CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gogo

[DPS v17] Road to MU 2013; Transformasi Carey di bawah Elaine Daly!

 Close [Copy link]
Post time 25-7-2013 10:45 AM | Show all posts
Rupa nyer ada pertandingan World Muslimah, ratu cantik pakai tudung

so sape jelitawan Melayu malaysia nak masuk ratu boleh ar apply masok tahun depan

tahun ni, Malaysia hantar 2 jelitawan muslimah gojes bertudung untuk World Muslimah 2013 kat Jakarta


wakil Malaysia......

Jasrina Jasri, 27, 168.....dari Kuching

gojesssss nyerr





lagi sorang....Nurul Husna Zainal Abidin,21, 172....dari Kuala Kangsar

not bad gak...cantikk





World Muslimah, khas untuk remaja muslimah berbakat dan berprestasi dibidang akademik, olahraga, seni dan budaya.

Peserta menjadikan Al Qur’an dan Hadist sebagai panduan hidup utama, serta mengaplikasikan nilai-nilai Islami dalam kehidupan sehari-hari.


Penilaian program melibatkan pertandingan muslimah di bidang akademik, pengetahuan agama, informasi teknologi dan sosial kemasyarakatan.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2013 10:48 AM | Show all posts
cikgojesss posted on 24-7-2013 09:25 PM
TNMUM 2014 updates

Leading in vote count right now is B6 - Patricia Ho

Nak undi camne cikgojesss???

nape ar si patricia ni yg pling tinggi vote

vote sendirik ke

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 11:28 AM | Show all posts
Berani nyer ko dikk





Sara Amelia Dakwa Fatwa Ratu Cantik DAH LAPUK! |


Seorang peserta ratu cantik Sara Amelia Bernard mempersoalkan satu fatwa yang menyebabkan penganjur menggugurkan beliau daripada menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013.

  Beliau mendakwa fatwa yang diwartakan pada 1996 itu “lapuk” dan tidak lagi sesuai digunakan pada masa sekarang.

  Sara Amelia dalam tulisannya di Facebook menjelaskan, penganjur pertandingan berkenaan telahpun meminda peraturan untuk membenarkan peserta berpakaian sopan bagi memberi kesesuaian kepada peserta wanita beragama Islam.

  “Saya telah diberitahu bahawa sebagai peserta beragama Islam, saya tidak akan memakai pakaian renang dalam pusingan baju renang sebaliknya hanya perlu berpakaian sederhana sama ada baju renang dengan seluar atau pakaian sukan.

  “Saya juga telah diberitahu bahawa pertandingan akhir peringkat antarabangsa akan diadakan di negara Islam jiran kita, Indonesia,” tulisnya.

  Pertandingan akhir ini akan berlangsung di Bali dan Jakarta pada bulan September di tengah-tengah ancaman protes oleh kumpulan konservatif agama. –MALAYSIAKINI.COM






Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 08:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2013 10:33 PM | Show all posts
Finalis Islam Ratu Cantik Miss Malaysia World Dibenarkan Bertanding ?

By admin| on July 28, 2013 |0 Comment
Isu semasa Wanita




Empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World mungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

“Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan,” kata Che Mat semasa menjawab panggilan telefon ringkas dengan Star Online.

“Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013,” kata Lim yang berkomunikasi dalam satu mesej teks.

Tetapi beliau berkata sebelum apa-apa keputusan dibuat, beliau perlu menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusannya.

“Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan,” katanya.

Lim menjangkakan pengumuman akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa akan datang.

Pertandingan peringkat akhir Miss World tahun ini akan diadakan di negara jiran, Indonesia.

Lim berkata peserta beragama Islam di Indonesia dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

Beliau berkata peserta Islam tidak perlu memakai bikini sebaliknya mereka akan memakai kain.


PULAK DAH.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2013 10:34 PM | Show all posts
senang citer x bolehkan je lah.. satgi tak pasal2 org pertikai fatwa kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2013 01:08 AM | Show all posts
Eadead2009 posted on 25-7-2013 11:28 AM
Berani nyer ko dikk

menunggu utk dilahar ke diknon..????
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 01:35 AM | Show all posts
Kalau untuk male beauty pageant boleh pulak jejantz melayu islam masuk kan?
Tengok jela hazwan hilmi tu.
Buat fatwa kena selective juga rupanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2013 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
lampor posted on 28-7-2013 10:33 PM
Finalis Islam Ratu Cantik Miss Malaysia World Dibenarkan Bertanding ?

By admin| on July 28, 2013  ...

korang rasa kan..syarat org islam leh msk n xpkai swimming suit ni spesel utk MW2013 kt indon ni saja or utk semua pertandingan pageant peringkt international in future...kalau nx time mmg org islam leh join semua konpom berduyun2 org mlayu kita join pasni
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 11:04 AM | Show all posts
lampor posted on 28-7-2013 10:34 PM
senang citer x bolehkan je lah.. satgi tak pasal2 org pertikai fatwa kan...

x kan nye JAWI akan bagi 4 finalist Melayu-Islam nih compete

dah sah2 ar org Islam Malaysia akan kutok JAWI x ade pendirian

so baik yg nak masok sangat ratu ni try Asian Next Top Model Season 2 yg dah mula terima application baru kan lampor
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 11:09 AM | Show all posts
baru dikata dah kuar paper semalam

JAWI NAFI BERI KEBENARAN


KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.

Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.

"Perkara ini memang kita tidak boleh terima. Ini hanya spekulasi. Kertas siasatan hanya akan selesai sebelum Hari Raya Aidil Fitri berhubung tindakan selanjutnya terhadap empat peserta itu yang hanya akan dibuat oleh pihak pendakwaan Jawi kepada mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelepasan konvoi program kembara Dakwah Ramadan ke Rumah Anak-anak Yatim Al-Ihsan, Bentong, Pahang di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Razali Shahabudin.

Sebelum ini sebuah portal menyiarkan laporan bahawa Jawi berkemungkinan akan membenarkan penyertaan empat wanita Islam itu berikutan tindakan penganjur pertandingan ratu cantik itu Datuk Anna Lim membuat rayuan kepada Jawi.

Menurut laporan itu Anna Lim memberitahu media bahawa keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013.

Che Mat turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu kerana Jawi belum membuat keputusan rasmi.

Sementara itu, seramai 120 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai acara tahunan anjuran Jakim dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jawi, Pejabat Agama Islam Daerah Bentong dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300KMj.

Mereka bukan sahaja menziarah dan beramah mesra dengan anak-anak yatim, malahan terdapat pelbagai pengisian bersama penghuninya yang telah diatur pihak penganjur, antaranya ceramah, majlis berbuka puasa, solat berjemaah serta penyampaian sumbangan. - Bernama
Last edited by Eadead2009 on 29-7-2013 11:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 11:18 AM | Show all posts
laurenbrie posted on 29-7-2013 01:35 AM
Kalau untuk male beauty pageant boleh pulak jejantz melayu islam masuk kan?
Tengok jela hazwan hilm ...

kan laurenbird...

bukan nak lawan fatwa ke pe

tapi mcm double standard la plak

abis retis2 yg pakai seksi mase anugerah mcm nabila huda dulu yg pakai gaun nmpak perot dia

x de pun JAWI nak ambik tindakan kat nabila huda sbb hina Islam

pastu banyak jek org Islam pakai seksi kat shopping complex, couple muda berpegang tangan mesra2, beromen depan khalayak ramai

tapi x de plak tengok JAWI ke JAIS ke datang tangkap pun.

Dah kecoh2 dalam paper baru nak ambik tindakan

pastu siasatan pun ikut media punya laporan...apa nak jadik ar jabatan agama kat negara kita ni kan

Double Standard.



Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 01:37 PM | Show all posts
Eadead2009 posted on 29-7-2013 11:18 AM
kan laurenbird...

bukan nak lawan fatwa ke pe

yg masuk sukan gimnas & renang pakai bikini jg....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 09:48 PM | Show all posts
Eadead2009 posted on 29-7-2013 11:04 AM
x kan nye JAWI akan bagi 4 finalist Melayu-Islam nih compete

dah sah2 ar org Islam Malaysia aka ...

Khannnn....

asntm tu pun paling2 teruk pun kena berbogel je pun (naked photoshoot) ataupun lingerie photoshoot....

bagus jugak antar melayu masuk asntm nih... daripada org duk hengat kecantikan model malaysia tuh tarap2 melissa asntm season 1 jeh khan....
tapi kalu kate or wafa masuk, i akan root for them... jangan nanti pulak alih2 another bukits yg terpilih gitukan
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:03 AM | Show all posts
sendu balik thread ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 01:07 PM | Show all posts
nazrul90 posted on 1-8-2013 12:03 AM
sendu balik thread ni.

Sibuk prepare nak raya ar nazrul

besok gerenti kecoh balik kot

esok kan Miss Malaysia World Final 2013

kate nyer BBC World, NTV7 dengan Astro Awani buat live telecast gitew




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 01:34 PM | Show all posts
Eadead2009 posted on 1-8-2013 01:07 PM
Sibuk prepare nak raya ar nazrul

besok gerenti kecoh balik kot

eh ada live ke, nanti takut pulak puak islamist cakap tak hormat Ramadhan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 12:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Miss Malaysia World 2013 is.......

Melinder Bhularrrr! :pompom:


Last edited by cikgojesss on 2-8-2013 11:23 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tau tau nak kesian ke nak carut.. Hazab nooo dress top 5

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.385228 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list