CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SulurBidar

[Tempatan] Versi 11: Ops Daulat - Seorang Pahlawan Gugur, 3 Anjing Kiram Mati : Post 1505

 Close [Copy link]
Post time 12-3-2013 03:01 AM | Show all posts
gakadadosa posted on 11-3-2013 09:09 PM
malaysia negara gak ada harga diri, tki disiksanya
laki laki usia 12 tahun dibunuhnya

kalau begitu, negara indonesia lagi tak ada perikemanusiaan?
bayi kecil dilambung2 sehingga cedera kaki dan tangan..

http://www.sinarharian.com.my/se ... erusi-cctv-1.131583

sila fikir secara matang, jangan mengikut perasaan..
orang baik dan jahat ada di mana2..  tidak terikat pada mana2 negara..
tidak terikat pada mana2 bangsa..
yg membezakan hanyalah sekeping hati, sama ada hitam atau putih warnanya..
kalau hati bersih, maka baiklah seluruh perlakuannya..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2013 03:10 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 11-3-2013 06:56 PM
rembes!

handsome! tapi ntah2 laki orang..
korang ni..nak tergelak aku.. gambar bertopeng pun boleh rembes..
tak nampak muka pun..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 03:14 AM | Show all posts
HangPC2 posted on 11-3-2013 07:00 PM
Mayat Penganas Sulu dari kampung simunul semporna

macam mana ye uruskan mayat diorang ni?
hantar balik ke sulu ke, kubur di sabah seperti yg dihajat ka?
pengganas2 pun tetap sesama islam jugak kan..?
kena la mandikan dan sembahyangkan kan?
macam tu ke



Last edited by manganini on 12-3-2013 03:18 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 03:15 AM | Show all posts
True-X posted on 11-3-2013 06:12 AM
oleh kerana beanng ni dah jadi beanng merembes.... aku tepek gambo ni.. sorila kalau astro....



Anak sapa lah ni?

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 03:17 AM | Show all posts
chazey posted on 11-3-2013 07:04 PM
aku lagi suka mood sebegini daripada dok gaduh. at least merembes ni aman2 saja konsepnya.

like
.............
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 03:30 AM | Show all posts
paperchase posted on 11-3-2013 12:51 AM
dah jadi benang merembes. aku pun nak join sekali.  

Hero's welcome for cop



wah 22 yrs old dah jadi komando - tangan dia hilang ka? Kalau dia tulis buku satu hari nanti aku pasti akan membelinya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2013 03:32 AM | Show all posts
LENS2U posted on 11-3-2013 12:55 AM
itu la..sy simpati dgn ATM dan PDRM kita...stress sudah dorg tu di sana...gara2 ci kiram nyanyuk n ...

Buat rotation la - pandang dari segi + ..inilah masa dan peluang yang paling bagus utk ATM /PDRM menimba pengalaman.

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 04:18 AM | Show all posts
kazaraf posted on 11-3-2013 09:03 AM
Very Abble Troopers (year 69)

Terharunya tengok pengorbanan orang dulu2 ..semoga roh arwah zabri dicucuri rahmat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2013 04:52 AM | Show all posts
mrsLucky posted on 11-3-2013 10:31 AM
Ni cerita benar coz pengalaman i, i nak adventure naik bas dari sandakan ke kk...i duk sebelah lelak ...

itulah kebangangan pendatang, konon hidup mati tuk negara
tapi pehal merempat cari makan kat negara orang,
pun harap dia sudah merempat di negara dia sendiri...

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 05:40 AM | Show all posts

ESMAIL KIRAM (kiri) berdiri di sebelah Roxas di ibu pejabat polis di bandar Quezon, Manila, FIlipina semalam.

Adik Kiram bincang tamat pencerobohan

MANILA - Seorang adik pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III mengadakan pertemuan selama dua jam dengan Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Manuel Roxas II di ibu pejabat polis di pinggir bandar Quezon, utara Manila semalam.


Menurut akhbar dalam talian Inquirer.net, pertemuan antara Bantilan Esmail Kiram II yang merupakan adik Jamalul Kiram dengan Roxas menunjukkan kesediaan keluarga Kiram untuk menamatkan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.


Sebelum ini, para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu dan bertempur dengan anggota-anggota keselamatan Malaysia.


Kumpulan pengikut itu mendakwa mereka menuntut tanah warisan nenek moyang Jamalul Kiram di Lahad Datu.


Pertemuan antara Esmail Kiram dengan Roxas itu membincangkan strategi untuk menamatkan krisis di Sabah.


Pendedahan tersebut dibuat pada sidang akhbar adik Jamalul Kiram itu yang disertai beberapa anggota keluarganya selepas pertemuan tersebut berlangsung.


Bagaimanapun, Esmail Kiram enggan mendedahkan butiran terperinci tentang pertemuan itu dengan menyatakan cadangan mereka untuk menamatkan krisis tersebut perlu diketahui oleh Presiden Filipin, Benigno Aquino III terlebih dahulu.


Menurutnya, beliau pernah diundang oleh kerajaan Malaysia untuk bercakap dengan adiknya, Azzimuddie Kiram dan membantu dalam rundingan tetapi usaha tersebut menjadi sia-sia.


Azzimuddie merupakan ketua pengganas Sulu di Sabah yang mengetuai serangan terhadap anggota-anggota keselamatan Malaysia.


"Tidak ada keperluan untuk saya pergi ke sana. Beliau (Azzimuddie) memberitahu saya, beliau tegas dengan keputusannya untuk berada di Sabah," kata Esmail Kiram.


"Saya bimbang akan berlaku sesuatu terhadap diri saya," tambahnya.


"Pilihan kedua yang ditawarkan kepada saya adalah untuk menghantar satu pihak ke Malaysia bagi memastikan keselamatan keluarga Kiram dan para pegawai pemerintah Filipina.


"Namun, saya terkejut kerana kerajaan Malaysia sehingga kini tidak memberikan sebarang reaksi," kata Esmail Kiram.


"Ia bukan lagi menjadi kesalahan kami," tambahnya.


Menurutnya, jika beliau memujuk Azzimuddie untuk kembali ke Filipina dan meletakkan senjata, pujukan itu mungkin tidak didengari.


"Adalah sukar untuk menyuruhnya untuk pulang. Beliau pergi dengan kehendak sendiri," kata Esmail Kiram.


Beliau berkata, Azzimuddie tidak pernah memberitahunya tentang rancangan untuk ke Sabah.


"Beliau (Azzimuddie) berkata, tujuannya hanya untuk tinggal di sana kerana ia merupakan tanah kami dan mereka membawa senjata demi untuk keselamatan diri," katanya.


Esmail Kiram juga memberitahu pemberita bahawa Jamalul Kiram melarang anak perempuannya, Jacel Kiram daripada bercakap kepada media tentang isu pencerobohan di Sabah. Menurutnya, hanya Abraham Idjirani dibenarkan untuk memberikan kenyataan kepada media.
Beliau berkata, Jacel yang merupakan seorang wanita mungkin beremosi ketika membuat kenyataan.


Ketika ditanya tentang dakwaan kekejaman polis Malaysia terhadap imigran Filipina di Sabah, Esmail Kiram menyatakan, ia bukan perkara baharu dan layanan buruk tersebut berlaku sejak sebelum krisis di Sabah berlaku.

"Mereka telah melayan warga Filipina bukan sebagai manusia biasa. "Apa yang mereka lakukan adalah tidak mengikut Islam dan perlakuan orang tidak percayakan Islam," tambahnya.


Sementara itu, ketika mengulas tentang pertemuan dengan Esmail Kiram, Roxas memberitahu, tiada imuniti ditawarkan kepada keluarga Kiram daripada tindakan undang-undang semasa mereka bertemu.


Menurutnya, pertemuan tersebut menumpukan tentang isu pengunduran para penceroboh tersebut. - Agensi

P/S apa nie ajak berdamai tapi masih fitnah malaysia lagi...



Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 05:53 AM | Show all posts
runie posted on 11-3-2013 11:50 PM
Pnah tya my fren airforce base kat subang..
"tak terlibat dgn ops daulat ke??"
jawabnya "kalo i bg ...

ha`ah .. tu dah sumpah janji ikrar dier rang ..tak boleh bgtau
sebab tu apa2 kutukan yang dier rang terima .. dier rang telan jer






Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 06:02 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 12-3-2013 05:40 AM
ESMAIL KIRAM (kiri) berdiri di sebelah Roxas di ibu pejabat polis di bandar Quezon, Manila, FIlipi ...

dah tu buat apa nak imigran ke negara org kalau duk kata org kejam terhadap depa...bangsa tak sedar diri..depa yang buat onar tak pulak ditekankan..asyik tunding kesalahan org lain.

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 06:05 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 12-3-2013 12:17 AM
Pengikut Kiram semua nak mati di Sabah so tak perlulah dia org bawa balik mayat2 tu semua kan?

dapat tanah kekal selama nya ..

penghormatan terakhir atas perjuangan yang sia sia
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Penipu.....tak pernah selama i hidup berpuluh tahun di Sabah pernah melihat atau mendengar sesiapa melayan  pendatang filipina secara buruk hokey...malahan kampong i ada penempatan derang yang kerajaan bagi ketika warga derang lari dari filipina..i membesar bersama anak2 derang.. yang i tahu anak2 derang pon gi skola, kerja dan mostly yang i tengok warga derang di kk...menyusahkan warga tempatan...hello kontraktor filipin buat rumah adik i tu hidup mewah di  sabah, isteri  kedua rantai leher emas tebal cam rantai kolar anjing dan gelang emas sampai ke siku ok. <<<< ni i  tokok tambah ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 06:11 AM | Show all posts
mrsLucky posted on 12-3-2013 12:31 AM
Ni cerita benar coz pengalaman i, i nak adventure naik bas dari sandakan ke kk...i duk sebelah lelak ...

cinta dan lamaran kena reject puluh2 kali kot .. tak dapat terus di kata kan tak bagus

dan nasib baik takde pompuan Malaysia yang nak kat dier .. kalau tak .. jenuh berkejaran2 bini dier nak ikut dier balik pilipin sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 06:19 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 12-3-2013 05:40 AM
ESMAIL KIRAM (kiri) berdiri di sebelah Roxas di ibu pejabat polis di bandar Quezon, Manila, FIlipi ...

hampes hampagas nyer lanun..
kata nya nak berunding berundur
dan2 ayat provoke

Ketika ditanya tentang dakwaan kekejaman polis Malaysia terhadap imigran Filipina di Sabah, Esmail Kiram menyatakan, ia bukan perkara baharu dan layanan buruk tersebut berlaku sejak sebelum krisis di Sabah berlaku.

"Mereka telah melayan warga Filipina bukan sebagai manusia biasa. "Apa yang mereka lakukan adalah tidak mengikut Islam dan perlakuan orang tidak percayakan Islam," tambahnya.

banyak la korang nyer kepercayaan kepada Islam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2013 06:21 AM | Show all posts
noor2 posted on 12-3-2013 06:02 AM
dah tu buat apa nak imigran ke negara org kalau duk kata org kejam terhadap depa...bangsa tak seda ...

dah keturunan lanun
apa nak d herankan selain putar belit berpusing ligat mengalah kan gasing

geram
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 06:22 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 12-3-2013 05:40 AM
ESMAIL KIRAM (kiri) berdiri di sebelah Roxas di ibu pejabat polis di bandar Quezon, Manila, FIlipi ...

"Beliau (Azzimuddie) berkata, tujuannya hanya untuk tinggal di sana kerana ia merupakan tanah kami dan mereka membawa senjata demi untuk keselamatan diri," katanya.


apa dia ingat msia takda undang2 ke?  suka2 blh bawa senjata api masuk ke negara ni?   
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 06:23 AM | Show all posts
mrsLucky posted on 12-3-2013 06:07 AM
Penipu.....tak pernah selama i hidup berpuluh tahun di Sabah pernah melihat atau mendengar sesiapa m ...

perghhhh!!~ kalo layanan begitu bagi dier rang layanan teruk buruk..
camne la agak nya layanan baik ey
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 06:24 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 12-3-2013 12:23 AM
Pertikaian ni antara M'sia dan tentera Soltan Sulu dan tak ada kena mengena dgn warga Filipina yg ke ...

ya. No more pendatang asing masuk ke M'sia dgn sesuka hati. suka2 masuk bawa firearms & bahan letupan. so kena tembak mampos jgn salahkan sesiapa. negara ini negara berdaulat & ada undang2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.552921 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list