CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NoorMasri

ANEKA PASTA & LASAGNA

  [Copy link]
Post time 26-4-2012 10:08 AM | Show all posts
bel, thanks. erm..ada masa nk gak try. ooh, bentuk tak kisahla, aci tak? sebab tgk kt netpun ada ...

cmf_marshmallow Post at 5-4-2012 15:47


cmf, bel udah try itu gnocchi...

ni rasa nak nangis pun ada

camni, kalo ko nak try beli kentang yang mahai tu...russet potato
jgn pakai kentang kita biasa duk masak kat umah tu..
bel aritu belasah je guna kentang biasa kita
bel rebus seketul2..
pastu buang kulit n mash...

hmmm sbb tak nak byk air sgt so potato tu agak tak cantik bila di mash..
dia macam tak gebu gitu..maybe sbb jenis kentang jugala
then bel buh skit je tepung tp dough too soft so tambah lg skit tepung
then buat la ulat2 gnocci tu dan try rebus few ulat
hmmmm rasa kentang hilang uolls!
terus tanak buat for the rest of the dough.
ilang semangat nak makan dgn sos carbonara!

tunggulah semangat dtg semula bel nak try dgn russet potato plak..kali ni try yg kecit dulu rebus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2012 02:52 PM | Show all posts
cmf, bel udah try itu gnocchi...

ni rasa nak nangis pun ada

camni, kalo ko nak try beli ke ...
beldandy Post at 26-4-2012 10:08


ala, cian bel..huhu, next time bila semangat dtg, try lagi k..mmg tak buat2 lagipun..sebab nk kena buat gnocchi tu dulu, buat kuah pulak, tak sempat..i mmg selalu recipe barat, tak guna dah kentang kuning biasatu sebab dia waxy, mmg kena guna russet potato..kentang putar etc..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 04:51 PM | Show all posts
ala, cian bel..huhu, next time bila semangat dtg, try lagi k..mmg tak buat2 lagipun..sebab nk ke ...

cmf_marshmallow Post at 26-4-2012 14:52


cmf, bel tak penah try beli russet tu...

rasa dia mmg berbeza ke dgn kentang biasa kita tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 07:02 PM | Show all posts
Sebelum tu nak minta maaf dulu sebab resepi ni belum dicuba jadi tak tau la sedap ke tak.  Ambil dari majalah Rasa keluaran Januari lalu.  Saja nak share kat sini untuk memeriahkan lagi topik ni.  Taip bulat-bulat dari mag. tu.

PASTA KRIM CENDAWAN

120 gm pasta spiral
20 gm bawang merah  )
20 gm bawang putih    ) dicincang
80 gm cendawan butang
10 gm marjerin
1 helai daun salam
150 ml susu segar
50 ml krim putar
garam secukup rasa
gula secukup rasa
lada sulah secukupnya
air secukupnya

1.  Masukkan air kedalam periuk.  Rebuskan pasta hingga lembut dan asingkan.
2.  Panaskan kuali dengan marjerin.  Tumis bawang merah, bawang putih daun salam dan cendawan butang hingga kekuningan
3.  Selepas itu masukkan susu segar, krim putar, lada sulah secukupnya, garam dan gula secukup rasa.  Kacau rata dan masak sehingga pekat.
4.  Masukkan pasta ke dalam pinggan. Tuang kuah pasta keatasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 10:45 AM | Show all posts
mm baru try buat pasta bakar.. anak2 suka makan... syedap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 01:33 PM | Show all posts
1st time buat spageti carbonara...senang jer rupanye...lagi healthy dr mkn megi...thanks kwn2 yg share resepi & share step by step pict...really appreciate
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2012 06:43 PM | Show all posts


OLIO SPAGETTI & SALAD

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 11:36 AM | Show all posts
Spt yg dijanjikan, ni dia resepinyaaa..ni versi omputeh tak pedas kalau nak ubah jd versi melayu ...
NoorMasri Post at 18/5/2005 23:45



   Parmesan tu replace dgn Mozarella ok x ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2012 10:30 PM | Show all posts
Reply 915# kimoree
kimoreee, dhania minta maaf sangat2 lambat bebenor replynya....ni haaa...dhania pakai brand ni :



sebelum bake tu dhania rebus dulu kejap baru susun. harap dapat membantu ya kimoreee.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2012 03:04 AM | Show all posts
Reply 897# bazlina


bazlina, maaf lagi skali, saya ni kan selalu tau terlepas pandang...ni resepinya :-tapi saya punya tak de sukatan...suka suki je ni..


LAsagna :

Bahan2 A:

- beberapa keping kulit lasagna ( ikut berapa besar bekas ) saya biasa guna dalam 3-4 keping lasagna untuk bekas mcm dalam gambar tu.
- sedikit olive oil

Cara :
Rebus kepingan lasagna seperti arahan pada kotak, titiskan beberapa titik minyak zaitun supaya kepingan lasagna tak melekat antara satu sama lain. ketepikan.


Untuk sos merah :

boleh buat macam sos spagetthi

seafood/white sauce :
- sebiji bawang besar bersaiz sederhana - dipotong dadu
- 2 biji bawang putih - dicincang halus2
- 2 sudu besar butter
- lada hitam - ditumbuk
- sedikit italian herbs
- garam / perasa ( jika suka )
- udang - suka hati nak banyak mana - di potong kecil ( tp jgn terlalu kecil nanti tak de rasa udang)
- crabstick - terpulang nak letak banyak mana ( potong kecil)

Cara :
Panaskan butter, kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
masukkan udang dan crabstick( hati2 ye, jangan sampai telerai/hancur ), garam dan perasa, kacau .
tutup api dan taburkan herbs.

Untuk sos putih :

susu segar - 500ml
krim masakan - 1 tin ( kalau di malaysia boleh guna nestle cream), kalau tak ada boleh skip krim ni.
2 sudu besar butter
2 1/2 sudu besar tepung gandum
garam dan serbuk lada hitam

CAra :
MAsukkan semua sekali dalam periuk dan kacau guna whisk sampai semua sebati.
Bila dah sebati letak atas api kacau hingga pekat dan mendidih rasailah ikut citarasa masing2.

Cara Buat Lasagna:-
susun kepingan lasagna ( kalau bekas saya tu sekeping 1/2 )
masukkan sos merah dan ratakan.
kemudian susun lagi kulit lasagna, masukkan bahan2 seafood tadi, dan curahkan separuh dari sos putih keatasnya
Ulang hingga sampai lapisan terakhir, biasanya kalau saya buat yg terakhir adalah lapisan seafood dan white sauce.
kemudia tabur. kan mozarella cheese hingga menutupi white sauce.
Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 25 menet atau hingga masak terpulang pada oven masing2.

Keluarkan dari oven,makan panas2 pun sedap.

sekian, selamat mencuba. maaf ya bahasa saya memang tunggang langgang, kalau tak faham sila tanya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2012 08:04 AM | Show all posts
tq so much dhania
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2012 12:41 PM | Show all posts
Reply 933# bazlina

   Sama2....maafi musykilla....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 12:34 AM | Show all posts
ermmmm....teringin nak rasa.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 08:52 PM | Show all posts


spagetti lemak pedas (resepi asal mat gebu dibuat dgn sedikit ubah suai)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti ~  guna angel hair
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1 biji cili merah cincang halus
2 tangkai daun parsley cincang halus
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu segar
6 ekor udang
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air  

CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkanparsley cincang dan udang tadi, kacau sekejap dan tuang susu segar+ air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan cili merah cincang. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 09:46 PM | Show all posts
Pasta salad /fish & chips

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 08:54 PM | Show all posts
yummy.....nye tgk lasagna ngan pasta nih..........

craving for lasagna!!!

mana nak cari lasagna yg sedap kat shah alam ek????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2012 11:44 AM | Show all posts
adoi..laparnyer tngok gmbar2 ni..harus aku cuba buat kt rumah nti..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 10:25 AM | Show all posts
Reply 935# sitipayung


    sedapnya nampak...kombinasi kaler pun menarik...dah lama x masak pasta, tgk gambo ni, jap2 ni jgk nk gi beli spagheti..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 08:39 PM | Show all posts
assalam..sy ada menjual dan mengambil tempahan rendang tok asli dr perakkk..warisan turun temurun moyang sy..jika berminat bole hubungi sy, ein di 012 2420 343..tq
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 04:28 PM | Show all posts
spegeti resipi acik minahsaudi...



tumis sebiji bawang beso, cili api(ikut suka nak banyak mana), bawang putih 1-2 ulas...dah wangi masuk la udang ke sotong ke isi ayam ker...dah agak masak...masuk 2 biji tomato potong dadu...masuk garam gula secukup rasa...layu sket masuk spegeti@linguni yg dah siap rebus...gaul2... tabur daun sup...

nak makan...perahkan lemon...yummyyyy...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.116714 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list