hardeyboyz posted on 22-7-2013 01:20 PM
x mampu plak nak compete ngan napoli.. tim superstar tuh.. abih semua belh double figure je.. so ...
tu la yg wa bangga kan skit..walaupn terkemut2 nak kluar duit..
tp stil dpt gak 3,4 player...n dengarnye akan masuk 2 org lagi..major signing katanye..
xtau la btol ka tidak..
wa malas skit nak komen pasal meriam nih..sb dah tau sgt tektik dorg..
cuma nak bg sedap telinga fans jek..last bebudak yg tah dari mn yg dorg bawak msuk..
tp kalu part jual player mmg tak dinafikan..ni dgar cite carzola mcm nak g atlatico madrid..
team 1 lagi tu sejak dapat manager baru..mcm ditimpa malang jek..semua yg dia nak abis org sapu..
Aksi Luis Suarez dalam perlawanan persahabatan pramusim menentang Melbourne Victory di Melbourne, semalam. - AFP
LIVERPOOL - Setelah tawaran pertama 30 juta pound (RM147juta) ditolak, hajat Arsenal untuk mendapatkan Luis Suarez tidak kesampaian apabila Liverpool enggan menerima bidaan kedua bernilai 40 juta pound (RM196 juta). Jumlah itu menyamai pelepasan minimum kontrak yang disyaratkan terhadap pemain Suarez.
Ini menunjukkan Liverpool tetap enggan menjual Suarez di bawah harga 50 juta pound (RM245 juta).
Suarez mengadakan perbincangan lanjut mengenai masa depannya dengan pengurus Liverpool, Brendan Rodgers selepas menentang Melbourne Victory, semalam.
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dilihat cukup terdesak untuk mendapatkan penyerang antarabangsa Uruguay itu selepas kempunan mendapatkan penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain, yang akan menyertai bekas pengurus Liverpool, Rafa Benitez di Napoli.
Kemungkinan Suarez menyertai Arsenal tidak akan menjadi kenyataan kerana pengurus Liverpool, Brendan Rodgers ada menyatakan Suarez bakal menghormati kontraknya yang berbaki tiga tahun.
Rodgers juga percaya penyerangnya itu mempunyai nilai yang sama dengan Edinson Cavani, yang baru menyertai Paris Saint-Germain dengan nilai 55 juta pound (RM279 juta).
Suarez menyertai Liverpool dari Ajax pada Januari 2011 dengan yuran perpindahan 22.8 juta pound (RM111.6 juta) mengumumkan hasrat untuk meninggalkan Anfield Mei lepas.
Dia mendakwa tidak dilayan dengan baik oleh media British dan Persatuan Bola Sepak England. Dia digantung 10 perlawanan kerana menggigit pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic pada perlawanan di Anfield, 21 April lalu.
Awal bulan ini, dia mengakui cukup gembira dengan tawaran yang dikemukakan oleh Arsenal dengan ejennya, Pere Guardiola mendakwa penyerang itu mahukan aksi dalam Liga Juara-Juara.
Suarez ke Melbourne Ahad lalu untuk menyertai Jelajah Pra-Musim di Asia Tenggara dan Australia, telah diberikan pelepasan oleh kelab selepas membantu Uruguay di Piala Konfederasi di Brazil, bulan lalu.
Suarez masih perlu menjalani enam lagi penggantungan ekoran menggigit Ivanovic dan tidak boleh beraksi sehingga September.- AGENSI
MELBOURNE - Liverpool mengalahkan kelab Australia, Melbourne Victory 2-0 dalam aksi persahabatan pramusim yang mencatat sejarah apabila venue perlawanan Melbourne Cricket Ground (MCG) dipenuhi penonton.
Secara rasmi jumlah penonton yang hadir dicatat 95,446 orang dan ternyata penonton tidak kecewa dengan aksi kelab Liga Perdana Inggeris itu.
Pasukan tuan rumah menguasai permainan dan meraih beberapa peluang gol namun ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard membuka jaringan pada minit ke-32.
Kedudukan kekal 1-0 selama hampir keseluruhan perlawanan, dengan pasukan tuan rumah berjaya mengelak gawang mereka daripada dibolosi hasil kecekapan penjaga gol Nathan Coe.
Kedudukan tersebut bagaimanapun berubah apabila Luis Suarez, yang masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-72 membuka ruang untuk Iago Aspas mudah menolak masuk bola untuk gol kedua Liverpool pada minit akhir perlawanan. - AGENSI