|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: IT'S MY WORLD
[Copy link]
|
|
Landing page 45...
Setakat ni je mampu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nanti sambung lagi ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 18-12-2024 07:17 PM
Ohhh yeker, x pasan...sb rumah tu laju, iols x pasan kot uols dh cekin.
Kalau diseru, sempat la cek in..
Kalau tak diseru.. mebbe tak pasan |
|
|
|
|
|
|
|
Best jugak la dungeons and dragons |
|
|
|
|
|
|
|
dari riyadh
outstation |
|
|
|
|
|
|
|
Yer betul.
Harap semuanya smooth, semua tally
dah dekat hujung tahun ni
lepas cuti busylah tashu nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Ubai 'patah seribu' dituduh pukul Shila
Shila berkongsi rasa simpati terhadap Zahnita yang berdepan masalah keganasan dalam rumah tangga
KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah berkongsi suaminya, Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai MZ beremosi apabila dituduh melakukan kekerasan dalam rumah tangga. Tuduhan itu muncul selepas Shila berkongsi rasa simpati kepada pelakon, Zahnita Wilson yang berdepan masalah keganasan dalam rumah tangga. "Ubai kecewa bila orang tuduh dia. Ubai patah seribu dan mengadu kepada saya. Dia macam agak tertekan bila baca banyak sangat artikel palsu mengenai dakwaan sebab ia tidak berlaku," katanya kepada Harian Metro. Shila berkata, walaupun tindakannya dianggap tidak bersesuaian di mata segelintir netizen, namun, dia melihat dari sudut positif di mana mungkin ia mampu membuka mata mereka yang pernah menjadi mangsa.
"Mungkin ada netizen yang tak bersetuju dengan perkongsian saya kerana merasakan ia seperti buka aib, tapi saya rasa sudah cukup dengan perkara itu. "Bukan orang lain sahaja, saya juga pernah melalui perkara itu. Jadi, bila ada kisah seperti ini, mereka yang menerima nasib sama mungkin terdetik sesuatu apabila membaca perkongsian saya. "Kisah seperti ini biasanya didiamkan dan tiada tindakan diambil, jadi itulah yang membimbangkan," jelasnya. Kerana pengalaman itu juga, Shila mengumpul semangat untuk menyiapkan lagu yang pernah dicipta beberapa tahun lalu, mengisahkan mengenai pengalamannya. "Kerana itu, saya teringat mengenai lagu yang pernah saya tulis berkaitan perkara ini dua tahun lalu, tapi tidak berjaya dihabiskan. "Ketika itu saya terlalu tertekan dan trauma sehingga membuatkan tak mampu habiskan lagu itu. "Tapi disebabkan kes ini, saya rasa boleh selesaikan lagu dan Ubai sudi membantu saya. Jadi, dia tuliskan lirik sekali. "Dia bantu saya berdepan dengan trauma kerana lagu ini mengisahkan mengenai kekerasan yang saya alami," katanya.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1338550/ubai-patah-seribu-dituduh-pukul-shila
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Isu selesai, sedang tunggu tanah sebagai ganti - Amar
Amar dan keluarga sudah dipanggil berbincang dengan PTG, bersetuju dan tandatangani satu surat untuk tidak berkongsi lebih lanjut mengenai isu tanah. - NSTP/Aziah Azmee
KUALA LUMPUR: Pelakon Amar Baharin berkongsi isu pertindihan tanah milik ibunya, Norhayati Abd Aziz di Semenyih, Selangor yang berlarutan sejak 13 tahun lalu sudah diselesaikan dengan baik. Amar berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, bagaimanapun tidak boleh berkongsi lanjut bagi menghormati permintaan PTG. "Kami sudah dipanggil berbincang dengan PTG, bersetuju dan tandatangani satu surat untuk tidak berkongsi lebih lanjut mengenai isu ini. Itu sebabnya saya ambil pendekatan berdiam diri. "Isu itu sudah ada tindakan, di mana ada satu tanah digantikan, tapi ia masih belum 'clear'. Jadi, saya tengah tunggu tanah ini selesai barulah diberikan kepada kami sebagai ganti.
"Jadi, masalah ini sudah selesai dan mereka juga sudah jelaskan bagaimana perkara ini boleh terjadi. Isu ini tidak membabitkan pihak polis ataupun rasuah dan sebagainya. Kami faham dan tidak menghebohkan perkara ini," katanya ketika ditemui pada sidang media drama Berbahagi Suami di The Fleur, di sini, petang tadi. Tambah Amar, dia dan keluarganya lega isu pertindihan tanah itu akhirnya dapat diselesaikan dengan baik. "Saya nak mengucapkan terima kepada pihak media yang memberikan liputan mengenai perkara ini kerana sedikit sebanyak ia membuka mata pihak atasan terhadap masalah rakyat yang banyak sangat terjadi. "Ramai tak tahu sumber dan jalan mana yang mereka nak ambil, jadi apa yang saya boleh kongsi adalah pergilah ke jalan yang betul dan tunggu tindakan susulan apa yang mereka boleh buat," katanya.
Bagaimanapun, Amar tidak merasakan isu itu dapat diselesaikan dengan segera kerana statusnya sebagai selebriti. "Saya tak rasa sebegitu sebab ibu saya sudah alami perkara ini berbelas tahun lalu, jadi kalau nak kata cepat, pastinya terus selesai, jadi ia bukan disebabkan saya sebagai selebriti. "Cuma, saya rasakan perkara ini boleh menjadi lambat kerana mereka tidak pergi kepada saluran yang betul. Kalau ikut langkah demi langkah, insya-Allah perkara ini boleh diselesaikan. "Gunakanlah saluran betul, buat laporan, pilih tarikh untuk adakan perbincangan bagi menyelesaikan," katanya. Sebelum ini, media melaporkan Amar menuntut penjelasan PTG Selangor berhubung kes tanah milik keluarganya di Semenyih yang dikesan dikeluarkan geran kepada orang lain secara tidak sah. Dalam perkongsian menerusi akaun X dan Instagram, Amar mendedahkan kejadian itu disedari keluarga ketika bapanya masih hidup, apabila meninjau kawasan tanah untuk diusahakan. Mereka terkejut apabila mendapati rumah sudah dibina di situ. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang mengulas isu itu memaklumkan tanah terbabit sudah diratifikasi semula dan ia bukan kes pertama. Kebanyakan kes disebabkan rekod dibuat secara manual sebelum ini. Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, Datuk Dr Yusri Zakariah berkata, semua pemilik tanah di kawasan berkenaan sudah dipanggil bagi sesi pendengaran termasuk ibu pelakon berkenaan. Katanya, tanah di kawasan berkenaan bukan sahaja membabitkan ibu Amar, malah enam atau tujuh pemilik lain. Dr Yusri juga menyatakan isu membabitkan ibu Amar itu berpunca dari segi teknikal membabitkan pertindihan hak milik tanah antara beberapa pemilik tanah di kawasan itu.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1338675/isu-selesai-sedang-tunggu-tanah-sebagai-ganti-amar
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KARYAWAN sedia jadi perunding Che Ta
Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy didakwa gagal membayar pinjaman MARA hampir RM1 juta dan bakal berdepan pemfailan kebankrapan.
KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) sedia membantu pelakon Rozita Che Wan, 51, atau Che Ta dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, yang didakwa gagal membayar pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) hampir RM1 juta. Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez berkata, persatuan juga boleh menjadi orang tengah dengan mengadakan perundingan Rozita bersama pihak yang mengambil tindakan terhadapnya itu. "Kalau kes macam ni, artis (Rozita) yang kena tindakan itu perlu menunjukkan keikhlasan untuk membuat pembayaran ansuran bagi selesaikan pinjaman terbabit. "Selalunya ada jalan boleh diambil dan diterima pengadu tetapi itu semua bergantung pada perundingan serta niat orang yang terbabit menyelesaikannya.
"Itupun jika dia tunjukkan keikhlasan dan keinginan untuk menyelesaikan masalah berkenaan tanpa tindakan dari segi undang-undang. "Dalam kebanyakan kes ia boleh diselesaikan tapi kadang-kadang mereka (pihak yang kena tindakan) tiada sumber-sumber yang boleh ditawarkan untuk menyelesaikan kes dan ia jadi satu masalah yang sukar diatasi," katanya kepada Harian Metro. Ditanya sama ada Rozita ada berhubung dengan KARYAWAN, kata Freddie, setakat ini, pelakon dan usahawan itu tidak ada menghubungi persatuan untuk mendapatkan nasihat atau bantuan. "Sebenarnya, ini adalah masalah peribadi dan soal kewangannya. Saya rasa dia (Rozita) tidak berdaftar pun sebagai ahli persatuan.
"Tapi persatuan akan membantu mana-mana sahaja artis yang bermasalah kerana itulah tugas persatuan dalam industri seni. "Kalau Rozita hubungi persatuan, kami tetap sudi untuk membantunya dan mungkin akan sertai KARYAWAN selepas ini," katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan Bahagian undang-undang MARA kini dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Rozita dan anak sulungnya, yang gagal membayar pinjaman hampir RM1 juta. Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan komen Rozita membabitkan isu ini masih tidak berjaya di mana panggilan dan pesanan menerusi aplikasi WhatsApp gagal.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1338564/karyawan-sedia-jadi-perunding-che-ta
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Orang luar tak payah kecoh - Awie
Awie beri peringatan kepada mana-mana pihak supaya tidak mengungkit kisah lama yang boleh kembali mencetuskan kontroversi. - NSTP/Ahmad Ukasyah
KUALA LUMPUR: Vokalis Kumpulan Wings, Datuk Awie memberi peringatan kepada mana-mana pihak supaya tidak mengungkit kisah lama yang boleh kembali mencetuskan kontroversi. Mengulas lanjut, pemilik nama lengkap, Ahmad Azhar Othman, 56, menegaskan, semua pihak perlu menghormati jalan yang sudah dipilih dan berlapang dada dengan keputusan dibuat. "Yang sudah terkeluar dari landasan Wings, janganlah nak menyibuk. Biar band sahaja uruskan. "Duduk diam-diam dan jangan nak cetuskan isu yang boleh disensasikan. Tak payah nak kecoh-kecoh.
"Sebenarnya kita pun nak, tapi sekarang kami sedang perjuangkan sesuatu, jadi biarlah kami jalan dulu. Yang lain jangan sibuk sebab saya dan Joe (JoBranko), masing-masing sudah 'move on'. "Selama ini, saya diam dan tak nak bising-bising. Tapi, bila orang luar yang bersuara, saya pelik. Untuk apa? Sengaja nak keruhkan keadaan ke?," katanya ditemui pada sidang media Konsert TRIAD di sebuah pusat hiburan, di sini, semalam.
Awie mengulas kenyataan bekas vokalis Wings, Mel yang mahu melihat anggota asal kumpulan itu bergabung semula, sebelum menutup mata. Dalam pada itu, penyanyi Sejati itu enggan menyalahkan sesiapa dan hanya mengikut arus yang sudah ditentukan. "Makin meningkat umur ini, kita semua faham hukum silaturahim. Sampai satu masa, insya-Allah, silaturahim ini tidak akan terputus. Kawan puluhan tahun, makan bersama, semua ini kita kenang, bukan buang. "Saya suka tengok band dia (JoBranko). Saya tengok persembahan mereka memang bagus. Jadi, teruskan dan dia tak perlu nak toleh belakang. Kami sudah bahagia dengan jalan hidup sendiri. "Tak perlu nak fikir lagi apa yang lepas. Yang berfikir ini adalah orang kiri kanan. Konon nak jadi orang tengah nak selesaikan masalah gajah dengan gajah," ungkapnya berkias. Sementara itu, Konsert TRIAD bakal menyaksikan Awie beraksi sebagai penyanyi utama bagi tiga kumpulan rock ikonik, Wings, Search Kid Din dan Dragon Malaya. Konsert anjuran Rumah Produksi Merah itu bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Februari tahun depan. Apa yang lebih membanggakan, konsert itu bakal mencipta nama dalam The Malaysian Book Of Records dengan kemunculan penyanyi utama mengemudi tiga kumpulan rock gergasi atas satu pentas.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1338535/orang-luar-tak-payah-kecoh-awie
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Sesuatu yang besar' bakal berlaku dalam JDT - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail bersama Nasser Al-Khelaifi. Foto: Facebook Johor Southern Tigers
KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail memberi bayangan bahawa 'sesuatu yang besar' bakal berlaku dalam Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT). Perkara itu dinyatakan Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik JDT selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Qatar Sport Investment dan Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi. "Adalah satu penghormatan dapat bertemu dengan Pengerusi Qatar Sport Investment dan Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi. Sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama lagi. "Sesuatu yang belum pernah kami lakukan sebelum ini," kata Tunku Mahkota Ismail dalam kenyataan di laman X, HRH Crown Prince of Johor.
Kenyatan sama turut disiarkan di laman Facebook rasmi kelab itu, JOHOR Southern Tigers. Untuk rekod, JDT yang memegang status pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M) mempertahankan kejuaraan Liga Super selama 10 tahun berturut-turut sejak 2014 selain empat kali menjulang Piala FA dan Piala Malaysia. Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino. Menerusi pertemuan itu, Infantino bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dalam tiga aspek termasuk dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/12/1338741/sesuatu-yang-besar-bakal-berlaku-dalam-jdt-tunku-mahkota-ismail
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wan Kuzain sertai skuad 'wajah baharu' Harimau Malaya?
Foto dimuat naik di media sosial Wan Kuzain pada 16 Disember lalu mengenai dia berada di Kuala Lumpur, mengundang pelbagai spekulasi peminat bola sepak negara.
KUALA LUMPUR: Pemain Malaysia kelahiran Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzain Wan Kamal menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air apabila dikatakan bakal dalam skuad Harimau Malaya dalam tempoh terdekat ini. Ini kerana, tular di media sosial yang menyatakan pemain berusia 26 tahun itu sudah berada di tanah air. Walaupun tidak menyatakan secara terperinci tujuan berada di negara ini, ramai yang mengaitkan Wan Kuzain bakal berada dalam senarai pemain Harimau Malaya yang baharu. Berdasarkan situasi terkini, skuad Harimau Malaya yang berwajah baharu bakal disertai beberapa pemain kacukan dan tonggak yang berkelana di luar negara dalam usaha menyediakan pasukan lebih mantap.
Ketika ini, Wan Kuzain beraksi untuk pasukan St Louis City 2 di Major League Soccer (MLS) Next Pro. Mengikut rekod, sebelum ini, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin memaklumkan Wan Kuzain sudah bersedia untuk menyarung jersi Harimau Malaya dalam tempoh terdekat ini. "Sepatutnya Wan Kuzain sudah menyertai kita kali ini. Beliau sudah beberapa kali menghubungi saya, tetapi ketika ini beliau sedang cedera," kata Hamidin. Selain itu, Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini turut mengesahkan bertemu wakil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk mendapatkan data pemain warisan yang boleh beraksi buat Malaysia. "Ada mesyuarat dengan wakil FIFA bagi dapatkan data pemain warisan Malaysia di luar negara," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/12/1338710/wan-kuzain-sertai-skuad-wajah-baharu-harimau-malaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes bunuh perlu wang tengok Harimau Malaya di Kemboja: Mayat reput sah Nurul Asikin
Polis mengesahkan mayat reput yang ditemui di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya, Kuching Ahad lalu adalah Nurul Asikin Lan.
KUCHING: Polis mengesahkan mayat reput yang ditemui di dalam longkang di Tabuan Jaya, Ahad lalu adalah Nurul Asikin Lan, 26. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, berkata pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima keputusan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) petang ini. "Identiti mayat yang dijumpai di Jalan Setia Raja telah dikenal pasti dan disahkan adalah mangsa Nurul Asikin," katanya ringkas menerusi WhatsApp, hari ini. Allahyarham Nurul Asikin dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu selepas keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya.
Pada Ahad lalu, mayat wanita yang sudah reput ditemui di dalam longkang berdekatan tempat pembuangan sampah di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya. Mancha berkata, lelaki berusia 20-an iaitu suspek utama yang ditahan pada Sabtu membawa polis ke lokasi itu dan menunjukkan tempat mayat mangsa dibuang. Menurut Mancha, suspek turut membuat pengakuan dia membunuh wanita itu. "Ketika dalam soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan itu (membunuh mangsa) dan mengambil barang kemas mangsa untuk digadai kerana dia memerlukan wang untuk perbelanjaan di ketika menyaksikan kejohanan bola sepak di Kemboja," katanya ketika dihubungi, hari ini. Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati seorang wanita dipercayai ahli keluarga mangsa memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, esok. Beliau turut meminta orang ramai agar tidak menghubungi keluarga mangsa ketika ini kerana tidak mahu mengganggu emosi mereka. "Sesiapa mahu datang melihat, boleh terus ke Tanah Perkuburan Samariang esok. Minta tolong jangan hubungi keluarga sepupu saya buat masa ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1338696/kes-bunuh-perlu-wang-tengok-harimau-malaya-di-kemboja-mayat-reput-sah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|