hari tu pg indoensia.. terdgr satu lagu duet...
muzik rancakagak tapi lirik sedih... dgr cam suara pasha ungu tp mungkin bukan...
antara lirik dia.......keluargamu tidak menerimaku....lebih baik kita berpisah...
mcm tulah lagu dia... ade sesiapa tau?
sy rasa mybe lagu br coz dlm cd (campur2) yg supir mainkan tu ade lagu ungu..percaya padaku...
sapa tau sape yg nyanyi lagu 'milik siapakah gadis in' versi baru ni..
selalu dengar kat radio tapi tak cam la sore penyanyi dia..
aku rasa dia nyanyi jd lagi best lagu tu dr arwah sudirman
Diringkaskan cerita, tengahari tadi 10 September 2012 kira-kira jam 1.40 saya dalam perjalanan dari Legoland Nusajaya menghala balik ke USJ. Sewaktu sedang memandu dengar frekuensi FM 106.7mhz Klasik Nasional dan kebetulan lagu ini diputarkan.
Lagu ni sangat familiar dan rasanya dulu-dulu pun macam pernah dengar cuma tak tahu siapakah penyanyinya.
- Nyanyian duet (Lelaki & Wanita + penyanyi latar wanita).
- Rentak ada persamaan dengan lagu Aku Jambatan Buatmu - Pelangi.
- Mungkin juga artis dari seberang sebab ada perkataan yang tak berapa jelas difahami (sempat rakam guna hp).
JAUH TERKENANG.
INGIN KU TURUT JEJAKMU
NAMUN HANYALAH BAYANGAN
INGIN KU MENGADU TAPI PADA SIAPA
YANG SUDI MENDENGAR
TELAH PUN AKU MENCUBA
MEMBUANG JAUH RINDUKU
SEMAKIN KU CUBA SEMAKIN TERSEKSA
TIDAK BERUPAYA AKU DIBUATNYA
JAUH TERKENANG
HILANGMU SEKELIP MATA
JAUH TERKENANG
KAU BUKAN MILIKKU LAGI
KEMANAKAH HARUS AKU LEMPARKAN
SEPULAU RINDU
SELAUT KASIH, SEGENGGAM DENDAMKU...
CUMA DARI KEJAUHAN
KU MAMPU MENCURI PANDANG
MENITIS AIR MATAKU
TERKENANG DIRIMU...
RINDU (HANYA SEORANG)
SEDANGKAN ENGKAU (SEDANG BERTEMAN)
TERKENANG
JUGA KU SEORANG...
Di sini saya ingin meminta bantuan rakan forumer supaya dapat berkongsi info mengenai lagu ini. Saya dah cuba Google (gagal), kemudian saja-saja cuba nasib taip kebarangkalian tajuk lagu ni di Youtube (pun gagal juga) tapi terjumpa pula Dari Kejauhan - Nurul Hidayah. Ok juga boleh juga layan sementara dapat info mengenai lagu ni.
****UPDATE 9 Oktober 2012**** : Dengar sambil memandu jugak lebih kurang 10 malam (Klasik Nasional), tapi versi Rohana Jalil. Balik rumah terus selongkar external hard disk & ternyata memang ada di dalam salah satu koleksinya. Alangkah gembira hati (walaupun misi mendapatkan versi lelaki belum kesampaian).
teringat satu lagu zman iols bebudak lg dlm thn 80an..
ada satu lagu yg dinyanyikan oleh budak perempuan
kisah dlm lagu tu lebih kurang mcm lagu que sera2 versi melayu...
antara liriknya yg i ingat..
mama ku sayang..
kini ku dah dewasa...
apakah nasihat untuk ku oh mama....
hayrin86 posted on 18-10-2012 01:03 PM
Lagu yang mengandungi lirik yang berbunyi "EMPAT PULUH (TAHUN)" yang ada kuar kat radio Klasik FM ...
Hayrin86,
Kalau boleh cuba rakam guna sound recorder pada hp. Kalau tak dapat penuh, dapat sikit pun jadilah. Itupun kalau keadaan mengizinkan dan dekat dengan speaker / radio.
Selalunya kalau sambil memandu dan sedang ke udara lagu yang rare, saya akan rakam (selalunya dah separuh lagu baru dapat rakam). Rapatkan hp ke speaker & rakam. Sekurang-kurangnya dapat juga dengar semula macam mana rentak muzik & liriknya. Senang nak tanya kat sesiapa sebab ada bahan bukti kan.
Kalau hp ada fm radio /online radio, boleh juga rakam terus (bergantung pada model hp).
assalam..sy nk tau satu lagu ni mcm lagu budak2..sore pun cm budak2...lagu ni seangkatan dgn lagu wanna lepaskan...adoi slalu kuar radio tp xtau sape singer...singer pompuan..liriknya simple cm budak2..x sure indon or malay..tlg sesape tau bgtau..tq