|
Reply #880 takumi86's post
hahaha...sebelum jadik inspektor shahab kurus kering....dah jadik inspektor terus boroi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #878 t@t's post
tat...sekarang ni masa utk beri penghormatan renungan pada nurse lah yg byk berkorban utk mangsa kemalangan jalanraya...nurse yg kerjanya mencucuk tu bukannya yg kerjanya dicucuk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #880 takumi86's post
gambo ni masa toss kantoi lebey had laju... |
|
|
|
|
|
|
|
3 maut, seorang parah kereta dirempuh lori
SEGAMAT: Tiga lelaki maut, manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta dengan sebuah lori tangki di Kilometer 1.5 Jalan Johor Bahru-Segamat-Labis, di sini, petang semalam.
Dalam kemalangan pada jam 4 petang itu, sebuah lori tangki yang dalam perjalanan ke arah Chaah, dekat sini, bertembung dengan Ford Laser dan Toyota Vios yang dalam perjalanan ke Labis sebelum terbabas ke dalam kebun sawit.
Kereta Ford berkenaan remuk teruk menyebabkan tiga lelaki, termasuk dua warga Indonesia tersepit dan maut di tempat kejadian.
Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Rumah Mayat Hospital Segamat (HS) untuk dibedah siasat.
Pemandu maut dikenali sebagai Jailan Mohd Amin, 47, dari Felcra Bukit Kepong, Muar, manakala dua penumpang warga Indonesia yang dikenali Wahala dan identiti seorang lagi mangsa belum dikenal pasti.
Sementara itu, pemandu Toyota Vios yang dikenali sebagai Lau Ming Kwang berusia 50-an parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi HS.
Lau, peniaga emas dalam perjalanan ke Kuala Lumpur membawa emas bernilai RM500,000. Polis bagaimanapun menemui semula barang kemas itu dalam keretanya. Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku ketika hujan lebat dan polis masih lagi menyiasat punca kejadian berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wanita hamil nyaris maut rempuh pagar
IPOH: Akibat tertekan pedal minyak secara tidak sengaja, seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan nyaris maut selepas kereta yang dipandunya merempuh pagar sebuah rumah di Persiaran Tawas Baru 14, Taman Tasek Mewah di sini, petang semalam.
Ketika kejadian jam 1.30 petang itu, D Vasanthi, 26, bersama suaminya M Vegaswaran, 30, dalam perjalanan pulang dari menziarah rumah abangnya di kawasan perumahan sama dengan menaiki kereta Proton Waja hitam.
Kejadian dikatakan berlaku selepas Vasanthi gagal mengawal kenderaan kerana seliparnya tersangkut pada pedal minyak menyebabkan kereta itu turut merempuh sebuah van.
Pemilik van itu, Zuhairi Nazri, 40, berkata kejadian berlaku terlalu pantas.
“Selepas merempuh van, saya melihat kereta yang dipandu wanita itu merempuh pula pagar rumah jiran.
"Saya lihat kereta itu berundur ke belakang dan melanggar van saya sebelum merempuh pagar rumah. Kejadian begitu pantas dan saya tidak sangka kenderaan itu dipandu wanita mengandung.
"Saya dan beberapa jiran lain membantu mengeluarkan wanita itu dan suaminya sebelum mereka dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan," katanya ketika ditemui, semalam.
Beliau berkata, wanita itu bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius sehingga boleh menyebabkan keguguran kerana sedang sarat mengandung.
Sementara itu, pemilik rumah berkenaan, Ng Lwe Mooi, 59, berkata beliau menyedari mengenai kejadian apabila terdengar dentuman kuat di bahagian depan rumah.
"Saya terdengar bunyi macam kapal terbang. Rupanya ada sebuah kereta yang tersangkut pada pagar rumah dan lebih mengejutkan kereta itu dipandu seorang wanita sarat mengandung.
"Nasib baik rempuhan itu tidak mengenai ruang tamu rumah, jika tidak saya terpaksa menanggung kerugian lebih besar,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
bersyukur kite dok msia.......renungkan...
|
|
|
|
|
|
|
uish 2 ari aku tak masuk thread ni penuh ngan pics yg menyegarkan mata hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #891 t@t's post
his his his...melepek kering kontang ...dia ni mesti pembekal susu utk keseluruhan ahli mukim |
|
|
|
|
|
|
|
topik haper arini.... urang asli ker...? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #899 rambutan's post
renungan orang asli.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|