CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amiin_al_Kalam

Koleksi Puisi Jiwa Kacau - Amin al Kalam/Raudah [BERSUJUD RINDU]

[Copy link]
Post time 2-2-2010 11:49 PM | Show all posts
seperti bintang bintang
hilang ditelan malam
seperti ombak
yang memecahkan karang

seperti dedaunan, berjatuhan di taman
seperti bunga bunga berguguran....

...dan...
lepaskan aku dari derita yang telah berakhir ini

saat kau tiada..tidak di sisi
terpenjara sepi
di dalam hati yang lara ini
hanya untuk memahami, pengertian hidup ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2010 02:04 AM | Show all posts
biar saja diri ini
hanya bisa untuk menatap
wajah indahmu
walau pun dari jauh

kerana itu bahagian hidupku
semua akan ku tempuh
walau terus menunggu
pasti semua akan berlalu

seperti hujan turun
deras sekali membasahi bumi
di waktu waktunya
dipastikanNYA akan berhenti
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 10:30 AM | Show all posts
Sekiranya kita cinta kepada manusia
Tak semestinya manusia cinta kepada Allah
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya kita cinta kepada manusia
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadamu
Maka campakkan dalam hatinya cinta kepadaku adalah keranaMu
Namun, andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang kau berikan kepadaku

Ya Allah jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling padaMu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu

Ya Allah
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu

Ya Allah
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah
Jika kau halalkan aku merindu kekasihMu
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 08:14 AM | Show all posts
ketika cinta itu indah
mereka cuba merasakannya
ketika cinta itu semangat
mereka cuba mengobarkannya

ketika cinta itu pengorbanan
mereka cuba memperjuangkannya
ketika cinta itu penantian
mereka cuba menunggunya

ketika cinta itu isyarat
mereka cuba mengertikannya
ketika cinta itu pintu
mereka cuba mengetuknya

ketika cinta itu menyapa
mereka cuba membalasnya
ketika cinta itu perjalanan
mereka cuba menjejakinya

ketika cinta itu kehidupan
mereka cuba menempuhinya
ketika cinta itu kisah
mereka cuba menceritakannya

ketika cinta itu nyanyian
mereka cuba menyenandungkannya
ketika cinta itu puisi
mereka cuba menyairkannya

ketika cinta itu sandiwara
mereka cuba memainkannya
ketika cinta itu ungkapan
mereka cuba menyatakannya

ketika cinta itu semu
mereka cuba menjadikannya nyata
ketika cinta itu khayalan
mereka cuba memimpikannya

ketika cinta itu impian
mereka cuba meraihnya
ketika cinta itu harapan
mereka cuba mewujudkannya

ketika cinta itu cahaya
mereka cuba menyinarkannya
ketika cinta itu benih
mereka cuba memekarkannya

ketika cinta itu awan
mereka cuba menaunginya
ketika cinta itu angin
mereka cuba menghembuskannya

ketika cinta itu embun
mereka cuba menyegarkannya

ketika cinta itu hujan
mereka cuba membasahinya
ketika cinta itu mentari
mereka cuba menghangatinya

ketika cinta itu bintang
mereka cuba menyinari dan menggapainya
ketika cinta itu patung
mereka cuba memahatnya

ketika cinta itu jasad
mereka cuba menjadi rohnya
ketika cinta itu sayap
mereka cuba menerbangkannya

ketika cinta itu samudera
mereka cuba mengharunginya
ketika cinta itu ruang
mereka cuba mengisinya

ketika cinta itu komitmen
mereka cuba menjaganya
ketika cinta itu batasan
mereka cuba melewatinya

ketika cinta itu hampa
mereka cuba memenuhinya
ketika cinta itu mengekang
mereka cuba mempertahankannya

ketika cinta itu jarak
mereka cuba mendekatkannya
ketika cinta itu waktu
mereka cuba memanfaatkannya

ketika cinta itu beku
mereka cuba mencairkannya
ketika cinta itu layu
mereka cuba menyiraminya

ketika cinta itu kegelapan
mereka cuba meneranginya
ketika cinta itu misteri
mereka cuba menyelidikinya

ketika cinta itu patah
mereka cuba menyambungkannya
ketika cinta itu luka
mereka cuba menyembuhkannya

ketika cinta itu airmata
mereka cuba mengusapnya
ketika cinta itu masa lalu
mereka cuba mengenangnya

ketika cinta itu hilang
mereka cuba mengikhlaskannya
ketika cinta itu pilihan
mereka cuba memilihnya

ketika cinta itu rahasia
mereka cuba menyingkapnya
ketika cinta itu di depan mata
mereka masih mencarinya

ketika cinta itu CINTA
mereka cuba menterjemahkan serta melalui tanpa dapat menghindarkannya






oleh lilin
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 05:10 AM | Show all posts
waktu yang melangkah tahun menjadi igauan suatu senja
malam menderai angin
menggugah tidur singkat ku

kenangan terlukis di pintu air
dedaunan berguguran
mata ku yang berkunang menatap langit bergaris cakrawala
menggumam kata
kota ku di pelupuk hati

sepanjang jalan berliku penuh kabut menghadang
menghalau semak
berbukit bukau

seperti cakrawala yang menidurkan jemari ku
dan menuatkannya di sebuah serambi
rumah ibu bapa ku
tempat aku berpulang
menjejakkan langkah akhir

membiarkan wajah ku terusap
penuh ngilu dan jalan berdebu yang meniup niup
sebak hujung hati ku
suara halus
melukai tubuh

kaki tangan ku longlai
suara ombak menderu
menyentuh hati
pelabuhan sunyi

di sini aku menatap biji mata yang merona tersentuh
malam malam...cahaya bintang
air laut berbau garam
sepotong kerang yang luka tergores dan hamis seekor ikan
menggelepar di pasir hitam

kota tua mengeluh kesepian di antara hingar bingar
kehidupan masa depan
sebuah kota terbalut impian
menjadi raja
menyentuh singgahsana
duduk di atas garuda

"siapa junjunganmu?"
mentari mimpi
sorak sorai rakyat
berduka cita
bersuka ria

sepanjang malam
sepanjang zaman
waktu masih terus mengulur jejak....









hasil sumbangan telana
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 07:41 PM | Show all posts
She will always be on my mind...but never on my side...

itu ja aku mampu tulis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2010 08:45 PM | Show all posts
Cinta itu pengorbanan…
dari sudut mana jua dipandang
cinta itu pengorbanan

Nilai cinta yang seringkali dicerita
cinta teruna dan dara bermadu kasih asmara

Rentetan sebuah perjalanan
hadir bertandang tanpa langsung diundang
kejam menghilang tanpa langsung dirancang

Berbisik dalam diam
mengocak tenang bergelora
saat perasaan berbicara

Rindu yang membara
menggetarkan jiwa menumpul  akal minda
terhala bertingkah buat mencipta salah

Silapnya hari semalam…
kesucian sebuah cinta
menjadi taruhan pengorbanan
kerana kejujuran percintaan
diukur pada kesanggupan buat mengorbankan

Cinta itu bukanlah untuk memiliki
cinta itu adalah suatu keajaiban untuk dinikmati
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 03:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by tokmanting at 24-3-2010 05:07



saat loceng malam mula bergema
burung camar kembali dalam pangkuan sarang
kelelawar mulai mengepakkan sayap mencari makan
aku kembali lagi seperti malam sebelumnya
hanya menguiskan jariku pada langit malam

sorot matanya tak pernah bertemu
namun terbayang dengan sempurna di hujung hatiku
berusaha untuk menyempurnakan sebuah goresan senyum
sebuah senyuman yang selalu menguntum
walau aku belum pernah bertemu dirinya
hanya lewat mimpi dan berkata di dunia maya

begitu  dekat...begitu nyata...
saat kau sapa jiwaku dengan hatimu yang merdu
ada sekeping kerinduan yang aku wakilkan lewat puisi
berbaur dengan ungkapan qaseh sayang

yang bisa terbaca lewat kesejukan mawar ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2010 05:54 AM | Show all posts
Ku dongak ke langit

Tiada bintang cerah

Dari bintang ke bintang ku perhati

Mana hilangnya sinar bintangku

Bintang yang menemani malam sepiku

Kini kelam

Tidak lagi mahu bersinar terang

Saban malam ku menantikan

Tiga purnama berlalu namun masih tidak kutemu

Pintaku pada Tuhan Penguasa Alam

Kembalikan sinar bintang itu kepadaku

Hidupku kelam tanpa sinarnya…..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 05:59 AM | Show all posts
Biar Setinggi mana OMBAK dugaan melanda,
Biar seganas mana BADAI masalah menghempas,
Tanamkanlah SAUH ketetapan hati agar kapal tak berganjak haluan....

Biarlah badai & ombak itu pergi begitu sahaja tanpa mencalarkan
walau sedikit pun badan si kapal yang telah tetap
haluannya.........
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 01:18 AM | Show all posts
Kau...
Mungkin sampai ia hilang dan pergi....
kau tak pernah tahu isi hatiku
Dan ketika itu terjadi...
Yaitu Kini.... Hatiku telah pun mati....


Feb 19,2010
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 09:30 AM | Show all posts
kau pergi..

dan hati pula...

telah MATI..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 10:27 AM | Show all posts
aku datang...

memberi nafas kepadamu...

adakah engkau sudi...

menerima cpr ku...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 10:55 AM | Show all posts
tidak.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2010 03:03 AM | Show all posts
resah rintik hujan
tak henti meneman
malam sunyi ini
sejak hatimu menjauh dari pelukan

pilihlah jalan
kejarlah impian
jangan ragu melangkah
demi masa depan yang cerah

segala kemungkinan
jangan kau risaukan
air mata yang membasahi wajahku
besar pengertian hatimu bagi hidupku

suatu hari nanti
segalanya akan pasti









nukilan dari anjung
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2010 11:43 PM | Show all posts
Sahabat
Ku tahu kau tak pernah menatap ku
Kau tahu ku tak pernah menatap mu
Dan kita sama-sama tahu
Persahabatan antara kita masih ada
Meski badai menentang untuk berkelahi
Meski hutan merapat untuk menghalangi
Tapi persahabatan tak pernah pupus
Tak pernah putus
Walaupun tanpa suara
Walaupun tanpa sua
Biarkan persahabatan antara kita
Tetap deras sampai tak berbekas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2010 10:23 AM | Show all posts
Aku benci padanya
Usah dihirau siapa gerangannya
Yang membuatkan jiwa terguris luka
Terhempas berkecai hingga terabur serpihan kehinaan
Baginya dialah yang mencengkam minda kedamaian
Atau mungkin perhitungan pengalaman kian mendewasakan
Namun ramuan kekuasaan bukanlah kelonggaran untuk menjangkau batasan
Aku benci padanya
Insan yang hanya tahu menyelusuri nadi desakan
Insan yang hanya tahu mendaki segunung keegoan
Insan yang hanya tahu menghirup udara dingin yang mencemarkan lubuk perasaan
Insan yang hanya tahu mendengar bisikan hasutan yang sudah terdampar ketandusan
Insan yang hanya tahu bertaut pada dahanan keyakinan yang kerapuhan
Insan yang hanya tahu mengharapkan kemenangan daripada kerahan keterpaksaan
Insan yang hanya tahu hidup dalam kedapan jiwa yang tertekan
Aku benci padanya
Setiap kayuhan langkahnya adalah amarah
Acap kali ungkapannya penuh helah bermadah
Dalam kelembutan kata terkandung setitis bisa bernanah
Aku tidak mampu bertopengkan kepura-puraan
Demi harga sebuah penghormatan
Kini terhimpit kejelekan yang tidak lagi sanggup kutahan
Aku benci padanya
Gemarnya berbicara bermuka-muka
Ibarat gergaji dua belah
Lembut gigi dari lidah,
Tidakkah dia sedari?
Hanya kerananya seorang insan memendam luka merawat bisa
Hanya kerananya seorang insan hilang kesaksian merintih kesengsaraan
Hanya kerananya seorang insan terdampar di sudut kesepian, menjerit batinnya yang terseksa
Hanya kerananya dua insan terlerai ikatan kasih, rindu tersisih
Aku benci padanya
Entah mengapa kebencianku mengalir ke dalam lautan dendam yang tidak pernah kering
Sedangkan kebencian datangnya daripada iblis durjana
Yang ingin menghancurkan keturunan manusia
Aku telah tenggelam dek rasa kebencian yang mencemari keimanan yang rapuh
Akhirnya pandangan tohorku dapat mengakui hakikat
Bahawa tiap manusia bermain melodi berbeza di pentas dunia
Aku mula mengikis karat benci yang aku sulami
Agar aku mampu menikmati ketenangan abadi kurniaan Ilahi
Tangisan kebencianku berubah menjadi tangisan keinsafan…
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 12:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_raudah at 22-2-2010 12:52


janganlah ia dibiar sepi..
tanpa temaN...

janganlah ia dibiar sepi..
tanpa kata...

janganlah ia dibiar sepi..
dengan bisamu..

janganlah ia dibiar sepi..
dengan kehadiranMu...
.


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 07:38 AM | Show all posts
sehening subuh yang dingin
aku menunggang basikal tua
membelah angin menghembus
menempuh udara yang menerjah
dalam pencarian....
mencari makna alam dan masa

dalam perjalanan subuh ini
merasa aku akan bayu yang bercerita
tentang gondolan nafsu serakah
yang buas meneroka
yang kejam membuat noda
satu persatu ciptaan tuhan

dari hujung jalan
terlihat kerakusan
kehancuran
oleh tangan yang kasar
cacat
hilang akibat
punah
menjadi debu dan pasir
untuk kita dewasa ini

aku yang tak mampu
melihat dan menolong
hanya mampu sekadar
mendengar bayu menangis
melihat kekejaman
ciptaan kita








oleh yong taufu

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 03:07 AM | Show all posts
deru debu menepikan waktu
tiba tiba aku teringat sesuatu
selintas bayang kembali datang ke muka pintu
mengetuk diri dalam membaui wangi  itu

telah ku pinang segenap angan
ahhh..mengapa ingin selalu ku pungut kenangan
dapatkah ia labuhkan diri barang sejenak
setelah sekian lama bayangnya menghilang

aetiap bayang lampau kembali bertamu
mengingatkan  senyum manis pada bibirmu
teringat kisah lalu saling merayu
antara aku dan dia di kala itu

setiap kali ku buka jubah mimpi
bidadari indah berkaca mata terlihat berlari
menghindari diri tak terpinggiri
dan tersadari semua kini masih menyepi

rindu dendam ditusuk ara rasa itu
ingatkan runcing cinta menghujam hati di kala itu
mungkin takdirnya memang begini
sebab ketika bersama mimpi serasa aeakan mati





oleh en nurhikmah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.324286 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list