CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

[MISTERI SETEMPAT]sekumpulan remaja hilang di VILLA NABILA

 Close [Copy link]
 Author| Post time 19-11-2013 11:06 AM | Show all posts
PICes_Boy posted on 19-11-2013 11:05 AM
apa pun time kasih kat cik miaw pink sb duk update semalam.. gigih tu.. cian plak kita semua kena  ...

  kepala di tipu miawpink
anak anak di tipu porumer yang baca sini


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2013 11:06 AM | Show all posts
miawpink posted on 19-11-2013 11:03 AM

muka ni muka mitak penampar..x pun, pukul smp lebam.. ..
menyusahkn org ramai je
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:06 AM | Show all posts
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.

Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.

Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional.

"Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi.


"Kemudian dia dibantu seorang lelaki yang memberi perlindungan di rumahnya," katanya ketika dihubungi pagi tadi.


metro lapor lain pulak..katanya budak tu tak tau jln pulang...
ke metro ni saja buat sensasi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora posted on 19-11-2013 10:38 AM
adoilaa....havoc satu malaysia dibuatnye dek bebudak ni

yg lagik aku tak paham, si bapak bu ...

hampess... lagi skali dia hilang takdak sapa nak ambil tahu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:08 AM | Show all posts
miawpink posted on 19-11-2013 09:49 AM
betol gak
mazidul dulu pnah menipu pasal bikers kat majalah 3 ri tu kan
so mazidul pun x leh pec ...

  mazidul ni kalau benda betul kemain lagi..

cer kalau kes dulu diam je la..org atas suruh kot

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2013 11:09 AM | Show all posts
cik_ainol posted on 19-11-2013 11:08 AM
mazidul ni kalau benda betul kemain lagi..

cer kalau kes dulu diam je la..org atas suruh ...

ye la
kes dia menipu tu
sebylan dia g cuti
takut kena cemuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2013 11:10 AM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 19-11-2013 09:47 AM
kalu si Izzat ni ada jumpa kat tempat lain...
gambor budak2 yg ramai2 tu - yg ada budak pompuan m ...

saya rasa kes izzat ke rumah kawan kes lain...kes budak kena rasuk lain pulak..sebab dlm news ada saksi ckp mereka berpecah selepas jd histeria..so semua pakat bawa haluan masing masing dlm jd hsteria tu

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:11 AM | Show all posts
Haramjadah betol budak nie... mmg muka mintak penampar tu... Boleh buat selamba lagi muka tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2013 11:12 AM | Show all posts
bodo la bdk2 ni.. nk kne pnumbok btol...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:13 AM | Show all posts
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.

Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional.

"Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi."Kemudian dia dibantu seorang lelaki yang memberi perlindungan di rumahnya," katanya ketika dihubungi pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/19

aikkk... dah kantoi pon masih nak teruskan jugak menipu... biar btol budak ni.... eeee... nak je aku pijak budak ni... dah sah2 ko datang balai ngan gf ko... dapat pulak ko contact gf ko ek... ngan mak bapak sendiri tak reti nak call... pastu ade artikel lain cakap orang flat yg kenal ko salurkan berita ke balai cakap ko ade kat flat tuh.... jgn nak putar belit lg boleh tak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:14 AM | Show all posts
miawpink posted on 19-11-2013 11:09 AM
ye la
kes dia menipu tu
sebylan dia g cuti

ehh tu le cara nak settle masalah kalau dah silap ...mcm nurul syuhada tu lah..konon nak pi belajar le apa le..pastu dah reda masuk lah balik...



Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:14 AM | Show all posts
Pelakon kanak2 terbaik ko mmg kelas dik

Ko ni patut masuk lokap je sekor2.. menyusahkan orang.. ingat kena sorok ke apa ke

To kerajaan tempatan , den rasenye la elok buat sesuatu kt umah tu...sbb bahaya sgt2 ada kolam terbiar di situ
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:16 AM | Show all posts
Dari Sinar Harian,  - Ghaib "teroka" villa


Johor Bahru: “Dalam keadaan terlalu gelap dan hanya menggunakan lampu telefon bimbit untuk bergerak, saya melihat kelibat kanak-kanak berlari sebelum seorang daripada remaja perempuan menjerit lalu histeria,” kata Man, 16, remaja yang cuba membongkar misteri Villa Nabila, banglo tinggal di Jalan Skudai, di sini, tengah malam Sabtu lalu.

Tindakan sekumpulan 30 remaja terbabit bagaimanapun mencetuskan masalah apabila seorang daripada mereka, Mohammad Izzat Izuddin Husin, 16, dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak malam berkenaan.

Malah, kehilangan mangsa dikaitkan dengan kediaman yang terkenal dengan pelbagai cerita mistik sehingga mencetuskan kekeliruan dan kebimbangan orang ramai.

Man berkata, sebelum kejadian dia berkumpul bersama 29 remaja lain termasuk perempuan di sekitar bandar raya, sebelum semua bersetuju memasuki dan menjelajah banglo berkenaan.
Foto

SEORANG pengunjung melihat antara bilik yang terdapat di dalam bangunan lokasi remaja hilang.


“Rombongan kami ke Villa Nabila hanya untuk suka-suka dan langsung tidak takut kerana bergerak dalam kumpulan besar.


“Bagaimanapun, apabila tiba di pekarangan rumah berkenaan kami mula berasa seram sejuk kerana kawasannya terlalu gelap dan masing-masing hanya menggunakan lampu telefon bimbit.

“Kami kemudian berpecah kepada beberapa kumpulan dengan masing-masing meninjau rumah induk di belakang dan rumah tamu di depan,” katanya.

Menurutnya, semua berjalan dengan senyap dan apabila mereka memasuki sebuah bilik di tingkat dua rumah induk, tiba-tiba dia melihat kelibat kanak-kanak berlari melintasinya.

“Pada masa sama, seorang remaja perempuan yang mengikut kami tiba-tiba menjerit lalu rebah di atas lantai.

“Dia terus histeria menyebabkan kami terpaksa membawanya keluar bangunan untuk menyelamatkan diri kerana bimbangkan keselamatan masing-masing.

“Kami kemudian membawanya ke Masjid Ayer Molek dan bernasib baik kerana seorang jemaah dipercayai ustaz membaca doa serta mententeramkan remaja perempuan itu,” katanya.

Man berkata, dia tidak menyangka seorang daripada remaja yang mengikut rombongan berkenaan dilaporkan hilang.

Menurutnya, dia tidak pasti sama ada remaja lelaki itu hilang ketika berada di rumah berkenaan atau di luar kerana tidak mengenali mangsa.

“Kami pergi beramai-ramai, namun tidak mengenali semua orang.

“Kebanyakan daripada kami hanya mengenali atas dasar kawan atas kawan termasuk remaja perempuan berkenaan.

“Apapun, saya berharap remaja lelaki itu ditemui secepat mungkin,” katanya.

Seorang lagi remaja, Junaizi Rafizi, 13, berkata, kira-kira jam 10 malam Sabtu lalu, dia menemui rakan dan kenalan rakannya di pusat bandar raya ini, sebelum diajak ke banglo terbiar itu.

Menurutnya, mereka berjalan secara berkumpulan dan tiba di banglo berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah malam untuk merasai pengalaman luar biasa kerana ia dikaitkan dengan pelbagai cerita mistik.

“Saya difahamkan mangsa berada di kumpulan sama, namun saya tidak perasan kerana tidak mengenalinya.

“Kami naik ke tingkat atas dan turun dengan selamat. Cuma ada kejadian mengerikan ketika kumpulan lain memasuki sebuah bilik di villa itu menyebabkan kami semua menjerit dan lari menyelamatkan diri.

“Memang benar ia pengalaman menakutkan dan kami hanya berada di dalam rumah itu dalam tempoh kurang setengah jam sebelum pulang dengan selamat,” katanya.

Ibu Mohammad Izzat Izuddin, Norhayati Mohamad, 38, berkata, dia bimbang keselamatan anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa Mohammad Izzat Izuddin pada jam 3.30 petang Sabtu lalu di rumahnya di Jalan Teratai Kuning, Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di sini.

“Pada keesokan hari, saya baru sedar anak tidak pulang ke rumah dan hingga kini tidak menerima sebarang maklumat mengenainya.

“Saya dimaklumkan anak saya bersama rakannya ke Villa Nabila, namun hanya dia seorang tidak pulang ke rumah,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:16 AM | Show all posts
amboi adik ni baik punya konar baring terlentang punya statement lps kantoi.. ahak..ahak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2013 11:16 AM | Show all posts
cik_ainol posted on 19-11-2013 11:14 AM
ehh tu le cara nak settle masalah kalau dah silap ...mcm nurul syuhada tu lah..konon nak pi belaja ...

tu la
ntah mana satu cite betol ntah
tunggu petang ni
kot ada info baru



Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Penat jer iols duk follow citer ni nak tau kesudahan.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2013 11:21 AM | Show all posts
Aisyazurina posted on 19-11-2013 11:16 AM
Dari Sinar Harian,  - Ghaib "teroka" villa

makna nya depa mang g sana berkumpulan
tp izzat n gf dia da g blik umah tuk tido sedap sedap
yang budak ni x tau izzat da blik umah kan....



Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:22 AM | Show all posts
Maklumat disalurkan oleh orang awam mengatakan,  Izzat dan 2 rakannya dibawa ke balai ini dari flat. Jadi tidak tersasar sewaktu kami menjangkakan, dua remaja terbabit, kenalan Izzat.

mazidul lapor dua rakan izzat ada datang balai.. budak lelaki dgn pompuan tu la kot kwn izzat..
jadi 3 orang lah ada di balai tu smlm..  budak lelaki pakai topi tu mcm bukan izzat le gamaknye
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:23 AM | Show all posts
azrain98 posted on 18-11-2013 11:56 PM
mungkin dia tgh wat plan nak masuk villa tu pastu act konon2 hilang

kan betul den cakap, budak ni tak hilang..melepak umah kawan jek..by the way, penunggu tu pon pelik, pehal ramai2 g terjah port dia..sadis tul la..budak tu wajib kena sepak bertubi2 jek..menyusahkan org..kawan2 dia pon sama menipu..feeling kena rasuk bagai..padahal xde menda pon..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:23 AM | Show all posts
misteri dah terungkai..tapi tempat kejadian still tumpuan orang hehe..amik nombor kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.115219 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list