|
Dari Sinar mata
Dari sinar matamu
tertulis rahsia kalbu
yang hanya kutahu
garis-garis waktu
jadi penentu...
Dari sinar matamu
tersingkap rahsia cinta lalu
yang membuat hatiku sayu
mengenang dalam pilu
setelah kita ketemu...
Dari sinar matamu
kugubah puisi rindu
untuk kunyayikan semerdu
menyampaikan hasrat kepadamu
kembali menyatu...
Dari sinar matamu
kutahu
masih ada ruang untukku
di kamar hatimu
yang kosong sejak waktu itu...
Dari sinar matamu
terukir senyuman yang telah layu
membuka lembaran baru
kasih berpadu
ke pelamin bakdu...
CNM, 20/8/12, 8.02am
THMK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
berbakti
di musim raya
jentera membelah jalan raya
dari sekecil-kecil hingga yang mega
kembali ke desa dari kota
seringkalinya hanya lawatan semata
menjenguk orang tua yang berjasa
tiadakah terselit agenda?
menyumbang pembangunan desa
yang kekal ketinggalan dek arus masa
sumbangkan seringgit dua
pada tabung masjid atau balai raya
dapat juga tok ketua
menjalankan aktiviti untuk warga emas kita.
mari menderma...
CNM, 20/8/12, 9.18am
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Merdeka Raya
Syukur Alhamdulillah
atas nikmat dah rahmat
yang Allah kurniakan
bumi bertuah ini
aman dan damai
bebas dan merdeka
55 tahun sudah.
Terima kasih
kepada pejuang kemerdekaan
Tunku dan sahabat
yang berpadu tenaga
bersatu minda
tunjuk pada dunia
urus tadbir negara
tanpa sengketa.
Hari ini
kita menyambut hari raya
dalam negara tercinta
warisan pemimpin beragenda
meletak negara ke persada dunia
kekalkan kemerdekaan fizikal mental dan jiwa
dari sebarang bentuk penjajahan
arus globalisasi cukup menguji
dari asakan dan propaganda bangsa penjajah.
Kenangilah
Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun yang menjarah
kekal tercatit dalam sejarah
bangsa kita punah ranah
betapa datuk nenek bertabah
menempuh susah payah
hidup dalam negara terjajah
terbelenggu menyerah khazanah
kekayaan yang diamanah Allah
terlepas ke tangan bangsa penjajah.
Bangsaku bangsa bermaruah
tidak sesekali sukakan pertumpahan darah
permasalahan selesai secara musyawarah
runding hingga ada titik noktah
itulah kebijaksanaan pemerintah
rakyat tak dibiar susah
huru hara membawa punah
anak bangsa dididik berhemah
memartabat diri memegang amanah
memakmur negara terindah
ke mercu keagungan selayaknya sebagai khalifah.
CNM, 21/8/12, 8.00am
THMK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teralir kasih
seperti sungai yang menderu
memainkan muzik alam
mengalir dari ubun pergunungan
melagukan kedamaian
menyelusup tebingan perbukitan
memelodikan ketenangan
menunju ke lembah subur
menarikan keindahan
teralir kasihku ke lembah hatimu...
CNM, 21/8/2012, 8.50am
THMK Last edited by Goldkey on 23-8-2012 01:38 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedekah yang indah
pada pagi yang disimbah senyuman mentari
pada ketika embun masih menyaluti wajah-wajah alam
sedekahkan rias tampang yang terindah
biar seisi alam mekar mengubati luka semalam
biar redup dada langit ditelan sinar suria
pasti warna-warna pelangi
merentangi ufuk ke ufuk
tanda perginya suram
ke hujung alam.
CNM, 21/8/12, 9.08am
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
RAHMAN Tonggak Merdeka
Rahman Putra
Abdul Razak
Hussein Onn
Mahathir Mohamad
Abdullah Badawi
Najib Razak;
punya agenda
membangun negara
mengikut zaman dan era
terbukti mereka wira
membawa Malaysia
ke puncak dunia.
Merdeka,
Merdeka,
Merdeka,
Allahu Akbar,
Allahu Akbar,
Allahu Akbar,
Allahhu Akbar Walillahilham...
CNM, 21/8/12, 9.18am
THMK Last edited by Goldkey on 21-8-2012 09:21 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
izinkan
izinkan
kubermimpi seketika
melepas lelah berjaga
memerhati sandiwara dunia
tikus-tikus jadi raja
membaiki labu yang dah sempurna...
CNM, 21/8/12, 12.31pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Rebah dalam megah
kepercayaan akar umbi
satu persatu kaukhianati
depan berwajah malaikat
belakang berwajah syaitan
kaurasa patut dijulang?
undurlah sebelum pecah tembelang...
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 189
saat
kaulena di dadaku
jika titis-titis hangat
membasahi pipimu
ketahuilah
air mata syukur
gugur kerana memiliki
seluas-luas laut kasihmu...
CNM, 21/8/12, 10.07pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
leraikan
andai kamu
tidak ingin lagi
menoleh pandang
pada sekeping hati
yang padanya kamu ucapkan selamat tinggal
leraikan sepenuh hati
jangan nanti terindu-rindu separuh mati
menyesali setelah titis hitam memercik kembali...
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
aku jadi lupa
pabila kumenulis bait-bait puisi
aku jadi lupa siapa diri ini
jari jemari menari
seakan tak mahu berhenti
tapi setelah kusedari diri
itulah cetusan tinta hati
yang ingin kukongsi
imiginasi mahupun realiti
hati dan jemari selalunya sejoli...
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
tulis
tulis
walau sebaris ayat
sebagai memperingat
sesama umat
mana tahu terselit kata azimat
yang terakhir kita catat
kerana kita tidak tahu penamat riwayat...
Salam kemafaan teman
salam selamat malam.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
nota buatmu
kutulis nota ini
untuk kaubaca berkali
kerana sia-sia
duri yang kaucacak tidak menyakiti
racun yang kautabur tidak menelusi
hati ini teguh berdiri
dan mungkin suatu hari
duri-duri itu mencucuk kaki kamu sendiri
racun yang kautabur meresap ke segenap kamar hati
lupakah kamu kepada Yang Maha Mengetahui.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
jika bukan kita, siapa?
yang akan menghargai sahabat di sini
yang akan menghulur tangan saat kelemasan
yang akan berganding bahu saat bercelaru
yang akan sentiasa ada saat yang lain tiada
aku dan kamu cubalah...
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Kaedahnya
kealpaan membawa ketidakpedulian
ketidakpedulian membawa pengabaian
pengabaian membawa kekecewaan
kekecewaan membawa perselisihan
perselisihan membawa perpecahan
perpecahan membawa perpisahan
perpisahan membawa kehancuran
kehancuran membawa kemusnahan
kemusnahan sebuah hubungan...
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Laut kasih 190
aku tidak pernah melupa
dari bawah kita daki bersama
dari anak tangga ke anak tangga
terjatuh luka berdarah jiwa
kita bangkit kembali menuju takhta
dek janji sumpah setia seia sekata
mempertahankan selaut kasih anugerah Yang Esa.
CNM, 22/8/12, 10.23pm
THMK Last edited by Goldkey on 24-8-2012 08:53 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Setinggi manapun
duhai
yang punyai sayap
setinggi manapun terbangmu
ingatlah reranting mana kamu bermula
ke sana jua kamu akan kembali
kerana sayapmu tak akan sentiasa mengepak
tiba ketikanya pelepah-pelepah yang mendukung
akan gugur ke bumi.
CNM Last edited by Goldkey on 23-8-2012 08:03 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Hujan Membasuh
saat hujan membasuh
tanah yang kaukerjakan
mengapa tak sanggup engkau menghela nafas
sedang dicanang kaukagum dengan bauan tanah disimbah hujan
atau ada wangian yang telah menusuk
yang tak lagi sanggup kauhirup
akan menjadi barah menanahkan duka.
kautanya dirimu kenapa?...
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Kunci Tergantung
lemah dalam belenggu nafsu
lemas dalam kenikmatan palsu
dirimu cukup tahu
kunci tergantung pada tombolan pintu
untuk kaubuka menuju Yang Satu
kenapa masih di situ
kaku kelu beku
selamatkan dirimu...
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
tenang di permukaan
kautunjuk wajah
setenang air di permukaan
membias wajah-wajah tampang menawan
namun di dasar hati berpusaran
penuh kekalutan
yang sukar ditafsikan...
CNM |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|