Lagi pantas 
"Kes kematian ke-164 membabitkan kes ke-11,152 iaitu lelaki berusia 80 tahun. Beliau mempunyai penyakit darah tinggi dan gout dan disahkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu. " "Kes kematian ke-165 membabitkan wanita berusia 63 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth," katanya pada sidang media COVID-19, di sini hari ini. Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes kematian ke-166 pula, adalah wanita berusia 73 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi dan disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent. "Kematian ke-167 ialah wanita berusia 47 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent," katanya.
|