CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_WonBin

Siapa Penghuni Dunia Sebelum Adam?

  [Copy link]
Post time 27-12-2011 01:12 AM | Show all posts
Khalifah mengikut Kamus Arab English Lexinton and Concordance :-PENGGANTI-Di terjemahkan drp khalimat ISTAKHALAFA yg sama rootsnya.
Khalifah
2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan meletakkan di bumi khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau meletakkan di dalamnya orang yang akan membuat kerosakan di dalamnya dan menumpahkan darah, sedang kami menyanjung dengan memuji-Mu dan memanggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."

Istakhalafa
:133. Pemelihara kamu ialah Yang Kaya, Berpengasihan. Jika Dia mengkehendaki, Dia menghapuskan kamu, dan sesudah kamu, untuk menggantikan kamu, apa yang Dia mengkehendaki, sebagaimana Dia menumbuhkan kamu daripada keturunan kaum yang lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2011 01:15 AM | Show all posts
Manusia-
Bahasa Sains = HomoSapiens(bukan homoseksual he he he)
Bahasa AL QURAN  = Bani Adam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 01:20 AM | Show all posts
So pendapat aku yang tak berapa pandai ni tanpa di pengauruhi oleh mana2 fahaman/ulama/mahzab/kleturunan/bangsa/jantina

1.Adam ialah manusia/homosapien (bukan homoseksual) yang pertama
2.Sebelum Adam ada makhluk lain (Neanderthals/Dinosaurs dll)
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 05:20 AM | Show all posts
Umat sebelum Nabi Allah Adam adalah makhluk² hybrid, ‘fallen angle’ dan pencampuran genetik yang tidak seimbang yang harus di pimpin. Kedatangan Nabi Allah Adam dan anak cucunya dalam proses penyebaran manusia² sempurna (sebaik² kejadian).
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 09:59 AM | Show all posts
Umat sebelum Nabi Allah Adam adalah makhluk2 hybrid, ‘fallen angle’ dan pencampuran genetik y ...
acescripters Post at 27-12-2011 05:20

Umat sebelum Nabi Allah Adam adalah makhluk2 hybrid, ‘fallen angle’ dan pencampuran genetik yang tidak seimbang yang harus di pimpin

grow up dude
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 10:53 AM | Show all posts
Daripada Abu Tufail bin Usaid Al-Ghiffari, beliau berkata; "Telah datang Rasulullah S.A.W sewaktu kami tengah sibuk membincangkan masalah hari kiamat.

Baginda berkata; "Apa yang sedang kamu bincangkan ini?"

Kami menjawab; "Kami tengah membincangkan hari kiamat."

Baginda berkata; "Oh, kiamat itu belum terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda."

1. Datang asap yang membuatkan kabut seluruh dunia.
2. Datang Dajjal.
3. Keluar binatang yang melata.
4. Matahari terbit dari tempat terbenamnya.
5. turun Al-Masih Isa bin Maryam
6. Keluar Yakjuj dan Makjuj.
7. Terjadi gerhana di tiga tempat iaitu di sebelah timur.
8. Gerhana di belahan bumi sebelah barat.
9. Gerhana di Jazirah Arab.
10. Keluar api dari bawah tanah Eden yang akan menghalau manusia ke tempat perkumpulan mereka.
[Riwayat Muslim]

Kita fokuskan sahaja salah satu daripada tanda² kiamat itu seperti yang di bawah ini:

KELUARNYA BINATANG MELATA DARI BUMI
"Dan apabila perkataan telah jatuh ke atas mereka, Kami keluarkan binatang sejenis melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami." [Al Naml;82-]

Daripada Abdullah bin Amr,bahawa Rasulullah bersabda; "Sesungguhnya tanda yang mula-mula muncul adalah matahari terbit dari barat dan keluar binatang kepada manusia pada waktu Dhuha. Yang mana sahaja pun yang terlebih dahulu muncul di antara keduanya, yang satu lagi akan segera menyusul."

Ketika keluarnya binatang itu nanti, dia akan bercakap dengan manusia.

Al Suddi berkata; "Binatang itu nanti akan bercakap kepada seluruh manusia menerangkan bahawa agama-agama selain Islam tidak benar dan tidak diterima Allah. Ada yang mengatakan binatang itu akan bercakap kepada manusia menerangkan jahatnya kelakuan mereka. Ata' Al Khurasaniy berkata; "Binatang itu akan mengatakan pada manusia dengan kata²; "Sesungguhnya manusia tidak percaya bahawa kami akan didatangi menjelang terjadinya kiamat."

Al-Qurthubi berkata; "Binatang itu akan berkata, "Dahulu orang tidak percaya dengan kedatangan kami. "Ada banyak riwayat tentang sifat dan ciri binatang itu. Ada yg mengatakan panjangnya 60 hasta. Ibnu Juraij berkata; "Binatang itu kepalanya seperti lembu, matanya seperti khinzir, telinganya seperti gajah, tanduknya seperti tanduk rusa, leher seperti burung unta, dadanya seperti dada singa, warna seperti harimau, rusuknya seperti kucing, ekor seperti kibas dan tinggi seperti unta."

Apapun, cerita² itu tidak mudah diterima akal. Saya juga menyarankan agar tidak terlalu mempercayainya kerana tidak dijumpai dalam hadis mutawatir mengenai ciri² haiwan melata yang seperti itu.

Membaca perkara ini membuatkan saya teringat akan satu kajian daripada penulis Mesir iaitu Muhammad Isa Dawud mengenai 'Penghuni Bumi Sebelum Manusia'. Mereka mengatakan bahawa Allah S.W.T menciptakan 18 umat yang berbeza-beza di muka bumi ini sebelum Adam A.S. Di antara mereka ada yang memiliki sayap dan suaranya gemerincing. Ada yang memanggil mereka bangsa Polip. Ada yg bertubuh seperti singa dan berkepala seperti burung, memiliki rambut dan ekor serta suaranya bergema. Ada yang memiliki dua wajah dan memiliki banyak kaki. Ada yang memiliki tangan dan kaki seperti manusia dan suara jeritan mereka seperti bangau. Dikatakan bahawa umat-umat ini melahirkan keturunan sehingga menjadi 120 umat. Apapun kita sendiri tidak tahu setakat manakah kebenarannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan makhluk yang lebih utama, lebih baik dan indah iaitu manusia sehingga diarahkan golongan malaikat dan iblis tunduk kepadanya. Wallahualam..

Dalam Al-Quran hanya menerangkan ciri² binatang yang keluar itu nanti tahu berkata² dengan manusia. Selebih itu, semuanya merupakan Amrun Ghaibiah (perkara ghaib).

Maka apakah maksud binatang melata yang akan keluar pada akhir zaman ini nanti merupakan bangsa² makhluk berakal yang pernah Allah ciptakan sebelum kejadian manusia diciptakan di muka Bumi seperti Bangsa Al-Hin dan Bangsa Polip?

Namun yang demikian sesungguhnya masih belum ada bukti kukuh yang mampu menunjukkan bahawa kebenaran kewujudan makhluk² yang kita bincangkan ini. Apakah mereka benar² wujud atau hanya sebuah lagi mitos yang diciptakan untuk tujuan tertentu. Apatah lagi hadis di atas menyebutkan bahawa makhluk yang mampu berkata² dengan manusia itu kelak adalah binatang. Maka amat sukar untuk ditentukan kewujudan makhluk² ini sepertimana yang sedang kita bincangkan. Sesungguhnya berpegang teguhlah pada Alquran dan Hadis Rasulullah untuk keselamatan dunia dan akhirat. Maka ambil ringanlah terhadap perkara yang tidak disebutkan dalam Alquran dan Hadis.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2011 11:22 AM | Show all posts
Reply 867# acescripters

cut and paste ciri2 keisleme yg takde kene mengene dgn tajuk topic

anyway...


apart from ayat2 Quran dan Hadith.. tanggapan karut ko yg bercelaru ni mencampur adukkan Quran dgn Theory Darwinism.. and cerita2 dari Bible... mcm "Fallen Angel" laaaa etc etc.


dlm Quran takde istilan Fallen Angel.. Bible je ade.


make up your mind.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 04:01 PM | Show all posts
terus terang saya katakan fallen angel pun saya rujuk dari page pertama post #21

kalau anda mengatakan makhluk sebelum Nabi Allah Adam ini tidak wujud bagaimana anda membidas bukti² dari arkeologi berkenaan peninggalan pra sejarah yang telah wujud sejak beratus juta tahun yang lampau? sedangkan disini kita telah tahu bahawa Nabi Allah Adam wujud diperkirakan pada 20ribu tahun yang lampau. http://www.jaist.ac.jp/~rac/pub/kanigara/id/Home/legenda.html

Berkenaan dengan posting saya sebelum ini sudah dikatakan bahawa cerita² itu tidak mudah diterima akal dan saya menyarankan agar tidak terlalu mempercayainya kerana tidak dijumpai dalam hadis mutawatir mengenai ciri² haiwan melata itu. Apakah maksud binatang melata yang akan keluar pada akhir zaman ini nanti merupakan bangsa² makhluk berakal yang pernah Allah ciptakan sebelum kejadian manusia diciptakan di muka Bumi seperti Bangsa Al-Hin dan Bangsa Polip?

Tetapi belum ada bukti kukuh yang mampu menunjukkan kebenaran kewujudan makhluk² ini, Apatah lagi hadis menyebutkan antaranya makhluk ini mampu berkata² dengan manusia itu adalah binatang. Amat sukar untuk ditentukan kewujudan makhluk² ini.

Selebih itu, semuanya merupakan Amrun Ghaibiah (perkara ghaib).

Wallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2011 04:35 PM | Show all posts
Reply 869# acescripters

orang tak ckp 'maklukh' prasejarah.. tapi HAIWAN prasejarah.. unless ko nak consider berok tu seorang 'MANUSIA'.. x bleh tolong lar
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 04:49 PM | Show all posts
Reply 380# AadiGoth


    "Bangsa-bangsa telah timbul tenggelam, peradaban lainnya telah datangdan pergi. Muhyidin Ibn Arabi, seorang sufi besar mengatakan bahwa,sekali peritiwa beliau melihat diri beliau dalam mimpi sedang tawaf diKa’bah. Dalam mimpi itu seorang yang menyatakan dirinya sebagai seorangdari nenek moyangnya nampak di hadapan beliau. ” berapa lamanya sudahlewat sejak anda meninggal ?” tanya Ibn Arabi. ” Lebih dari empat puluhribu tahun”, jawab orang itu, “Tetapi masa itu jauh lebih lama, darimasa yang memisahkan kita dari Adam,” kata Ibn Arabi lagi. Orang itumenjawab, “Tentang Adam yang mana engkau bicara? Tentang Adam yangterdekat kepada engkau atau tentang Adam lain"


~~ boleh tak bagi link utk info ni..menarik la.~~~
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 05:04 PM | Show all posts
Reply  acescripters

orang tak ckp 'maklukh' prasejarah.. tapi HAIWAN prasejarah.. unless ko nak  ...
unekspekted_XII Post at 27-12-2011 04:35 PM



    Jawapan tidak menepati soalan ..

P/s: ke tukar channel lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 05:24 PM | Show all posts
Reply 872# acescripters

yelah. melalut banyak sgt.. merepek meraban sanesini. sampai kehari ni aku tak jumpe ayat Quran yg ckp = ade Adam/manusia sebelum Adam... unless ko boleh creat satu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 05:41 PM | Show all posts
Reply  acescripters

yelah. melalut banyak sgt.. merepek meraban sanesini. sampai kehari ni aku tak jumpe ayat Quran yg ckp = ade Adam/manusia sebelum Adam... unless ko boleh creat satu
unekspekted_XII Post at 27-12-2011 05:24 PM



    soalan yang dilontarkan masih belum terjawap malah anda sungguh bijak dengan melontarkan soalan baru pada saya .. bijak bijak..

P/s: aik!!! hari tu cakap, dia lebih percayakan bukti² dari barat.. banyaknya channel dia..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 05:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by zaharul_asriq94 at 27-12-2011 17:52

err panjang sangat artikel kopipes atas tu...

The myth: Man is descended from Neanderthals
In fact, Neanderthals and modern men existed side by side as two separate groups. Recent DNA studies have found that the Neanderthals are a distinct evolutionary line – a line which was ultimately a dead end as they all died out around 30,000 years ago. The extinction of Neanderthals was most likely caused by slightly lower birth rates and higher mortality rates, combined with an increasingly unstable climate.


manusia bukan keturunan Neanderthal, dan dalam citer Supernatural, ada kisah fallen angel..dalam Bible jer ada kisah2 mcm tu...hoho {:4_185:}
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 06:05 PM | Show all posts
err panjang sangat artikel kopipes atas tu...



manusia bukan keturunan Neanderthal, dan dalam ...
zaharul_asriq94 Post at 27-12-2011 05:43 PM



    Salam encik zaharul,
tumpang tanya posting encik zaharul tu encik buat sendiri kah? tahniah yea ...

Perbincangan disini adalah siapa penghuni dunia sebelum Adam ... bukannya siapa manusia sebelum Adam dan fasa yang sedang kita masuk sekarang adalah jenis² makhluk yang berjasad (yang kita nampak)..

Allah SWT berfirman,
"Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas sebelum itu." (QS. Al-Hijr: 26-27).

Jin ada ghaib dan ada yang berjasad (alien) pautan posting http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=541275&;extra=page%3D1&page=3 sila rujuk pada posting nombor 59#

Alien juga ada berjenis-jenis contoh seperti Greys, Reptilian atau Reptoid, Nordies, Hybrid dan Chupacabra. Kita tidak boleh katakan  mereka ini tidak bertamadun kerana apa yang kita tahu dan kita nampak tamaddun mereka jauh lebih canggih dari kita.

Al Ankabuut - Ayat 19
Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. (Qs.Al-An'am: 6)
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 06:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by zaharul_asriq94 at 27-12-2011 18:12
Salam encik zaharul,
tumpang tanya posting encik zaharul tu encik buat sendiri kah? tahn ...
acescripters Post at 27-12-2011 18:05


banyak lah aku buat sndiri, aku sumber dari buku derr, bukak mata luas2

   
page 292 - 294
kalau dah degil sangat, baca jer kat internettttt

http://listverse.com/2009/06/16/top-10-misconceptions-about-neanderthals/

Lantak ler nak percaya ke tidak...
Greys chupacabra penghuni sebelum manusia? =
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2011 06:22 PM | Show all posts
dah diterangkan dalam Al-Quran

Allah SWT berfirman,
"Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas sebelum itu." (QS. Al-Hijr: 26-27).

Siapa yang degil disini? kalau benar url yang saudara berikan maka benarlah mereka juga diantara penghuni dunia sebelum Nabi Allah Adam a.s.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 06:25 PM | Show all posts
Alien juga ada berjenis-jenis contoh seperti Greys, Reptilian atau Reptoid, Nordies, Hybrid dan Chupacabra. Kita tidak boleh katakan  mereka ini tidak bertamadun kerana apa yang kita tahu dan kita nampak tamaddun mereka jauh lebih canggih dari kita.


ada bukti tak?  tamadun mana? bukti bukti
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 06:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by zaharul_asriq94 at 27-12-2011 18:31

Reply 878# acescripters

Siapa yang degil disini? kalau benar url yang saudara berikan maka benarlah mereka juga diantara penghuni dunia sebelum Nabi Allah Adam a.s.

ituler jawapan aq, bukannya teori merepek meraban alien fallen angel entah hape2{:4_502:}
==

at least ada ler sumber2 lain selain drpd andaian sendri..
jgn sampai keluar nephilim suda... fallen angel, ancient giant bla bl ba
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 06:33 PM | Show all posts
ada bukti tak?  tamadun mana? bukti bukti
zaharul_asriq94 Post at 27-12-2011 06:25 PM



    bukti mereka bertamadun lihat disini http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=594618&extra=page%3D7
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.500125 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list