|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: COUNTDOWN TO NEW YEAR
[Copy link]
|
|
Lelaki tumbuk pekerja kedai makan ditahan
[size=14.399999618530273px]GAMBAR hiasan
[size=14.399999618530273px]
BUKIT MERTAJAM: Polis telah menahan seorang lelaki yang menumbuk dan memukul kepala seorang pekerja sebuah kedai makan dengan penutup tong sampah di Machang Bubok, di sini sehingga kejadian itu tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata suspek kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Menurutnya, polis mengesan video yang dimuatnaik melalui laman sosial Facebook (FB) berdurasi satu minit dan 36 saat sekitar jam 10 pagi tadi. "Kejadian memaparkan individu dipukul di sebuah kedai makan yang mana siasatan lanjut mendapati insiden berlaku 27 Disember (kelmarin) kira-kira jam 2.45 pagi. "Suspek didapati telah menumbuk muka dan memukul kepala mangsa menggunakan penutup tong sampah. "Polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan tangkapan terhadap suspek dilakukan yang mana dia kini direman hingga esok bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. Jelasnya, punca kejadian berkaitan perselisihan faham isu peribadi dan tiada kaitan dengan isu perkauman sepertimana yang didakwa. "Siasatan lanjut masih lagi diteruskan dan kita menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat keselamatan awam dan harta benda," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1342564/lelaki-tumbuk-pekerja-kedai-makan-ditahan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hulu Terengganu kembali banjir, 2 PPS dibuka
[size=14.399999618530273px]Banjir kembali melanda Hulu Terengganu susulan hujan lebat berterusan sejak semalam. - Foto ihsan penduduk
KUALA BERANG: Beberapa kampung di daerah Hulu Terengganu kembali dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak semalam. Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah, Kapten (PA) Mohd Zabri Abd Razak, berkata seramai 55 mangsa banjir daripada 19 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS), setakat ini. "PPS Kampung Lubuk Periuk yang dibuka kira-kira jam 4 petang tadi menempatkan 20 mangsa banjir (lima keluarga). "PPS Kampung Peneh yang dibuka sekitar jam 3 petang tadi pula menempatkan 35 mangsa banjir (14 keluarga)," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kampung yang terletak di kawasan rendah dan berhampiran sungai, dinaiki air. Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Peneh, Che Khalid Jusoh, berkata penduduk mula berpindah kira-kira jam 3 petang tadi. "Memandangkan hujan masih berterusan, kita bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pertambahan jumlah mangsa banjir," katanya. Selain Kampung Lubuk Periuk dan Kampung Peneh, antara kampung lain yang turut dinaiki air ialah Kampung Betong, Kampung Pengkalan Ajal, Kampung Pelandan, Kampung Basung, Kampung Peroh, Kampung Kuala Menjing dan Felcra Bukit Kapah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1342498/hulu-terengganu-kembali-banjir-2-pps-dibuka
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Air naik lebih 1 meter dalam tempoh 2 jam
[size=14.399999618530273px]Sharifah Radiatul menunjukkan halaman kediamannya yang dinaiki air melebihi paras 1 meter dalam masa dua jam di Kampung Gual Mekong, Bukit Tandak, hari ini. - Foto NSTP/Syaherah Mustafa.
[size=14.399999618530273px]
RANTAU PANJANG: Lebih 700 keluarga dari Kampung Gual Mekong, Bukit Tandak, di sini, bersedia untuk berpindah selepas penempatan mereka dinaiki air secara mendadak sejak petang tadi. Tinjauan ke lokasi berkenaan, mendapati paras air melebihi bacaan 1.5 meter, malah terdapat rumah yang sudah mulai dinaiki air menyebabkan penduduk terpaksa berpindah ke tempat tinggi dengan segera. Penduduk, Sharifah Radiatul Abdul Hamid, 55, berkata air naik dengan sangat cepat apabila halaman rumahnya dilimpahi banjir lebih satu meter hanya dalam masa dua jam sahaja. Katanya, berlaku hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan sungai berdekatan perkampungan itu melimpah sekali gus membanjiri penempatan terutama di kawasan rendah. "Sebenarnya, air naik dengan terlalu cepat menyebabkan penduduk mula panik dan segera mengemas barangan ke tempat tinggi kerana bimbang ditenggelami banjir. "Keperitan akibat bah gelombang pertama masih terasa, tidak sangka hari ini banjir melanda lagi. Kami menjangkakan jika hujan masih berterusan pada malam ini, sudah pasti esok kampung kami sudah tidak selamat lagi. "Saya sekeluarga sudah bersedia dengan beberapa helai pakaian serta dokumen penting untuk dibawa berpindah dan biasanya kami akan berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial," katanya ketika ditemui di Kampung Gual Mekong, Bukit Tandak, di sini, hari ini.
Sementara itu, bagi Mohd Noor Che Daud, 66, dia berasa lega kerana masih belum membawa turun barangan daripada Staging ketika banjir melanda hujung bulan lalu kerana sudah menjangkakan akan ada banjir gelombang kedua. "Saya berharap agar banjir yang berlaku tidak seteruk bah lalu kerana paras terlalu tinggi sehingga hampir keseluruhan rumah penduduk di sini hanya tinggal bumbung sahaja.
"Malah, penduduk rata-ratanya bertindak awal dengan berpindah ke tempat selamat memandangkan kampung ini agak sukar diakses jika banjir berlaku selain tidak mahu menyusahkan agensi penyelamat seperti pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya Bagaimana pun, tinjauan sama ke pekan utama Rantau Panjang, hari ini, mendapati keadaan serta laluan utama masih boleh dilalui selain paras air Sungai Golok mencatat bacaan 7.16 meter melebihi paras berjaga-jaga.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1342500/air-naik-lebih-1-meter-dalam-tempoh-2-jam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anwar ucap takziah, sedih atas tragedi nahas Jeju Air
[size=14.399999618530273px](Gambar fail) Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - NSTP/ASWADI ALIAS
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili seluruh rakyat Malaysia, merakamkan ucapan takziah susulan nahas pesawat Jeju Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan, hari ini. Perdana Menteri berkata, beliau amat sedih atas tragedi yang mengorbankan banyak nyawa itu, dan Malaysia bersolidariti dengan rakyat Korea Selatan serta Thailand pada waktu duka berkenaan.
"Fikiran saya bersama keluarga dan insan tersayang mereka yang kehilangan nyawa dalam tragedi menyayat hati ini," katanya dalam hantaran melalui Facebook beliau. Terdahulu, media melaporkan pesawat Jeju Air yang membawa 181 orang dari Bangkok, Thailand, terbakar selepas terbabas dari landasan dan melanggar dinding di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan. Agensi Berita Yonhap yang memetik pihak berkuasa melaporkan, dua mangsa terselamat dan 85 mangsa telah disahkan maut, manakala baki yang sebelum ini dilaporkan parah pula dianggap sudah meninggal dunia. Dalam pada itu, Anwar berkata, tragedi terbabit berlaku ketika ramai sedang berkumpul bersama keluarga dan sahabat sempena cuti tahun baharu.
"Kehilangan yang mengerikan ini mengingatkan kita betapa berharga dan rapuhnya hidup. "Marilah kita meluangkan sedikit masa untuk menghargai orang di sekeliling kita," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1342502/anwar-ucap-takziah-sedih-atas-tragedi-nahas-jeju-air
|
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa banjir di Kelantan meningkat
[size=14.399999618530273px]Beberapa kawasan di Kuala Krai di Kampung Keroh mula dinaiki air hari ini susulan hujan lebat sejak malam tadi. Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
[size=14.399999618530273px]
KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 368 orang malam ini, berbanding 26 orang petang tadi. Kesemua mangsa membabitkan 113 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di Tanah Merah. Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat malam ini hanya PPS di Tanah Merah dibuka. Jumlah mangsa banjir itu dijangka terus meningkat malam ini susulan hujan di beberapa daerah termasuk di Kuala Krai dan Tanah Merah masih lebat.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1342508/mangsa-banjir-di-kelantan-meningkat
|
|
|
|
|
|
|
|
50,000 hadiri Malam Melaka Berselawat
[size=14.399999618530273px]Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan tetamu menghadiri Malam Melaka Berselawat di Banda Hilir, malam ini. - Foto NSTP/AMIR MAMAT
MELAKA: Malam Melaka Berselawat yang menjadi antara acara pembukaan tahun 2025 dihadiri lebih 50,000 umat Islam. Program anjuran kerajaan negeri bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu diadakan di Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir di sini, dimulakan dengan selawat pembukaan oleh beberapa kumpulan qasidah tempatan.
Majlis yang bermula selepas solat Maghrib itu diteruskan dengan alunan qasidah oleh pendakwah Indonesia, Habib Ali Zainal Abidin Assegaf bersama Kumpulan Qasidah Az-Zahir. Malam Melaka Berselawat itu turut dimeriahkan dengan ceramah khas oleh pendakwah, Ustaz Zul Ramli.
Majlis dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam; Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri; EXCO Kanan Negeri, Datuk Rais Yasin dan EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abd Razak Abd Rahman. Abd Razak berkata, acara itu adalah antara program penutup aktiviti Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) selain sebagai pembuka semangat untuk sambutan tahun baharu 2025. "Saya berterima kasih kepada semua umat Islam yang hadir selain berharap masyarakat mendoakan Melaka terus berjaya dalam usaha pembangunan yang dirancang demi kebaikan rakyat keseluruhannya. "Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1342544/50000-hadiri-malam-melaka-berselawat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Guru al-Quran ditahan, rotan kanak-kanak enggan mengaji
Gambar hiasan
AMPANG JAYA – Seorang guru mengaji al-Quran warga Afrika ditahan polis selepas dipercayai merotan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di Kampung Melayu Ampang, di sini, 22 Disember lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, bapa mangsa yang merupakan warga Somalia, tampil membuat laporan polis selepas mengesan kecederaan pada badan anaknya. “Bapa mangsa mendapati terdapat kesan luka di belakang badan anaknya akibat dipukul suspek, 37, menggunakan rotan. “Punca mangsa dipukul adalah kerana mangsa enggan membaca al-Quran seperti diarah suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau lagi, mangsa yang baru sahaja seminggu belajar mengaji dengan suspek telah dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut. “Susulan laporan berkenaan, kita menahan suspek di Jalan Permai Taman Dato Ahmad Razali, di sini, pukul 5.45 petang 23 Disember lalu. “Semakan mendapati suspek tiada rekod lampau dan negatif dadah,” jelasnya. Tambahnya, suspek direman tujuh hari bermula 24 Disember hingga esok bagi siasatan lanjut. “Kes disiasat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/29/guru-al-quran-ditahan-rotan-kanak-kanak-enggan-mengaji/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Che Ta bayar hutang Mara RM550,000, diberi 3 bulan jelaskan baki
Che Ta
PETALING JAYA – Pelakon, Rozita Che Wan sudah membuat pembayaran sebanyak RM550,000 bagi melunaskan hutang pinjaman kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) sehingga Jumaat lalu. Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehubungan itu, pihaknya akan menangguhkan tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap Rozita atau Che Ta. Bagaimanapun, katanya, baki hutang yang tertunggak perlu diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan sebelum penghujung Mac tahun hadapan.
“Sudah saya tegaskan bahawa Mara tidak akan berkompromi dengan segala tindakan untuk mendapatkan balik setiap sen wang rakyat yang diamanahkan. “Ini akan membolehkan wang ini dimanfaatkan pula kepada orang lain yang amat memerlukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini Pada 10 Disember lalu, kediaman selebriti itu diserbu pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta. Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan Mara berjumlah RM960,000 pada 2017 menerusi syarikat miliknya, RCW Worldwide Sdn. Bhd. Pada 24 Disember lalu, acara lelongan awam membabitkan 34 barangan miliknya dengan jumlah keseluruhan bernilai RM902,012 telah ditangguh atas permohonan pelakon itu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/29/che-ta-bayar-hutang-mara-rm550000-diberi-3-bulan-jelaskan-baki/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa banjir Kelantan, Terengganu meningkat 1,261 orang
Sebahagian penduduk sedang menyelamatkan diri dari rumah mereka yang sedang ditenggelami banjir dengan menaiki sampan di Kampung Betong, Hulu Terengganu hari ini
PETALING JAYA – Bilangan mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu meningkat kepada 1,261 orang setakat pukul 11.24 malam ini. Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 747 orang daripada 224 keluarga.
-ADVERTISEMENT-
Sebanyak 18 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kawasan terjejas iaitu di Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang. Jumlah mangsa banjir di Terengganu pula seramai 514 orang daripada 142 keluarga dan sebanyak 16 PPS dibuka di Hulu Terengganu serta Besut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/29/mangsa-banjir-meningkat-kepada-1261-orang/
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Aisar Khaledd sudah level IShowpeed di Indonesia’
Tangkap layar video yang dimuat naik di media sosial memaparkan Aisar Khaledd dikelilingi peminat di Indonesia.
PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Aisar Khaledd, mencuri tumpuan apabila dikelilingi peminat di Indonesia, hingga disamakan dengan populariti bintang antarabangsa seperti IShowSpeed. Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, memaparkan Aisar diserbu peminat di pekarangan sebuah masjid, dengan ramai yang teruja mahu mengambil gambar dengannya. “Dah level IShowspeed, Aisar ini,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Rata-rata netizen meluahkan kekaguman dan bangga terhadap populariti Aisar di luar negara. “Itu rezeki dan jalan hidup yang Allah aturkan untuk dia di kenali di Indonesia. Bersyukur lah tumpang gembira dia bawak nama Malaysia,” ujar Tmz Printing. “Aisar ni bagus sebab suka bersedekah. Sebab itu ramai orang sana suka dia,” kata Aema Nizam. Selain itu, populariti Aisar di negara jiran turut meningkat selepas mengadakan acara makan percuma dengannya di Aceh, yang mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/29/video-aisar-khaledd-sudah-level-ishowpeed-di-indonesia/
|
|
|
|
|
|
|
|
semua makcik2 yang sokong dia |
|
|
|
|
|
|
|
Selain itu, populariti Aisar di negara jiran turut meningkat selepas mengadakan acara makan percuma dengannya di Aceh, yang mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat.
okok |
|
|
|
|
|
|
|
Loghat Utara Afgan ‘histeria’kan Penang
KONSERT Afgan di Pulau Pinang menarik kehadiran kiea-kira 6,500 penonton.
BAYAN LEPAS – Gegak gempita jadinya Spice Arena Pulau Pinang apabila penyanyi terkenal Indonesia, Afgan bertutur dalam loghat Utara dalam Konsert Afgan Live In Penang yang berlangsung malam tadi. Afgan membuka bicara dalam konsert yang dihadiri 6,500 penonton dengan mencuba bertutur dalam loghat Utara. “Hangpa semua apa habaq? Dah minum ayaq ka belum? Aku cinta hangpa semua,” katanya sekali gus mencetuskan jeritan ribuan peminat yang bagaikan terkena ‘histeria’.
-ADVERTISEMENT-
Tambah Afgan lagi, dia baru sahaja belajar loghat Utara sebelum bermulanya acara yang disifatkan konsert terbesar dalam sejarah hidupnya sebagai seorang penyanyi. “Ini adalah kali pertama saya ke Pulau Pinang dan anda menjadi saksi dan merupakan sebagian daripada konsert terbesar dalam hidup saya. Terima kasih kepada anda semua,” ujarnya. Mungkin disebabkan kali pertama beraksi Pulau Mutiara, rata-rata terkesima menyaksikan
Afgan depan mata. Setiap gerak geri dan kata-katanya disambut sorakan dan jeritan ramai. Malah aksinya sedang minum air pun mendapat jeritan daripada penonton. Begitulah hebatnya penangan Afgan.
Dalam konsert yang berlangsung selama dua jam, Afgan menyampaikan 22 buah lagu termasuk seleksi hit, Bukan Cinta Biasa, Terima Kasih Cinta dan Jodoh Pasti Bertemu. Dia turut menyampaikan dua buah lagu ikonik Malaysia nyanyian idolanya, Ku Mohon daripada Datuk Sheila Majid dan Bukan Cinta Biasa dendangan asal Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Turut diundang membuat persembahan pembukaan penyanyi popular tempatan, Hazama yang menyampaikan dua buah lagu.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/29/loghat-utara-afgan-histeriakan-penang/
|
|
|
|
|
|
|
|
50 ‘mat rempit’ masuk pukat
ANGGOTA Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat melakukan Ops Bersepadu cegah samseng jalanan di Kilometer 12 Jalan Batu Pahat-Kluang, Batu Pahat tengah malam tadi.
BATU PAHAT – Seramai 50 orang penunggang motosikal ‘masuk pukat’ hasil daripada Ops Bersepadu cegah samseng jalanan di Kilometer 12 Jalan Batu Pahat-Kluang malam tadi. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, operasi telah dilaksanakan bermula pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi oleh 33 anggota diketuai Inspektor Faris Shamil. Katanya, Operasi dijalankan berikutan aduan daripada orang ramai yang mengatakan kawasan itu menjadi “port” penunggang motosikal berkumpul dan membuat bising pada hujung minggu.
“Semua jalan tikus telah dikepung menyebabkan semua penunggang motosikal serta pemandu kereta dapat ditahan dalam operasi tersebut sebelum diperiksa di tempat kejadian. “Hasil daripada itu, 50 individu membabitkan penunggang dan pembonceng diperiksa dan 32 saman POL 257 diatas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi hari ini. Menurut Shahrulanuar lagi, Sebelas buah Motosikal disita atas kesalahan tiada lesen dan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh. Ujarnya, dua penunggang motosikal ditahan selepas sdilihat melakukan aksi meniarap, zig zag serta bersaing sesama sendiri yang mana aksi ini membahayakan kepada diri sendiri serta pengguna Jalanraya yang lain.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/29/50-mat-rempit-masuk-pukat/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak makan lagi nasi lemak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|