|
[MISTERI SETEMPAT]sekumpulan remaja hilang di VILLA NABILA
[Copy link]
|
|
Ok dah terjawab persoalan.Budak perempuan yg masih hilang, kununnya amik brg kat villa rupanya ngikut budak jantan yg direport polis tu. Cilako betul...menyusahkan org. |
|
|
|
|
|
|
|
Jenabmurai posted on 18-11-2013 06:10 PM ![](static/image/common/back.gif)
Zaman dulu2.. kawan aku Ajis ni kerjanya mencari hantu pada malam minggu. Ali Karat pulak, menjad ...
info ni sgt menarik...
tp mcm yg di pertikaikan...rumah tu mmg berbeza.
bel tak rasa ianya rumah yg sama...
|
|
|
|
|
|
|
|
adoilaa....havoc satu malaysia dibuatnye dek bebudak ni ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
yg lagik aku tak paham, si bapak budak pompuan tu
kate masih calling2 anak die, tapi tetap jugak nk cari kt villa nabila tuh
pastu eksyen bebenor, kononnye boleh tido sesorang kt villa tuh
bukannye reti nk mintak maaf ke hape |
|
|
|
|
|
|
|
fire_place posted on 19-11-2013 10:21 AM ![](static/image/common/back.gif)
Yelah budak skrg ni otakny laju je..
Mak pak pun kdg2 ttipu dibuatnya.
Kalo dulu buat salah..mak ...
budak zaman skang ni, tak berhalau pun memang sengaja menghalau diri sendrik... pastu kembang kuncup bangga bila makpak menangis suruh jangan keluar...
fb ni nak pantau susah sebab kengkadang ada 2 fb... satu stok untuk makpak sedaramara... satu lagi baru la the real one... |
|
|
|
|
|
|
|
edoraixora posted on 19-11-2013 10:38 AM ![](static/image/common/back.gif)
adoilaa....havoc satu malaysia dibuatnye dek bebudak ni
yg lagik aku tak paham, si bapak bu ...
tu la kan
bapak nya da kolling ank nya
tp g suh orang cari ank nya
sangat misteri ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Remaja hilang di Villa Nabila ditemui awal pagi tadi
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional.
"Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi.
"Kemudian dia dibantu seorang lelaki yang memberi perlindungan di rumahnya," katanya ketika dihubungi pagi tadi.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/19
sumber= metro
x gtau pun g tdo ngn pompuan ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 19-11-2013 10:41 AM ![](static/image/common/back.gif)
Remaja hilang di Villa Nabila ditemui awal pagi tadi
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat y ...
tidor rumah kawan ke rumah org yg memberi perlindungan? pening.
|
|
|
|
|
|
|
|
Villa Nabila: Hanya seorang gagal pulang
![](http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.222189.1384820228!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg)
JOHOR BAHRU - Bagaikan pesta keramaian, sebuah banglo tinggal di Jalan Skudai, di sini, dikerumuni orang ramai setelah tersebar berita yang mendakwa sekumpulan 30 remaja dilaporkan hilang selepas memasuki rumah agam itu, awal pagi kelmarin.
Tujuh daripada mereka didakwa ditemui, manakala baki 23 lagi masih hilang.
Peristiwa pelik ini dikaitkan dengan fenomena paranormal di kediaman dikenali Villa Nabila.
Ia sudah menjadi viral di laman sosial dalam pelbagai versi, sekali gus mengundang rasa ingin tahu dalam kalangan penduduk sekitar.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, bagaimanapun, menafikan dakwaan kehilangan sekumpulan remaja berkenaan.
Bagaimanapun, beliau mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun dari Majidee, di sini, yang mengatakan anaknya gagal pulang ke rumah, sejak Sabtu lalu.
Menurutnya, pengadu itu menyatakan pada Sabtu lalu, jam 3.30 petang, anak lelakinya, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, keluar bersama rakan ke bandar raya ini.
Selepas mendapati anaknya itu belum pulang, wanita tersebut bertindak menghubungi rakan anaknya.
“Pada Ahad, kira-kira jam 7.30 malam, ibu remaja itu dihubungi seorang kenalan anaknya yang memberitahu remaja itu bersama rakan-rakannya telah masuk ke Villa Nabila,” katanya.
Abdul Samad berkata, gerakan mencari dilancarkan, melibatkan anggota polis, bomba dan penyelamat serta Unit Pengesan Anjing (K9), tetapi mereka gagal menemui sesiapa pun di kawasan itu.
Mengulas pelbagai spekulasi dan versi cerita berkaitan di laman sosial, Abdul Samad menegaskan, individu terlibat diminta tidak menyebarkan berita yang tidak dapat dipastikan kesahihan sumber dan orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai ia secara melulu.
“Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mendatangkan kegusaran dalam kalangan orang ramai,” katanya.
Usaha mendapatkan ibu Mohamad Izzat gagal kerana dia difahamkan enggan ditemu bual sebaik keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, kira-kira jam 2.30 petang, semalam.
Pelbagai versi kehilangan
Sementara itu, Sinar Harian berkesempatan mendapatkan dua daripada tujuh remaja yang dikatakan berjaya keluar dari villa yang ditinggalkan hampir 70 tahun lalu.
Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, berkata, dia menyertai rakan lain memasuki villa itu pada jam 12.30 tengah malam (hari Sabtu malam Ahad) untuk melepak.
Menurutnya, ketika di villa itu, beberapa rakan diserang histeria dan mereka bergegas turun kira-kira 20 minit kemudian.
“Kami seramai 30 orang sempat berkumpul dan bersama-sama ke Masjid Kolam Air, untuk mendapatkan bantuan, kemudian bersurai,” katanya.
Dia berkata, dia tidak kenal mangsa yang dilaporkan hilang.
Junaizi Rafifi Jamaluddin, 13, berkata, ada dua kumpulan ke villa itu pada malam tersebut.
Jelasnya, dia bersama lapan orang lagi berkumpul di luar dan ketika itu satu kumpulan lain sudah pun masuk.
“Kami masuk sekitar jam 12.30 tengah malam, untuk merakam video (tentang) apa yang ada di kawasan itu sebelum salah seorang rakan perempuan jatuh dan dirasuk.
“Selepas itu, kami semua keluar dan dimaklumkan ada rakan lelaki yang keciciran, tapi saya tak pasti (siapa),” katanya.
Villa Nabila lokasi misteri
Kawasan Villa Nabila yang terletak di atas bukit berkeluasan lebih kurang empat padang bola, mempunyai tiga rumah tinggal, dikelilingi hutan dan belukar serta muka bumi cerun.
Ia disenaraikan sebagai lokasi misteri berdasarkan satu kes pembunuhan yang berlaku 70 tahun lalu di sebuah daripada villa itu.
Kisah pembunuhan itu dikatakan menghantui setengah penduduk.
Barangkali disebabkan itu kawasan tersebut ditinggalkan meskipun kedudukannya strategik, iaitu menghadap Selat Tebrau.
Pesara tentera, Subhi Saad, 52, berkata, dia pernah pergi ke kawasan itu bersama rakannya, tiga tahun lalu dan percaya tempat itu ada kaitan dengan fenomena paranormal.
“Saya naik hingga ke tingkat tiga untuk meninjau, tapi tak jumpa sebarang perkara pelik.
“Cuma, ketika turun anak tangga, saya dan rakan terbau sesuatu yang sangat harum. Teringat pesan orang tua, kita tidak perlu menegur.
Saya dan rakan pun keluar tanpa mencari punca bau itu,” katanya.
Orang ramai teruja tinjau lokasi
Misteri kehilangan remaja itu yang menjadi topik hangat di laman sosial, mencetuskan perasaan ingin tahu masyarakat sekitar.
Berita itu yang mula tersebar sejak awal pagi semalam, semakin hangat diperkatakan sehingga mencetuskan kesesakan.
Jalan Skudai, yang menjadi laluan utama ke pusat bandar raya Johor Bahru dan ke Villa Nabila sesak dengan orang ramai yang mahu tahu apa yang berlaku di lokasi itu.
Tindakan setengah pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan dan meletakkan kenderaan di sisi jalan memburukkan lagi keadaan kesesakan.
Tinjauan jam 3 petang semalam, masih ramai berdiri dan masuk ke kawasan villa itu, meskipun polis memasang pita melarang orang awam masuk.
sumber= sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
|
bawanghitam posted on 19-11-2013 10:51 AM ![](static/image/common/back.gif)
tidor rumah kawan ke rumah org yg memberi perlindungan? pening.
ntah pening da ni ![](static/image/smiley/onion/faint.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
fire_place posted on 18-11-2013 06:47 PM ![](static/image/common/back.gif)
Jom lah skodeng mlm ni..
Aku lps maghrib nanti terus nk pg ngn hubby.
Kalo bleh nak tgk sdiri.
Aku tak pegi pun semalam.
Aku balik keje kul dekat kul 7, lalu situ kan ujan.
So, decide malas nak pegi. Hehehehe....
Apa kes semalam?
Ada yang menarik tak ko pegi semalam?
|
|
|
|
|
|
|
|
cloudy_83 posted on 19-11-2013 08:31 AM
khennn.. mmg patut dikurung jah dlm villa tuh semuanya
Tu la pasal... Dah la sultan siap turun.... Teruk betul perangai |
|
|
|
|
|
|
|
( Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional.
"Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi.
"Kemudian dia dibantu seorang lelaki yang memberi perlindungan di rumahnya," katanya ketika dihubungi pagi tadi.)
apa citer lak yg ni... adehhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Erkkk...kna tipu ke ni...bru je mlm tdi aku sembang ngan adik aku..aku ckp mcm mna klau bdak tu bkn kna sorok pun tp merayap ke umah kwn ja..agak2 1 malaysia maki dia tak...elok pagi ni bka forum dpt cerita ni..tp agak confius skit yg gmbar2 semalam kna rasuk bagai tu apa cerita...
![](static/image/smiley/default/sweat.gif) ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Wujud (Paranormal Team)
rupanya budak tu yg jadi setan melarikan betina dia dan berpesta,mohon budak ni diterajang seorang2 oleh pencari2 dia semalam,22 budak2 lain tu datang dari flat tu juga agaknya,takut kantoi pesta sedap haram,mereka pura2 kena rasuk! oh vavi oh vavi punya budak! gua syak budak tu admin sokernet.
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 19-11-2013 10:41 AM ![](static/image/common/back.gif)
Remaja hilang di Villa Nabila ditemui awal pagi tadi
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat y ... "Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi. Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional.
lupa jalan kejadahnya kalo mengangkut anak dara orang tido kat umah kawan... adoh... kenot brain la... yang makpak nye pun masih nak bawak berubat... ni kalo peyno baca, abeh la jadik modal...
hahahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss posted on 19-11-2013 11:02 AM ![](static/image/common/back.gif)
lupa jalan kejadahnya kalo mengangkut anak dara orang tido kat umah kawan... adoh... kenot b ...
tu la
takut nk gtau da sedap tdo ngan pompuan kan ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
apa pun time kasih kat cik miaw pink sb duk update semalam.. gigih tu.. cian plak kita semua kena troll ngan budak2 ni...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|