|
Mentari menyimbah sinar
saat kaubuka mata
saban hari menyaksikan
mentari menyimbah sinar
dalam hidup yang sekelip mata bundar
usah membenih awan hitam
menutupi sinar anugerah-Nya
awan yang bisa meletuskan halilintar
menyambar dan membakar
seluruh hidup terselumbar...
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
jangan gelak
mungkin ramai suka naik kuda
melompat terlompat sini sana
cuma waspada
jangan diperkuda
nafsu yang menggila
manusia yang durjana
syaitan yang direjam Yang Esa.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
air mata terlanjur
aku tak ingin berkata apa-apa
sekadar melihat manik-manik berdebu gugur
dari mata hatimu yang telah menghancur leburkan
sebuah kepercayaan yang telah kuberikan
andai mengering takungan air matamu
menangisi sebuah keterlanjuran
biarlah ia membasuh sesuci-sucinya kesilapan
jadi pengajaran untuk tidak sesekali mengulang
memilih jalan tanpa perikemanusiaan...
CNM Last edited by Goldkey on 23-8-2012 05:50 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 191
Pabila matamu berkaca
membias sekuntum senyuman cinta
bagai obor menyala
menyinari kamar asmara
aku yang merasa getarnya
debaran kasih cinta yang meronta
betapa nilai laut kasihmu cukup berharga
dan aku tak mungkin berpaling mendua cinta
kerana telah kuserah jiwa raga
tanpa paksa.
CNM, 23/8/12, 9.24pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 192
demi memiliki
keikhlasan laut kasihmu
aku redha terpenjara dalam janji
kerana apa yang ingin kumiliki
tersedia menanti
tidak sekali kukesali
tidak sekali membawa rugi
dikau anugerah Ilahi
amanah suci.
CNM, 23/8/12, 9.52pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Nota buat Pencinta
duhai pencinta
usah hilang dalam diri sendiri
terbelenggu dalam cinta penuh luka
mencintai tidak semesti memiliki
andai takdir terlerai ikatan
relakan dia pergi
dengan semangat membara
nesankan kuburan cinta
jadi tanda ianya pernah ada di jiwa.
CNM Last edited by Goldkey on 23-8-2012 10:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 193
Sinar matamu
adalah kilauan cinta
bagai lentera cakrawala
menyinari seluruh hidupku
teruslah bercahaya
agar aku lemas
dalam dakapan laut kasihmu
tak akan aku lepaskan
ikatan cinta ini...
Selimutkan daku dengan asmaramu
biar cinta ini terus menggebu
dalam kelambu laut kasih kita.
CNM, 23/8/12, 10.43pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Hitamnya Malam
andai malam ini
mengundang rasa kelam
menambah gelita jiwa terperam
nur senyuman telah terpadam
tulislah syair guridam
tentang kemanisan kisah silam
buat pengubat resah yang menghitam
biar menguap kesakitan saat mata terpejam.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
kata mereka, kataku
kata P. Ramlee
jangan tinggal daku
ya aku setuju, jangan tinggal daku
kerana tak sanggup kusendirian...
kata Siti Nurhaliza
cintanya bukan di atas kertas
bagiku apa salahnya
menyatakan cinta di atas kertas...
kata Ella
ada pengemis cinta
bagiku cinta hadir tanpa dipinta
setelah ada kasih membara...
kata Jamal
kau lupa janji
tidak begitu bang Jamal
InsyaAllah kuingat janji...
kata Anuar Zain
lelaki ini yang selalu menyintai
setuju sangat
aku mencintai isteriku sepenuh hati...
kata Amir UKAY's
di sini menanti di sana menunggu
hah! kalau mampu silakan
tanggungjawab dilupa jangan...
kata Spoon
rindu serindu-rindunya
memang kalau berjauhan
rindu tak tertahan nak cepat pulang...
adehsss...nanti sambung lagi ya....
CNM
Last edited by Goldkey on 24-8-2012 12:16 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kata Mereka, Kataku II
Kata Ramli Sarip
doa buat kekasih
ya, ramai kekasih
mendoakan buat kekasih...
Kata Ito
apo nak dikata
tak perlu kata apa-apa
senyum sajalah abang Ito misai lebat...
Kata Ramlah Ram
kau kunci cintaku
hais! bila pula aku kunci cintamu
tak guna mengunci cinta ia bebas ke mana-mana...
Kata Alleycats
kutunggu di pintu syurga
wah! hebatnya
semoga berjumpa dengan yang ditunggu...
Kata Saleem
suci dalam debu
wah! bagusnya
bersihkan sajalah luarannya...
Kata M Daud Kilau
ramai orang gila judi
yang ni memang parah
selalu pokai rosak rumahtangga...
Kata SM Salim
apa dah jadi
macam-macam dah terjadi
dunia dah penghujung zaman barangkali...
adehss...nanti sambung lagi...
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Senyuman Mentari
pagi yang terang berderang
diindahkan senyuman mentari siang
tiada pernah lekang
memberi cahaya gilang-gemilang
menerangi serata alam terbilang
bangunlah duhai isi alam saksikan
betapa agungnya ciptaan Tuhan...
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Kata Mereka, Kataku III
Kata Sudirman
milik siapa gadis ini
gadis cantik sepatutnya
dimilik lelaki beriman penuh ketakwaan...
Kata Search
bulan madu di awan biru
pergh! romantik habis
nanti aku cuba rancangkan...
Kata Wings
cinta sejati
yang ni sukar dicari
aku memberi cinta sejati...
Kata Slam
tak mungkin berpaling
ya, andai hati telah terluka
buat apa nak berpaling lagi...
Kata Iklim
ganu kite
bereh! ganu dah maju
mari pakat ramai-ramai gi kuala berang...
Kata Exist
untukmu ibu
ya, hargai ibu
selagi hayatnya masih ada...
Kata Lefthanded
pada syurga di wajahmu
hu! indahnya rupa tingkah
bertuah siapa yang punyai...
he he he...perah lagi nanti...
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kata Mereka, Kataku IV
Kata bang Tuah
takkan melayu hilang di dunia
kalau tengok cara zaman ini
suatu ketika boleh hilang bang tuah...
Kata Mahsuri
takkan aman pulau Langkawi
tujuh keturunan lamanya
aduh! mengapa sumpah anak cucu sendiri ni...
Kata Tunku Abdul Rahman
merdeka! merdeka! merdeka
kalau bapa merdeka ni masih ada
rasanya tak habis-habis geleng kepala...
Kata Tun Abdul Razak
kita modenkan malaysia
terima kasih tun
dah moden sikit dari dulu...
Kata Tun Hussein Onn
perpaduan tunjang kehidupan
memang benar tun
tapi tak berapa nak berpadu sekarang ni...
Kata Tun Mahathir
melayu mudah lupa
sabar tun, sabar
ramai lagi yang ingat asal usul mereka...
Kata Tun Abdullah Badawi
kita bina modal insan
memang kita berusaha bina
tapi tak berapa nak menjadi insan...
Kata Dato Seri Najib
kita tepati janji
bagus sangat
jadi pemimpin kena beringat...
boleh gitewww...
CNM Last edited by Goldkey on 24-8-2012 02:30 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kata Mereka, Kataku V
kata ayah
jangan malukan keluarga
jaga nama baik ayah bonda
agaknya depa tak ada ayah tu yang tak jaga...
kata ibu
ingat pesan orang tua
solat jangan dilupa
depa berkawan dengan yang muda itu yang lupa...
kata cikgu
selalu baca buku
boleh tambah ilmu
depa ni kalau tengok buku muka naik berbulu...
kata tok wakil
undilah saya
jadi wakil anda
nak undi macam mana tak pernak nampak muka...
kata ketua kampung
sama-sama jaga kampung
amalkan semangat gotong royong
maaf tok, saya tak ada di kampung...
kata imam
bersegeralah ke masjid
solat didahulukan
InsyaAllah tuan imam solat saya utamakan...
kata mat rempit
susahlah orang tua ni
tak faham jiwa
diingatkan saja takut terempit ke bawah roda...
he he he...jangan marah ya...
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
keringat, airmata dan doamu
bonda
terlalu besar jasamu
menghadirkan diriku ke bumi bertuah ini
sembilan purnama sepuluh hari
mengendung dalam susah payah
mual loya alahan kautelan
kerana seorang diri ini...
bonda
dengan tulang empat kerat
dirimu kerah keringat
membanting di sawah
menoreh pohon ke pohon
menjaja kuih keliling kampung
kerana seorang diri ini...
bonda
aku ingat semuanya
atas deraian airmatamu
didik aku jadi insan
bekalkan aku ilmu ke dada
jadi berguna pada nusa bangsa
besar pengorbananmu mendoakan kerana seorang diri ini...
tak terbalas bonda
budi dan jasamu
andai aku mampu dulunya
berkongsi kesakitan barah itu
ingin aku gadaikan nyawa ini
tapi apa dayaku Dia lebih menyayangimu
hanya doa mampuku hadiahkan buatmu bonda
aman sejahteralah di sisi-Nya.
CNM, 24/8/12, 9.07pm
THMK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pernah rasa apa yang kurasa?
kaupernah rasa
apa yang kurasa
membesarkan anak istimewa
bukan sedikit masa perlu untuknya
bukan calang-calang sabar dituntutnya
alhamdulillah ujian-Mu kutabahi...
kaupernah rasa
apa yang kurasa
anak kecil itu dua bulan umurnya
masuk IJN betulkan jantungnya
hanya airmata dan doa
kuiringkan untuk anak istimewa...
kaupernah rasa
apa yang kurasa
anak kecil itu didatangi leukemia
usia baru menganjak dua setengah tahun
terpaksa menelan kesakitan kimoterapi
kering sudah airmata menemani anak istimewa
syukurlah umurnya masih panjang...
kaupernah rasa
apa yang kurasa
lima tahu lamanya
berulang alik mengubati
kanser darah anak istimewa
bergadai nyawa menahan kesakitan
syukurlah dia masih dipinjamkan untuk kami...
kaupernah rasa
apa yang kurasa
membimbing anak istimewa
jalani hidup seperti anak yang biasa
dari hari pertama kudekap dan kukucup dahinya
hingga kini tak pernah sesekali kurasa terbeban dengan ujian ini
dialah buah hati dialah pujaan...
Ya Rahman Ya Rahim
terima kasih menganugerahkan kami anak istimewa
buat menumpang kasih
buat menumpang bermanja
ke hujung nyawa
kupohon kepada-Mu yang Maha Berkuasa
takdirkan kami berhimpun di syurga-Mu.
CNM, 24/8/12, 9.47pm
THMK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lepaskan airmatamu
jika kamu rasa ingin menangis
atas sesuatu yang menyesak emosi
menangislah semahumu
lepaskan airmata itu pergi
iringi dengan esak tangis yang panjang
usah ditahan-tahan
kerana aku juga pernah menangis
ya menangis atas perasaan sebak
yang tak terbendung lagi
melepaskan sesuatu yang tak mungkin dipertahankan
kerana kita bukan pemiliknya...
dan airmata itu bisa melegakan.
CNM, 24/8/12, 10.17pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Yang indah
yang indah
pabila pagi menjelma
terima hadiah yang tak ternilai harga
sebuah kucupan hangat dan sekutum senyuman
dari isteri tercinta...
yang mendamaikan
pabila pagi tiba
terima sapaan yang membahagiakan
hai abah bersama ulas bibir yang mekar menguntum senyum
dari anak istimewa tersayang...
CNM, 25/8/12, 1.55pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 194
aku bahagia jadi milikmu
aku berbangga ditakdirkan memilikimu
kaubagai dian yang menghangatkan
kaubagai pelangi yang penuh warna-warni
kaubagai bunga-bungaan setaman mewangi
telah dijodoh kita
inginku setia ke hujung nyawa
mempertahankan selaut kasih antara kita...
CNM, 25/8/12, 2.12pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 195
dek getaran cinta yang sama
mengalir dalam tubuh antara kita
badai dan gelora yang melanda
sama-sama kita tangkis
seakan tiada apa yang melanda...
dek kilauan kasih yang bergemerlapan
menerangi alam laut kasih kita
denai-denai berduri kita lolosi
tiba ke teratak bahagia
seakan tiada duka yang pernah kita rasa...
jangan pernah lupa berdoa
untuk rahmat dan nikmat
bahtera yang kita layari bersama
agar tak terkaram dibadai gelora
sebelum tiba masa dan ketikanya...
CNM, 25/8/12, 2.31pm
THMK Last edited by Goldkey on 25-8-2012 02:47 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|