Penat mereka merayau dan merakam gambar..Amir dan Zara berhenti minum di sebuah café tepi jalan…hari semakin meremang senja. Namun masih ada ramai pengunjung sedang bersantai sambil minum2… Amir memesan hot chocolate kegemarannya. Dan Zara akan memesan vanilla latte seperti lazimnya. Mereka berdua menikmati minuman sambil mencuci mata melihat suasana Bandar Rom/Paris yang mempesona.
Sempat amir membeli sekuntum bunga daripada seorang penjual bunga kanak2 perempuan comely g memakai gaun kembang berbunga2 kecil. Amir menghulurkan sekuntum rose kepada Zara.
Zara tersenyum manja sambil mencium haruman rose merah yang harum mewangi…sewangi cinta mereka berdua.
Perlahan-lahan Amir meramas jari-jemari Zara…Zara membiarkannya sambil masing2 menyelami perasaan…huhu…romantiknya….