CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: irish_cayunkku

Anwar & sahabatnya

[Copy link]
Post time 18-11-2008 07:54 AM | Show all posts
Projek 16 Sept: Perwakilan PKR akan tuntut penjelasan
Jimadie Shah Othman | Nov 13, 08 10:54am

Kongres Nasional Tahunan PKR yang akan berlangsung hujung bulan ini dijangka menjadi medan bagi para perwakilan untuk mendapatkan penjelasan mengenai projek peralihan kuasa 16 September yang diusahakan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia akan menjadi landasan bagi memulihkan keyakinan rakyat yang agak kecewa dengan projek 16 September," kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu Khalid Jaafar.

Menurutnya, penjelasan tersebut penting bagi menangani persepsi rakyat apabila rancangan untuk mengambil alih kuasa pada tarikh tersebut, tidak menjadi kenyataan.

Projek mengambil alih kuasa itu, menurut Khalid, telah menjadi wacana dalam masyarakat dan terdapat tuntutan supaya perkara itu disegerakan.

"Selama ini mereka prnah bincang tentang proses (peralihan kuasa). Sekarang ini, bukan saja berbincang tentang proses (mengambil alih kuasa), tetapi kalau boleh hendak cepat," kata Khalid yang juga bekas setiausaha akhbar Anwar.

Kira-kira 2000 perwakilan PKR daripada lebih 160 bahagian akan bersidang pada 29 dan 30 November ini di Stadium Melawati Shah Alam.

Kongres kali ini menjadi tumpuan kerana ia adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Gerak tenaga parti

PKR adalah parti dominan dalam gabungan Pakatan Rakyat yang memerintah di lima negeri yang dimenanginya dalam pilihanraya umum lalu.

Dihubungi Malaysiakini semalam, Khalid berkata, peralihan kuasa dalam Umno juga dijangka turut disentuh dalam ucapan Anwar.

"Saya difahamkan Anwar akan buat beberapa pembaharuan dalam aspek tema dan cara organisasi parti.

"Kongres ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi mesti menggerakkan tenaga parti kerana kita akan menghadapi suasana getir Mac 2009 di mana berlaku peralihan kuasa dalam Umno.

"Saya percaya, bukan sahaja PKR, ia turut memberi kesan terhadap parti-parti lain dalam Pakatan," katanya yang juga ketua bahagian Bukit Katil, Melaka.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung PKR, Abdul Halim Mohamed Yusof berkata kongres bertemakan "Harapan Baru" itu akan memfokuskan isu pemantapan parti dari aspek keahlian.

Katanya, perkara itu menjadi keperluan bagi menghadapai kemungkinan pembubaran Parlimen apabila peralihan kuasa kelak.

Beberapa pindaaan teknikal terhadap cawangan juga akan dibuat, tambahn Abdul Halim.

sumber-Malaysiakini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2008 07:57 AM | Show all posts

Diskusi geng Liberal Malaysia-Indonesia : dari kanan, Hishamuddin Rais, Faisal Mustaffa (moderator/bekas exco Angkatan Muda PKR),Yoshi Fajar Kresno Murti, Aktivis Kampung-Kota Yogyakarta, Indonesia, Ngurah Termana, Aktivis Komunitas 揟aman 65
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 07:59 AM | Show all posts
Asal usul, misi dan agenda Islam Liberal

Oleh Abu Hamzah Agus Hasan Bashari


Liberalisme adalah satu faham yang berkembang di Barat. Dalam tesis Ahmad Suhelani, MA yang berjudul 揚emikiran Politik Barat
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 08:04 AM | Show all posts
Misi Firqah Liberal

Misi Firqah Liberal adalah untuk menghalang (tepatnya: menghancurkan) gerakan Islam fundamentalis (www.islamlib.com). mereka menulis: 搒udah tentu, jika tidak ada usaha-usaha untuk mencegah dominannya pandangan keagamaan yang militan (fundamentalis) itu, dalam waktu yang panjang, pandangan-pandangan kelompok keagamaan yang militan ini boleh menjadi dominan. Hal ini jika terjadi, akan mempunyai akibat buruk buat usaha memantapkan demokrasi di Indonesia. Sebab pandangan keagamaan yang militan biasanya menimbulkan ketegangan antara kelompok -kelompok agama yang ada. Sebut saja antara Islam dan Kristian. Pandangan-pandangan kegamaan yang terbuka (inklusif) plural, dan humanis adalah salah satu nilai-nilai pokok yang mendasari suatu kehidupan yang demokratis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 08:07 AM | Show all posts
Bubar Majlis Peguam jika mahu berpolitik, kata Abu Zahar

Majlis Peguam Malaysia perlu dibubarkan jika badan itu bertindak tidak ubah seperti sebuah parti pembangkang, mempersoalkan hak-hak pribumi di negara ini, kata Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Katanya, badan itu kini tidak lagi memainkan peranan yang sepatutnya kepada peguam-peguam yang menjadi anggotanya.

"Saya menasihatkan supaya Majlis Peguam dibubarkan dan mereka yang terbabit menubuhkan sebuah parti jika ingin aktif dalam politik," katanya ketika berucap di program wacana isu perundangan dan hak-hak pribumi dalam perlembagaan di Memorial Tun Hussein Onn di ibunegara hari ini.

Menurut laporan Bernama, beliau juga meminta semua peguam Melayu di negara ini supaya bersatu dalam menangani isu bangsa mereka yang berada dalam keadaan "amat tertekan sekali" ketika ini.

Katanya, isu berhubung hak-hak keistimewaan orang Melayu sering dibangkitkan, lebih-lebih lagi selepas Pilihanraya Umum 8 Mac lalu dan "saya tidak sanggup lagi menghadapi situasi seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969."

Dalam ucapannya, Abu Zahar yang juga anggota jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno berkata lembaga itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati mengamalkan rasuah atau politik wang.

"Kita nak pemuda harapan bangsa, yang ada hari ini kebanyakannya adalah pemusnah bangsa," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 08:08 AM | Show all posts


Antara Andalusia dan PKR

oleh Maharaja Zhou

1492 merupakan tahun di mana kerajaan Islam terakhir di Semenanjung Iberia ditumbangkan. Kerajaan Nasiriyyah Granada yang berajakan Abu 'abd-Allah Muhammad telah dikepung oleh Kerajaan Aragon dan Castille.400,000 nyawa umat Islam berada dalam ancaman. Setelah perundingan dijalankan dan Perjanjian Granada dimeterai pada November 1491, 2 bulan kemudian, Abu 'abd-Allah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand.

Perjanjian Granada bunyinya sungguh indah.Orang Islam dibenarkan melaungkan azan seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi Masjid.Malahan, jikalau ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam,mereka akan dihukum mengikut Perjanjian Granada.

Cantiknya Perjanjian Granada. Tidak hairan,Abu 'abd-Allah boleh mengalah. Penambah perisanya, dalam sejarah Granada,kota tersebut dipendekkan umurnya oleh sekumpulan orang Islam yang di dalam tarikhnya disebut sebagai Mudejar.Mudejar adalah orang Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Kristian Sepanyol.Mereka juga bersama-sama dengan Kerajaan Kristian Sepanyol meruntuhkan kerajaan Islam terakhir di bumi Iberia itu.

Mudejar dikatakan berasal dari perkataan mudajjan,yakni orang yang dijinakkan (untuk berada di bawah naungan kerajaan Kristian Sepanyol)tetapi ada yang mengatakan bahawa ia dari perkataan mudajjal.Maknanya, faham-faham sendirilah.Tidak kurang juga di antara mereka putera-putera raja Muslim Sepanyol yang mengira-ngira untuk mendapat laba dari tuan Kristian Sepanyol mereka samada menjadi menteri ataupun upah khianat mereka.Mereka ini juga menjadi dajjal di sebalik runtuhnya Kota Granada.

Tetapi, janji hanya tinggal janji.Tahun 1499, perjanjian itu diingkari,Cardinal Francisco Jim閚ez de Cisneros telah memulakan pengKristianan paksa orang Islam di Granada. Dikatakan,rumah-rumah keturunan Muslim dipaksa menggantung babi,tanda mereka bukan lagi Islam.Inkuisi Sepanyol dimulakan,sesiapa sahaja yang tidak Kristian Katolik disalib dan mata mereka dicungkil. Ribuan muslimin dipaksa murtad. Walaupun pemerintahan Abu Abdullah tidak sempurna (dan dikatakan beliau telah merebut kuasa dari bapanya sendiri), tetapi dia masih Islam dan iman umat Islam masih terjaga di bawah pemerintahannya yang dikritik sebagai lemah dan lembab.

Maka,jika dilihat kepada senario hari ini, kita melihat hikmah mempunyai dan dinaungi oleh sebuah kerajaan Islam diambil mudah.Orang menganggap ia mudah datang dan mustahil untuk pergi. Alasan untuk menumbangkan kuasa sesuatu kerajaan Islam cukup mudah,atas nama memerangi korupsi,kezaliman dan kronisme adalah panji-panji murah yang dikibarkan oleh sesetengah pihak.

Adakah tidak terguris hati sebahagian umat apabila baru sahaja didedahkan 301,000 isi rumah orang Melayu Islam masih di bawah RM1000, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang,P Ramasamy ingin membuka jawatan-jawatan kerajaan negeri kepada semua orang. Dan mendukacitakan lagi,dia tidak segan silu memfitnah orang Melayu/Islam yang berjawatan di peringkat kerajaan negeri mengoyak borang permohonan orang bukan Melayu yang memohon.

Tiada pula tindakbalas daripada orang Melayu Parti Keadilan Rakyat di dalam kerajaan negeri. Seolah-olah mereka sudah dijinakkan seperti mudejar Kerajaan Kristian Sepanyol. Apakah mereka tidak berfikir antara jawatan dalam kerajaan negeri tersebut termasuklah jawatan di pejabat ugama?Adakah nanti atas nama samarata, Pulau Pinang akan mempunyai Kadi beragama Hindu,Kristian ataupun Buddha?Nampaknya lucu, tetapi usikan ke arah itu sudah mula berlaku.

Menghairankan lagi mudejar-mudejar ini terus melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sekutu mereka.Mereka memuji Adun Canning sebagai pandai membaca Al Quran tetapi musuh mereka yang Islam pula sebagai orang yang dibenci Tuhan. Mereka berbangga apabila Lim Guan Eng hendak menjadi Umar Abd Aziz tanpa menyedari bahawa Allah tidak akan memandang kepada bagaimana berazamnya seseorang yang kafir itu mencontohi kebaikan seorang mukmin melainkan ia dimulakan dengan si empunya badan itu melafazkan dua kalimah syahadah.

Apakah tidak sedih Umar Abd Aziz, apabila seseorang yang tidak berkhitan itu yang dipuja dan dipuji dan disamakan dengan beliau oleh orang yang mengaku muslim dan mukmin? Jadi,tidakkah sama nilai mereka ini dengan mudajjal?

Oleh itu,janganlah kerana digula-gulakan dengan orang lain pandai menyebut nama seorang dua khalifah Islam dan tahu barang satu dua ayat al Quran dan Hadith, kita hendak menggadaikan kuasa yang ada pada kita.

Ingatlah, orang Islam Granada dijanjikan perkara yang jauh lebih baik dari itu untuk memujuk mereka agar menyerahkan kuasa politik mereka. Tetapi, harga yang perlu mereka bayar akhirnya adalah untuk berada di tiang-tiang salib dengan mata yang dikorek dan kaki tangan mereka dikudungkan.

sumber - Maharaja Zhou
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2008 08:11 AM | Show all posts
Berakhirkah Episod tawaran Anwar Ibrahim jadi PM ?

Oleh AIDC

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) menang besar dalam PRU 12, 8 Mac 2008, Anwar mendakwa dirinya 'ketua' PR nampak begitu ghairah memberitahu para penyokongnya dan media Barat bahawa beliau akan mengambil alih kerajaan dan menjadi PM dalam masa terdekat.

Keghairahan beliau ini nampak semakin jelas, apabila beliau mencanang pertukaran kerajaan dalam masa terdekat kepada para penyokongnya di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 14 April 2008.

Sesetengah pihak dalam PR sendiri 'kurang senang' dengan kenyataan Anwar yang disifatkan terlalu angkuh dan bersifat terburu-buru tanpa terlebih dahulu merujuk dengan parti-parti kompenan PR.

Kenyataan kurang senang rakan PR ini disiarkan dalam harakahdaily pada 24 Mac 2008 yang menulis pendapat bertajuk " Anwar Jangan Gelojoh", ditulis menggunakan nama samaran 'Maulana Purnama'. Walaupun ditulis sebagai ruangan pendapat dan menggunakan nama samaran, tetapi kesediaan Harakahdaily, organ PAS menyiarkan artikel itu, sudah jelas mesej tersiratnya.

Tulis Maulana Purnama, "Cakap-cakap untuk menubuhkan kerajaan persekutuan BR dalam penggal ini, tanpa melalui pilihan raya umum adalah membimbangkan..Tetapi ahli politik tidak wajar gelojoh. Tunggulah pilihan raya akan datang. Yang membawa reformasi pada masa akan datang tidak semestinya beliau. Tetapi beliau telah membuka ruang."

Penulis ini menyuarakan rasa tidak senang dengan usaha mengambil alih kerajaan tanpa saluran demokratik, sedangkan Anwar sering mendakwa dirinya pejuang demokrasi. Penulis minta Anwar bersabar dan tunggu PRU akan datang. Jika dalam PRU akan datang Anwar sudah tidak relevan lagi jadi PM, berdasarkan faktor umur, penulis menasihatkan Anwar menerima hakikat itu, kerana perjuangan yang sebenar bukan untuk kepentingan diri sendiri. Tidak semestinya Anwar, sesiapapun dari PR boleh jadi PM, tegas penulis itu.

Seterusnya penulis membuat kesimpulan kenapakah Anwar tidak layak menjadi PM 10 tahun dahulu. Tulisnya "Anwar hampir sampai ke puncak dalam Umno tetapi gagal kerana salah perhitungan yang berakibatkan keadaan yang dahsyat. Bukan saja beliau rugi tetapi juga rakyat dan negara.Maka ketika berada di puncak sebagai pemimpin de facto bukan saja KeADILan tetapi juga Barisan Rakyat, Anwar mesti berhati-hati dan jangan gelojoh. Banyak pelajaran telah diperoleh daripada apa yang berlaku sejak dua dekad lalu. Janganlah mengulangi kesilapan lalu"

Berdasarkan kesimpulan ini, penulis merumuskan bukan sekarang sepatutnya Anwar jadi PM, tetapi sepatutnya 10 tahun lalu, tetapi kenapakah 10 tahun lalu Anwar juga gagal menjadi PM ? Apakah penulis ingin menyebut bahawa kegagalan Anwar jadi PM, 16 September lalu, kerana Anwar tidak pernah belajar dari kesilapannya yang lalu. Masih terbawa sifat lama iaitu gelojoh, tidak sabar, tidak bijaksana, bermain kata-kata yang memusnahkan diri sendiri dan terlalu merasakan dirinya paling hebat, hingga bertindak sendirian tanpa mengambil kira perasaan ahli-ahlli PR.

Membaca artikel penuh, Maulana Purnama klik di sini

Serentak dengan suara Harakahdaily itu, seorang kolumnis popular Tranungkite menggunakan nama pena Ibrahim Baba (IB) pula berusaha menongkah arus dengan menyeru Anwar mengambil alih pertukaran kerajaan sekarang, kalau bukan sekarang penulis menyeru Anwar melupakan sahaja cita-citanya untuk selama-lamanya.

Tulisan IB bertajuk " Now or Never Bagi Anwar Ibrahim" ditulis bulan April menyeru Anwar melakukan sesuatu mulai daripada sekarang. Sekarang adalah masa terbaik untuk mengambil alih kerajaan, jika tidak berlaku sekarang, Anwar kena melupakan cita-citanya buat selama-lamanya.

Maksud penulis, Anwar perlu lakukan apa sahaja (termasuk beli ahli parlimen BN ?) untuk mencapai cita-cita itu. Dan Anwar telah berusaha dengan satu perjanjian 16 September, tetapi sehingga ke tarikh itu sampai sekarang Anwar masih gagal mencapai apa yang dijanjikan. Apakah ini bermakna tulisan IB benar, selepas gagal 16 September, Anwar perlu melupakan cita-cita untuk menjadi PM buat selama-lamanya.


Gagal 16 September, gagal selama-lamanya ?

Kenapa IB memilih untuk memberi dua pilihan kepada Anwar: Now or Never ? . Kenapa tidak beri kelonggaran seperti 'penulis tamu', Harakahdaily,Maulana Purnama yang menulis Anwar : Jangan gelojoh atau beri peluang kepada orang lain ? .

Jadi kalau mengambil kira teori IB, Anwar telah gagal menjadi PM 16 September lalu, bermakna sudah tiada peluang ketiga lagi buat Anwar. Adakah maksud penulis begitu ?

Kalau mengambil kira tulisan Maulana Purnama, sebab kegagalan Anwar dalam merealisasikan 16 September amat mudah iaitu bertitik tolak kepada sikap Anwar sendiri yang tidak mempelajari apa yang telah berlaku 10 tahun lampau. Jadi apakah ini bermakna, Anwar sudah tidak relevan, dan tidak semestinya Anwar sahaja yang layak menjai PM, beri peluang kepada orang lain pula ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 08:12 AM | Show all posts
PAS merestui sepenuh hati Anwar jadi PM, 16 September ?

Satu persoalan yang menarik yang perlu diteliti lanjut. Mengambil kira cetusan pendapat Maulana Purnama yang dinukilkan dalam Harakahdaily, sudah pun boleh menjawab pendirian PAS tentang hasratnya menjadi PM.

Dari sudut pandangan Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang sendiri apabila diajukan mengenai pencalonannya menjadi PM, 16 September, beliau berkata, " Saya tidak akan jadi ahli politik (PM) Mat Jenin.."

Mengulas lanjut, apakah yang dimaksudkan dengan "Mat Jenin" itu, Haji Abdul Hadi berkata, " Mat Jenin panjat pokok kelapa, belum mencapai buahnya, tetapi sudah bercita-cita menjadi raja" dan akhirnya kerana khayalan Mat Jenin itu, dia akhirnya jatuh ke tanah tanpa kesampaian hajatnya.

Meneliti lanjut kronologi rentetan peristiwa tawaran Anwar menjadi PM bermula Mac - 16 September (seperti yang dilampirkan di bawah), juga semakin jelas pendirian PAS.

Pendirian Naib Presiden PAS Mohamad Sabu, kata buat masa ini, PAS belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung usaha penasihat PKR itu membentuk kerajaan persekutuan, yang dijangka akan berlaku menjelang 16 September ini. "Kita tunggu dulu. Sekarang pun khabar angin. Khabar angin, (PAS) hendak mesyuarat macam mana?" katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini pada 4 September 2008 lalu. Klik di sini

Mohamad Sabu berkata dalam wawancara itu, dia tidak berminat melakukan kerja-kerja itu (membeli calon-calon BN?), orang lain, terpulanglah kepada mereka, tetapi pendiriannya jelas, dia tidak berminat dan dia lebih berminat memperkasakan lima negeri yang telah diperintah oleh PR. Tunjuk prestasi terbaik kepada rakyat di kelima-lima negeri yang diperintah oleh PR dan tunggu PRU ke 13, katanya lagi.

Ketika ditanya lanjut mengapa dia tidak berminat dengan projek 16 September, Mohamad Sabu menjawab secara sinis. "buat masa sekarang..kualiti dalam gerakan Islam (PAS ?) masih tidak dapat mengatasi "peradaban barat" (Amerika Syarikat ?) . "Peradaban Barat" masih mendahului dan gerakan Islam masih ketinggalan..dan kalau berlaku juga 16 September, kita (PAS ?) akan ambil alih BN secara total..bukan berjaya ambil alih tetapi masih mengekalkan penyakit-penyakit lama..korupsi, nepotisme, kronisme..saya merasakan sekarang 'peradaban Islam diambil alih oleh orang lain (siapa?)..seperti di Indonesia, walaupun berjaya mengambil alih kerajaan dan agenda 'korupsi' menjadi agenda utama, tetapi selepas reformasi berjaya mengambilalih kerajaan..agenda korupsi masih gagal hingga kini.. "

Masih menjadi tanda tanya hingga sekarang, apa kaitan "Peradaban Barat" dengan topik perbincangan pertukaran kerajaan 16 September. Apakah yang cuba disampaikan oleh Naib Presiden PAS itu ?. Kenapa pula Naib Presiden PAS mengaitkan kegagalan reformasi 1998 di Indonesia yang gagal mentadbir negara walaupun berjaya mengambil alih kerajaan? Apa pula kaitan 'reformasi' di Indonesia mempunyai kaitan dengan Malaysia? Dan apakah pula, 'peradaban barat' juga mempunyai perkaitan dengan senerio politik Malaysia khususnya dalam rancangan pertukaran kerajaan, 16 September ?

Sesungguhnya banyak teka teki di sebalik kata-kata Naib Presiden PAS itu yang dilihat menggunakan kata-kata kiasan yang penuh dengan simbolik, tidak mahu berterus terang untuk menjaga hati rakan-rakan PR.

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Mustafa Ali pula, seolah-olah menongkah arus, beliau berkata hasrat Anwar menjadi PM dan menukar kerajaan pada 16 September hanya sekadar mimpi dan tidak menjadi kenyataan. 揝aya tidak yakin 16 September kerajaan BN dan Pak Lah akan jatuh,擺/i] begitulah tegasnya berkali-kali dalam forum khas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2008 08:13 AM | Show all posts
Pandangan blogger projek 16 September ?


Sekurang-dua tiga blogger yang tidak berparti begitu marah dengan projek 16 September itu. Faisal Tehrani menyuarakan rasa hatinya dalam artikel bertajuk "Menjelang Hari Fitrah Mendatang, Hentikanlah Perang Propaganda Ini". Tulis Faisal, "Dan kerimasan serta ketidakselesaan kita tidak dibantu oleh ahli politik yang telah kita pilih dalam pilihanraya Mac lalu. Kedua-dua belah pihak (mungkin lebih dari dua) terheret dalam perang propaganda yang menjejaskan tumpuan kerja kita, rakyat. Propaganda yang 'berkesiuran di langit politik' ini amat amat amat menjejaskan emosi, fokus, daya kerja dan mood rakyat biasa. Penat menunggu 16 September, dihadapkan pula penunggu baharu 9 Oktober..Menjelang kemunculan hari fitrah tidak lama lagi; sebagai seniman tidak berpihak, kita merayu - Hentikanlah perang propaganda ini." Klik di sini

Blogger, Ahmad Hadeed, dari blog Al Muslimin pula menulis, "Saya nasihat kepada Anwar , udah lah brother, tunggulah pru 13.Brother anwar boleh tanding parliament , kita letak poster brother besar besar atas poster DAP PAS dan PKR dan juga di dinding dan di jalan raya dan di tong sampah, jika brother bernasib baik , brother boleh jadi PM dengan secara ethical dan terhormat. Yang tak habis habis nak mengorat MP orang selepas 6 bulan PRU ini apa hal?...Kalau kamu meletakkan rakyat sebagai alasan kamu menjadi 'taufan menggila ini' maka percayalah rakyat tidak pernah memberi mandat kepada kamu untuk meneruskan teka teki ini berlarutan sehingga menjejaskan keamanan rakyat...PRU 12 adalah mandat rakyat memilih kerajaan yang di fikir terbaik dan the people has spoken well. It is time for you to respect the pru12 mandate and stop being too greedy...Rakyat tak pernah menyuruh kamu meruntuhkan the government of the day secara begini" Klik di sini

Al Muslimin adalah NGO Islam yang Membela Ummah dan Mustadafeen. Laman Web Al Muslimin dibina sebagai portal berita dan komunikasi untuk membincangkan isu berkaitan ummah. Matlamatnya untuk penyatuan ummah dan menegakkan kebenaran Islam.

Seorang lagi blogger bernama Cekka menulis artikel bertajuk "Anwar tiada hati-perut ! Kami pun nak beraya..". Tulisnya, "Mengikut kata Tian Chua.. 23 Sept tak jadi sebab Pak Lah memberi pelbagai alasan untuk tidak berjumpa dengan Pakatan Rakyat. Oleh itu, tarikh peralihan kerajaan akan dianjakkan kepada satu tarikh baru.. 1 Oktober..Err.. bukankah hari tu Hari Raya Aidilfitri? Takkan lah parlimen hendak bersidang pada Hari Raya..Pada pendapat saya.. Anwar ini memang kaki kelentong, DEMI KUASA BUKAN UNTUK RAKYAT. Sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.. adalah tidak patut sebagai seorang pemimpin untuk merentap keceriaan umat Islam pada hari tersebut dengan janji-janji politiknya.. lainlah kalau 憈arget audience
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 08:14 AM | Show all posts
Kronologi tawaran Anwar menjadi PM

14 April 2008,
Ceramah Anwar di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur : Anwar berkata keyakinannya untuk memasuki Putrajaya dalam masa terdekat. Beliau berkata di hadapan penyokongnya, angka rasmi Pakatan Rakyat adalah 82. Itu angka rasmi katanya. Katanya masih ramai angka tidak rasmi daripada BN yang sanggup melompat parti khususnya di Sabah dan Sarawak. Beri masa kepadanya, kalau tidak minggu ini, minggu depan, kalau tidak April, Mei atau Julai, katanya.


22 April 2008, temuramah Anwar dengan Jim Middleston (News Hours Australia). Beliau sekali lagi ditanya oleh media itu tentang pertukaran kerajaan. Anwar dengan penuh yakin berkata pasti akan berlaku kerana semakin ramai ahli parlimen BN yang semakin yakin dengan PR. Beliau sedang dalam proses rundingan, katanya.

23 April 2008, Anwar dakwa beberapa ahli parlimen Barisan Nasional di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September, kata penasihat PKR, kepada pemberita di Kota Kinabalu dalam lawatan ke negeri itu, hari ini. Klik di sini


8 Jun 2008, Anwar berkata bilangan sudah mencukupi dan peralihan kuasa untuk menubuhkan kerajaan baru mengikut sepertimana yang dijadualkan, katanya dalam sidang media Anwar di Pejabat PKR di Petaling Jaya.


30 Jun 2008, kenyataan Anwar di luar Kedutaaan Turki. Beliau berkata laporan polis oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan adalah usaha terdesak kerajaan untuk menghalangnya mengambil alih kerajaan. Dakwanya semua ini konspirasi politik hingga beliau terpaksa berlindung di kedutaan asing. Katanya lagi, jika tidak serangan begini (laporan polis bekas pembantunya), minggu ini (Jun) beliau akan isytiharkan seramai 4 org ahli BN akan menyertai PKR.


28 Ogos 2008 Temuramah Anwar dengan Al-Jazeera (101 East) Anwar yakin bahawa pada 16 September pasti akan berlaku peralihan kuasa kerana beliau mempunyai majoriti yang mencukupi. Beliau tidak boleh mendedahkan nama buat masa sekarang dengan alasan keselamatan.

31 Ogos 2008, Anwar dakwa beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat. Beliau dakwa telah mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara - beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat. Klik di sini


4 September 2008, Mohamad Sabu, Naib presiden PAS, parti PAS belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung usaha penasihat PKR itu membentuk kerajaan persekutuan, yang dijangka akan berlaku menjelang 16 September ini. "Kita tunggu dulu. Sekarang pun khabar angin. Khabar angin, (PAS) hendak mesyuarat macam mana?" katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini. Klik di sini


7 September 2008, Portal Indonesia, Kompas.com, menyiarkan kenyataan Anwar beliau akan menjadi PM pada 16 September dan akan menggulingkan PM Abdullah. Katanya 揝aya tetap pada target saya, 16 September menjadi waktu untuk mengistirahatkan Badawi. Untuk itu, saya rileks sebentar sehari lompat ke Jakarta, berdiskusi dan bertemu dengan sahabat-sahabat saya di Indonesia,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 08:17 AM | Show all posts


JAKIM: Reformis BERBOGEL tidak waras

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB


PETALING JAYA: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz menyifatkan hasrat Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang mengancam untuk berbogel sebagai tanda protes kepada kerajaan Selangor sebagai "miskin idea dan tidak waras."

Beliau berkata, orang yang bijaksana akan memprotes dengan cara lain yang melambangkan kewarasan dan berasaskan etika.


"Ada banyak cara (untuk memprotes). Cara seperti separuh bogel atau berbogel adalah sikap yang melampau.


"Adakah telah miskin idea untuk menzahirkan protes sehingga boleh berfikir hendak berbogel?" katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.


Wan Mohamad berkata, kumpulan itu perlu kembali kepada kewarasan dan memikirkan kesan jangka panjang terhadap keluarga mereka jika meneruskan demonstrasi 'bogel' tersebut.


Jumaat lalu, Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar mengancam untuk berbogel di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) yang menempatkan pejabat Menteri Besar dan Exco bagi mendesak kerajaan negeri agar tidak membuat tindakan yang tidak menguntungkan rakyat.


Antara perkara yang menyebabkan kemarahan Reformis adalah tindakan kerajaan negeri menaikkan sewa bulanan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 sebulan kepada RM250 sebulan yang didakwa membebankan penyewanya yang kebanyakannya berpendapatan RM500 sebulan.


Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Reformis jika mereka masih berkeras mahu mengadakan demonstrasi 'bogel' tersebut.


Katanya, tindakan terhadap mereka boleh dikenakan di bawah peruntukan mengikut Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menetapkan denda maksimum RM1,000.

sumber - Mystar.online
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 08:18 AM | Show all posts



Siapa yang lebih dominan di Pulau Pinang?

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. P Ramasamy (DAP-Perai) mendakwa ketidakseimbangan struktur pekerjaan perkhidmatan awam di Pulau Pinang adalah disebabkan oleh Barisan Nasional bersikap perkauman.

Prof. P Ramasamy mendakwa borang permohonan bukan Melayu/Bumiputera untuk menyertai perkhidmatan awam di Pulau Pinang dikoyak. Berat benar tuduhan sebegitu ke atas pegawai kerajaan yang terlibat dalam proses recruitment & selection. Dan tuduhan jahat itu sangat tidak adil bagi mereka.


Bagi penulis, tuduhan tersebut hanyalah sekadar tuduhan melulu yang dibuat tanpa asas dan bukti. Sebelum berkhidmat dengan kerajaan, penulis pernah terlibat dalam proses recruitment & selection bagi memilih kakitangan sekitar tahun 1999 di sebuah syarikat akhbar.


Dan sebagai rekod, tidak pernah pula kami melihat faktor kaum sebagai satu prasyarat untuk disenaraipendek, ditemuduga dan seterusnya diberikan surat tawaran. Jauh sekali mengoyak permohonan pemohon-pemohon. Segala prosedur perlu diikuti dengan ketat agar calon yang terpilih kelak berkualiti.


Individu yang terlibat dalam proses recruiment & selection sangat faham bahawa setiap calon yang memohon sudah tentu mengharapkan perkerjaan untuk menampung kehidupan. Jadi apakah motif P Ramasamy membuat tuduhan sebegini ke atas pegawai kerajaan yang terlibat dalam soal pengambilan kakitangan di Pulau Pinang?


P Ramasamy mendakwa bahawa UMNO terlalu dominan sehinggakan soal pengambilan kakitangan di negeri itu pun turut disabit. Bagi penulis, ini adalah tindakan untuk memburuk-burukkan UMNO di mata rakyat bukan Melayu Pulau Pinang dan seluruh Malaysia.


Sudah tentulah setiap ketua jabatan yang dilantik akan melalui tapisan keselamatan dan sebagainya sebagai satu proses pelantikan. Namun, menuduh ketidakseimbangan kaum di sektor awam dan mengaitkannya dengan faktor dominan UMNO adalah tidak berasas. Kenapa faktor dominan UMNO ditekan atau diberi fokus dalam hal ini? Bagi penulis, ianya jelas sekali berniat jahat.


Jika kita kaji sikap dan cara berpolitik kotor Pakatan Rakyat ini, kita boleh menyimpulkan siapa yang dominan sebenarnya dalam menentukan hala tuju politik Malaysia. Siapa yang sering mengungkit segala hak Melayu/Bumiputera yang jelas diperuntukan dalam Perlembagaan? Jadi siapa yang cuba bersikap lebih dominan sebenarnya? UMNO atau DAP? Kepada pembaca budiman, tepuk dada dan gunakan akal untuk berfikir.



"If you don't act right now, somebody else will always do it for you at your expense...and quickly." (Kotabe & Helsen, 1998).

sumber - kembara politik
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 08:42 AM | Show all posts

Yenny Wahid, Pengarah Wahid Institute (nombor 3 dari kiri) bersama dengan Paul Wolfowitz. Kelihatan di foto Mari Pangestu (bekas Pengarah eksekutif Center for Strategic and International Studies - CSIS) Din Syamsudin (Presiden Ikatan Cendikiawan Muslim Indonesia-ICMI), Erry Riyana ( Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi-KPK), dan Jusuf Wanandi (paling kanan). Jusuf Wanandi adalah Pengarah Eksekutif Pusat Islam dan Pluralisma Antarabangsa Indonesia. Turut hadir Douglas Ramage (The Asia Foundation), Manpalagupta Sitorus (InterMatrix), Andrew Steer (World Bank Indonesia Country Director) and John Aglionby (The Guardian). Sumber foto klik di sini.

Badan pemikir Gus Dur- The Wahid Institute- Kembangkan Pluralisme

Jakarta : The Wahid Institute menyatakan komitmen untuk terus mengembangkan falsafah pluralisme sebagai sintesis perdamaian. The Wahid Institute menjunjung pluralisme untuk menegakkan keadilan.


Paul Wolfowitz dan Yenny Wahid di Indonesia


Matlamat ini dipetik dari ucapan Pengarah The Wahid Institute, Yenny Zanubba Wahid dalam peringatan Hari Ulang Tahun Ke-3 The Wahid Institute, Sabtu (8/9) di Jakarta.


Yenny Wahid atau nama sebenarnya Zannuba Ariffah Chafsoh Rahman Wahid adalah puteri kesayangan Gus Dur yang menjadi orang di belakang tabir dalam The Wahid Institute dan Parti Kebangkitan Bangsa (PKB). Pernah menjadi wartawan akhbar Australia iaitu The Sydney Morning Herald dan The Age. Beliau melanjutkan pengajian di Harvard's Kennedy School of Government sebagai Mason Fellow . Pada 2004, sekembalinya dari Boston, beliau dilantik sebagai Pengarah badan pemikir bapanya iaitu Wahid Institute.

Menurut puteri KH Abdurrahman Wahid (Gus Dur) itu, Wahid Institute menjadi flatform pemikiran Islam yang progresif yang menjunjung pluralisme, dan dikembangkan terus kepada masayarakat agar menjadi sarang para pemikir dan peneliti Islam di Indonesia.


Perbincangan modul strategi kebebasan beragama di Indonesia. Wahid Institute mendapat tajaan daripada beberapa yayasan Amerika termasuk The Pluralisme Project, Universiti Harvard. Klik di sini

Wahid Institute, yang memegang falsafah Nahdlatul Ulama (NU) berwajah damai, juga meneruskan syiar Islam yang damai ke dunia antrabangsa.

Pada kesempatan itu, Abdurrahman Wahid juga memberi ucapan. Menurut Gus Dur, dari pelbagai sudut pemikiran manusia, perjuangan menegakkan keadilan harus juga menjamin perlindungan terhadap orang lain.



Foto atas, Gus Dur berucap dalam sambutan ulang tahun Wahid Institute pertama. Foto bawah, Gus Dur menjemput Samuel Huntington, "Clash of Civilizations" untuk bersama-sama berdiskusi di Wahid Institute. Klik di sini

Menyentuh masalah kelompok radikal Islam, yang turut dinamakan kaum teroris, Gus Dur mengatakan, pihak Amerika Syarikat pernah meminta supaya beliau memberi pidato berbentuk rakaman tetang teroris. Di dalam pidato selama tujuh minit itu, Gus Dur mencadangkan agar Amerika Syarikat mencari titik-titik persamaan dengan kaum teroris.

The WAHID Institute merayakan usianya yang ke-3, sejak dilancarkan secara rasmi pada 7 September 2004 di Jakarta. Pelbagai kegiatan diselenggarakan untuk memperingati dan mensyukuri hari jadi badan pemikir itu.

Untuk menyemarakkan suasana, acara dilanjutkan dengan pementasan group musik Lingkar Kreatifitas Insan Seni (eLkis), sejak pukul 13.00-16.00. Panggung muzik ini terbuka bagi setiap tetamu yang ingin menyumbangkan kebolehannya dalam kesenian.

Pukul 16.00-18.00, diadakan diskusi buku karya KH. Abdurrahman Wahid (Gus Dur) berjudul "Islam Kosmopolitan: Nilai-nilai Indonesia dan Transformasi Kebudayaan", terbitan the WAHID Institute, 2007.

Turut serta sebagai pengulas adalah Pengarah Sekolah Pascasarjana Unive**s Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Prof. Dr. Azyumardi Azra, Anggota Fraksi Kebangkitan Bangsa DPR RI, Badriyah Fayumi Lc, MA, dan Sosiolis DR. Daniel Dhakidae. Ahli Penal the WAHID Institute, DR. Rumadi dilantik sebagai moderator.


Diterjemah artikel dari web tokohindonesia.com. Artikel asal klik di sini
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 08:48 AM | Show all posts
[size=180%]PELUANG ANWAR BERBOHONG LAGI

Sepertimana biasa, sewaktu berlangsungnya kongres PKR, tumpuan adalah pada sesi perbahasan. Pada kongres 2007, sesi ini dilihat pudar dan malap, apatah lagi ianya dengan ketiadaan Ezam Mohd Nor yang merupakan suatu ketika dahulu pendekar parti Anwar Ibrahim. Dewan Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban telah kempunan untuk menerima kunjungan Ezam sebab keputusan anak muda pengasas Parti Keadilan Nasional itu untuk tidak lagi bersama Anwar Ibrahim.

Tahun 2008 diramalkan ramai perwakilan akan cuba mencuri perhatian, maka bersusunlah mereka untuk berpidato menunjukkan bakat masing masing. Ini dilihat sebagai batu loncatan untuk mendapat personal glory supaya lebih dikenali ramai dan memudahkan untuk menjadi calon dalam pemilihan parti akan datang dan juga calon pilihanraya ke 13. Dalam benak fikiran mereka ini, Anwar bakal jadi PM.

Diantara isu yang sudah pasti akan menggegarkan dewan kongres adalah mengecam tindakan Ezam menyertai UMNO dan kuda kuda tunggangan Anwar ini akan berkokok melabelkannya pengkhianat dan sebagainya
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 08:57 AM | Show all posts
30 November, Pembohongan Anwar Lagi



Tinggal beberapa hari lagi akan muncul tarikh 30 November 2008.

Bagi tahun 2008, Parti Keadilan Rakyat akan mengadakan Kongres Nasional tahunan ke 5 di Stadium Melawati Shah Alam. Inilah merupakan tahun yang sulung Kongres parti yang ditunggang oleh Anwar Ibrahim diadakan setelah bala tentera beliau berjaya mencipta kejutan dalam pilihanraya ke 12 yang lalu.

Untuk kesekian kalinya PKR akan bersidang dalam situasi memiliki ramai perwakilan perwakilannya terdiri daripada ahli ahli Yang Berhormat. Daripada Dewan Rakyat sahaja sudah ada melebihi 30 Ahli Parlimen. Bilangan Yb Yb akan bertambah lagi setelah diambil kira wakil wakil rakyat dari negeri pemerintahan mereka di Selangor dan juga beberapa negeri negeri lain di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Malah pada tahun ini juga buat julung julung kalinya sewaktu Kongres ini nanti, PKR sudah pasti berbangga kerana ada bersama-sama mereka seorang Menteri Besar dan seorang Timbalan Ketua Menteri. Keadaan ini nanti amatlah jauh berbeza dengan Kongres mereka tahun lepas yang telah diadakan di Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban pada 27 Mei 2007. Ketika Kongres itu berlangsung, parti berbilang kaum ini hanya ada dua pemimpin bergelar Yang Berhormat, iaitu Presiden mereka Datin Seri Dr Wan Azizah dan seorang wakil rakyat daripada Sarawak, Yb Dominic Ng.




Mengimbau kembali peristiwa Kongres pada tahun lepas, agak tergamam para perwakilan didalam dewan kerana aksi lakonan drama oleh Anwar Ibrahim yang membuat keputusan tidak mahu bertanding jawatan Presiden parti.


Ketika itu Anwar telah mendapat pencalonan paling tinggi daripada 120 bahagian berbanding dengan Dr Wan Azizah menerima 10 pencalonan dan seorang lagi calon iaitu Hj Abdul Rahman Osman, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional yang menerima sokongan daripada 7 bahagian utara tanah air. Ramai perwakilan kesal dengan tindakan Anwar yang menggunakan alasan khuatir tindakan Registrar of Society [ROS] keatas PKR sekiranya memilih Anwar sebagai Presiden sedangkan waktu itu beliau belum lagi 揾abis tempoh idah
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 09:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2008 09:17 AM | Show all posts
SARAWAK PULAK DAH...



[size=130%]Sarawak Adalah Kunci Kerajaan PKR, Kata Anwar
SIBU, 16 Nov (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sarawak, yang mempunyai 30 anggota Parlimen adalah kunci kepada kerajaan Pakatan Rakyat di negara ini.

"Apabila Sarawak mengubah haluannya, kerajaan Barisan Nasional akan runtuh," katanya pada majlis makan malam anjuran "Friends of PKR" di Pusat Perdagangan dan Pameran Sibu di sini malam tadi. READ MORE HERE

[ Last edited by  shamsadis at 18-11-2008 09:20 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 09:32 AM | Show all posts
Skandal Rasuah Anwar Masa Jadi TPM



Dah habis Anwar kebas bagi kat kroni kroni dia. Sekarang barulah Anwar tuduh DEB itu tak ada faedah. Ada ke patut macam tu. Anwar ni memang dasar kacang lupakan kulit. Semua kroni dia kaya raya masa Anwar jadi TPM. Nasib baik Anwar tak jadi PM, kalau tidak makin kaya lah diaorang ni.

[ Last edited by  shamsadis at 18-11-2008 09:40 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 09:04 AM | Show all posts
Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat sedang berkata sesuatu kepada Anwar Ibrahim sambil diperhatikan oleh Ali Al Kamali (Pengarah Urusan Datamatix) dan Mary Robinson, bekas Perdana Menteri Ireland 1990-1997). Gambar di atas dirakam pada 18 Nov 2006 di Bustan Al-Arab Hotel Dubai, ketika Al Gore merasmikan majlis penyampaian Anugerah Middle East
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 09:06 AM | Show all posts
Hubungan Anwar ketika jadi TPM (1994-1998)

Al Gore atau nama penuhnya Albert Arnold Al Gore adalah bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (1993-2001), seorang berketurunan Yahudi yang menjadi rakan sekutu Bill Clinton daripada parti Demokrat.

Pasukan Presiden Clinton dan Naib Presiden Al Gore dari pari Demokrat mengambil alih dari pemerintahan Republikan yang mengekalkan kuasa dua penggal berturut-turut, iaitu di bawah Ronald Reagan (1981
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.052398 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list