PETUA MENANAM ORKID MENGIKUT KALENDER ISLAM ( Di kongsi bersama oleh saudara AJ daripada forum tamanflora)
Sedikit petikan daripada saudara AJ - Petua ini saya perolehi daripada seoarang guru agama, Tuan Hj Ismail dr Permatang Bonglai, Kedah yang juga suka bercucuk tanam.....
Hari mengikut kalender Islam
Haribulan 1, 11 dan 21 : Hari Akar - tanaman yang sesuai di tanam ialah yang mengeluarkan ubi spt keledek, keladi, ubi kayu dsbgnya
Haribulan 2, 12 dan 22 : Hari Batang - seperti tebu dan serai
Haribulan 3,13 dan 23 : Hari Daun - seperti sawi, bayam, kangkung
Haribulan 4, 14 dan 24 : Hari bunga - seperti ORKID la
Haribulan 5, 15, 25 : Hari buah - seperti mangga, kelapa dan jambu
Tetapi penjagaan nak kena gak la..baja dan kawalan penyakit perlu juga di buat...jangan le tanam dan tinggal je gitu...orang pun bleh mati woooo..
Contohnya : Hari ni 2 hb Januari 2009 bersamaan dengan 5 Muharram 1430 Hijrah Maka, tanaman yang sesuai untuk di tanam ialah tanam buah buahan. |