View: 4028|Reply: 5
|
[Tempatan]
Anggota tentera pangkat sarjan buat amang seksual, seks luar tabii terhadap anak saudara
[Copy link]
|
|
Melaka: Seorang anggota tentera berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap anak saudara perempuannya, 30 Januari lalu.
Lelaki berusia 40 tahun dan tidak diwakili peguam itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Haderiah Siri.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun 10 bulan di bilik sebuah rumah di Jalan Serindit, Kem Terendak, Sungai Udang, jam 8.21 pagi, 30 Januari lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.
Selain itu, tertuduh pada tarikh, masa dan di tempat sama didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii terhadap kanak-kanak itu tanpa kerelaannya dengan meletakkan ketakutan kecederaan terhadap mangsa.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula, 6 Mac ini.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Harap mereput kat dalam nanti |
|
|
|
|
|
|
|
"... melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii"
Kenapa tak cakap terus ja liwat. Ka ada lagi persetubuhan jenis lain?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila lah malayzia nak gubal law kerat onex lelaki miang pesalah sexual
Aku dpt rasa byk kes salah laku sexual ni sebab terlalu banyak terdedah dgn child porno.Teruk dah melezia ni wehhhh.Pedo makin meningkat saban hari |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 6-2-2025 06:24 PM
"... melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii"
Kenapa tak cakap terus ja liwat. Ka ada ...
Oral sex pun blh jd jgk. Berita kat msia ni mcm hanat skit. Suka berteka teki. |
|
|
|
|
|
|
| |
|