash atau .. jalan cerita mereka memang serupa je? Kot?
Perlahan-lahan aku rasakan seperti aku melayang, terbang bebas. Walaupun tiada arah yang pasti, aku sukakan perasaan itu. Semua masalah hilang. Perasaan tenang tadi mula menjadi kabur, sekabur pandangan. Dan akhirnya pandangan ku gelap. Tiada suara. Tiada siapa. Kosong.
Aku tak tahu lah berapa lama aku dalam keadaan tak sedarkan diri begitu tapi bila aku bangun je,aku dah pun berada di atas katil. Lega. Tapi perasaan lega tu tak lama bila menyedari aku bukan lah berada di atas katil bilik sendiri, tapi katil orang lain. Ok, boleh cuak sekarang. Mata meliar memerhati dan pastinya ini bilik orang bujang, sebab... err,ada boxer. Boleh?
Aku cuba mengingat kembali, last sekali aku memang berada di rumah Danny dan ternampak Swati bertenggek di kipas siling. Ok lah at least masih dapat ingat dan tak hilang ingatan. Perlahan aku bangun, takut pening. Tapi,ok je. Kaki jejak ke lantai,sejuk. Di luar kedengaran bunyi hujan rintis. Aku memerhatikan sekeliling, mencari jam. Pukul berapa ni sebenarnya,pagi ke malam ni? Untuk kepastian, aku cuba selak langsir tingkap bilik tu, nak tengok luar. Tapi tangan terhenti sebaik je sentuh langsir, keberanian itu tiada. Ye la, kot Swati dalam versi menakutkan dah pun standby berdiri di tingkap? Haduh. Batalkan niat. Tapi, hati aku kuat mengatakan hari masih malam, gelap je.Kedengaran sayup-sayup suara orang bersembang, dan salah sorangnya memang suara ayah aku. Ayah aku bercakap, memang agak kuat suaranya sebab telinganya sudah tak berapa dapat mendengar dengan jelas. Kalau aku on the phone dengan dia, lagi lah. Dah sebijik macam anak kurang ajar aku tengok, terpekik-pekik cakap dengan dia,haha!
Senyap-senyap,aku buka pintu bilik seminimum mungkin. Suara bersembang yang tadinya kedengaran sayup, sudah semakin jelas.
"Tu la Danny. Anak pakcik tu memang dari kecil dia begitu. Selalu nampak yang bukan-bukan. Pakcik memang nak bawa dia pegi berubat tapi dah tuan punya badan tak mahu, pakcik pun tak nak memaksa. Tapi bila dah jadi macam ni, rasanya pakcik kena lah jugak bawa dia berubat. Pakcik risau kalau ada apa-apa benda tak elok pulak berlaku kemudian hari, mana la nak tau kan?" ok, suara ayah aku,confirm.
"Sy tak pasti pulak kalau bab berubat ni pakcik. Maklumlah sy tak pernah lagi deal dengan orang yang macam ni,dengar-dengar pengalaman orang je pernah lah. Kalau cara berubat tu halal dan dibolehkan dari sudut agama Islam,apa salahnya. Cuba dulu,sampai bila dia nak macam tu kan,mesti ada caranya" Ok, ini pulak suara Danny,confirm lagi.
Tiba-tiba ..
"Sy ingat nak cadangkan pakcik cuba bawa anak pakcik berubat dengan sorang lelaki ni,Indonesian. Sebenarnya kakak ipar sy ada masalah yang sama,anaknya yang sekolah rendah tu selalu nampak yang bukan-bukan macam kes Sha ni. Kalau pakcik nak, sy boleh je kenalkan pakcik dengan lelaki ni. Insya Allah boleh bantu" Ok, ni suara siapa pulak? Tak kenal pun. Nak kata suara Adib, jauh sekali. Suaranya kedengaran seperti sudah agak berumur. Ataupun mungkin suara Adib dalam versi serius?
Pintu bilik yang pada awalnya hanya diselak sedikit, aku buka perlahan-lahan,bimbang mengeluarkan bunyi sebab niat aku, nak sambung curi dengar perbualan mereka. Tak senonoh betul niat. Pintu tu keluarkan bunyi pulak bila cuba dibuka jadi aku cuba selak dengan sesenyap mungkin tanpa menyedari Adib sebenarnya tengah memerhatikan gelagat aku sebab waktu tu dia pun keluar dari bilik yang agak berhadapan dan terus ternampak aku macam pencuri nak melarikan diri secara senyap. Selepas berjaya memboloskan diri dari pintu yang agak sedikit annoying tu sebab mengeluarkan bunyi, aku kibas-kibaskan baju yang sedikit kotor,macam ada bulu-bulu kucing pulak melekat. Terasa diri diperhatikan, aku menoleh dan Adib senyum menahan tawa.
Ah, malunya! Dia ni dari tadi perhati aku ke apa??
"Dah u ni kenapa?" tanya Adib. Aku tak tau nak jawab apa,malu. Entah apa la aku buat tadi yang dia dok perhati.
"Dah lama ke u kat situ?" tanya aku. Adib memberi isyarat diam.
"Syyyy... sejak u curi dengar tadi dah i kat sini" katanya berbisik. Aku menahan rasa malu, maksudnya dah lama la dia kat situ dan siap menonton aksi aku membuka pintu secara senyap dengan jayanya. Cis!
"Sekarang ni pukul berapa? Masih hari yang sama ke?"tanyaku.
"Erm.. pukul 9.40 malam" kata Adib melihat jam tangan.
Aku agak keliru, apa yang berlaku selepas aku tak sedarkan diri tadi sebenarnya? Adib mengajak aku ke dapur,aku mengikuti dia dari belakang dan oleh sebab perjalanan nak ke dapur tu tak lah melewati ruang tamu, maka dorang yang bersembang kat ruang tamu tu tak perasan pun aku dah bangun. Adib menuang jus epal dari dalam kotak dan hulur kat aku. Memang aku haus gila nih tapi air ni macam manis je,malangnya aku tak minum air yang macam ni, disebabkan malu nak minta air lain dan tolak air yang dah pun dituang, jadi aku ambik je, tapi..tak minum.
Kami duduk sembang kat meja makan dan aku duduk bertentangan dengan tingkap. Tingkap di mana aku menjengukkan kepala aku konon nak investigation petang tadi. Haha.
Menurut Adib, aku tak sedarkan diri petang tadi tapi sekejap je,macam pitam gitu,tak lama dan ayah aku pulak bergegas datang rumah lepas Danny call. Bila ayah aku datang, ayah azankan setiap penjuru rumah,aku dalam keadaan mamai dan seolah-olah blur dengan apa berlaku. Selepas ayah azankan rumah, kedengaran seperti seseorang berlari di atas bumbung rumah dengan pantas dan akhirnya bunyi berlari itu hilang begitu sahaja, semuanya berlaku dengan sangat pantas. Aku kelihatan lemah, ayah pada awalnya nak bawa aku balik ke rumah terus tapi sebaik je nak melangkah keluar dari rumah tu, aku ketakutan dan mohon untuk tinggal sekejap di rumah tu hingga tenaga dan semangat ku pulih. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cik_es at 15-12-2011 22:23
Haa... melopong aku. Aku yang mintak untuk tinggal sekejap di situ sampai semangat pulih? Ape ni? Mana ada, aku menafikan cerita Adib tapi melihat dari raut wajahnya yang comel, eh jujur, aku tak rasa dia berbohong. Adib pulak bermati-matian dengan cerita dia,yang kononnya aku nak rehat dulu sebelum balik rumah. Sebab tu, Danny pinjamkan bilik dia tapi ayah aku la hantar aku untuk rehat dulu dalam bilik tu dan aku sempat menjerit takut melihat sesuatu yang mereka tak pasti,tapi aku melihat ke arah tingkap waktu tu.
Mungkin semua tu berlaku tanpa sedar, yang pastinya aku cuma rasa diri aku melayang ke tempat lain sebelum berjumpa dengan Swati dan akhirnya terjaga dalam bilik... oh, bilik Danny eh tadi tu? Oh,kemas jugak. Takde lah kemas sangat pun sebenarnya, boleh lah dikatakan kemas kalau dibandingkan dengan bilik bujang abang-abang aku. Tapi nak kata aku yang request nak rehat sekejap sebelum balik tu,memang aku pasti aku takde cakap macam tu. Mula lah aku fikir badan aku ni dirasuk apa entah, memandai je nak mintak rehat dulu kat rumah orang bujang. haiss...
"Sebab tu lah Dan benarkan ayah u hantar u rehat kat bilik tu dulu" jelas Adib.
"Dan..?"
"Oh..maksud I, Danny.. kitorang memang panggil dia dengan nama Dan je"
"Ok ok lupa pulak. Habis tu kenapa la ayah i tak bawak je i pulang?"
"Dah u terpekik terlolong setiap kali ayah u nak bawa balik tu,give up lah die"
"Lepas tu?"
"Lepas tu,ayah u pun angkat lah u masuk bilik untuk rehat je"
"Ayah i angkat i? Sorang?"
"Tak lah.. Danny pun angkat sekali" kata Adib,selamba.
"Tapi takde la apa-apa ok, darurat la lebih kurang. Takkan nak biar ayah u angkat u sorang" sambung Adib.
"Lepas tu?"
"Lepas tu u dah tertido. Lepas tu bila bangun, mengendap. Curi-curi keluar bilik nak dengar orang sembang" Adib beri satu das. Ok,fine.
Kami sama-sama tergelak. Adib bangun dan mencapai gelas kosong. Air kosong dituang dan dihulur pada aku.
"Nah..minum lah" gelas berisi air kosong itu aku pandang sahaja. "Takpe lah,air ni ada" kata ku merujuk pada jus epal yang dah dituang lebih awal tadi,sebelum kami duduk pun lagi. "I tau u mungkin tak minum air macam tu,i tak nampak u minum pun?" Oh prihatin jugak rupanya. Aku tersengih. "A'ah memang i tak minum air yang macam ni,tapi segan nak cakap,hehe! Sorry. By the way, thanks" kata aku. Lepas tu terus teguk air suam yang dah depan mata, haus sangat. Kali ni tak nak segan-segan dah sebab aku haus gila, siap tuang sendiri lagi lepas tu, Adib yang melihat tersenyum sahaja. Eh,memang dorang adik-beradik ni semua senyum romantik2 macam ni ye? Bisik hati nakal.
Gelas kosong yang dah masuk 3 kali aku teguk tu akhirnya ku letak ke tepi dan tersentap seketika bila imej Swati muncul kat gelas kaca tu seolah-olah dia berdiri di belakang. Sepantas kilat aku menoleh ke belakang, tapi bukan Swati, sebaliknya Danny. Aku pandang semula ke arah gelas, dah tiada. Perasaan berdebar tapi tak lama. Mungkin perasaan aku sahaja.
"Hoo...dah lama ke bangun? Sembang sini rupanya korang" kata Danny.
"Tadi dah..dengar awak sembang dengan ayah sy,malas lah nak kacau" jawabku. Lepas tu Adib ada berkata sesuatu dengan Danny tapi disebabkan mereka berkomunikasi dalam Bahasa Cina Hakka jadi sepatah pun aku tak faham. Tapi dalam tengah bercakap-cakapa tu, dorang siap gelak-gelak macam tengah mengumpat aku je, aku musykil.
"Korang cakap ape ni? Cakap bahasa melayu boleh tak?Tak faham la,rasa tersisih tau" kataku. Bila aku cakap macam tu, Danny slow down sikit suara dia tapi masih lagi dalam bahasa Cina Hakka dan gelak-gelak cuma suara lebih perlahan dari tadi. Bengang jugak aku, jangan-jangan tengah cerita pasal aku mengendap dan mencuri dengar tadi. Mengutuk aku lah tu! Aku biarkan saja mereka dan bergegas ke ruang tamu. Ayah berada di situ, membaca suratkhabar sambil menghisap rokok. Malam-malam macam ni baca surat khabar lagi?Bukannya ayah aku selalu baca awal pagi ke? Tengah bosan kot sebab tu baca suratkhabar. Tv yang ada pun tak dipasang,mungkin channel takde kot sebab cuaca buruk, faham-faham lah Astro.
Aku duduk berdepan dengan ayah aku. Ayah aku masih lagi tak berganjak surat khabar nya, saiz suratkhabar yang besar tu menutup hampir separuh badannya dan mukanya aku dah tak nampak, terlindung di sebalik surat khabar. Aku nak memulakan perbualan, dan bertanyakan sesuatu yang menjadi tanda tanya dan aku takkan tenang selagi aku tak dapat jawapan yang pasti. Memandangkan arwah mak dah meninggal, cuma arwah ayah je tempat aku nak dapatkan kepastian, dalam hati aku berdoa mudahan dia tak keberatan kali ni, untuk berkongsi, apa sebenarnya yang berlaku.
"Erm.. ayah.." panggilku dengan perlahan. Ayah masih begitu,tak berganjak. Oh,lupa pulak ayah aku ada masalah pendengaran yang kurang jelas. Aku menepuk dahi sendiri.
"Ayah.." panggilku lagi,kali ni lebih kuat dari tadi. Tapi,masih tiada respon. Ayah aku ni tengah dengar lagu ke apa nih, kot2 die on mp3 player lepas tu cucuk kat telinga. Buat dunia ni dia yang punya. uiks, sejak bila lah pulak dia pandai dengar lagu bagai nih,memandai ke aku kan.Perlahan-lahan aku cuba menjenguk ayah yang berada di sebalik surat khabar. Sedikit demi sedikit aku gerakkan badan menghampiri ayah, saja nak tengok muka dia kusyuk baca berita apa lah tu sampai tak dengar suara aku yang dah agak kuat juga panggil dia, adoi! Tapi,aku terhenti seketika apabila timbul rasa takut, macamana kalau yang di sebalik suratkhabar tu sebenarnya, bukan ayah tapi...orang lain? Err..maksud aku,makhluk lain? Jantung aku berdegup kencang dan aku jangka aku boleh pengsan bila-bila masa saja lagi, untuk kesekian kalinya.
Belum sempat aku berfikir dengan lebih jauh, kedengaran suara ayah aku memanggil dari belakang,aku menoleh. Eh,ayah! Kelihatan ayah membetulkan lengan bajunya dan mengunyah sesuatu. Eh? Perlahan-lahan aku menoleh balik ke tempat 'ayah' membaca surat khabar tadi tapi..'ayah' tiada lagi di situ. Aku kebingungan. Benda apa yang menganggu fikiran aku sampai macam ni sekali? Mengeluh.
Ayah mengambil tempat duduk, tangannya mencapai suratkhabar dan mula membaca. Sebijik macam 'ayah' yang tadi.
"Ayah.." panggilku. Ayah 'menjenguk' aku di sebalik suratkhabar.
"Ape?" tanya ayah, comel pulak. Aku terus ambil suratkhabar tu,lipat dan letak atas meja. Aku tak peduli, aku mesti dapatkan jawapan ayah.
Aku memandang wajah ayah,serius. Dia pun sama.
"Ayah ada rahsiakan apa-apa dari Sha?" tanya ku terus tanpa ada sebarang intro manis.
"Rahsia apa pulak?"
"Tadi ayah sembang dengan Danny dan sorang lagi entah sape entah,ayah cakap,Sha dari kecik macam ni,selalu tengok benda bukan-bukan. Ayah cerita sekarang dengan Sha, apa yang Sha tengok?" kataku. Ayah terdiam.
"Sha bukan tau dari Danny tau,Sha dengar sendiri. Sha terdengar ayah sembang tadi dengan dorang. Kalau ayah boleh share dengan dorang,kenapa dengan Sha tidak? Please?" Pinta ku lagi. Ayah,diam lagi.
Ayah menarik nafas panjang.
"Ok..kalau Sha nak tahu,ayah cerita. Tapi Sha janji, jangan ambil serius. Mungkin semuanya kebetulan je,siapa tahu?" kata ayah. Aku menganggukkan kepala,tanda setuju.
"Panjang ceritanya .." Kata ayah.
Bersambung.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|